Program Pembangunan K-Youth Exzellent Profis: Peluang Latihan dan pekerjaan

Atul Hamid
8

Peluang latihan dan pekerjaan bersama Program Pembangunan K-Youth (K-Youth Development Programme) oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dengan kerjasama Exzellent Profis. Program Pembangunan K-Youth ini terbuka untuk para belia di Malaysia. Jadi, adakah anda belia yang mereka cari?


K-Youth Development Programme by Exzellent Profis


Pengenalan


K-Youth ialah inisiatif kebolehpasaran belia oleh Khazanah yang bertujuan untuk membangunkan bakat di kalangan beli untuk masa depan Malaysia. Program Pembangunan K-Youth akan melengkapkan belia dengan kemahiran dan pengalaman yang berguna secara komersial untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam bidang pekerjaan.


Khazanah kekal komited untuk menyokong kebolehpasaran belia negara, sejajar dengan strategi memajukan Malaysia dan aspirasi Malaysia MADANI



K-Youth Development Programme by Exzellent Profis

Tempoh program


K-Youth, latihan intensif selama 1 bulan diikuti dengan pengalaman kerja selama 3 bulan yang memfokuskan kemahiran sebagai persediaan dalam bidang pekerjaan khususnya untuk para belia yang sedang mencari peluang pekerjaan.


👉 Latihan 1 Bulan: Teknikal & Kemahiran Insaniah

👉 Latihan Dalam Kerja (OJT) 3 Bulan



Kenapa kena sertai Program Pembangunan K-Youth ini?


Ini kerana K-Youth ialah program yang menyediakan belia Malaysia dengan kualiti yang relevan dari segi kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah untuk menyerlahkan mereka dalam mana-mana sektor profesional. 


Ia direka untuk memenuhi permintaan pasaran kerja dinamik hari ini. K-Youth bukan sekadar program latihan tetapi lebih dari itu. Program K-Youth ini sebagai batu loncatan kepada para belia untuk persediaan untuk memulakan kerjaya.


Oleh itu, kerjasama antara Khazanah dan Exzellent Profis memberi peluang kepada belia untuk mengembangkan potensi, bakat dan kemahiran kebolehpasaran para belia melalui pembangunan TVET.



Program Yang ditawarkan


Program pembangunan K-Youth Khazanah bersama Exzellent Profis menawarkan dua (2) bidang utama iaitu


Hospitaliti dan perkhidmatan (Hospitality & Services)


👉 Pengendalian dapur (Kitchen Operation)



Adakah anda berminat untuk memulakan kerjaya dalam industri perhotelan dan perkhidmatan? Berita baik untuk anda, Exzellent Profis, dengan kerjasama Program Pembangunan K-Youth 2023, menawarkan program pengendalian dapur dibawah industri perhotelan dan perkhidmatan.


Program ini menggabungkan latihan selama 1 bulan dengan Latihan Dalam Kerja (OJT) selama 3 bulan. Tempoh latihan ini membantu anda mendapat kemahiran dan ilmu pengetahuan secara menyeluruh mengikut keperluan yang dituntut dalam industri masakan hari ini. Latihan ini akan melibatkan suasana dapur sebenar, daripada proses pengendalian dapur hingga ke pengurusan inventori dapur.


K-Youth Development Program Ezxellent Profis

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menguasi kemahiran berkaitan pengendalian dapur dan pengurusan inventori, demi masa hadapan anda. Sertai Program K-Youth dan kuasi serta kembangkan kemahiran yang terdapat dalam diri anda.



Jentera dan Alatan (Machinery and tools)

👉 Pengendalian peralatan (Tools Operation)


Adakah anda berminat mengendalikan jentera dan alatan-alatan berkaitan mesin? Berminat untuk mendalami kemahiran mengendali peralatan mesin-mesin? Ketahuilah anda bahawa Program Pembangunan K-Youth 2023 ada menawarkan program berkaitan pengendalian peralatan yang berkaitan dengan mesin dan jentera. 


Program pengendalian peralatan ini juga menggabungkan menggabungkan latihan selama 1 bulan dengan Latihan Dalam Kerja (OJT) selama 3 bulan. Latihan praktikal yang diberikan membantu anda mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pengendalian mesin dan alatan. Latihan yang diberikan mampu meningkat kepakaran anda dalam bidang ini sehingga anda boleh mempraktikannya dalam dunia realiti.


K-Youth Development Program Ezxellent Profis


Jadi Jangan Lepaskan Peluang untuk meluaskan dan mendalami kemahiran anda pengendalian peralatan ini demi menggapai cita-cita anda.



👉 Robotik (Robotics)


Adakah anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang robot dan pengaturcaraan industri yang menarik ini? Sertai Program K-Youth 2023 dan selami dunia industri Simulasi & Pengaturcaraan Robotik.


Program robotik ini menggabungkan latihan selama 1 bulan dan Latihan Dalam Kerja (OJT) selama 3 bulan. Sepanjang latihan, anda berpeluang megembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam dunia robotik. Kepakaran dalam bidang robotik ini membolehkan anda mempraktikkannya dalam kerjaya sebenar iaitu dalam industri robotik.


K-Youth Development Program Ezxellent Profis


Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membentuk masa depan dengan dunia robotik! Ayuh daftar Program Pembangunan K-Youth 2023 sekarang dan berada di barisan hadapan revolusi robotik Malaysia.



👉 Analisis Data (Data analysis)


Program analisis data ini menyediakan kursus Competency-Based Data Analytics dengan menggunakan Atificial Neural Networks (ANN). Di akhir program ini, anda akan mampu menguasai kemahiran menganalisis data yang mana anda akan nampak bahawa kemahiran menguasai analisis data ini bukan satu pilihan tetapi merupakan kemahiran penting yang wajib ada dalam dunia kerjaya sebenar.



Dengan mengikuti program ini, anda bukan sahaja memperoleh kemahiran teknikal tetapi juga mendapat beberapa manfaat seperti:


👉 Persekitaran industri dunia sebenar melalui latihan sambil kerja selama tiga bulan

👉 Pembangunan kemahiran insaniah tertumpu kepada penguasaan temu bual menggunakan teknik STAR


K-Youth Development Program Ezxellent Profis


Jadi, jangan lepaskan peluang. Jom kembangkan bakat dan kemahiran anda dengan sertai Program Pembangunan K-Youth 2023 oleh Ezxellent Profis sekarang dan pilihlah program ini sekiranya anda berminat untuk menganalisis data. 


👉 Ekosistem IOT (IOT Ecosystem)


Program ini sesuai sangat untuk para belia dan siswazah yang menganggur tetapi celik dalam dunia teknologi. Program  Ekosistem IoT membawa anda menerokai dan memperkasakan dunia teknologi yang semakin maju dan serba canggih ini. Program ini menawarkan kursus berasaskan kocekapan, "Meneroka Ekosistem IoT: Seni Bina, Protokol dan Aplikasi," yang dibentangkan dengan kerjasama Program Pembangunan K-Youth 2023 oleh Khazanah.


Internet of Things sedang mengubah industri, daripada bandar pintar kepada penjagaan kesihatan, dan menawarkan prospek pekerjaan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Kursus berasaskan kecekapan ini memastikan anda memperoleh pengalaman langsung, menjadikan anda aset dalam landskap teknologi yang berubah dengan pantas.


K-Youth Development Program Ezxellent Profis


Jadi, jika berminat untuk menerokai dunia teknologi yang berkembang pesat ini, serta ingin mendalami kemahiran yang berkaitan teknologi, jom sertai Program Pembangunan K-Youth 2023 dan pilihlah program ini.



Program Bermentor


Setiap program yang ditawarkan mempunyai mentor yang berpengalaman dalam bidang tersebut. Mentor-mentor ini akan memberi bimbingan dalam setiap langkah demi memastikan anda menguasi dalam kemahiran teknikal serta proses temudunga.



Teknik STAR digunakan sepanjang program pembangunan K-Youth Exzellent Profis

Selain daripada keupayaan teknikal, anda akan dibimbing dengan cara menggunakan teknik STAR 



Apakah teknik STAR?


Teknik STAR iaitu Situasi, Tugas, Tindakan, dan Keputusan yang mana teknik ini mampu membuatkan anda memberikan respons yang menarik terhadap soalan penemuduga berasaskan kecekapan dan potensi yang ada dalam diri. Teknik ini merupakan strategi untuk menstruktur dan menyusun respons anda dengan cekap, yakin dan jelas sehingga anda mampu memberi impak kepada penemuduga ketika sesi temuduga berlangsung. Melalui teknik in juga anda mampu menunjukkan  kepada penemuduga bahawa anda seorang berkelayakan, berkemahiran dan mampu menguasi bidang yang diceburi ketika proses temuduga berlangsung. 


Teknik STAR ini sesuai di untuk semua program yang ditawarkan dalam Program Pembangunan K-Youth 2023 ini. Ini kerana Teknik STAR ini bantu anda belajar cara menyusun jawapan, cara me jawab dengan yakin dan berkesan ketika proses temuduga berlangsung.



Kelebihan sertai Program Pembangunan K-Youth 2023 oleh Exzellent Profis

👉 Belajar sambil praktikan latihan pekerjaan

👉 Mendalami dan menguasi kemahiran bidang berkaitan

👉 Menguasai teknik yang tidak dapat di tempat lain

👉 Mendapat tajaan dari segi penginapan, makanan dan latihan

👉 Menerima gaji dari Khazanah



FAQ K-Youth 2023


1. Apakah kelayakan menyertai program ini?

Berumur 30 tahun dan kebawah.

Lepasan SPM, Sijil, Diploma dan Ijazah.

Menganggur minimum 1 bulan.

Rider grab dan food panda layak memohon kerana dianggap sebagai bukan pekerjaan tetap.


2. Dimanakah program dilaksanakan?

Kitchen Operation - Terengganu

Machine - Selangor

Machine & Robotic - Kedah

Machine - IOT & Data analytic - Johor


3. Apakah program ini dikenakan yuran?

Semua ditaja oleh GLC. Penginapan, Makanan dan latihan. Malah diberikan gaji oleh penaja


4. Apakah Status peserta?

Adalah sebagai pekerja sepanjang program diberikan gaji dan caruman EPF, SOCSO dan EIS. Majikan adalah Exzellent Profis Sdn Bhd sepanjang tempoh program berlangsung dan akan ditukarkan ke majikan baru selepas habis program. 



5. Berapa lamakah tempoh masa program berlangsung?

👉 2 minggu latihan teknikal secara fizikal dilokasi terpilih. Bermula pertengahan September

👉 2 minggu latihan softskill secara online (home based)

👉 Selepas tamat latihan peserta(pekerja) akan ditempatkan di industri untuk melaksanakan On Job Training (OJT) selama 2 atau 3 bulan

👉 Selepas tamat OJT, peserta(pekerja) akan ditempatkan pekerjaan sebagai pekerja baru di bawah syarikat semasa OJT atau ditempat baru. 


👉 Peserta(pekerja) juga bebas memilih sekiranya mendapat tawaran pekerjaan dari syarikat lain. 



6. Berapakah gaji bulanan yang diterima oleh peserta(pekerja) sepanjang tempoh program?

Gaji diberikan mengikut kelayakan pendidikan seperti berikut:-

1) Ijazah RM 1900 sebulan

2) Diploma RM 1800 sebulan

3) SKM RM 1700 sebulan

4) SPM RM 1500 sebulan



7. Adakah caruman KWSP, PERKESO dan EIS?


Ya, ada.



8. Bilakah tarikh tutup penyertaan?


15 September 2023



9. Bilakah Latihan akan bermula


Latihan akan bermula 20 September 2023




10. Adakah penginapan disediakan


Ya. Penginapan disediakan untuk para peserta



Cara mendaftar


Daftar Sekarang!

Slot terhad disediakan. Sertai Program pembangunan K-Youth Exzellent Profis sekarang dan tetapkan diri anda pada laluan kerjaya anda. Mulakan kerjaya anda disini dengan mendaftar di


Borang pendaftaran


http://epsb.asia/exzell23


Info lanjut boleh dapati disini:


https://www.exzellprofis.com/exzell23.html


Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi: http://www.wasap.my/601151413160/exzell23



Akhir kata, jom rebut peluang latihan yang ditawarkan melalui program ini. Jaminan pekerjaan. Ingat, tempat adalah terhad. 


Post a Comment

8Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Boleh ke pekerja secara kontrak menyertai skim ini. Cthnya pekrrja mystep?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk menjawab soalan Saudara/ri , sila hubungi www.wasap.my/601151413160/exzell23 Terima kasih 😊

      Delete
  2. wow,menariknya ruang dan peluang yang disediakan.. yong share dengan kawan-kawan ya atul

    ReplyDelete
  3. banyak program menarik yang ditawarkan, bagus bagi yang tengah mencari tambah ilmu kemahiran ...

    ReplyDelete
  4. terima kasih perkongsian mengenai program ni, nanti kalau ada yang bertanya boleh rujuk disini

    ReplyDelete
  5. bagus ni kejap je dia buat. yang penting ade kemahiran. penting kalau nak cari kerja

    ReplyDelete
  6. Thanks so much for sharing this information, it's a good program to join in, gonna check out more the program & WA to seek clarification on a few area . Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  7. Program sebegini mmg sangat baik utk membantu belia, boleh tambah pengetahuan dan dapat jugà elaun. Cuma tempoh program ni agak singkar, hopefully boleh dipanjangkan lagi 6 bulan misalnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !