Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee

Atul Hamid
9

Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee | Pejam celik pejam celik dah nak masuk Ramadan balik. Bila Ramadan menjelma, selalunya Ibu adalah orang yang paling sibuk sekali. Sama juga dengan Atul. Bila hampir je Ramadan, Atul dah sibuk nak fikir apa menu untuk bersahur, apa menu berbuka dan macam-macam lagi lah. Fikir menu untuk suami dan anak-anaklah utamanya. Kalau Atul dan suami je, kami selalu bersahur dengan Set Puasa Shaklee je. Berbuka pun mudah je. Tapi bila anak-anak berpuasa wajib beri perhatian untuk pastikan mereka kekal cergas, aktif sepanjang hari walaupun sedang berpuasa.


Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee

Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee

Teringat masa mula-mula anak Atul berpuasa dulu. Anak Atul mula belajar berpuasa waktu umur 5 tahun. Masa umur anak Atul 7 tahun. Dia dapat puasa hampir penuh sebulan, hanya beberapa hari je tinggal. Sangat membanggakan Atul bagi dia yang kecil molek tu. Masa umur 8 tahun, Alhamdulillah penuh sebulan dia berpuasa. 


Dia sendiri yang hendak berpuasa tanpa sebarang paksaan. Gerak bangun sahur pun mudah je. Mungkin sebab dia rasa dia mampu berpuasa sepanjang hari walaupun dia bersekolah sampai petang. Kenapa Atul kata dia cergas sepanjang hari walaupun berpuasa sebab setiap petang dia tetap akan turun bermain. Siap boleh main lari-lari tau.


Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee


Apa yang Atul boleh kongsikan, Anak atul bersahur makan nasi tapi tak banyak. Kadang-kadang tak habis sesenduk pun nasinya. Mungkin sebab terlalu awal untuk makan nasi. Tapi setiap kali sahur, Atul wajib bagi anak-anak Atul minum Meal Shakes & air tenaga Performance Drink. Alhamdulillah, seharian berpuasa walaupun penat bersekolah, tapi anak-anak tak mengadu lapar atau letih. Seronok sangat anak-anak Atul berpuasa di bulan Ramadan. Set puasa Shaklee kanak-kanak sangat membantu anak-anak Atul aktif bertenaga sepanjang hari walaupun berpuasa.


Ini Atul kongsikan gambar air yang anak-anak Atul minum waktu sahur.


Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee


Macam atul pulak, kalau berpuasa Atul akan elakkan makan nasi waktu bersahur. Kenapa? Sebab Atul tak tahan bersahur dengan nasi termasuklah roti, telur dan seangkatan dengannya. Atul akan jadi cepat lapar. Lebih kurang jam 9 pagi dah mula rasa lapar. Paling tak tahan akan jadi pedih hati. Rasa tak selesa sangat. Taktahu lah kenapa rasa macam tu. Badan pun lemau je.


Tapi sejak Atul kenal Shaklee hujung tahun 2014, Atul mula bersahur dengan ESP Shaklee. Masa awal-awal ni Atul mix kan ESP dengan milo atau oat tau. Masa awal-awal kan. Tapi bila dah biasa, minum ESP je. Perut Atul rasa lebih selesa sepanjang berpuasa dari sebelum ambil ESP.


Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee


Tapi sejak kenal Cinch Shaklee, Atul rasa lagi seronok berpuasa. Sampai suami Atul pun terjebak bersahur dengan set puasa Shaklee. Pilihan suami Atul Cinch Shake Latte. Setiap tahun berpuasa, suami akan minta nak bersahur dengan Cinch Shake Shaklee. Suami Atul kata, dia tak lapar sepanjang berpuasa bila bersahur dengan Cinch Shaklee. Berbeza sangat bila dia bersahur tak ambil Cinch Shake. Maklumlah, dia bekerja memerlukan tenaga yang lebih. Tambahan sepanjang berpuasa tak dapat minum air kosong ketika bekerja, jadi dengan minum Cinch Shake Shaklee waktu bersahur, dia rasa selesa bekerja walaupun berpuasa. Ini pengalaman berpuasa suami Atul sendiri dengan set puasa Shaklee.


Macam Atul, set puasa Shaklee memang jadi pilihan Atul sejak dulu lagi. Setiap hari Atul minum pelbagai perasa seperti Cinch Shake Coklat, Cinch Shake Latte, ESP, Life Shake Elderberry dan Life Shake Matcha. Tapi antara semua Atul suka sangat bersahur dengan Cinch Shake Coklat. Yang lain bukan tak suka, mestilah suka. Tapi Atul lebih suka bersahur dengan Cinch Shake Coklat.


Cinch Shake Shaklee ni ada 3 perisa. Berfungsi sebagai pengganti makanan (meal replacement) mempunyai Indeks glisemik rendah. Bagi Atul memang mengenyangkan walaupun seharian berpuasa. Sebelah petang Atul tetap masih aktif beriadah seperti jogging dan berbasikal. Memang sangat² membantu Atul cergas sepanjang berpuasa. Kalau tidak tu, memang melepeklah keletihan. Yang paling Atul bersyukur sangat, sejak amalkan Cinch waktu bersahur, Atul tak mengalami dah masalah pedih hati. Syukur sangat.


Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee


Sejak mengamalkan set puasa Shaklee, bonus yang Atul dapat dan menggembirakan Atul, berat badan turun dan inch loss tau. Seronok sangat bila hujung-hujung puasa tu, seluar baju semakin longgar bila dipakai. Seronokkan? Sepanjang berpuasa aktif, berat badan turun. Memang boleh berkebayalah di hari raya. Siapa yang taknak kan?


Kalau waktu buka puasa pula, Atul akan minum Performance Drink. Alhamdulillah selepas berbuka pun tetap rasa segar . Sepanjang terawih pun tidak mengantuk.  Tidak melepek keletihan dan mengantuk selepas berbuka.


Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee

Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee

Akhir kata, pengalaman Ramadan Atul dengan set puasa Shaklee sangatlah menyenangkan Atul sekeluarga. Atul sangat bersyukur dapat mengamalkan set puasa Shaklee sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Malah, kalau Atul melakukan puasa sunat, puasa ganti, atau intermittent Fasting juga Atul pasti akan ambil set Puasa Shaklee. Jadi, bagi awak yang membaca entri ini, kalau waktu berpuasa selalu kena gastrik, muntah ketika berpuasa, pedih hati, cepat lapar, sibuk, Atul cadangkan awak amalkanlah Set Puasa Shaklee ni. InsyaAllah, awak pasti akan seronok berpuasa. Pasti awak selesa sepanjang berpuasa. Kalau nak tahu, rakan non-muslim Atul pun selalu ambil supplement dalam set puasa Shaklee ni. Ini kisah Ramadan dengan set puasa Shaklee nukilan Dettis Muslin


Untuk dapatkan Set berpuasa Shaklee, boleh klik gambar di bawah ini


Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee


#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#atulhamid


Post a Comment

9Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Sedapkan Cinch Shake Chocolate, memang rasa sangat kenyang. Atul tertinggal #blogmega . Nanti jemput blogwalking Kinah ya http://sakinahms.blogspot.com/2023/03/pengalaman-berpuasa-di-bulan-ramadhan-dengan-set-puasa-shaklee.html

    ReplyDelete
  2. Set ni best sangat! 4 tahun dah sahur dengan set set ni je. Alhamdulillah tahan perut sampai berbuka. 😊

    ReplyDelete
  3. Saya suka Esp. Memang terbaik kesannya.

    ReplyDelete
  4. Set puasa shaklee terbaik! Kenyang lama dan rasa bertenaga 👍🏻

    ReplyDelete
  5. Memang bagus set puasa shaklee ni, terbaik!

    ReplyDelete
  6. Malam-malam pun terliur tengok PD Lime letak pudina lemon tu..hihi

    ReplyDelete
  7. Wahhh! Anak dan suami Atul pun suka berpuasa dengan Shaklee ya. Cinch Shake tu memang betul buat rasa kenyang ☺️. Performance Drink pulak, nikmat betul kalau minum time berbuka. "Air aircond" hihihi

    ReplyDelete
  8. Bagus erk set ni utk posa nnt

    ReplyDelete
  9. memang ambil dah set puasa ni. membantu sangat2 rasa bertenaga masa puasa bila tengah pregnant

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !