Cara tukar email dan tambah author di blogspot | Sebelum ni Atul tertanya-tanya, boleh ke tukar email blog ni? Kalau boleh, maklumat dalam blog tak nak hilang. Kalau hilang, menangis la. Ya la, Atul ada dua blog, tapi kedua-dua blog Atul menggunakan email yang berbeza. Jadi, untuk memudahkan kerja, Atul nak gabungkan kedua-dua blog Atul guna satu email je.

Gigihla Atul mencari tutorial cara tukar email di blog. Alhamdulillah jumpa. Ingat tau, email yang nak di tukar tu, perlu ada blog juga. Kalau takde blog boleh tak? Itu Atul tak pasti hehe mungkin yang pakar boleh jawab bab ni. Maaf ye.


Bila dah jumpa tutorial tu, rupanya mudah je nak tukar email di blog ni. Pendek kata, tukar email dan tambah author di blog tu, sama je caranya. Pastikan buat di blog yang hendak ditukar email atau tambah auhtor tu. Jadi, disini Atul sertakan tutorial cara tukar email dan tambah author di blogspot. 


Cara tukar email dan tambah author di blogspot



Cara tukar email dan tambah author di blogspot

1. Login Blog yang anda nak tambah email atau author seperti biasa.

Sebagai contoh, Atul login blog mizzatul.com

2. Pergi ke bahagian Settings
> Kemudian pergi ke bahagian Permissions
> Klik bahagian Invite more authors


Cara tukar email dan tambah author di blogspot


3. Masukkan email yang nak ditambah (invite).
Sebagai contoh Atul nak invite email atulhamid88@gmail.com


Cara tukar email dan tambah author di blogspot


5. Klik send


6. Email akan berada dalam Pending author inviters sementara tunggu di approve


Cara tukar email dan tambah author di blogspot


7. Pergi ke inbox email yang di invite tadi, untuk Accept email yang di invite.
Sebagai contoh, Atul kena login gmail atulhamid88@gmail.com untuk accept invitation tadi


Cara tukar email dan tambah author di blogspot


8. Selepas tekan accept inviation di email, tekan Accept Invitation sekali lagi seperti di bawah (Ini di bahagian blog atulhamid.com (email atau author) yang di invite tadi). Automatik masuk sebab dah login email untuk accept tadi.


Cara tukar email dan tambah author di blogspot


9. Selesai.

Sebagai contoh, anda boleh tengok nama blog anda akan tertera pada blog atulhamid.com (iaitu email yang anda invite tadi, atulhamid88@gmail.com) seperti di bawah ini. Ini bermaksud email anda dah boleh guna pada 2 blog.



Cara tukar email dan tambah author di blogspot


8. Anda juga boleh tengok pada bahagian Setting > Permissions > Blog admin and authors di blog yang anda buat mula-mula tadi, mesti ada 2 nama dan email seperti di bawah ni


Cara tukar email dan tambah author di blogspot


Sebagai contoh: blog mizzatul.com dah ada 2 admin.


Cara tukar email dan tambah author di blogspot


9. Cara untuk tukar Admin, klik pada perkataan Author di sebelah email baru kita tadi, pilih Admin


Cara tukar email dan tambah author di blogspot


10. Refresh settings Blog dan anda boleh nampak email baru di situ sebagai Admin

Siap!


Jadi, bolehla anda update blog dengan email baru. 

Kalau anda nak buang emailatau author lama, just klik pada pangkah X je.

Jadi, inilah cara nak tambah email dan tukar author di blogspot.

Semoga bermanfaat ☺



Atul Hamid