9 sebab kenapa komuniti Shaklee seronok

Atul Hamid
2

 9 sebab kenapa komuniti Shaklee seronok 

9 sebab kenapa komuniti Shaklee seronok


1. Berkenalan dengan rakan baru


Sejak mula sertai komuniti Shaklee, Upline Shaklee Atul akan masukkan ke dalam secret group upline-upline kami yang sudah pangkat Master. Master ni merupakan pangkat tertinggi dalam level pangkat Shaklee. Secret group itu juga turut disertai ahli-ahli Shaklee dari ahli kumpulan lain yang sama susur galur dengan Master tadi. Jadi, disinilah tempat kami dapat berkenalan dengan rakan baru. Rakan-rakan ini dari pelbagai latarbelakang dan dari seluruh Malaysia. Walaupun tidak bertemu secara bersemuka, tetapi kami seronok berkawan secara maya. Dan apabila kami bersemuka kami mudah rapat dan mesra seperti telah lama kenal.



2. Tidak lokek Berkongsi ilmu


Seronoknya komuniti Shaklee ni, selain dapat berkenalan dengan rakan baru, yang paling best bagi Atul adalah, Atul dapat bermacam ilmu baru. Rakan-rakan dalam komuniti Shaklee tidak lokek berkongsi ilmu. Baik ilmu perniagaan, ilmu pemasaran, amalan rohani, ilmu produk, dan bermacam lagi mereka sudi berkongsi. 


3. Kelas Ilmu eksklusif dari pakar

Sejak sertai komuniti Shaklee, kami didedahkan dengan kelas-kelas ilmu yang disampaikan oleh mereka yang pakar dalam bidang nutrisi dan kesihatan. Ada kelas di sampaikan oleh pakar Nutrisi Shaklee, Professor, saintis dan doktor perubatan. Seperti yang terbaru ini seperti team Shaklee recap training dengan Profesor Dr. Redza Rahman.  Kelas ilmu ini, diadakan secara maya, dan fizikal. Ada juga yang percuma dan berbayar.


4. Saling berkongsi dan bantu membantu antara satu sama lain


Dalam komuniti Shaklee, Atul berada dengan individu dari pelbagai bidang dan latar belakang. Setiap orang mempunyai kemahiran dan kepakaran masing-masing. Ada yang pakar dalam video, pakar dalam blog, pakar live, dan bermacam-macam lagi. Jadi, dengan kepakaran yang ada, kami saling berkongsi ilmu, saling bantu membantu dan memberi tunjuk ajar sekiranya memerlukan.


5. Persaingan sihat


Dalam Komuniti Shaklee, walaupun kami berniaga dalam bidang yang sama, produk yang sama, medium yang sama tapi kami melakukannya secara seronok dan tidak bergaduh. Kami melakukannya secara sihat. Tidak berbalah malah saling sokong menyokong antara satu sama lain. Bestkan? Persaingan sihat seperti inilah perlu diwujudkan agar kita terus bersatu padu.


6. Berpeluang membantu lebih ramai dan menambah ilmu


Sejak berada dalam komuniti Shaklee, Atul berpeluang untuk membantu lebih ramai orang terutama dari segi kesihatan. Sebelum kenal Shaklee kesedaran untuk menjaga kualiti kesihatan sangat rendah. Alhamdulillah syukur, kini, bab kesihatan memang diberi keutamaan. Selain berpeluang membantu lebih ramai orang, Atul juga berpeluang untuk menambah ilmu kesihatan.



7. Komuniti Shaklee seperti keluarga, ukhwah yang harmoni


Komuniti Shaklee Atul sebenarnya bukanlah yang Atul kenal, Lebih 95% merupakan kenalan baru bagi Atul. Maksudnya dalam Shaklee baru Atul kenal. Tapi asbab Shaklee kami seperti dah kenal lama, seperti dah rapat. Kami bukan sahaja bersembang tentang Shaklee malah kami turut bersembang tentang topik lain. Ada antara kami berkongsi cerita. Ada yang berkongsi suka duka bersama. Kami sudah seperti keluarga. Ukhwah yang rapat dan harmoni antara kami dapat dirasai.


8. Hadiah menarik dari Upline dan sideline


Kalau nak cerita tentang hadiah ni, memabg tak dapat dibayangkan. Bermacam hadiah selalu Atul dapat dari Upline dan sideline. Atul pernah dapat hadiah produk Shaklee secara percuma. Pernah dapat hadiah telekung, sejadah, keychain dan bermacam lagi hadiah menarik. Hadiah cabutan bertuah juga sangat menarik. Ini yang seronok dan Atul rasa semua geng Shaklee suka. Biasanya bila ada apa-apa akitiviti atau tugasan, upline atau master akan bagi hadiah berupa produk Shaklee. Tapi yang penting kena rajin dan komited buat apa-apa tugasan yang diberi. Bila kita komited, hasilnya jugak gempak. Memang berbaloi. Bestkan berada dikalangaj komuniti Shaklee.

 

9. Staf Shaklee yang supportive dan syarikat Shaklee yang kukuh


Salah satu paling menarik bila buat bisnes Shaklee ni, adalah komuniti Shaklee di kalangan staf Shaklee yang sangat supportive. Baik di cawangan mahupun staf di Ofis utama Shaklee. Apabila ahli ada masalah, atau memerlukan bantu, mereka akan memberi bantuan secepat mungkin untuk memudahkan urusan kita. Sebagai contoh, pernah suatu hari Atul terima stock yang bungkusan telah kemek dan koyak, selepas buat aduan, keesokan harinya Atul terima stock yang baru pula. Pantaskan? Selain tu, Shaklee turut menyediakan sistem yang mesra pengguna. Yang mana dalam sistem ini, kita sebagai ahli Shaklee boleh buat pesanan, semak bonus, buat aduan, dapat info-info produk dan kesihatan, boleh semak produk apa yang ada atau sudah kehabisan stock, gambar-gambar dab pelbagai lagi. Jadi, ia merupakan kemudahan terbaik buat ahli Shaklee dan tidak perlu pening kepala untuk mendapatkan info Shaklee jika memerlukannya kerana senuanya tersedia disitu. Seronokkan?


Inilah antara 9 sebab kenapa komuniti Shaklee best. Kalau nak disenaraikan lagi memang banyak. Jadi, apa kata join team kami dengan klik link disini untuk mendaftar http://www.wasap.my/6019733761/nakjoinShaklee/

Post a Comment

2Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !