Promosi kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Atul Hamid
11

Promosi kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-HariCuti penggal akhir persekolahan bagi sesi 2022/2023 hanya sebulan sebelum anak-anak melangkah ke darjah atau tingkatan baru. Keterujaan untuk memulakan sesi persekolahan penggal baharu 2023 pastinya sudah mula dirasai. Bukan anak-anak sahaja, malah ibu bapa turut merasainya. Mana tidaknya, ibu bapa pasti telah bersiap sedia untuk membeli kelengkapan sekolah buat anak-anak tersayang. Lagi awal selesaikan, lagi baik supaya tidak kelam kabut pada saat akhir.


Promosi Hebat Kembali ke Sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari


Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari


Begitu juga dengan Atul. Sempena cuti sekolah kali ini Atul bercadang hendak balik kampung lama sikit, jadi sebelum balik kampung, Atul dan suami akan pastikan kelengkapan persekolahan anak-anak Atul telah siap dibeli. Seperti tahun-tahun sebelum ni, pilihan Atul untuk tahun ini juga sudah semestinya di Pusat Pakaian Hari-Hari. Kenapa? Kerana Pusat pakaian Hari-Hari telah mengadakan Promosi Hebat Kembali ke sekolah dengan tawaran harga yang berpatutan dan mampu milik. Jadi, sudah semestinya Atul tidak akan lepaskan peluang keemasan ini.

 

Kenapa kena membeli di Pusat Pakaian Hari-Hari?


Setiap orang mesti ada sebab kenapa suka pergi ke satu tempat untuk membeli-belah. Begitu juga dengan Atul. Ini antara sebab kenapa Atul suka pergi Pusat Pakaian Hari-Hari kerana:

 

Pusat Pakaian Hari-Hari: One stop center kelengkapan sekolah

Betulkah semua kelengkapan sekolah boleh dibeli dari Pusat Pakaian Hari-Hari? Ya kerana Pusat Pakaian Hari-Hari umpama one stop center yang menjual kelengkapan sekolah. Di sini kita boleh dapatkan pelbagai kelengkapan sekolah seperti kasut, beg, pakaian sekolah lelaki dan perempuan untuk sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah, botol air, alat tulis dan bermacam lagi. Jadi, ia telah menjimatkan masa dan tenaga tanpa perlu ke sana ke mari untuk membelinya.

 

Layanan mesra staf

Atul suka pergi Pusat Pakaian Hari-Hari. Salah satu sebabnya staf mereka yang mesra pelanggan. Setiap kali masuk je Hari-Hari mesti staf Pusat Pakaian Hari-Hari akan menyapa kita dengan mesra dan ceria. “Selamat Datang”  ucap mereka beramai-ramai kalau kita melangkah masuk ke kedai mereka. Cara mereka telah buat kita sebagai pelanggan rasa gembira hendak membeli disini.

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Selain itu, Apabila kita hendak mencari barangan yang di kehendaki, mereka memberi ruang untuk kita mencarinya terlebih dahulu, dan apabila kita perlukan pertolongan untuk mencari barang yang di kehendaki, mereka sentiasa ada untuk memberi bantuan. Wajah mereka juga tidak lekang dengan senyuman. Layanan mesra yang mereka berikan buatkan kita rasa selesa untuk membuat belian.

 

Pelbagai Pilihan berjenama dan berkualiti

Sekiranya buntu dan tidak tahu dimana tempat menarik untuk membeli pakaian, tidak perlu risau, datanglah ke Pusat Pakaian Hari-Hari kerana terdapat pelbagai pilihan berjenama, pelbagai saiz dan semestinya berkualiti. Untuk satu keluarga pun boleh di dapati di Pusat Pakaian Hari-Hari. Barangan yang terdapat di sini juga berkualiti dan tahan lama.


Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari


Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Harga Berpatutan dan mampu milik

Bagi Atul harga yang ditawarkan di Pusat Pakaian Hari-Hari sangat berpatutan dan mampu milik berbanding di tempat lain. Setiap lapisan masyarakat boleh membeli-belah disini.

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Fitting Room yang selesa

Untuk memudahkan para pelanggan mencuba pakaian sebelum membeli, Pusat Pakaian Hari-Hari turut menyediakan Fitting room yang selesa. Seperti di Pusat Pakaian Hari-Hari Arau, Perlis terdapat 4 Fitting room untuk kegunaan para pelanggan.

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari


Kaedah bayaran yang fleksibel

Menariknya di Pusat Pakaian Hari-Hari, setiap pelanggan boleh memilih kaedah bayaran yang selesa mengikut kehendak pelanggan, ada yang suka secara tunai dan ada juga yang suka dengan cashless. Terdapat beberapa kaeadah bayaran yang diterima seperti tunai, Visa, Mastercard, Grabpay, QRPay, Touch&Go, ipay88, Boost, CIMBclick dan PayPal.

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Pilihan pelbagai kaedah bayaran ini sangat mesra pelanggan dan memudahkan urusan para pelanggan.

 

Apa yang Pusat Pakaian Hari-Hari sediakan sempena Promosi Kembali ke Sekolah 2023

 

Pakaian Sekolah / Pakaian sukan

Sebelum sampai di Pusat Pakaian Hari-Hari, Atul terfikir, ada ke jual pakaian seragam pengawas untuk budak perempuan di sini? Memandangkan tahun 2023 ini, rezeki anak Atul dilantik sebagai pengawas sekolah walaupun baru masuk darjah tiga. Yelah, selalunya Atul beli pakaian sekolah warna putih je. Jadi, inilah kali pertama nak beli pakaian seragam warna biru muda, kain susun belakang dan ves.

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari


Rupa-rupanya memang ada set lengkap untuk pakaian seragam pengawas. Jenis fabriknya juga Atul suka, jenis kain licin tak panas dan selesa untuk dipakai. Pakaian sekolah yang terdapat di Pusat Pakaian Hari-Hari dari jenama terbaik dan berkualiti seperti Jony & jeny.

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Ada juga pakaian seragam untuk sekolah tabika KEMAS, sekolah rendah dan menengah, sekolah KAFA dan pakaian sukan

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Beg Sekolah

Ikutkan beg sekolah kakak masih elok lagi dan masih boleh digunakan lagi. Tapi disebabkan pencapaian akademik kakak masa darjah dua sangat cemerlang, jadi dapatlah kakak beg sekolah baru. Dekat Pusat Pakaian Hari-Hari telalu banyak pilihan beg sekolah. Dari saiz kecil, sederhana dan besar dengan pelbagai warna menarik. Ada gambar kartun dan ada juga yang kosong. Yang paling penting, semua beg sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari mestilah berkualiti, tahan lasak dan harga mampu milik.


Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Adik Aaqif yang masih Tabika pun dapat sekali beg sekolah, Menarikkan beg sekolah anak-anak Atul. Semuanya Atul beli di Pusat Pakaian Hari-Hari tau.

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari


Kasut Sekolah dan stoking

Anak Atul ada cakap, kasut sekolah dia taknak yang stripe, yang bertali pun taknak. Dia nak yang sarung je. Mudah katanya. Jadi, dekat hari-hari ini, bermacam jenis kasut ada, stripe, bertali, bertumit atau yang biasa, semuanya ada. Pilih je yang mana satu berkenan di hati. Sekarang dah mudah, semuanya bewarna hitam. Ukur je saiz kaki, laju je staf Pusat Pakaian Hari-Hari tolong carikan. Kasut sekolah disini juga berkualiti dan tahan lasak. Sesuai di pakai waktu persekolahan, samada di dalam kelas atau padang sekolah.

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Botol Air

Dekat Pusat Pakaian Hari-Hari pun ada jual botol air juga. Setiap botol disediakan dengan pelbagai warna yang menarik. Muat dimasuk disisi beg sekolah. Mudah di bawa dan di pegang. Mudah untuk digunakan. Bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tetapi untuk remaja juga.

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Alat Tulis

Jangan taktahu, dekat Pusat Pakaian Hari-Hari juga terdapat alat tulis tau. Bekas pensil juga ada dijual di sini. Macam si kakak dia suka guna pensil mechanical. Disini juga ada jual pelbagai jenis alat tulis. Mudahkan, sambal beli baju sekolah, terus beli alat tulis.

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari


Kelengkapan Sekolah Lain

Antara barang lain yang ada di Pusat Pakaian Hari-Hari

  1. Singlet
  2. Kain / Seluar Dalam (Loose / Tight)
  3. Tali Pinggang
  4. Songkok
  5. Sapu tangan
  6. Baju putih Pra- Sekolah
  7. Tudung sekolah
  8. Anak Tudung

Dan bermacam lagi. Kalau nak disenaraikan memang banyak, tak terbaca nanti. Untuk merasai keterujaan membeli kelengkapan sekolah ini, marilah ke Hari-Hari! Alang-alang promosi Kembali ke sekolah sedang berlangsung ni. Baik pergi segera ke cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari yang berdekatan sebelum kehabisan saiz dan stok.

 

Pengalaman Membeli Belah di Pusat Pakaian Hari-Hari

Setelah membeli kelengkapan sekolah sempena Promosi Kembali ke sekolah di pusat pakaian Hari-Hari, Atul sekeluarga sangat berpuas hati dengan pilihan yang dibuat. Bukan sahaja produknya yang berkualiti, selesa dipakai dan tahan lama tetapi servis yang diberikan oleh Staf di Pusat Pakaian Hari-Hari, Arau sangat mesra pelanggan. Tambahan pula sekarang ni tengah promosi Kembali ke sekolah, banyaklah penjimatan yang Atul peroleh ketika membeli kelengkapan sekolah disini.

Promosi Kembali ke sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari

Sekiranya hendak mendapatkan penjimatan berganda sempena Promosi Kembali Ke sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari, jomlah ke Hari-Hari sekarang juga. Sangat-sangat berbaloi membeli waktu promosi kembali ke sekolah sedang berlangsung ni.

 

Marilah Pergi Hari-Hari!


Untuk makluman, terdapat 98 cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari seluruh Malaysia. Untuk ketahui lokasi cawangan Hari-Hari berdekatan, boleh semak di www.hari.com.my/locator

Tapi kalau sibuk sangat dan tak dapat pergi ke kedai fizikal, boleh je buat belian secara dalam talian seperti di bawah ini:

Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my 

Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari

Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari

 

#PusatPakaianHariHari #MarilahPergiHariHari
#hariharisekolah 
#backtoschool
#bajusekolah #kelengkapanSekolah
#ehari #bajusekolahOnline
#atulhamid

 





Post a Comment

11Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Terbaik infonya..tq

    ReplyDelete
  2. terbaik kak👍👍

    ReplyDelete
  3. Macam ni Ruby suka jugak. Jadi senang dan lebih mudah untuk membeli semua kelengkapan anak-anak bersekolah bila apa yang kita cari dan nak tu ada dalam 1 kedai yang sama.

    Tahniah kakak dilantik jadi pengawas. Moga terus maju jaya!❤️

    ReplyDelete
  4. Setiap tahun memang layan hari-hari kalau nak cari baju sekolah budak2. Harga mampu milik

    ReplyDelete
  5. wah macam best je masuk kedai hari-hari, thanks kak atul share, hehe nanti nak pergi la beli alat tulis kat situ,

    ReplyDelete
  6. alhmd yong pun dah settle beli bju sekolah zubaidah , rezki dari tu dapat voucher pihak sekolah bagi.. ringan sikit lah modal

    ReplyDelete
  7. boleh tahan murah jugak. 1 tempat ada semua. Tak payah nak pergi mana-mana. Orang tak tau jadi tau ni. Good entri

    ReplyDelete
  8. Bila nak beli uniform sekolah, memang kedai hari-hari yang akak tuju. Senang sebab semuanya under one roof. Harga pun berbaloi.

    ReplyDelete
  9. Ohh woow.....So so good the back to sxhool varieties here, easier to shopping for kids before school reopen. Yum yum. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  10. Dulu Zaman Cik Fatin Sekolah Rendah memang Hari-hari pilihan saya, sebab senang nak cari apa semua ada... Pakaian seragam, uniform koko semua ada.

    ReplyDelete
  11. Bagusnya ada gedung mcm ni, semua senang nak beli in one place. Harga pun affordable.
    Tempat kak pip semua mcm expensive. Baju sehelai RM22++, seluar sekolah atau seluar sukan dekat RM30 sehelai ... Makin besar saiz anak, makin mahal harga pakaian. Kualiti so far ok, boleh guna 2-3 tahun juga, tapi tu lah, nak membeli sekali harung memang rasa juga mahalnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !