Tarikh puasa sunat dan puasa wajib bagi tahun 2022

Tarikh puasa sunat dan puasa wajib bagi tahun 2022 | Sekejap je kita telah masuk bulan kedua tahun 2022. Tak lama lagi kita akan berjumpa dengan bulan Ramadhan Kareem. Dah habis ganti puasa wajib ke? Atul doakan semoga dipermudahkan perjalanan puasa anda dan sentiasa sihat ketika berpuasa.


Entry kali ini, Atul ingin kongsikan Kalendar tarikh puasa sunat dan puasa wajib untuk tahun 2022 iaitu bersamaan dengan tahun 1443H-1444H. Kalendar ini sesuai dijadikan panduan buat semua umat Islam yang hendak berpuasa.


Tarikh puasa sunat dan puasa wajib bagi tahun 2022



Jenis puasa yang perlu diketahui


Puasa wajib

Puasa yang dilakukan di bulan Ramadhan

Puasa sunat

Puasa yang sunat dilakukan sepanjang tahun seperti
⇢ Puasa Isnin dan Khamis
⇢ Puasa Enam Syawal
⇢ Puasa Hari Arafah
⇢ Puasa Pertengahan Bulan Hijriyah (13, 14, 15) atau dikenali sebagai hari putih
⇢ Puasa Asyura dan Tasu'a

Puasa ganti

Puasa wajib yang perlu diganti oleh mereka yang telah meninggalkannya


Kelebihan berpuasa

Puasa bukan sahaja mendidik umat Islam menahan diri daripada makan dan minum tetapi turut menahan diri mereka daripada melakukan perbuatan mungkar seperti menipu, bertengkar, mengeluarkan kata-kata buruk dan sia-sia.

Dan yang lebih baik, dengan berpuasa kita juga dapat menahan diri dari amarah.

Puasa juga dapat memberikan kesan positif kepada kesihatan psikologi dan fizikal seperti;
  • Membantu kita menurunkan berat badan
  • Membantu sistem pencernaan untuk penghadaman lebih sempurna dengan memberi kerehatan kepada sistem pencernaan ketika berpuasa.
  • Membantu mengawal tekanan atau stres dengan memberi ketenangan psikologi dan bersabar.
  • Membantu meningkatkan sistem imun tubuh
  • Membantu memupuk kesabaran, kejujuran serta sikap bertolak ansur

Jelas sekali kelebihan yang akan diperoleh sekiranya kita berpuasa. Tidak kira dari segi pengambilan makanan atau latihan kerohanian, dengan berpuasa akan memberi manfaat kepada seluruh kehidupan kita.

Tarikh Puasa Sunat dan Wajib Tahun 2022 (1443H - 1444H)

Disini Atul sertakan kalendar yang mempunyai tarikh puasa sunat dan puasa wajib bagi tahun 2022. Kalendar ini akan memudahkan urusan kita semua untuk melaksanakan ibadah puasa. Tidak kira sama ada puasa sunat atau puasa wajib di bulan Ramadhan pada tahun ini. Eh, puasa ganti pun boleh juga. 

Selain itu, dalam kalendar ini juga terdapat tarikh dan hari yang di haramkan untuk kita berpuasa. Wajib tahu tentang hari haram puasa ni tau. Jangan main redah je.


Tarikh puasa sunat dan puasa wajib bagi tahun 2022
Kalendar tarikh puasa sunat dan puasa wajib bagi tahun 2022



 Warna Pink & Purple  : Puasa di bulan Ramadhan 1443 H

🌸Puasa Wajib bagi mereka yang beragama Islam

Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah SWT telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain.

Rasulullah SAW bersabda: Ertinya "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walaupun satu pintu, dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walau satu pintu. Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Berhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah SWT dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan" (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Tetapi tarikh puasa wajib di bulan Ramadhan ini bergantung kepada Pengisytiharan pengumuman daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio & televisyen nanti. Jadi, jangan lupa untuk dengarkan nanti ya.



 Warna Coklat gold : Puasa Arafah

🌸 Puasa Sunnah, 9 Dzulhijjah (bagi yang tidak menunaikan Haji)

Puasa Arafah adalah puasa sunat di hari Arafah iaitu hari kesembilan dalam bulan Dzulhijjah. Ia dilakukan sehari sebelum kita menyambut hari raya Aildiladha.  Puasa ini sangat digalakkan untuk umat Islam yang tidak pergi haji seperti mana yang terdapat dalam riwayat dari Rasulullah S.A.W tentang puasa Arafah.

Dari Abu Qatadah Al-Anshairy berkata "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah ditanya tentang keutamaan puasa pada hari Arafah". Maka baginda menjawab “Menghapuskan kesalahan tahun yang lalu dan sesudahnya” (HR.Muslim no.1162)



Warna biru : Puasa Sunat Isnin & Khamis

🌸 Puasa setiap hari Isnin dan hari Khamis

Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa" (Hadis Tarmizi)



 Warna Kuning : Puasa Sunnah Ayyamul Bidh (Puasa hari putih)

🌸Puasa 3 hari Tiap pertengahan Bulan Hijriyah (13,14,15)

Kita disunnahkan berpuasa dalam sebulan minimal tiga kali. Dan yang lebih utama adalah melakukan puasa pada ayyamul bidh, yaitu pada hari ke-13, 14, dan 15 dari bulan Hijriyah (Qomariyah). Puasa tersebut disebut ayyamul bidh (hari putih) kerana pada malam-malam tersebut bersinar bulan purnama dengan sinar rembulannya yang putih.


Dari Ibnu Milhan Al Qoisiy, dari ayahnya, ia berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ . وَقَالَ هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

"Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa memerintahkan pada kami untuk berpuasa pada ayyamul bidh yaitu 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijriyah).” Dan beliau bersabda, “Puasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun.” (HR. Abu Daud no. 2449 dan An Nasai no. 2434. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Namun dikecualikan berpuasa pada tanggal 13 Dzulhijjah (iaitu pada hari Tasyriq). Ini kerana berpuasa pada hari tersebut adalah diharamkan.



Warna Merah : Puasa Asyura dan Tasu'a

🌸 Puasa Sunnah 10 Muharram & Satu hari Sebelum atau Sesudahnya

Puasa Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dalam bulan Muharram dan lebih baik jika ditambah pada hari kesembilan atau hari ke sebelas iaitu Hari Tasu'a



 Warna Hijau dan Kelabu : Hari haram berpuasa
  1. Puasa pada Hari Raya Idul Fitri iaitu pada satu Syawal
  2. Puasa pada Hari Raya Idul Adha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
  3. Berpuasa pada Hari Tasyrik iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah

Siapa yang diharamkan berpuasa?

🌸Wanita yang sedang kedatangan haid
🌸Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
🌸Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban
  • Menurut Mazhab al-Syafie: Berpuasa selepas pertengahan bulan Sya’ban adalah haram atau makruh bagi sesiapa yang tidak biasa berpuasa dan jika ia tidak bersambung dengan hari sebelumnya. Dalam makna lain bagi orang yang berpuasa pada waktu tersebut sahaja (Rujuk disini)

Sekiranya ingin memastikan anda sentiasa kekal aktif, cergas bertenaga, kekal terhidrasi, ceria dan berseri, serta ingin memastikan puasa anda lebih bererti, pastikan ada mengamalkan set puasa Shaklee.

Atul sendiri setiap kali berpuasa akan bersahur dengan protein Shake Shaklee. Alhamdulillah dengan izin Allah sepanjang Atul berpuasa, Atul sentiasa cergas dan bertenaga. Yang paling Atul bersyukur, Atul tidak rasa lapar dan dahaga seharian berpuasa, sedangkan Atul sentiasa aktif melakukan kerja walaupun berada dirumah.

Alhamdulillah. Itulah Feedback Atul sebagai salah seorang pengamalkan set puasa Shaklee sepanjang berpuasa.

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

17 Comments

  1. Tq. Memang mencari tarikh sesuai untuk puasa.

    ReplyDelete
  2. Sekejapnya masa berlalu dah nak puasa dah kita tak lama lagi. Moga kita dapat bertemu dgn ramadan yg akan dtg ni. Perkongsian yg menarik

    ReplyDelete
  3. Tq share atul. Ni pun tengah gigih ganti puasa hihi

    ReplyDelete
  4. tq atul for sharing sgt membantu

    ReplyDelete
  5. wah..tq atul share..sangat membantu!

    ReplyDelete
  6. Terima kasih perkongsian calender puasa ini, nak print out siap-siaplah…

    ReplyDelete
  7. thanks atul sudi share, sekarang ni kejap je rasa tuptup dah nak puasa dah kita

    ReplyDelete
  8. Thank you sudi share atul, skrg ni tgh nak ganti puasa tahun lepas

    ReplyDelete
  9. Baguslah kalender tu.. mudah nak tengok tarikh-tarikh puasa boleh kak net save sesiap.

    ReplyDelete
  10. Smlm start posa sehari.. arini dah kena wfh pulak. Bila dah sama-sama wfh bab makan payah sikit. Hhehe tp kalau rasa mkn byk akak suka pisa skrg ni. Legakan perut

    ReplyDelete
  11. Jom start puasa sunat sampai Ramadhan nanti untuk latih diri...

    ReplyDelete
  12. Banyak hari yang baik kalau nak puasa kan. Moga tahun ni dapat puasa penuh. Hihi

    ReplyDelete
  13. Sekejap sahaja kan dah nak puasa. Semoga puasa kali ini lebih baik berbanding sebelumnya, dan semoga berjaya khatam Quran juga.

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  15. Sekejap je rasa dah nak masuk bulan Ramadan. Harapnya kita semua sampai ke bulan Ramadan. ameen..

    ReplyDelete
  16. Semoga bulan puasa tahun ini kita semua bisa diberikan kesempatan juga kelancaran.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)