Pertama kali bercuti ke luar negara? Wajib ketahui 10 Tips percutian ini

Atul Hamid
4

Pertama kali bercuti ke luar negara macam-macam perasaan ada. Teruja, gembira, gementar, takut dan bermacam lagilah. Satu perasan yang sukar digambarkan. Maklumlah pengalaman pertama kali untuk menjejakkan kaki ke negara orang. Bermacam persoalan bermain difikiran. Macam mana tempat mereka, budaya, makanan, bahasa, masyarakatnya pasti berbeza dengan tempat kita. Jadi, untuk memudahkan anda membuat persediaan percutian keluar negara untuk pertama kalinya, Atul kongsikan 10 tips bercuti yang wajib anda ketahui.

Tips percutian keluar negara buat pertama kali melancong

10 Tips percutian ke luar negara buat pertama kali melancong


1. Buat senarai keperluan (travel to-do-list)


To-do-list sebenarnya sangat penting. Dengan adanya to-do-list ini ia bantu memudahkan urusan dari sebelum, semasa dan selepas bercuti. To-do-list ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti:

👉 Keperluan diri sendiri
👉 Keperluan suami / Isteri
👉 Keperluan anak
👉 Perubatan
👉 Makanan
👉 Dokumen / Insurans perjalanan
👉  Lain-lain peralatan jika perlu

Kenapa perlu disenaraikan? Supaya tidak ada yang tertinggal dan paling utama anda tidak bawa terlalu banyak barang yang tidak perlu. Jika buat senarai barang keperluan, anda akan nampak lebih jelas apa yang perlu atau tidak perlu untuk dibawa.


2. Rancang percutian dengan baik

Buat kajian tentang destinasi percutian yang akan anda lawati. Ketahui tentang budaya tempatan, cuaca, tarikan pelancong, makanan, kemudahan dan bahasa. Buat rancangan perjalanan tetap supaya anda boleh menggunakan masa dengan baik.


Wajib rancang percutian sebelum pergi bercuti. Pastikan anda tahu hendak pergi ke mana, berapa hari, menaiki kenderaan apa? Kenderaan sendiri atau public transport? Keadaan pengangkutan anda? Bercuti dengan siapa? Pergi bercuti berapa ramai? Keadaan cuaca pada ketika itu, musim panas atau hujan? Berapa banyak pakaian yang perlu dibawa? Apa peralatan lain yang perlu di bawa? dan Berapa bajet perbelanjaan termasuk kegunaan waktu kecemasan? Perkara-perkara ini sangat penting untuk anda tahu sebelum pergi bercuti. Sebaiknya buat perancangan percutian lebih awal untuk langkah persediaan.

 

3. Buat salinan dokumen penting

Pastikan anda membuat salinan dokumen-dokumen penting seperti pasport, tiket pesawat, tempahan penginapan, dan asurans perjalanan. Anda perlu membuat salinan secara hardcopy dan softcopy. Simpan salinan tersebut di tempat yang berbeza dengan dokumen asal seperti di email, Google Drive, Cloud storage atau beg yang berbeza dengan dokumen asal. Tujuannya supaya anda mempunyai salinan bukti sekiranya berlaku kehilangan dokumen asal.

 

4. Belajar kata-kata dasar setempat

Menghargai budaya tempatan dengan berusaha untuk bercakap menggunakan bahasa setempat. Walaupun hanya bercakap untuk beberapa kata dasar seperti "terima kasih," "tolong," dan "maaf sudah amat menggembirakan mereka

 

5. Beli Simkad untuk aktifkan pakej data roaming 

10 Tips percutian ke luar negara buat pertama kali melancong
Sumber: Google

Ini sangat penting untuk kekal berhubung walau dimana berada. Pastikan anda memilih telco yang menawarkan lebih penjimatan walaupun telah mengaktifkan pakej data roaming serta mempunyai akses global.
 


Pengaktifan data roaming adalah untuk membolehkan anda mengakses internet dan kekal berhubung walaupun berada di negara yang berbeza. Pada zaman ini talian internet sangat diperlukan kerana ia mampu membantu memudahkan urusan sepanjang percutian. Tambahan pula kini semuanya boleh dicapai dihujung jari sekiranya mempunyai talian internet.

 

6. Pastikan pasport atau visa belum tamat tempoh dan segala dokumen lengkap

10 Tips percutian ke luar negara buat pertama kali melancong

Untuk bercuti ke luar negara, pasport merupakan dokumen paling penting yang perlu ada.Pastikan pasport anda belum tamat tempoh. Ataupun pastikan tempoh sah pasport sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum penerbangan. Sekiranya tempoh sah pasport kurang dari 6 bulan, cepat-cepatlah pergi perbaharuinya.


Bagi sesetengah negara, mereka memerlukan visa. Namun ada juga negara yang memerlukan kedua-duanya. Jadi, pastikan anda menyemak terlebih dahulu negara yang ingin anda pergi samada memerlukan pasport, visa atau kedua-duanya.


Selain itu, pastikan dokumen penting seperti pasport, insurans perjalanan, tiket penerbangan dan apa sahaja lengkap dan telah diselesaikan sekurang-kurangnya paling lewat 2 minggu sebelum perjalanan. Namun jika selesai lebih awal lagi bagus.

 

7. Sediakan pakaian yang sesuai dengan tempat bercuti

10 Tips percutian ke luar negara buat pertama kali melancong

Pastikan anda membawa pakaian yang sesuai dengan musim dan iklim kawasan percutian anda. Selain itu, pastikan juga pakaian yang dibawa sesuai dengan tempat dan masyarakat sekitar. Adalah lebih baik memahami kod pakaian di kawasan percutian anda. Terutamanya jika anda mengunjungi negara dengan budaya yang berbeza. Hindari memakai pakaian yang mengundang perhatian negatif atau menghina budaya setempat. Namun begitu, bagi orang Islam adalah wajib memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.


Sekiranya anda bercuti ke
negara Islam, seboleh-bolehnya bawa dan pakailah pakaian yang sopan sebagai tanda menghormati budaya dan adat resam mereka. Seeloknya Atul nasihatkan kaji dulu tempat yang ingin dilawati dan belajar tentang cara berpakaian mereka.

 

8. Bawa atau simpan gambar anak-anak dan keluarga jika melancong bersama

Sekiranya pergi bercuti bersama keluarga dan membawa anak-anak sekali, pastikan membawa gambar terbaharu setiap seorang. Dan kalau boleh pastikan anak-anak juga ada menyimpan gambar ibu bapa beserta no telefon sekali. Tujuannya untuk memudahkan pencarian atau menghubungi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini atau kehilangan tanpa sedar.

 

9. Bawa kit pertolongan cemas, dan suplemen yang bersesuaian

10 Tips percutian ke luar negara buat pertama kali melancong

Tips ini selalu ramai yang terlepas pandang ketika pergi bercuti baik dalam negara mahupun ke luar negara. Hendaklah beringat bahawa perkara yang tidak dijangka mungkin akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Jadi, pastikan anda sediakan kit pertolongan kecemasan atau lebih popular sebagai first-aid kit bersama.


Kit pertolongan kecemasan ringan dan kecil sahaja, namun peralatan didalamnya boleh digunakan ketika kecemasan sementara mendapatkan rawatan selanjutnya. Antaranya seperti ubat sakit tekak, plaster luka, minyak angin, ubat cirit-birit, penghalau nyamuk, krim gatal, kain anduh, kapas dan apa-apa sahaja yang dirasakan penting dan perlu.


Selain itu, anda juga boleh membawa suplemen seperti vitamin c, protein shake dan apa sahaja makanan tambahan yang perlu. Sebagai contoh, sekiranya sukar mendapatkan makanan halal dikawasan percutian, anda boleh minum protein shake Shaklee sebagai alas perut sementara mencari restoran yang menyediakan makanan halal.

 

10. Beritahu keluarga dan kemaskini media sosial

10 Tips percutian ke luar negara buat pertama kali melancong

Sebolehnya berikan jadual perjalanan anda kepada beberapa ahli keluarga atau sahabat sebelum pergi bercuti. Kemudian pastikan anda sentiasa maklum keberadaan anda kepada mereka. Ini kerana sekiranya berlaku masalah yang tidak diingini, mereka akan tahu aktiviti dan lokasi terakhir anda. Memandangkan sekarang semuanya dihujung jari, ia amat memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan mereka walaupun jauh beribu batu.


Namun, pastikan anda tidak mengemaskini media sosial selalu. Sekiranya hendak melakukan posting, pastikan ia posting yang telah berlaku, dan bukan sedang berlaku. Ini demi menjaga keselamatan diri anda.


Baca: Tempat menarik di Maran

 

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi tip percutian untuk anda yang baru pertama kali hendak pergi bercuti ke luar negara. Namun, untuk kali ini, Atul hanya kongsikan 10 tips percutian sahaja. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan anda membuat persediaan, serta melancarkan perjalanan sepanjang bercuti.

Post a Comment

4Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Totally agree with your 10 tips shared here , I'm also adopting the same for my travel preparation too. Especially to ensure that the travel document still valid to use. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi tips bercuti ni, memang berguna sangat lagi2 yang first time travel

    ReplyDelete
  3. kalau nak ikutkan banyak tips nak g bercuti.. kalau tak ada yg kongsi info ni mesti lah jadi keliru juga bila dah sampai tempat percutian

    ReplyDelete
  4. I will remember when I am successful that I have studied on this web, thank you warm greetings

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !