9 Tips bisnes online untuk yang baru mula

Atul Hamid
0

9 Tips bisnes online untuk anda yang baru hendak menceburi dunia online pada zaman yang serba canggih ini. Memandangkan dunia kini semuanya dihujung jari, jadi sekarang ramai yang rebut peluang buat bisnes online. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, semuanya tidak ketinggalan untuk merebut peluang didepan mata ini. Termasuk juga para suri rumah, mereka mengambil peluang menjana pendapatan tambahan dengan melakukan bisnes online dari rumah. Jadi, 9 tips ini sangatlah sesuai untuk anda yang baru hendak mula menjana pendapatan secara online.


9 Tips untuk memulakan bisnes online


Tips bisnes online


Kenalpasti bisnes online yang hendak dilakukan 

Untuk mula melakukan bisnes online perkara pertama yang perlu diambilkira adalah hendaklah kenalpasti bisnes itu terlebih dahalu. Maksudnya disini anda perlu tahu beberapa perkara seperti:

👉 Apakah bisnes online yang hendak anda lakukan?

👉 Berapakah yuran atau modal yang diperlukan?

👉 Perlu simpan stok atau tidak?

👉 Ada sistem yang bagus atau tidak?

👉 Ada mentor atau tidak?

👉 Bagaimana cara pendapatan yang akan dapat? Secara tunai, cek atau debit?

👉 Adakah bisnes tersebut patuh syariah atau tidak?

👉 Bisnes yang flexible atau tidak?


Dan bermacam lagi yang boleh anda senaraikan. Tujuannya untuk memastikan bisnes online yang anda buat itu adalah sah dan boleh tahan lama. Sekaligus membantu anda jana pendapatan seperti yang diinginkan dengan rasa seronok dan bukannya terpaksa.

 

Internet 

Bila namanya bisnes atas talian, jaringan internet wajiblah ada. Anda perlu memastikan rangkaian internet anda laju dan dapat digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan.

 

Ilmu

Sebelum memulakan sesuatu perkara, hendaklah memastikan diri mempunyai ilmu dalam bidang berkaitan. Untuk bisnes online, ada beberapa ilmu pengetahuan yang perlu anda tahu, antaranya ilmu pemasaran, ilmu bisnes, ilmu servis, ilmu produk, dan bermacam lagi.


Jangan gusar, kini semua info dan ilmu pengetahun hanya dihujung jari. Sebelum memulakan bisnes, anda perlu berusaha untuk mencari ilmu walaupun sedikit, tujuannya supaya anda faham cara untuk melaksankannya. Ini kerana tanpa ilmu hanya akan menjadi sia-sia dan membazir masa, tenaga dan wang ringgit tanpa hasil. Tanpa ilmu juga banyak peluang bakal terlepas. Jadi, teruskan mencari ilmu tanpa jemu walaupun telah berjaya kelak.

 

Medium untuk berbisnes 

Zaman teknologi tanpa sempadan ini, jika tidak diikut kemajuannya pasti akan ketinggalan. Seperti kewujudan media sosial, seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter, Threads dan banyak lagi, sekiranya kita tidak mempunyai akaun sekurang-kurangnya satu dari media sosial tersebut kita dianggap pelik.


Menurut statistik Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan Hootsuit dan We Are Social, Malaysia merupakan negara ke-9 yang aktif media sosial. Jadi, tersangatlah rugi jika tidak menggunakannya sebagai medium untuk berniaga online. Dengan menggunakan medium media sosial sebagai platform untuk melakukan perniagaan online, peluang untuk meluaskan pasaran, mencari prospek dan melakukan jualan, promosi dan pengiklanan adalah sangat baik. Jadi manfaatkan semua medium media sosial yang percuma untuk melakukan perniagaan.

 

Zero modal / modal rendah 

Tips ini paling perlu anda ambil perhatian. Ini bertujuan untuk memastikan anda tidak bermula dengan pelaburan yang tinggi. Ingatlah untuk memulakan perniagaan online, pastikan bermula dengan kos yang rendah atau tanpa modal. Ini kerana anda masih tidak tahu potensi perniagaan tersebut walaupun tanpa perlu membuka atau menyewa premis, ia tetap berisiko.


Sebenarnya banyak bisnes online yang mula dengan modal yang rendah atau tanpa modal ni. Antaranya seperti dropship, jual barang-barang terpakai (pre-love) yang masih elok, bisnes MLM seperti Shaklee yang hanya bermodalkan RM35 atau percuma sahaja atau bermacam jenis bisnes lagi.


Tak pegang stok

Untuk memastikan anda tidak rugi dan mengeluarkan modal yang banyak ketika baru melakukan bisnes, pastikan bisnes yang anda pilih tidak memaksa untuk simpan stok di tangan. Perkara yang perlu anda buat dahulu adalah cari kepercayaan orang ramai untuk memudahkan urusan jualan anda. Percayalah, apabila anda telah mendapat kepercayaan orang ramai, tanpa perlu bersusahkan payah, mereka sendiri yang akan datang mencari anda.

  

Mentor

Kenapa buat bisnes perlu ada mentor? Tujuannya suapaya dapat menjadi model contoh pada kita yang baru hendak bermula ini. Selain itu, dengan adanya mentor ini, barulah tindakan kita tidak terpesong. Ini kerana mentor ada untuk memberi tunjuk ajar dan panduan apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan. Namun begitu, bukan semua orang layak dijadikan mentor. Mentor hendaklah individu yang aktif, sentiasa positif, rajin, bersemangat dan yang telah berjaya dalam bidang tersebut. Dengan ini, barulah anda sebagai mentee akan sentiasa mempunyai semangat berkobar-kobar untuk terus melakukan apa yang dihajati dan tidak mengalah walaupun badai menjelma dan tidak seperti angan-angan Mat Jenin sahaja.

 

Database 

Database umpama lubuk emas bagi peniaga. Ia wajib ada bagi anda yang buat bisnes. Terutama sekali secara online. Tujuannya untuk merekod setiap transaksi jual beli yang telah dilakukan. Selain itu, database ini akan memudahkan anda menghantar info promosi, jualan, dan servis kepada semua pelanggan yang pernah berurusan dengan anda kerana info setiap pelanggan telah direkod dalam database tersebut. Jadi dengan ada database ini, kerja akan lebih mudah, cepat dan efisen

 

Rajin 

Untuk berjaya dalam bisnes online, anda hendaklah rajin untuk membuat iklan setiap hari. Bila anda rajin buat iklan barulah bakal pelanggan atau prospek akan sedar akan kewujudan anda. Sekaligus mereka juga akan nampak iklan anda dengan lebih kerap. 


Ingat ya, semakin kerap prospek melihat iklan yang anda buat, semakin tinggilah potensi untuk mereka buat belian. Yang penting perlu buat dengan konsisten setiap hari. Ingat satu perkara. Jangan disebabkan jualan lambat masuk, anda berputus asa dan berhenti dari berniaga.


Tips bisnes online

Sedangkan KFC, Mc Donalds, Gardenia dan lain-lain lagi nama besar yang telah dapat kepercayaan dan ada pelanggan masih aktif buat iklan, dan promosi, inikan anda yang tidak ada nama besar dan tidak ada sesiapa yang mengenali, jadi perlulah rajin membuat iklan setiap hari tanpa henti.


Baca: Duit tabung haji


Kesimpulan

Menurut statistik Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan Hootsuit dan We Are Social, Malaysia berada di tangga ke-5 dunia dari segi pengunaan e-dagang terbanyak, dengan 40 peratus penduduk Malaysia pernah mengadakan transaksi atas talian. Itu statistik untuk tahun 2018. Pada tahun ini sudah tentu peratusan penggunaan yang membuat pembelian secara atas talian semakin meningkat. Ini dapat dibuktikan dengan gaya hidup pengguna masa kini yang mana mereka sentiasa sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk membeli-belah. Selain itu, didapati penawaran harga barangan daripada e-dagang adalah lebih murah berbanding di kedai. Oleh itu, adalah pilihan tepat sekiranya anda hendak memulakan bisnes secara online sekarang kerana permintaannya yang luar bias dan pastikan anda mengikut tips bisnes online yang Atul kongsikan ini.


Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !