Review Lucca Vudor shoe: kasut wanita berjenama, lembut dan selesa

Atul Hamid
7

Review Lucca Vudor Shoe: Kasut wanita berjenama, lembut dan selesaKetika mencari baju raya baru-baru ni, Atul ada bagitahu suami hendak membeli kasut baru. Alang-alang nak beraya kan, lagipun dah 2 tahun kita beraya dalam musim PKP. Tapi bila Atul cari dari kedai ke kedai tak ada pula yang berkenan di hati. Jadi Atul cadang nak cari dalam talian je.


Waktu ralit mencari rekaan kasut yang Atul suka secara dalam talian, terjumpa sepasang kasut yang betul-betul menarik perhatian Atul. Dari rekaannya yang kelihatan feminin, warnanya yang sesuai digayakan dengan pelbagai warna fabrik yang dipakai, dan yang paling menarik ia kelihatan cukup bergaya dan selesa.


Bila dah jumpa kasut yang berkenan di hati, apa lagi, laju lah tangan Atul klik-klik website luccavudor.com tu. Jadi, inilah kasut yang telah menambat hati Atul tu.

 

Review Lucca Vudor shoe



Kenapa mesti pilih kasut Lucca Vudor?

 

Bagi Atul, kasut keluaran Lucca Vudor ini sangat istimewa kerana Lucca Vudor merupakan kasut kulit wanita berjenama dengan rekaan terkini. Rekaan setiap pasang kasut mewah Lucca Vudor berasaskan rekaan reka bentuk Itali. Paling menarik ia dihasilkan dengan buatan tangan yang unik tetapi sempurna dari tukang kasut mereka sendiri.

 

Lucca Vudor juga merupakan satu-satunya pembuat kasut di dunia yang menghasilkan kasut dengan terperinci dan sempurna. Pilihan kasut mereka juga, memenuhi gaya terkini, moden dan selesa untuk di pakai.

 

Apabila bercakap tentang kasut wanita, orang Itali benar-benar tahu apa yang terbaik untuk mengahasilkan kasut untuk wanita. Seperti di Lucca Vudor, kasut mereka direka khas untuk keselesaan tanpa menghilangkan satu gaya pun. Akur janji mereka:

 

1. Rekaan kasut mewah Lucca Vudor dihasilkan daripada kulit anak lembu Itali yang berkualiti tinggi untuk memberikan kelembutan dan keselesaan bernafas.

 

2. Ruang tambahan untuk jari kaki yang halus, membuatkan si pemakai tidak akan mengalami luka atau gosokan yang menyakitkan!

 

3. Insoles kusyen direka khas untuk sokongan dan daya angkat tambahan



Bagi mereka, kasut yang tidak berkualiti bukan sahaja boleh mencederakan kaki si pemakai, tetapi meninggalkan parut akibat lepuh dan luka. Selain itu, ia juga memberi kesan negatif kepada kesihatan, postur dan kesejahteraan kaki dalam jangka masa panjang. Jadi, pilihan kasut yang betul amatlah perlu.

 

Review Lucca Vudor shoe

Lucca Vudor benar-benar percaya bahawa sepasang kasut yang baik memberikan sayap kepada wanita. Oleh itu, mereka menyokong semua gadis dan wanita di seluruh dunia, setiap langkah perlu memiliki satu pasangan mewah pada satu masa.


Review Lucca Vudor Shoe
Dibuat dengan signature Lucca Vudor, melegakan tekanan tapak kaki


Kenapa perlu beli di luccavudor.com?

 

Untuk pengetahuan korang, luccavudor.com merupakan sebuah laman web yang menjual kasut kulit wanita yang mewah. Lucca Vudor memiliki beberapa butik yang terletak di negara jiran kita iaitu Singapura.

 

Korang semua mesti membeli di laman web luccavudor.com kerana Lucca Vudor berusaha untuk memberikan pengalaman kasut yang paling mewah, daripada pengalaman memilih produk sehingga selesai proses pembelian.

 

1. Penghantaran percuma pada hari yang sama

 

2. Pengambilan mudah untuk pemulangan / pertukaran

 

3. Bayaran balik tunai penuh untuk pulangan tempatan

 

4. Perkhidmatan Saiz Khas Lucca Vudor (di mana mereka menghantar beberapa saiz untuk percubaan)

 

Ini tidak pernah ditawarkan sebelum ini dalam industri, tetapi mereka melakukannya kerana mereka benar-benar percaya korang layak mendapat lebih.

 

 

Saloma 631-41, Kasut Lucca Vudor pilihan Atul

 

Saloma 631-41 adalah kasut mewah Lucca Vudor yang telah menjadi pilihan hati Atul sejak kali pertama melihatnya.

 

Review Lucca Vudor shoe

Secara ringkasnya, Saloma merupakan sandal kaki tertutup. Ia sesuai untuk pakaian kasual dan formal. Material kulitnya lembut dan selesa dipakai. Walaupun memiliki rekaan yang ringkas namun ia tetap kelihatan bergaya. Kemasan atas kulit yang unik. Semua ini menjadikan Saloma kasut mewah yang mesti diperolehi!


Review Lucca Vudor Shoe dari Atul setelah memakai Saloma 

 

Setelah Atul memakai kasut pilihan Atul; Saloma. Betapa menyesal sungguh tidak memiliki kasut kulit dari Lucca Vudor ini sejak dulu lagi. Pertama kali mengeluarkannya dari kotak, Atul rasa sangat teruja kerana reka bentuknya sangat cantik. Warnanya juga menepati citarasa Atul, dan saiz yang diterima tepat dengan ukuran kaki Atul.


Review Lucca Vudor shoe

Tapak yang lembut apabila dipakai walaupun berjam lamanya, membuatkan Atul selesa menggayakannya. Kaki tidak melecet dan tidak sakit walaupun baru pertama kali memakainya. Jadi tidak perlulah amalkan petua untuk elak kaki melecet ketika pakai kasut baru. hehe


Review Lucca Vudor shoe


Review Lucca Vudor shoe


 

Review Lucca Vudor shoe

Bagi korang yang hendak memiliki kasut yang sama reka bentuk dengan kasut pilihan Atul, boleh dapatkannya di link ini


Saloma 631-41 Pink



Kalau ada yang nak beli dari laman web luccavudor.com pun boleh. Penghantaran cepat dan bungkusan pun kemas. Bagi yang nak walk-in, selain di Singapura korang juga boleh pergi ke Butik Lucca Vudor Malaysia di alamat Atria Shopping Gallary G-15, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Pretaling Jaya,Selangor, Malaysia.

 

Untuk info lanjut:

website

Instagram

Facebook

 

"Don’t Choose Between Comfort or Beauty when You Can Have Both with Lucca Vudor"


Post a Comment

7Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Wahh, lawa betul sandal ni. Nampak ayu je. Kena dengan Atul.

    Bagusnya jenama ni, kasut kulit dan buatan tangan. Ruby tertarik juga jahitan/benang keliling kasut tu.

    Selesa dan tak melecet. Tak rugi melabur beli kasut ni kan beb

    ReplyDelete
  2. Lawanya kasut raya Atul. Warna yang senang nak matchy² dgn baju raya

    Dilema bila pakai kasut baru, kaki mesti melecet huhuhu. Pasni boleh cuba kasut keluaran Lucca Vudor pulak 😊

    ReplyDelete
  3. Selesa kan kasut Lucca Vudor nih. Penghantaran pantas pula tuh. Saya suka design kasutnya sebab nampak evergreen.

    ReplyDelete
  4. Wah! lawa betul kasut lucca vudor ni. Nampak selesa sangat bila pakai. Selamat beraya dengan kasut baru Atul.

    ReplyDelete
  5. kasut pilihan atul sgt cantik sesuai dengan atul, Bonde pun ada juga beli... lepas ni mmg shopping dekat sini lucca vudor ler

    ReplyDelete
  6. Wahh!!! gambarnya telus
    nampak lembutnya
    lau akak pakai ni tak bergerak .
    patot la dengan harga dia

    ReplyDelete
  7. Lawalah design kasut jenama ni..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !