Program Pembangunan Belia 2023: Pembantu chef

Atul Hamid
5

Berminat nak jadi pembantu chef? Berminat menguruskan dapur? dan Berminat dalam bidang hospitaliti? Jika ya, inilah peluang anda untuk kembangkan bakat dan potensi anda. Program pembangunan belia 2023 merupakan perluang terbaik untuk para belia menyerlakan bakat dan potensi sambil belajar.


Program Pembangunan Belia 2023: Pembantu Chef


Peluang latihan dan pekerjaan bersama
Exzellent Profis ini terbuka untuk semua belia di Malaysia. Jadi, adakah anda belia yang mereka cari?


Pengenalan


Program pembangunan belia 2023 ialah inisiatif kobolehpasaran belia yang bertujuan untuk menyerlahkan potensi dan bakat dikalangan para belia demia masa depan Malaysia. Program ini akan melengkapkan belia dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja sebenar yang berguna secara komersial untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam bidang pekerjaan.



Tempoh Program


Tempoh program pembangunan belia ini adalah selama 3 bulan, iaitu

👉 Latihan 1 Bulan: Teknikal & Kemahiran Insaniah

👉 Latihan Dalam Kerja (OJT) 2 Bulan


Latihan dalam program pembangunan belia ini memfokuskan kemahiran sebagai persediaan dalam bidang pekerjaan khususnya untuk para belia yang sedang mencari peluang pekerjaan.



Program yang ditawarkan


Untuk program pembangunan belia 2023 ini, Exzellent Profis menawarkan program


Hospitaliti dan Perkhidmatan Industri (Hospitaliti & Services)

👉 Pembantu Chef (Commis)

 

Adakah anda berminat mengendalikan dapur? Jika ya inilah peluang untuk anda kerana Exzellent Profis menawarkan program pembantu Chef dibawah hospitaliti dan perkhidmatan industri.

 

Program Pembangunan Belia 2023: Pembantu Chef

Program ini menggabungkan latihan selama 1 bulan dengan Latihan Dalam Kerja (OJT) selama 2 bulan. Tempoh latihan ini membantu anda mendapat kemahiran dan ilmu pengetahuan secara menyeluruh mengikut keperluan yang dituntut dalam industri masakan hari ini.

 

Latihan ini akan melibatkan suasana dapur sebenar sebagai pembantu chef untuk mengendalikan dapur termasuk pengurusan inventori dapur.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendalami kemahiran sebagai pembantu chef sekaligus menguasai kemahiran dalam pengendalian dapur dan pengurusan inventori.

 

Demi masa hadapan anda, ayuh sertai Program pembangunan belia ini dan kuasi serta kembangkan kemahiran yang terdapat dalam diri anda itu.



Kenapa kena sertai Program Pembangunan Belia ini?

 

Para belia perlu sertai program pembangunan belia ini kerana program ini akan menjadikan mereka seorang belia yang berilmu pengetahuan, berkemahiran samada teknikal mahupun insaniah, berdaya saing dan mampu menyerlahkan bakat dan potensi masing-masing dalam sektor hospitali dan perkhidmatan industri, terutamanya dalam pengurusan dapur.

 

Program ini direka untuk memenuhi permintaan pasaran kerja dinamik hari ini. Program pembangunan belia ini bukan sekadar program latihan tetapi lebih dari itu.

 

Program pembangunan belia 2023 ini merupakan batu loncatan kepada para belia sebagai persediaan untuk memulakan kerjaya.

 

Oleh itu, Exzellent Profis berbesar hati memberi peluang kepada para belia untuk mengembangkan potensi, bakat dan kemahiran kebolehpasaran para belia melalui pembangunan TVET.


 

Program Bermentor

 

Program yang ditawarkan mempunyai mentor yang berpengalaman dalam bidang pengendalian dapur. Mentor-mentor ini akan memberi bimbingan dalam setiap langkah demi memastikan anda menguasi kemahiran teknikal termasuk kemahiran menghadapi temudunga. 


 

Teknik STAR

 

Selain daripada keupayaan teknikal dan kemahiran,belia juga akan dibimbing dengan cara menggunakan teknik STAR


 

Apakah teknik STAR?

 

Teknik STAR iaitu Situasi, Tugas, Tindakan, dan Keputusan yang mana teknik ini mampu membuatkan anda memberikan respons yang menarik terhadapa soalan penemuduga berasaskan kecekapan dan potensi yang ada dalam diri. Teknik ini merupakan strategi untuk menstruktur dan menyusun respons anda dengan cekap, yakin dan jelas sehingga anda mampu memberi impak kepada penemuduga ketika sesi temuduga berlangsung. Melalui teknik in juga anda mampu menunjukkan  kepada penemuduga bahawa anda seorang berkelayakan, berkemahiran dan mampu menguasi bidang yang diceburi ketika proses temuduga berlangsung.

 

Teknik STAR ini merupakan teknik khusus yang digunakan dalam Program Pembangunan Belia 2023 ini. Anda tidak akan dapat dimana-mana teknik STAR ini.

 

Teknik ini akan bantu anda belajar cara menyusun jawapan, cara menjawab dengan yakin dan berkesan ketika proses temuduga berlangsung.


 

Kelebihan sertai Program Pembangunan K-Youth 2023

 

✅ Belajar sambil praktikan latihan pekerjaan

 Mendalami dan menguasi kemahiran bidang berkaitan

 Menguasai teknik yang tidak dapat di tempat lain

 Mendapat tajaan dari segi penginapan, makanan dan latihan

 Menerima gaji dari Khazanah


 

FAQ Program Pembangunan Belia 2023

 

1. Apakah kelayakan menyertai program ini?


Berumur 30 tahun dan kebawah.

Lepasan SPM, SPMV, Sijil, SKM,  Diploma dan Ijazah.

Individu menganggur

Rider grab dan Food Panda yang layak juga boleh memohon kerana dianggap bukan pekerjaan tetap.

 


2. Dimanakah program dilaksanakan?

 

Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu

 


3. Apakah program ini dikenakan yuran?

 

Tidak. Program ini di taja termasuk penginapan, makanan dan latihan.


 

4. Apakah Status peserta?

 

Sepanjang program berlangsung anda akan diberikan gaji dan caruman EPF, SOCSO dan EIS.

Majikan adalah Exzellent Profis Sdn Bhd sepanjang tempoh program berlangsung dan akan ditukarkan ke majikan baru selepas habis program.

 


5. Berapakah gaji bulanan yang diterima oleh peserta (pekerja) sepanjang tempoh program?

 

Gaji diberikan mengikut kelayakan pendidikan seperti berikut:-

1) Ijazah RM 1900 sebulan

2) Diploma RM 1800 sebulan

3) SKM RM 1700 sebulan

4) SPM RM 1500 sebulan

 


6. Adakah caruman KWSP, PERKESO dan EIS?

Ya, ada.

 


7. Bilakah tarikh tutup penyertaan?

5 Oktober 2023

 

Peserta yang ingin menyertai program pembangunan belia 2023 dibawah Exzellent profis perlu memastikan bahawa anda tidak menyertai mana-mana program yang sama ketika latihan berlangsung.


  

Cara mendaftar


Daftar Sekarang!

 

Slot terhad disediakan. Sertai Program pembangunan Belia sekarang dan mulakan kerjaya anda disini dengan mendaftar di http://epsb.asia/exzell23 atau Scan QR Code yang terdapat dalam poster

 

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi www.wasap.my/601151413160/exzell23 (En Faisal)

 

atau emailkan kepada faisal.mysdg@gmail.com

 


Akhir kata, jom rebut peluang latihan yang ditawarkan melalui program ini. Jaminan pekerjaan. Ingat, tempat adalah terhad. Teramat rugi jika tidak menyertainya. 

 

Post a Comment

5Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. tak lama untuk belajar. bagus untuk yang nak cepat buat biznes

    ReplyDelete
  2. Bagus program ni boleh bantu belia yang berminat dan berbakat join

    ReplyDelete
  3. Bagus program ni, Kalau dekat dah suruh anak apply dah! moga belia-belia yang berdekatan tak lepaskan peluang ini...

    ReplyDelete
  4. Menarik program macamni.. Sangat membantu belia yang berminat dan berkelayakan

    ReplyDelete
  5. Thanks so much for sharing these useful information & how to apply the program. Sure this gonna benefits lots or applicable young teens . Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !