Testimoni set resdung Shaklee

Atul Hamid
2

Testimoni set resdung Shaklee | Sebenarnya kalau nak cerita tentang testimoni Shaklee berkisarkan pengalaman Atul sendiri, banyak. Bermula dari bulan Ogos 2013 hingga ke hari ini, Atul adalah pengguna setia produk Shaklee. Hampir kesemua produk Shaklee Atul ambil dan telah rasa keberkesanannya. Tapi untuk entri kali ini, Atul terpanggil untuk berkongsi kisah resdung yang Atul hadapi. Atul harap, perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada awak yang membaca entri ini.


Testimoni set resdung Shaklee



Alahai makanan laut. Sedihnya rasa, dapat tengok je, tak dapat nak dimakan pun. Sudahlah Atul suka sangat sotong, kerang dan seangkatan dengannya. Tapi disebabkan Atul tak tahan, hanya mampu tengok je lah. Kalau makan nanti cari masalah pula. Korang pun sama ke? Suka sangat dengan makanan laut, tapi tak boleh nak makan. Sedihkan?

Mana taknya, kalau makan je naik jerawat, gatal merenyam satu muka, kekadang sampai ke dalam telinga gatalnye, adakala tu sampai ke tekak rasa tak selesanya, mata pun sekali. Rasa macam nak tonyoh-tonyoh je. Tapi nasib baiklah bibir Atul tak jadi macam kena gigit dek tebuan. Kalau tidak, lagi jenuh. Mahu ke hospital jawabnya.

Testimoni set resdung Shaklee

Lepas tu, Atul juga seorang yang suka sangat makan laksa. Tapi selalunya kuah laksa ada belacan, dan Atul pula tak tahan belacan. Kan belacan dari udang. Jadi, gagahkan diri makan laksa ngan sup, sedihnya perasaan ini. Tapi kalau nak makan juga laksa dengan kuahnya memang kena tanggunglah gatal-gatal seluruh muka sendiri. Selain itu, yang paling Atul tak tahan adalah habuk. Kalau terdedah dengan habuk, sediakanlah tisu banyak-banyak sebab pasti akan bersin banyak kali, gatal lelangit dan hidung. Belum lagi kalau orang bersin hampir dengan Atul, pasti berjangkit.

Resdung ni juga menyebabkan hidung kerap berair walaupun tidak selsema. Kalau waktu pagi, hidung pasti tersumbat. Jenuh jugaklah bila ada resdung ni. Makan memang kena jaga. Sedihnya Atul rasa bila nikmat makan tu ditarik asbab masalah resdung yang Atul hadapi. Teringat bila keluar dengan kawan-kawan masa universiti, kalau order makanan dan makanan tersebut ada udang dan sotong, memang akan dapat dekat merekalah udang dan sotong tu, waima saiz udang tu besar, tetap dorang yang dapat. Atul redha je waktu tu.

Bagi Atul, gatal-gatal dalam telinga dah jadi perkara biasa, ada yang lagi teruk apabila muka senang naik jerawat dibuatnya. Bukan jerawat pasir tau, tapi jerawat batu siap bernanah lagi. Dah bernanah, ada banyak mata pula. Sakit tau, lagi sakit bila ia bengkak. Pastu nak hilangkannya MasyaAllah, punyalah susah. Sampai kulit jadi sensitiflah. Memang stress tau. Mana tidaknya, cuba produk penjagaan kulit banyak yang tidak sesuai. Jerawat masih ada, besar-besar juga. Kalau korang pun mesti sedih dan stress kan kalau jadi macam ni?

Testimoni Set Resdung

Macam
itulah Atul dulu-dulu kalau nak dikenangkan balik. Stress jangan cakaplah, siapa yang pernah alami je faham perasaan Atul waktu tu.  Siapa yang tahan muka, lelangit, telinga, dan mata gatal merenyam macam tu, taktahu la. Atul memang taktahan. Tapi kadang-kadang bila terasa nak makan makanan laut, makan jugaklah sikit, lepas tu tanggunglah seksanya sendiri.

Tapi itu dululah. Alhamdulillah sekarang, Atul dah tiada masalah untuk makan makanan laut. Malah, kalau nak makan setiap hari pun boleh. Tiada masalah. Almaklumlah, di Perlis ni kan syurga makanan laut. Kalau makan makanan laut, kelagi-lagi bertambah. Macam sekali beli, habis terus. Haha (hancur diet kalau dapat makan seafood nih).

Gatal-gatal di muka, telinga, mata dan lelangit, alhamdilah dah tak ada kalau makan makanan laut. Kiranya kalau masakan mengandungi belacan pun Atul dah boleh makan. Masalah hidung berair, bersin di pagi hari pun dah tiada. Syukur sangat-sangat. Yang ni paling best. dah lama jerawat batu bernanah tak muncul di kulit muka. Serius Atul tak tipu! Kalau ada naik jerawat pun, bila nak period je, Lepas tu cepat je kecut jerawat sekarang ni.

 

Macam mana atul boleh bebas masalah resdung?

Apa perasaan korang bila korang dapat makan makanan yang selama ini korang mampu tengok sahaja? Seronok ke tidak? Ye lah, korang kan dah lama mengidam nak makan makanan laut, tapi korang tak boleh makan. Tiba-tiba sekarang boleh makan, mestilah seronokkan. Ibarat syurga duniaBegitulah yang Atul rasa.

Alhamdulillah, sejak Atul kenal dan amalkan produk Shaklee, masalah resdung yang Atul hadapi semakin berkurangan. Sehingga kini Atul bebas untuk makan makanan laut yang Atul suka, walaupun setiap hari. Alhamdulillah memang syukur sangat-sangat.

Antara produk Shaklee yang membantu masalah resdung yang Atul hadapi adalah set resdung Shaklee. Set resdung Shaklee mengandungi Vita C Plus dan Alfafa Complex.

Menyesal tak jumpa set resdung Shaklee ni lebih awal. Atul syukur sangat-sangat sebab masih berpeluang merasai nikmat makanan dengan indahnya. Berbunga-bunga hati Atul, tambah-tambah lagi bila dapat makan makanan laut kegemaran Atul yang selama ini dapat tengok sahaja. Nikmat rupanya dapat makan makanan laut ni tau.

Alhamdulillah sangat-sangat dapat kenal supplemen Shaklee ni. Jadi, kalau korang yang ada resdung dan alahan sampai tak boleh makan makanan laut seperti Atul sebelum ni, memang Atul sokong korang amalkan set resdung Shaklee ni. Serius berkesan sangat! Berikut Atul kongsikan manfaat set resdung Shaklee.

 

Manfaat Set Resdung Shaklee 

Testimoni set resdung Shaklee


Sekiranya korang ada masalah alahan dan mengalami resdung, baik sedikit atau teruk, sebaiknya jangan biarkan masalah resdung berlarutan. Ini kerana resdung atau sinusitis
 boleh menjadi kronik jika tidak dirawat, seterusnya boleh menyebabkan jangkitan hingga ke mata dan otak. Jika penyakit itu sudah mengganggu bahagian mata, bimbang boleh menyebabkan mata merah, membengkak dan juga kabur. Jangkitan yang merebak ke bahagian otak pula jika tidak dirawat, sengsara penyakit itu boleh menyebabkan demam tinggi seterusnya sawan.

Oleh itu, jika korang sedang berusaha untuk mengurangkan masalah resdung yang korang hadapi, Atul amat galakkan korang ikhtiar dengan set resdung Shaklee. Alhamdulillah dengan izin Allah, Atul sendiri berjaya atasi masalah resdung yang Atul alami selama ini dengan hanya mengamalkan Set Resdung Shaklee. Sekiranya korang berminat nak cuba set resdung Shaklee ini, bolehlah whatsapp Atul di 0195733761

Demikianlah perkongsian testimoni Shaklee dari pengalaman diri Atul sendiri setelah berjaya bebas dari masalah resdung. Harapan Atul semoga ada rezeki bertuah dapat hadiah istimewa tajaan dari blogger www.anakkuwira.com

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

#atulhamid

Post a Comment

2Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Syukur! aAkhirnya jumpa solusi. Dapat balik "nikmat makan" tu 😋.

    Baca pengalaman Atul ni, jadi teringat dekat anak sendiri. Resdung juga 😪. Seksanya kita tengok dia duk gatal mata & telinga, bersin pagi², mengadu tak selesa.

    Alfafa tu budak 13 tahun boleh makan tak ya?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !