Kenapa sertai Projek Blog Mega Shaklee 2.0

Atul Hamid
0

Review & feedback blogmegashaklee 1.0 dan kenapa nak lagi Projek blog mega Shaklee 2.0


Pertama kali ternampak posting tentang blog mega shaklee dari posting Master Norita, buat saya teringin nak sertai. Ini kerana, saya memang nak sangat buat comeback berblog setelah lebih setahun berehat dari aktif menulis blog. Tapi progress untuk comeback menulis blog saya sangat slow walaupun ada. 


projek blog mega shaklee 2.0


Jadi, bila ternampak posting di Facebook tu, saya rasa ini peluang untuk saya sertai projek blog ini dan kembali aktif menulis di blog.


Tapi apa yang menarik perhatian saya setelah saya sertai projek blogmega Shaklee ni, setelah saya faham konsep yang admin buat. Membuatkan saya teruja. Sebab ini pertama kali saya join projek blog macam ni. 


Inisiatif menaikkan blog dengan mewujudkan 'wave blog Shaklee' merupakan sesuatu yang menarik. Dalam dunia blog ia dipanggil 'backlink'. Yang mana memang ia mampu menaikkan ranking blog kita di enjin carian Google.


Selain itu, apa yang saya tak sangka, bila sertai projek mega blog 1.0 ini, semua yang menyelesaikan tugasan diberi dapat hadiah walaupun menghantar last minit. MasyaAllah hebat admin. Sangat² menghargai para pesertanya. Saya sendiri pun tak sangka, akan terima hadiah, sedangkan itu bukanlah tujuan utama saya sertai projek ni. Tapi saya bersyukur dengan hadiah yang diberikan.


Yang paling best, saya dapat berkenalan dengan ramai lagi blogger hebat walaupun dari niche yang sama dengan.


Kenapa nak join lagi blogmegashaklee 2.0


Saya nak sertai lagi projek blog mega shaklee 2.0 ini kerana masih tujuan yang sama. Untuk kembali aktif menulis di blog. 


Walaupun saya sudah mula menulis di blog ketika projek blog mega Shaklee 1.0 saya buat tajuk Apa itu Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee Premium paling berkesan. Tapi saya rasa masih belum tahap memuaskan hati saya. Sebab itu saya hendak sertai lagi projek blog mega Shaklee 2.0 ini. 


Harapan saya, dengan sertai saya projek mega ini, saya dapat aktif dengan lebih giat lagi menulis di blog secara konsisten.


Kesimpulan


Bagi saya, projek seperti ini memang perlu di teruskan lagi. Ini kerana penulisan di blog masih relevan sepanjang masa kerana semua orang masih menggunakannya.

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !