Apa itu intermittent fasting?

Atul Hamid
8

Apa itu intermittent fasting? | Sebenarnya dalam kehidupan seharian, kita sentiasa mengamalkan intermittent fasting tanpa kita sedari. Hampir semua orang di dunia ini mengamalkannya. Macam mana tu?

Intermittent fasting

Sebelum menjawab persoalan apa itu intermittent fasting, secara ringkasnya intermittent fasting atau lebih dikenali sebagai IF bukanlah sejenis diet. Tetapi intermittent fasting adalah sejenis corak pemakanan. Proses intermittent fasting bukan dibuat dengan tempoh sementara tetapi ia perlu dijadikan sebagai gaya hidup.

 

Apakah itu intermittent fasting?

Intermittent fasting merupakan satu kaedah diet yang melibatkan penyusunan antara waktu makan dengan waktu berpuasa. Proses intermittent fasting ini menjadikan kita lebih berdisiplin mengikut jadual waktu makan setiap hari. Ini kerana, intermittent fasting lebih menumpukan pada waktu bila kita akan makan dan bukannya apa yang kita makan. Menarikkan?

Kaedah utama intermittent fasting adalah berpuasa. Tempoh masa untuk berpuasa adalah berbeza-beza mengikut kesesuaian gaya hidup kita. Semua sedia maklum, puasa amat sinonim dengan orang Islam. Tetapi kaedah intermittent fasting ini telah menarik minat ramai individu untuk melaksanakannya termasuk juga individu yang bukan beragama Islam. Ini kerana kaedah intermittent fasting ini memberi banyak kebaikan terhadap tubuh badan sekiranya mengamalkannya.

Pendekatan intermitten fasting adalah berbeza dengan pendekatan diet seperti Diet Atkins, Diet Keto, Diet Kalori dan Diet Suku Suku Separuh. Ini kerana diet jenis ini lebih menumpukan kepada pengaturan menu diet dan jenis makanan yang diambil dalam diet tersebut. Konsep diet seperti ini memerlukan perancangan dan pengamalan yang lebih terperinci dan teliti. Oleh itu, konsep ini agak membebankan bagi sesetengah pihak terutamanya jika mereka sukar untuk memahami ilmu diet yang berkaitan

Sebaliknya, intermittent fasting hanya memerlukan penyusunan tempoh waktu makan dan waktu berpuasa mengikut tahap dan kesesuaian setiap individu. Yang paling menariknya, waktu tidur malam juga diambilkira sebagai tempoh berpuasa. Ini menyebabkan ramai yang tertarik dan beranggapan konsep IF lebih sesuai dan mudah untuk diamalkan.


Tempoh melakukan Intermittent Fasting

Salah satu daya tarikan intermittent fasting ini adalah kita boleh memilih dan menentukan sendiri berapa lama tempoh untuk kita makan dan berpuasa. Sekiranya kita masih baru melakukan kaedah intermittent fasting ini, kita boleh melakukan nisbah 12:12. Sekiranya kita biasa melakukan intermittent fasting, kita sendiri boleh ubah tempoh dengan jarak puasa yang lebih Panjang. Gambar dibawah menunjukkan nisbah puasa dan makan sekiranya hendak melakukan intermittent fasting.

 

Nisbah intermittent fasting

Tempoh berpuasa

  • Selalunya bermula selepas waktu akhir makan malam kita. Jika makan malam jam 6 petang, Ini bermakna, waktu intermittent fasting kita bermula pada jam 6 petang
  • Waktu tidur (8 jam) boleh dikira sebagai tempoh berpuasa. 
  • Sepanjang berpuasa, boleh minum air masak, teh hijau, teh dan kopi yang tidak mengandungi susu mahupun gula. (kosong)
  • Sesetengah kaedah akan menghadkan jumlah kalori harian anda.
  • Kita digalakkan untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa, termasuk bersenam

Tempoh makan

  • Kita sendiri menentukan berapa kali boleh kita makan dan minum mengikut tempoh nisbah yang kita pilih untuk melakukan intermittent fasting.
  • Digalakkan mengambil makanan dan minuman yang sihat dan seimbang seperti salad, buah-buahan dan mengamalkan pinggan sihat.
  • Sangat digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman yang tinggi kandungan gula, garam, lemak dan minyak. 
  • Anda digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman proses atau makanan segera.
  • Sangat digalakkan untuk mengira pengambilan kalori seharian supaya mendapat hasil yang lebih baik

 

Walaupun Intermittent fasting tidak ada menu yang khusus, namun amat disarankan untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Mengamalkan pinggan sihat seperti suku-suku separuh dan menjaga pengambilan kalori seharian sangat digalakkan supaya tidak berlebihan. Selain itu, sangat dialu-alukan untuk melakukan senaman, bersukan, berkebun atau melakukan aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh agar kekal sihat dan cergas. Jangan tak percaya, dengan mengamalkan intermittent fasting mampu membuatkan kita mendapat berat idaman. Ini cara menarik kurus dengan intermittent fasting Seronokkan, badan sihat, berat ideal pun dapat.

Akhir kata untuk entri kali ini, sebenarnya melatih diri dengan berpuasa amatlah bagus sekali kerana dengan berpuasa kita dapat melindungi perut dan tubuh dari berisiko mendapat penyakit. Seperti intermittent fasting, asasnya sama seperti melakukan ibadah puasa sunat atau puasa di bulan Ramadhan. Yang membezakannya adalah semasa melakukan intermitten fasting kita boleh minum air walaupun dalam tempoh berpuasa.

Semoga entri ini dapat menjawab persoalan apa itu intermittent fasting yang selama ini membelengu pemikiran kita semua. Semoga bermanfaat

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee

Post a Comment

8Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Cuya tak pernah cuba...mungkin boleh try.

    ReplyDelete
  2. Wowo....now I'm learning more about intermittent fasting from this reading. I'm considering to start for my own health too. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. If ni dah jadi rutin harian gee. Seronok buat dapat juga turunkan berat yg baik dulu😂

    ReplyDelete
  4. Thanks share info bermanfaat. Kena konsisten buat, lama2 rasa mcm biasa.

    ReplyDelete
  5. buat IF santai-santai .. best juga ..yong pun kalau malas 12 jam ja..ehhehe

    ReplyDelete
  6. Paling lama IF yang saya buat pun boleh tahan 16:8 je. Lebih dari tempoh masa tu pernah juga cuba, tapi badan tak leh nk go dah 😅

    ReplyDelete
  7. Bagus info Intermitten Fasting macam ni. mudah untuk difahami. salam blogger

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !