Program insentif Shaklee Malaysia tawarkan extra income yang rugi dilepaskan

Atul Hamid
0

Program insentif Shaklee Malaysia tawarkan extra income yang rugi dilepaskan | Rugi betul awak yang dah lama amalkan produk Shaklee, sekadar sertai Shaklee untuk dapatkan harga ahli sahaja tetapi tidak buat bisnes Shaklee. Kenapa rugi? Sebabnya bila buat bisnes Shaklee, awak berpeluang dapat pelbagai insentif yang menarik dari Shaklee Malaysia. Ini kerana Shaklee Malaysia menawarkan banyak insentif yang takkan dapat dan tak sama dengan bisnes online yang lain. 


Program Insentif Shaklee Malaysia April hingga Jun 2023


Yang terbaru, Shaklee menyatakan awak juga berpeluang dapat duit tambahan yang ditawarkan oleh Shaklee melalui program insentif Shaklee dari April hingga Jun 2023. Wah, macam mana tu ya? 


Program insentif Shaklee Malaysia tawarkan extra income yang rugi dilepaskan


Program Insentif Shaklee Malaysia kali ini menawarkan cash reward tambahan sebanyak RM600 dalam masa 3 bulan. Tetapi program khas ini untuk pengedar Shaklee yang naik pangkat ke rank pertama dan rank kedua dalam Shaklee iaitu rank Supervisor dan Senior Supervisor. Bestkan?


Untuk rank Supervisor, samada yang baru naik rank atau yang hendak kembali efektif, bakal menerima hampir rm5000 dalam masa 3 bulan. Manakala bagi rank Senior Supervisor pula mereka berpeluang menjana hampir rm6000 dalam masa 3 bulan. Banyakkan? Siapa nak bagi banyak-banyak macam tu saja? 


Cuba bayangkan, kalau awak merupakan seorang surirumah, dapat extra income rm2000 sebulan atau rm6000 untuk 3 bulan, mesti rasa seperti orang bekerja pergi pagi balik malam kan? Padahal bekerja dari rumah je, sambil masak, sambil tengok anak-anak dapat extra income dari bisnes Shaklee. Seronoknya. Siapa taknak kan? 


Tapi macam mana nak dapat extra income melalui program insentif Shaklee ni ya? Okay, kalau nak tahu macam mana caranya, jom teruskan baca entri ini.



Cara sertai dan dapatkan program insentif Shaklee Malaysia


Untuk sertai dan dapatkan extra income dari program insentif Shaklee Malaysia ini, pertama sekali awak perlu mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang juga. Terdapat 2 pilihan untuk mendaftar;


1. Bayar yuran keahlian sebanyak RM35

2. Daftar keahlian percuma dengan membuat belian produk Shaklee minimum 100uv. 


Untuk mendaftar, awak boleh daftar disini. Selepas mendaftar, sila Whatsapp Atul untuk dapatkan keterangan lebih terperinci dan bimbingan percuma dari Atul.


Setelah mendaftar sebagai Ahli, awak layak menyertai program insentif Shaklee Malaysia April hingga Jun 2023 dan dapatkan duit tambahan dari Shaklee. Bestkan?


Eh sekejap, kalau nak tahu, ada lagi tau insentif lain dari Shaklee yang lagi menarik.


Kelebihan lain insentif Shaklee Malaysia yang menarik


Tahukah awak, selain dari program insentif tambahan Shaklee yang Atul nyatakan tadi, sebenarnya Shaklee memang menawarkan insentif menarik sejak dulu lagi buat semua pengedar Shaklee yang layak. Ianya dinamakan program 3C Shaklee. 3C bermaksud Cash, Car and Convention. Menarikkan? Berikut Atul terangkan macam mana cara nak dapatkan insentif 3C Shaklee tersebut.



1. Cash Bonus (Bonus Tunai)

Semua pengedar Shaklee layak dapat honus tunai dari Shaklee. Syaratnya awak perlu dapatkan minima 150uv, dan awak akan terima bonus tunai yang akan dikreditkan pada 14hb setiap bulan. Jumlah bonus Shaklee yang boleh awak dapat bergantung kepada nilai uv yang awak kumpul setiap bulan, iaitu bermula dengan dua angka sehingga infiniti jumlahnya.  Bonus tunai ini ada 2 jenis iaitu bonus daripada pembelian / jualan, dan bonus daripada leadership. Atul sendiri pernah merasa terima bonus dua, tiga dan empat angka dari Shaklee. Bestkan?



2. Car Bonus (Bonus Kereta)

Wah Shaklee bagi kereta ke? Kereta apa tu? Untuk pengetahuan awak, untuk program insentif Car Bonus ni, Shaklee memberi peluang kepada semua pengedarnya yang berada pada rank Supervisor dan ke atas untuk menyertai Program Subsidi Kereta. Uniknya program ini menawarkan subsidi kereta dalam bentuk tunai (cash) bukan dalam bentuk kereta.


Menariknya program insentif Car Bonus ni, awak bukan terima sekali je tau, tetapi selagi awak capai uv minima yang ditetapkan, selama itulah awak akan menerimanya tanpa henti. Bestkan? Cash bonus dapat, Car bonus pun dapat. 


Lagi menarik apabila insentif car bonus yang diterima itu tidak terhad untuk tujuan pembayaran kereta semata-mata. Tetapi awak boleh guna untuk bayar lain seperti ansuran rumah, perbelanjaan harian, untuk pergi melancong, untuk pelaburan dan apa sahaja yanh awak inginkan. Terpulang pada diri awak nak guna untuk bayaran apa.



3. Convention trip

Shaklee bawa melancong ke? Ya betul. Kalau nak tahu, program insentif Convention ni adalah trip percutian mewah secara PERCUMA buat pengedar Shaklee yang layak. Yang pasti trip Shaklee bukan biasa-biasa tau. Layanan mewah seperti vvip, menginap di hotel mahal, dapat duit belanja dari Shaklee, dan macam-macam lagi.


Ada 2 tawaran pelancongan dari Shaklee iaitu trip regional & international. Paling istimewa buat semua yang beragama Islam, Shaklee juga menawarkan trip menunaikan umrah setiap tahun.  MasyaAllah, bestkan? Kalau pergi melancong dengan Shaklee, memang eksklusif lah.


Seronokkan jadi pengedar Shaklee ni. Kesihatan terjamin, bonus dapat, dapat duit tambahan lagi, dapat melancong juga. Memang tak rugi sertai komuniti Shaklee ni.


Lagi extra income bila buat bisnes Shaklee


Sebenarnya belum habis lagi tau. Kalau awak buat bisnes Shaklee, awak boleh dapat duit tambahan lagi! Eh ye ke? Macam mana tu? Jom baca perenggan seterusnya, atul ada kongsikan cara dapatkan lagi duit tambahan bila buat bisnes Shaklee.


Untung Runcit


Jika awak buat bisnes Shaklee, awak berpeluang dapat lagi duit tambahan melalui untung runcit. Part untung runcit ni menarik sebenarnya. Untuk pengetahuan awak, setiap produk Shaklee ada harga jualan pasaran dan harga jualan ahli.  Jadi, jika awak berjaya jual produk Shaklee kepada yang bukan ahli, awak boleh dapat untung runcit segera daripada hasil jualan awak itu. Bestkan?


Asasnya bila sertai Shaklee ni, boleh dapat bonus tunai, kalau buat bisnes, boleh dapat untung runcit pula. Extra bonus kalau naik rank antara April hingga Jun 2023 ni dan bertahan selama tiga bulan layak dapat intensif reward dari Shaklee. Lepas tu, kalau lepas target untuk car bonus dapat lagi duit tambahan. Dan siap boleh dapat pakej melancong lagi. Terujakan? Banyak betul tawaran menarik dari Shaklee. 


Apa boleh buat kalau dapat extra income dari insentif Shaklee ni?


Kalau tanya Atul, banyak benda boleh dibuat kalau dapat extra income dari insentif Shaklee ni. Antaranya seperti

✓ Boleh selesaikan bayar hutang PTPTN

✓ Boleh buat simpanan tambahan untuk kecemasan, simpanan tetap

✓ Boleh belanja anak-anak, keluarga, suami lebih kerap

✓ Boleh buat modal pergi jalan-jalan, membeli belah apa yang di kehendaki

✓ Boleh bayar zakat, berinfaq pada mereka yang memerlukan

dan macam-macam lagi. 


Begitu juga dengan awak, macam-macam lagi awak boleh lakukan andai kata awak layak terima insentif Shaklee ini.


Jadi, jangan tangguh lagi, terutamanya awak yang memang dah lama amalkan Shaklee. Mana tahu awak merupakan salah seorang pengedar Shaklee yang berbakat dan berkemahiran melakukan bisnes Shaklee. Tak cuba tak tahu. Silap-silap haribulan, awak boleh dapat semua insentif Shaklee yang ditawarkan. Kalau awak baru nak cuba amalkan Shaklee, sedang mencari-cari bisnes online yang flexible, sila klik gambar di bawah untuk hubungi Atul


Terima kasih kerana sudi baca sampai habis


#atulhamid

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !