Vitamin C sebenarnya penting atau tidak untuk tubuh manusia? Perlu diambil setiap hari atau tidak? Sebenarnya badan manusia tidak menghasilkan vitamin C, vitamin C juga tidak disimpan di dalam badan, malah badan akan kehilangan vitamin C setiap hari. Ini kerana vitamin C adalah salah satu vitamin larut air. Jadi, pada pendapat Atul, untuk membantu tubuh mendapat vitamin C yang mencukupi setiap hari, pengambilan vitamin C tambahan mengikut dos diperlukan adalah perlu. Pilihan Atul sekeluarga adalah vitamin C Shaklee. Untuk entri kali ini, Atul kongsikan kepentingan vitamin C Shaklee dalam menyokong kesihatan tubuh.
Kepentingan Vitamin C Shaklee terhadap tubuh manusia
① Membantu menguatkan sistem imun tubuh
Vitamin C berfungsi untuk membantu manusia meningkatkan sistem imun tubuh.
Dengan pengambilan vitamin C yang berkualiti tinggi seperti vitamin C
Shaklee, dapat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan dan serangan
penyakit. Ini kerana vita-C Shaklee membantu meningkatkan pengeluaran sel
darah putih yang penting untuk memerangi mikroorganisma berbahaya.
Untuk individu yang sentiasa sibuk dengan kehidupan harian, adalah penting
untuk memastikan tahap antibodi atau sistem imun tubuh berada pada tahap
yang bagus. Ini kerana sistem imun yang kuat merupakan benteng pertahanan
yang lebih kuat terhadap jangkitan dan serangan virus.
Terutama sekali bagi ibu mengandung, individu yang kerap demam, selsema,
mempunyai alahan, bersin setiap pagi, dan berisiko mendapat penyakit dan
mempunyai daya ketahanan badan yang rendah adalah sangat perlu mengamalkan
pengambilan vitamin C setiap hari. Tujuannya adalah untuk membantu tubuh
menguatkan sistem imun agar dapat melawan jangkitan.
② Membantu penghasilan kolagen dan kulit lebih berseri
Vitamin C sebenarnya sangat terkenal dengan panggilan vitamin cantik serta sangat disukai oleh wanita. Ini kerana salah satu manfaat utama vitamin C adalah untuk kesihatan kulit. Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan dan tan-tanda penuaan serta memberikan tona kulit yang lebih cantik sekaligus memberi keanjalan dan kesegaran pada kulit.
Kolagen adalah protein penting yang memberikan keanjalan dan kekenyalan
kepada kulit. Vitamin C Shaklee merangsang penghasilan kolagen, membantu
mengurangkan kedutan dan garis halus, menjadikan kulit tampak lebih
muda.
③ Bantu kulit bebas jerawat
Sekiranya ada masalah jerawat pada kulit, pengambilan vitamin C juga membantu mengecutkan jerawat, membebaskan kulit dari jerawat dan bintik hitam serta menyihatkan kulit. Vitamin C dapat mengawal pengeluaran minyak berlebihan, menjadikan kulit lebih bersih dan bebas dari cela.
Bagi individu yang ada masalah kulit, dengan pengambilan vitamin C Shaklee
setiap hari secara konsisten serta melakukan asas penjagaan kulit, anda
pasti akan terkejut dengan hasilnya yang sangat menakjubkan. Kesannya kulit
akan menjadi semakin sihat dan berseri, kemunculan jerawat semakin
berkurangan, parut memudar dan kulit kembali bersih serta tiada lagi masalah
kulit kusam
④ Berfungsi sebagai Antiksodan yang tinggi
Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan yang tinggi yang dapat membantu melindungi sel tubuh dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas serta bahan kimi yang beracun dan bahan tercemar seperti jerebu dan asap rokok.
Selain itu, antioksidan vitamin C juga membantu melindungi kulit. Antioksidan pada vitamin C bertindak sebagai perisai perlindungan kulit, mengurangkan kesan buruk sinaran UV dan meredakan radikal bebas. Ini kerana kulit yang terdedah kepada sinaran UV matahari boleh mengalami kerosakan yang serius. Jadi, adalah penting untuk ambil vitamin C kerana mampu bertindak sebagai pelindung kulit.
Selain itu, antioksidan juga bertindak untuk menghalang pengeluaran melanin
yang menyebabkan kulit menjadi gelap. Dengan pengambilan vitamin C setiap
hari, kulit akan menjadi semakin cerah dan berseri.
Baca: Laser jeragat
⑤ Bantu sembuh luka dengan cepat
Apabila berlaku kecederaan atau luka, untuk bantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, pengambilan vitamin C adalah perlu. Ini kerana salah satu fungsi vitamin C adalah merangsang pertumbuhan tisu baru yang sihat. Jadi ia sangat membantu sembuhkan luka dengan cepat.
Bagi wanita yang menjalani pembedahan ketika bersalin, atau sesiapa sahaja
yang mengalami kecederaan atau luka, ketika proses sihat adalah sangat
digalakkan untuk mengamalkan vitamin C. Terutamanya dari bahan semulajadi
seperti vitamin C Shaklee yang bebas gula, bebas bahan sentetik dan pewarna.
Tujuannya adalah untuk membantu luka cepat sembuh sekaligus bantu kuatkan
daya tahan badan agar luka bebas daripada diserang jangkitan.
⑥ Bantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Jangan dibuat main dengan penyakit kardiovaskular terutamanya penyakit jantung. Ini kerana penyakit jantung adalah penyebab utama kematian di negara kita ini. Kesihatan jantung adalah aspek penting dalam kehidupan kita. Pengambilan Vitamin C dapat membantu melindungi jantung dan mengurangkan risiko dari terkena penyakit kardiovaskular.
⑦ Bantu kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan
Ketika mengandung, vitamin C banyak disalurkan kepada anak untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi. Jadi, ibu mengandung perlu mengambil mengambil vitamin C secukupnya setiap hari.
Selalunya ketika mengandung, sesetengah ibu mengandung akan mengalami bacaan hemoglobin (hb) yang rendah. Antara sebabnya adalah kekurangan zat besi. Sedangkan zat besi adalah nutrien penting semasa mengandung. Untuk mendapatkan bacaan hb yang normal yang tinggi, pengambilan zat besi amatlah digalakkan. Ibu mengandung juga disarankan untuk mengambil vitamin C juga kerana vitamin C membantu penyerapan zat besi dengan lebih optimum, sekaligus dapat membantu meningkatkan kadar bacaan hb serta membantu mencegah anemia kehamilan, yang boleh memberi kesan kepada kesihatan ibu dan bayi.
Vitamin C Shaklee adalah antioksidan kuat yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas. Oleh itu, pengambilan vitamin C dikalangan ibu hamil boleh membantu mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan komplikasi yang berkaitan.
Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam pembentukan tisu bayi, termasuk otot,
tulang, dan kulit. Dengan pengambilan yang mencukupi, ibu mengandung dapat
memastikan perkembangan yang sihat untuk bayi mereka.
⑧ Sangat penting buat perokok
Tubuh manusia tidak berupaya menghasilkan vitamin C dan ia juga tidak disimpan dalam tubuh, malahakan semakin berkurangan setiap hari. Tetapi bila terdedah dengan asap rokok, lagi cepat kemusnahan vitamin C berlaku. Terutamanya dikalangan perokok.
Perokok memerlukan vitamin C untuk membersihkan darah daripada logam berat
dan untuk mengelakkan kerosakkan buah pinggang. Namun begitu, perokok pasif
lagi banyak memerlukan vitamin C kerana terdedah dengan asap rokok yang
tidak sihat dengan lebih kerap. Jadi, sekiranya tidak merokok, sayangilah
diri anda dengan jauhilah mereka yang merokok dari menjadi perokok pasif
kerana perokok pasif lebih berisiko tinggi memudaratkan kesihatan.
Kesimpulan
Apakah pandangan anda setelah membaca beberapa
kepentingan vitamin C
terhadap tubuh? Mesti anda setuju dengan pendapat Atul bahawa
pengambilan vitamin C adalah penting untuk kesihatan tubuh. Bagus
mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari. Walaupun begitu, anda
haruslah mengambil vitamin C dengan sukatan dos yang tepat dan tidak
berlebihan. Cadangan Atul ambillah vitamin C Shaklee kerana sebiji vitamin C
hanya 500g sahaja, bersifat sustained release dan tidak akan berlaku
pembaziran jika mengambil vitamin C Shaklee, kerana vitamin C Shaklee
diserap oleh tubuh sepenuhnya secara berperingkat.
Jangan lupa untuk berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda yang
mungkin memerlukan panduan mengenai kepentingan Vitamin C Shaklee. Terima
kasih kerana membaca.
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)