6 Kesilapan waktu timbang berat

Atul Hamid
9

6 Kesilapan waktu timbang berat | Nombor 6 tu mesti anda suka buatkan? Macam tak percaya je kalau ada yang tak pernah buat! Sebab Atul sendiri pun selalu buat yang nombor 6 tu. Tapi itu dululah, sekarang tak buat dah. hehe Okay jom tengok apa yang silapnya.


Nombor 6 tu mesti anda suka buatkan? Macam tak percaya je kalau ada yang tak pernah buat!


6 kesilapan waktu timbang berat badan

 

1. Timbang setiap hari

6 Kesilapan waktu timbang berat


JANGAN!
Kekerapan menimbang akan menyebabkan emosi terganggu. Nanti jarum / angka timbang tu turun sikit je atau tak tunjuk perubahan, anda akan stress! Ha, last-last anda yang Give-Up! Kajian menunjukkan jika stress, lagi susah hendak turunkan berat.

 

2. Timbang pada waktu malam

6 Kesilapan waktu timbang berat


Anda akan kecewa! Kerana pada malam ni, kita baru lepas makan, dan berat badan berada pada tahap paling maksimum. Jadi elakkan timbang waktu malam.

 

 

3. Timbang selepas melakukan senaman

6 Kesilapan waktu timbang berat


Timbang berat badan selepas bersenam selalunya kurang tepat, kerana kurangnya air dalam badan dan juga otot sedang mengembang serta menyerap air yang baru masuk ke dalam badan. Kesannya, berat anda akan jadi tidak tepat pada ketika ini.



 

4. Timbang berat ketika emosi tidak stabil

6 Kesilapan waktu timbang berat


Masa kita emosi, badan kita lebih menyerap banyak air. Jadi, anda akan mengalami lebihan berat air daripada otot. Berat badan kita berkemungkinan boleh bertambah sehingga 1-2 KG.


 

5. Timbang berat ketika datang haid

6 Kesilapan waktu timbang berat


Elakkan timbang berat ketika datang haid kerana pada waktu ini berlakunya gangguan hormon yang mungkin boleh mengubah keputusan berat badan anda


 

6. Timbang berat di Mall selalunya selepas makan

6 Kesilapan waktu timbang berat


Yang ni mesti suka buatkan? Haipp tahukah anda, bila anda keluar, pasti mengenakan pakaian yang tebal, kasut yang berat, jadi pakaian dan kasut ini akan mempengaruhi angka berat anda. Selain itu, apabila anda keluar, pasti anda akan makan pelbagai jenis makanan tak kira manis, masin, banyak atau sedikit, ia tetap akan mempengaruhi berat badan anda. Kecuali kalau anda jenis hati kering, silakanlah timbang berat di Mall.

 

So? Anda selalu buat yang mana? haha


Dah dah la tu, kalau taknak stress dengan penimbang, jangan berani nak timbang berat waktu-waktu macam di atas lagi ya. Nanti kecewa. Kalau buat juga? Jangan salahkan penimbang tau! 


Baca tentang ketumbit


Jangan lupa komen dan kongsi kalau anda setuju :)



Post a Comment

9Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. yang terbaik timbang pagi pagi kan .. sebelum breakfast . mmg kena bersahabat baik dgn penimbang kalau nak kurus. kalau lama tak jenguk nnt terkejut heheh

    ReplyDelete
  2. selalunya timbang pukul 9 pagi, lepas membuang dan lepas mandi. itulah berat kita yang sebetul betulnya

    ReplyDelete
  3. Jgnlah nak timbang timbang, hehe. Nnt stress kan.
    Kita timbang sebulan sekali sahaja. Nak timbang hari2 mmg x rajin biasanya keputusan x byk berubah.

    ReplyDelete
  4. Tq atas perkongsian yang sangat bagus ni.... selalu sy main timbang je asal blh je patutlah beray kejap naik kejap turun

    ReplyDelete
  5. Baru kak Net tau nak timbang pun ada waktunya. Kat rumah ni takde penimbang. Sebab memang seram kalau tengok jarum tu.. dia sure ke arah 'lebih muatan' hahaha.

    ReplyDelete
  6. ohh.. sy timbang waktu malam.. no wonder lah sy heran napa malam berat sgat.. pagi pula tak berat.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Hehe betul jugakkan. Sendiri timbang sendiri stress. Selalu timbang awal pagi lepas membuang..

    ReplyDelete
  8. nasib baik saya baca pos ni, kalau tak selamanya silap!

    ReplyDelete
  9. Terima kasih info dan tips sangat berguna, selalu main hentam jer timbang berat badan... kena betulkan apa yang salah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !