Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia Sumbang Bilik Terapi Sensori Dan McDonald’s Malaysia Menyumbang Zakat Korporat RM 100K



Selalu beli makanan McD, tapi tak pernah tahu ada persatuan kebajikan rumah Ronald McDonald? 


Persatuan Kebajikan Ronald McDonald telah banyak memberikan sumbangan kepada rakyat Malaysia tanpa kita sedari. Banyak sangat, sejak bertahun-tahun lamanya lagi. 

Jadi, apabila beli McD, ternampak tabung kebajikan persatuan Ronald McDonald, teringat pula aktiviti yang dilakukan oleh McD Malaysia ini. Jom lihat apa yang dilakukan oleh McD baru-baru ini.


Kenali Aktiviti Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC)


Sebenarnya, pihak McD giat dengan aktiviti dalam Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC). RMHC sentiasa memberi sokongan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan yang mempunyai masalah pembelajaran terutamanya dari golongan B40.



Sejak dahulu lagi, RMHC adalah penyumbang terbanyak untuk bilik-bilik terapi sensori di seluruh negara.  Mereka juga menyediakan latihan bagi pelatih-pelatih terapi kanak-kanak istimewa yang akan berada di sini.


 

McDonald’s Malaysia yang merupakan organisasi 100% entiti Muslim ini sentiasa prihatin terhadap nasib golongan asnaf dan mereka yang memerlukan melalui sumbangan zakat korporat. 



Selain dari bantuan sumber kewangan, mereka giat mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang turut dianjurkan oleh Program Komuniti McDonald’s dan RMHC.  Program ini pula melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. 


Antara program-program lain  adalah seperti sumbangan makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina dan juga tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s pada bulan Ramadhan nanti. 



Menaja Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) 


Terbaharu, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah menaja sebuah Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh, Perlis pada 28 Februari 2022.  Bilik Terapi tajaan di Perlis ini merupakan lokasi ke-34 bagi Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald sekaligus ia melengkapkan sumbangan Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC) bagi RMSR di seluruh negara.  


Sebenarnya, Sejak tahun 1999 lagi, RMHC telah menaja Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di seluruh negara. Tujuan sumbangan bilik ini diadakan adalah untuk memberi kemudahan kepada kanak-kanak istimewa yang berkeperluan khas serta mengalami masalah pembelajaran. 


Bilik Terapi Sensori ini umpama latihan fizikal dan mental bagi pembelajaran mereka dimana aktiviti yang diadakan di sini adalah untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri mereka. 


RMSR ini adalah sumbangan berbentuk program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis yang dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis.  Anak-anak mendapat sokongan tempat untuk belajar di situ.


Secara keseluruhan RMHC telah menaja dan membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, iaitu menjadi sebuah rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia.  Kos tajaan adalah lebih dari RM3.7 juta itu telah berjaya memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak. 



Pelancaran Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) Perlis


Majlis perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di Perlis ini telah dilancarkan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, merangkap Pengerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dan YBrs. Prof Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP.



“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan  terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia.  Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,”  kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC. 


 

RMSR sumbang bilik Terapi Sensori


Program majlis pelancaran bukan sahaja diadakan pelancaran bilik sensori, tetapi diadakan juga penyampaian sumbangan zakat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM100 ribu di dalam majlis ini. 



Pembukaan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald A-Heart di Universiti Malaysia Perlis ini menandakan lengkaplah rangkaian penubuhan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di setiap negeri di Malaysia.



Pelajaran Kanak-Kanak OKU Di RMSR


 

Bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran, Ronald McD telah menyediakan perkhidmatan RMSR untuk kanak-kanak ini bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan meningkatkan keyakinan diri mereka. 



RMSR sumbang bilik Terapi Sensori



Dalam Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald ini, kanak-kanak boleh melakukan pelbagai aktiviti yang dilengkapi dengan peralatan. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan meningkatkan keyakinan mereka serta memudahkan proses pembelajaran diri mereka.



“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.”


Sumbangan Berupa Zakat Sebanyak RM 100,000



Sebagai salah satu entiti syarikat milik orang Islam 100%, sudah pasti menjadi tanggung jawab untuk menunaikan zakat korporat. McDonald’s Malaysia menunaikan zakat korporat untuk golongan asnaf dan yang memerlukan di Perlis.



Sejumlah zakat berupa RM 100,000 itu disampaikan dalam Majlis Pelancaran Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) tersebut.



McDonald’s Malaysia Menyumbang Zakat Korporat RM 100K


YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada En. Azizul Fitri Ismail, Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs.



Terpancar Kegembiraan Kanak-Kanak Dan Penerima Zakat



Pasti gembira mereka yang memerlukan menerima sumbangan dari pihak McDonalds’ Malaysia. Dengan sumbangan yang diberikan, dapatlah kemudahan untuk mereka belajar dalam suasana yang selesa dan menyeronokkan. Manakala sumbangan zakat pula dapat digunakan untuk keperluan mereka.