13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia

Atul Hamid
0


Keunikan negeri-negeri di Malaysia menjadi daya tarikan untuk para pelancong datang ke Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di Asia. Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Terdapat 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia manakala 2 negeri dan 1 wilayah persekutuan yang lain terletak di Malaysia Timur (Kepulauan Borneo)



Info ringkas bagi setiap 13 negeri dan 3 wilayah Persekutuan di Malaysia


Jika entri ini terlalu panjang, sila klik nama negeri di TOC yang ingin anda baca untuk terus ke entri tersebut.


Negeri Perlis 

Perlis Indera Kayangan, atau kini dikenali sebagai Perlis Darul Sunnah merupakan negeri terkecil di utara Malaysia. Ketenangan, kehijauan dan keunikan bentuk muka bumi Perlis menjadi daya tarikan utama kehadiran pengunjung. Keharuman dan keenakan harumanis sehingga menjadi rebutan dan permintaan yang tinggi di seluruh menjadikannya sebagai buah eksklusif dan diiktiraf sebagai ikon negeri Perlis.

Negeri dan wilayah persekutuan Malaysia


Perlis mempunyai tiga daerah iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar. Ibu negeri Perlis ialah Kangar, yang juga merupakan pusat pentadbiran negeri. Perlis mempunyai sistem pemerintahan beraja. Arau merupakan bandar Diraja kerana disitu terletaknya Istana raja.


Negeri Perlis kaya dengan warisan seni dan budaya Melayu yang unik antaranya seperti seni Tarian Canggung.


Antara tarikan pelancongan di Perlis adalah Padang Besar, destinasi membeli-belah yang terkenal, Gua Kelam yang menarik minat pelancong yang menyukai aktiviti merentas hutan, dan Bukit Chabang yang mana bukit ini terbelah dua ibarat lukisan matahari keluar dengan sawah padi dan banyak lagi.


Negeri Kedah

Kedah Darul Aman, lebih dikenali sebagai negeri Jelapang Padi kerana mempunyai kawasan sawah padi yang luas terbentang. Ibu negeri Kedah ialah Alor Setar, yang mana terkenal dengan Kompleks Pekan Rabu. Negeri Kedah mempunyai sistem pemerintahan beraja dan Istana raja terletak di Anak Bukit. Kedah mempunyai mempunyai 12 daerah, dan setiap daerah ada keunikannya tersendiri.


Sejarah Agung negeri kedah iaitu hikayat Merong Mahawangsa menceritakan kisah asal usul kesultanan dan raja-raja Kedah. Selain itu, Kedah juga terkenal dengan kemasyhuran Lembah Bujang. Yang mana, pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat perdagangan dan perkembangan agama Hindu di nusantara. 

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia

Kedah banyak tempat menarik yang boleh kunjungi, antaranya seperti Gunug Jerai, Tanjung Dawai, Tasik Beris, dan banyak lagi. Salah satu tempat paling menarik di Kedah adalah Pulau Langkawi. Pulau Langkawi terkenal sebagai destinasi pelancongan kerana memiliki pantai-pantai indah, hutan hujan, dan aktiviti-aktiviti air. Setiap 2 tahun akan berlangsung Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarbangsa Langkawi (LIMA) yang mana akan disertai dari pelbagai negera.


Negeri Pulau Pinang

Bila sebut Pulau Pinang mesti teringat nasi Kandar, ataupun jeruk madu Pak Ali. Kalau musim durian, popular dengan Durian Balik Pulau. Tidak ketinggalan Laksa Penang, char kuew tiaw dan pasembor. Boleh dikatakan sekali rasa pasti datang lagi.


Pulau Pinang terletak di barat laut Semananjung Malaysia dan merupakan sebuah negeri yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu pulau dan tanah besar.Untuk ke Pulau, perlu melalui Jambatan Pulau Pinang 1 dan 2. Menariknya tentang Jambatan Pulau Pinang kedua ini adalah ia merupakan jambatan terpanjang di Malaysia dan kelima terpanjang di Asia Tenggara.

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia


Ibu negeri Pulau Pinang adalah Georgetown. Kawasan Georgetown telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO kerana nilai keunggulan sejagat mempamerkan kepelbagaian budaya yang sejati dalam warisan hidup dan warisan binaan.  Lukisan-lukisan dinding yang kreatif dan unik menghiasi bangunan-bangunan di Georgetown menjadi salah satu daya tarikan para pelancong.


Pulau pinang antara negeri yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Antaranya seperti Bukit Bendera, Fort Cornwallis yang bersejarah, dan Pantai Batu Ferringi yang menarik, taman rama-rama dan macam-macam lagi,


Negeri Perak

“Kejor Yop Kejor” itulah ungkapan yang popular dikalangan orang Perak terutamanya buat penyokong bola sepak Perak. Perak sebuah negeri yang luas dan mempunyai 12 daerah. Setiap daerah mempunyai tempat menarik yang boleh dikunjungi dan keunikannya tersendiri antaranya seperti loghat Perak. Macam loghat Kuala Kangsar dan Bota, walaupun bunyinya seakan sama sebenarnya banyak perbezaan.


Perak terletak di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia. Ipoh adalah ibu negeri bagi Negeri Perak. Perak mempunyai sistem pemerintahan beraja dan Kesultanan Diraja Perak bersusur galurkan dari kesultanan Melayu Melaka. Bandar diraja terletak di Kuala Kangsar.

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia

Bermacam kisah sejarah terdapat di negeri Perak. Antaranya seperti kisah Kellie's Castle, Kota Belanda di Pulau Pangkor, Kapal Korek bijih timah di Tanjung Tualang dan bermacam lagi. Salah satu yang kaya dengan warisan sejarah adalah Taiping. Taiping diiktiraf sebagai bandar warisan apabila Majlis Perbandaran Taiping menyenaraikan 31 bangunan dan tempat dibandar itu sebagai yang tertua di Malaysia. Sebelum Ipoh, Taiping adalah ibu negeri Perak sebelum tahun 1937.


Negeri Selangor

Selangor Darul Ehsan terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam. Negeri Selangor mempunyai sistem pemerintahan beraja dan bandar Diraja Selangor terletak di Klang. Selangor mempunyai 9 daerah. Setiap daerah ada tempat menarik untuk dilawati.

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia


Selangor menawarkan pelbagai destinasi pelancongan seperti Taman Botani Shah Alam, Istana Alam Shah, Sunway Lagoon Theme Park, Ladang Tebu Adli Sungai Besar dan bermacam lagi. Begitu juga dengan pusat membeli belah, di Selangor terdapat bermacam-macam tempat membeli belah seperti Setia City Mall, Paradigm Mall, The Mines Shopping Mall dan banyak lagi.


Negeri ini mempunyai beberapa kawasan perindustrian penting termasuk Subang Jaya dan Petaling Jaya. Selain itu, negeri ini terkenal dengan pelabuhan utama yang terletak di Klang.


Negeri Melaka

Melaka negeri bersejarah atau dikenali sebagai Negeri Hang Tuah yang terletak di barat Semenanjung Malaysia menghadap Selat Melaka, bersempadan dengan negara bagian Negeri Sembilan dan Johor di tenggara. Ibu negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka.


Melaka adalah salah satu negeri bersejarah di Malaysia. Oleh sebab itu, Bandar Melaka telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Melaka kaya dengan warisan budaya, yang mana Melaka adalah tempat penting dalam sejarah Malaysia. Di Melaka masih banyak bangunan bersejarah seperti bangunan A Famosa,Srt John’s Fort dan pelbagai lagi. Selain itu, Bandar Melaka pernah menjadi salah satu pelabuhan paling penting dalam perdagangan rempah-rempah dan menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Melaka yang terkenal.

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia


Melaka menawarkan pelbagai tempat menarik termasuk Taman Mini Malaysia, Jonker Street, dan Menara Taming Sari. River Cruise dan lain-lain lagi yang seronok untuk di kunjungi. Di Melaka juga terkenal dengan makanan dan budaya tradisional seperti Asam Peds, cendol, cencaluk, baba-Nyonya, beca hiasan dan macam-macam lagi.


Negeri Sembilan

Negeri Sembilan terletak di bahagian tengah semenanjung Malaysia. Ibu kota negeri ini ialah Seremban. Negeri Sembilan mempunyai sistem pemerintahan yang unik dengan adat istiadat dan tatacara beraja yang dikenali sebagai "Undang." Negeri ini juga memiliki "Yang di-Pertuan Besar" yang memegang takhta.


Negeri Sembilan mempunyai warisan budaya yang unik dengan seni binaan tradisional "Rumah Negeri Sembilan" yang cantik dan bersejarah. Adat istiadat dan kebudayaan Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan adalah ciri-ciri yang membezakan negeri ini dari negeri-negeri lain di Malaysia.

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia

Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan banyak seperti Port Dickson yang popular dengan pantainya, dan Taman Tasik Seremban yang menarik. Negeri Sembilan juga dikenali dengan seni kraf tradisional seperti tenunan Mengkuang dan persembahan tarian seperti Tarian Caklempong.


Negeri Johor

Johor terletak di bahagian selatan semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, dan negara Singapura. Ibu negeri bagi Johor adalah Johor Bahru. Negeri Johor mempunyai sistem pemerintahan beraja dan Istana Diraja terletak di Bukit Serene Johor Baharu dan menghadap Selat Johor.

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia


Johor menawarkan pelbagai destinasi pelancongan antaranya seperti Legoland Malaysia, Istana Bukit Serene, dan Pulau Rawa yang cantik. Manakala makanan Tradisional bagi negeri Johor adalah seperti Otak-Otak, Kacang Pool, dan Mee Rebus.


Johor kaya dengan warisan seni dan budaya, antaranya seperi seperti tarian zapin dan tarian kuda kepang. Keunikan budaya, kemajuan negeri johor yang pesat, dan keindahan negerinya menjadi tumpuan sebagai destinasi yang menarik untuk dikunjungi.


Negeri Pahang

Pahang memiliki geografi muka bumi yang luas. Pahang terletak di bahagian tengah semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negara bagian Perak, Selangor, Terengganu, dan Johor. Ibu negeri Pahang ialah Kuantan. Negeri Pahang mempunyai sistem pemerintahan beraja dan bandar Diraja Pahang terletak di Pekan, Pahang.


Pahang mempunyai pelbagai destinasi pelancongan menarik termasuk Taman Negara, Cameron Higland, Pantai Cherating, dan Tasik Chini.

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia

Makanan Tradisional Pahang terkenal dengan hidangan seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Satar, Asam rong dan Lompat Tikam.


Pahang memiliki seni kraf tradisional seperti tenunan Pandanus dan persembahan tarian seperti Tarian Inai.


Negeri Terengganu

Terengganu terletak di bahagian timur Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negeri Kelantan dan Pahang serta menghadap Laut China Selatan. Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu dan negeri ini mempunyai 7 daerah. Negeri Terengganu mempunyai sistem pemerintahan beraja dan Istana Diraja terletak di Kuala Terengganu.

Terengganu mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang menarik seperti Pulau Redang yang terkenal dengan pantainya, Tasik Kenyir, dan Masjid Kristal yang unik, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Pasar Payang dan bermacam lagi tempat menarik.

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia

Terengganu merupakan salah satu pengeluar utama ikan dan hasil laut dalam sektor perikanan. Sebab itulah terengganu popular dengan keropok losong, keropok lekor, dan keropok keping. Sehingga menjadikan Terengganu terkenal dengan hidangan seperti “Ikan Celup Tepung, Keropok Lekor, Nasi dagang Ikan Kayu, dan Pulut Lepa.


Terengganu memiliki seni kraf tradisional tersendiri seperti ukiran kayu dan seni Batik. Selain itu, Terengganu popular dengan Tarian Ulek dan persembahan Tarian Topeng Cina. Permainan tradisional seperti Gasing dan Wau masih aktif dimainkan di negeri Terengganu


Negeri Kelantan

Kelantan terletak di bahagian timur Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negeri Terengganu serta menghadap Laut China Selatan. Ibu negeri bagi Kelantan ialah Kota Bharu dan disini juga terletak Istana Diraja Kelantan.

Kelantan mmpunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi antaranya seperti Bukit Bunga, Pantai Cahaya Bulan, Pasar Siti Khadijah, dan Kampung Kraftangan yang menampilkan hasil seni dan tradisional buatan tangan rakyat tempatan.

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia


Kelantan mempunyai warisan budaya yang kaya dengan seni dan budaya Melayu seperti tarian wayang kulit dan muzik Gendang Melayu yang mana ia merupakan sebahagian daripada identiti budaya negeri ini.


Kelantan dikenali sebagai negeri Serambi Makkah dan mempunyai budaya dan seni tradisional yang unik, dan pelbagai makanan yang lazat seperti Nasi Kerabu, Ayam Percik, dan Ketupat Sotong, menjadi destinasi yang menarik untuk dikunjungi.


Negeri Sabah

Sabah terletak di bahagian utara Pulau Borneo. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Di Sabah ada 25 daerah dan mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan suku kaum antaranya seperti Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, dan Sino-Kadazan. Hal ini  menyebabkan Sabah mempunyai satu keunikan iaitu mempunyai pelbagai festival dan perayaan seperti Pesta Kaamatan dan Pesta Regatta Lepa.


Sabah mempunyai kepelbagaian alam semula jadi yang mengagumkan antaranya seperti Gunung Kinabalu dan hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna.

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia

Taman Negara Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah disytiharkan oleh kerajaan Malaysia. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu. Di Sabah juga terkenal dengan pulau-pulau indah seperti Pulau Sipadan yang popular dengan aktiviti menyelam skuba dan snorkeling.


Selain alam semula jadi yang menarik, Sabah menawarkan pelbagai tempat pelancongan termasuk Pusat Warisan Sabah, Pasar Filipina, dan Pasar Gaya Street.


Negeri Sarawak

Sarawak terletak di Timur Malaysia, kepulauan Borneo. Sarawak bersempadan dengan negeri Sabah, Kalimantan di Indonesia, dan Laut China Selatan. Sarawak adalah negeri terbesar antara semua negeri di Malaysia dan mempunyai sebanyak 32 daerah. Ibu negeri Sarawak ialah Kuching. Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik seperti Iban, Bidayuh, Melanau, dan Orang Ulu, serta kaum-kaum lain seperti Cina dan Melayu. Sungai Rajang, Sarawak merupakan sungai terpanjang di Malaysia.


Sarawak mempunyai banyak tempat menarik, antaranya seperti Taman Nasional Bako, yang mana taman ini menawarkan pengalaman mendaki dan menjelajah hutan hujan yang menarik. Gunung Mulu yang mana gunung ini terkenal dengan gua-gua besar dan kompleks gua yang indah seperti Gua Angin, Gua Clearwater dan Gua Deer.

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia

Sarawak memiliki seni kraf tradisional seperti tenunan Pua Kumbu dan alat muzik Sape dan banyak lagi. Selain itu, perayaan Gawai Dayak adalah salah satu perayaan yang penting di Sarawak, merayakan kebudayaan Dayak.


Selain alam semula jadi yang menakjubkan, Sarawak mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati pelancong. Antaranya seperti Kampung Budaya Sarawak dan Pasar Satok.


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia, dan merupakan ibu negara bagi Malaysia. Kuala Lumpur menjadi tumpuan para pelabur kerana terkenal sebagai pusat perniagaan, perdagangan, dan kewangan yang penting di Asia Tenggara, antaranya seperti KLCC.


Kuala Lumpur menawarkan pelbagai tarikan pelancongan seperti Menara Kembar Petronas (KLCC) Taman Burung Kuala Lumpur, Zoo Negara dan Istana Negara. Tempat hiburan dan membeli-belah juga banyak di kawasan ini antaranya seperti Pavilion KL, MidValley dan Sogo.

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia

Kuala Lumpur menyokong seni dan budaya dengan menganjurkan pameran seni, pertunjukan teater, dan konsert muzik. Di Kuala Lumpur juga banyak festival diadakan seperti Festival Filem Malaysia, Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, dan lain-lain lagi.


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terkenal dengan kesibukan kota raya. Pembangunan pesat dn kemajuan Kuala Lumpur menjadikan Malaysia sebuah negara yang sentiasa didatangi para pelabur untuk melabur. Selain itu Kuala Lumpur juga turut menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama.


Wilayah Persekutuan Labuan

Wilayah Persekutuan Labuan terletak di pantai barat laut Borneo, bersempadan dengan negara bagian Sabah dan Brunei. Ibu negeri wilayah ini ialah Bandar Labuan. Labuan adalah pusat kewangan antarabangsa dengan kepentingan dalam perbankan, insurans, dan perkhidmatan kewangan.

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia

Labuan menawarkan tarikan pelancongan seperti Pantai Layang-Layangan, PGM Golf Resort Labuan, dan Taman Samudera Labuan. Selain itu, Labuan juga memiliki status perniagaan bebas cukai yang menarik pelabur dan syarikat antarabangsa. Labuan juga mempunyai pelabuhan yang penting dalam perdagangan dan perkapalan.


Di Labuan banyak festival dan pelbagai acara dianjurkan antaranya seperti Labuan Arts Festival, Labuan International Sea Challenge, Karnival Pulau Labuan, Karnival Borneo, dan Festival Makanan dan Kraf Labuan dan macam-macam lagi.


Wilayah Persekutuan Putrajaya

Wilayah Persekutuan Putrajaya terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia, bersebelahan dengan negeri Selangor. Putrajaya merupakan pusat pentadbiran dan kerajaan bagi negara Malaysia. Putrajaya adalah ibu negeri bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Di Putrajaya banyak bangunan pentadbiran yang mempunyai reka bentuk seni bina moden dan menarik seperti Bangunan Perdana Putra dan Bangunan Masjid Putra. Di sini juga menekankan kelestarian alam dengan tumpuan kepada kawasan hijau dan reka bentuk landskap taman yang cantik dan menarik seperti seperti Taman Botani Putrajaya dan Taman Wetland Putrajaya.

13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia

Putrajaya selalu menjadi tuan rumah bagi acara-acara antarabangsa terutamanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selain itu, bermacam acara khas juga dilakukan di Putrajaya seperti Festival Bunga Putrajaya dan Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta.


Indahkan Malaysia, seluruh negeri ada tempat menarik. Kalau jalan-jalan pusing Malaysia jangan lupa bawa roti Gardenia tau. Senang dimakan di mana sahaja. Semoga perkongsi serba ringkas ini membantu anda mengenali negeri-negeri di Malaysia.


Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !