Vitamin C

Mulakan Hari anda dengan Vitamin C



Tahukah anda?

Pengambilan vitamin C setiap hari adalah sangat penting kerana vitamin C berfungsi untuk menyokong sistem imun tubuh, menggalakkan pembentukan kolagen, kesihatan kulit, salur darah, tulang, rawan, otot dan organ serta mengurangkan rasa keletihan. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semulajadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. 

Kekurangan vitamin C akan menyebabkan penghasilan kolagen terganggu. Akibatnya pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan tubuh akan mudah diserang penyakit kerana sistem tubuh tidak mempunyai daya tahan yang kuat.

Siapakah yang memerlukan Vitamin C?


Perokok Aktif dan
Perokok Pasif
Asap rokok memusnahkan vitamin C dengan cepat. Perokok memerlukan vitamin C untuk membersih darah daripada logam berat dan untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang. Perokok pasif memerlukan lebih banyak vitamin C

Individu yang mempunyai antibodi yang lemah, alahan dan warga emas yang berisiko
Individu yang kerap demam dan selsema, mempunyai alahan dan berisiko mendapat penyakit dan jangkitan perlu mengambil vitamin C tambahan untuk meningkatkan daya tahan badan agar dapat melawan jangkitan
Ibu Mengandung, berpantang dan
menyusukan anak
Vitamin C banyak disalurkan kepada anak untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi. Jadi ibu perlu mengambil vitamin C secukupnya setiap hari
Individu yang pentingkan kecantikan dan kesihatan kulit
Mempunyai masalah kulit seperti jeragat, jerawat, sunburn, kulit kasar termasuk area tapak kaki, kulit kering dan bersisik perlu mengambil vitamin C
Individu yang menjalani pembedahan
Vitamin C bantu luka kering dan sembuh dengan cepat, bantu melawan jangkitan kuman dan kuatkan daya tahan badan untuk kembali sihat

5 manfaat vitamin C

  1. Menyokong Sistem Imun Yang Sihat
    Membantu badan menghasilkan antibodi yang kuat untuk melawan jangkitan. Menghasilkan histamin (penanda alahan) untuk tingkatkan tindakbalas imun
  2. Menghalang Tanda-Tanda Penuaan
    Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan serta membantu menerikan tona kulit yang lebih cantik. Serta membantu mengecutkan jerawat dan melembutkan kulit
  3. Bantu Penyembuhan
    Vitamin C merupakan nutrien utama untuk menyembuhkan luka, membaiki dan mengekalkan tulang rawan, tulang, gigi dan kulit yang sihat serta menguatkan 
  4. Sebagai Antioksidan semulajadi
    Fungsi vitamin juga sebagai antioksidan yang membantu melindungi sel tubuh dari kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya yang disebut radikal bebas serta bahan kimia beracun dan bahan tercemar seperti asap rokok
  5. Kesihatan kardiovaskular
    Vitamin C membantu mengurangkan pengoksidaan di saluran darah, memberikan perlindungan daripada tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular

Dos pengambilan vitamin C sehari

KumpulanUmurDos Seharian (mg /hari)Dos Maksima (mg/hari)
Bayi
0-5 bulan
25 mg
sumber daripada susu dan makanan sahaja
6-11 bulan
30 mg
sumber daripada susu dan makanan sahaja
Kanak-kanak
1-3 tahun
30 mg
400 mg
5-6 tahun
30 mg
400 mg
7-8 tahun
35 mg
650 mg
9-13 tahun
65 mg
1200 mg
Remaja
14-18 tahun
65 mg
1800 mg
Dewasa
> 19 tahun
70 mg
2000 mg
Ibu hamil
14-18 tahun
80 mg
1800 mg
> 19 tahun
85 mg
2000 mg
Ibu menyusu
14-18 tahun
80 mg
1800 mg
> 19 tahun
85 mg
2000 mg

5 Risiko Kekurangan Vitamin C

  1. Daya ketahanan tubuh menjadi lemah
    Akibatnya tubuh mudah diserang jangkitan kuman, mudah dapat demam dan selesema. Menghidapai alahan kerana kandungan histamin dalam darah berada pada paras yang lebih tinggi . Berisiko tinggi untuk dijangkiti serta mudah mendapat ulser
  2. Kesihatan kulit terganggu
    Kekurangan vitamin C menyebabkan kulit menjadi kasar, kering, bersisik dan sensitif. Kulit juga mudah ditumbuhi jerawat serta sunburn. Penghasilan kolagen terganggu, akibatnya tanda penuaan jelas kelihatan dan luka lambat sembuh
  3. Risiko untuk pelbagai tisu dalam badan rosak adalah tinggi
    Kerosakan tisu dalam badan membawa kepada pelbagai jenis penyakit skurvi seperti gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, kehilangan gigi, gigi longgar, kuku retak, sakit sendi, dan kerapuhan tulang
  4. Risiko menghidap Anemia
    Vitamin C berupaya meningkatkan penyerapan besi. Kekurangan vitamin C menyebabkan penyerapan zat besi dalam tubuh berkurangan. Akibatnya pembentukan sel-sel darah merah dan haemoglobin terjejas. Keadaan ini menyebabkan risiko untuk berlaku pendarahan yang berlebihan tinggi sehingga boleh menyebabkan masalah anemia berlaku
  5. Pendarahan dan lebam
    Vitamin C membantu menjaga saluran darah untuk kekal sihat dan membantu proses pembekuan darah. Individu yang mudah lebam merupakan tanda kekurangan vitamin C kerana penghasilan kolagen yang perlahan menyebabkan saluran darah menjadi lemah. Keadaan ini akan menyebabkan munculnya beberapa bahagian besar pada badan atau titik-titik kecil berwarna ungu di bawah kulit



5 tips memilih vitamin C terbaik

  1. Elakkan mengambil vitamin C mengandungi GULA
    Pastikan vitamin C pilihan anda bebas gula. Pengambilan gula yang tinggi mengurangkan penyerapan Vitamin C dalam badan. Vitamin yang tinggi gula berkemungkinan menyebabkan vitamin C itu habis digunakan untuk meneutralkan kesan radikal bebas yang dihasilkan oleh gula
  2. Pilih vitamin C tanpa pemanis tiruan
    Vitamin C dilabel sebagai "sugar free" tetapi masih berasa manis, kemungkinan besar mengandungi pemanis sentetik atau stevia
  3. Pastikan vitamin C tidak mengandungi Adatif
    Adatif yang banyak seperti pewarna, perisa, pengawet tambahan mungkin boleh mendatangkan reaksi negatif terutamanya terhadap individu yang sensitif
  4. Pastikan mengandungi Bioflavanoid
    Kandungan bioflavanoid dalam vitamin C membantu penyerapan vitamin secara efektif dan optimum
  5. Pastikan mengandungi Formula Sustained Relese
    Vitamin C yang mengandungi formula Sustained Relese atau Sistem pelepasan berperingkat berfungsi untuk melepaskan vitamin C secara berperingkat untuk meningkatkan penggunaan dan memastikan penyerapan berlaku secara optimum sekaligus mengurangkan pembaziran vitamin C




Kenapa MESTI pilih vitamin C Shaklee? 
kerana Keistimewaan kami

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya

Lengkap dengan sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam

Produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang juga sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif


7 sebab kenapa perlu pilih vitamin C Shaklee


Kajian Landmark Shaklee

Kajian landmark merupakan sebuah kajian unggul di kalangan pengguna suplemen. Kajian ini menunjukkan pengguna suplemen Shaklee bagi jangka masa panjang mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu jenis multivitamin atau tidak mengambil sebarang suplemen


Shaklee Effect Pengguna Vitamin C






Bagaimana untuk dapatkan produk Shaklee?

Boleh dapatkan Vitamin C Shaklee secara atas talian terus dari HQ Shaklee. Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee (RM 35 sahaja) untuk menikmati lebih penjimatan

ATAU





Sumber Rujukan:

Post a Comment

5Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !