Showing posts with label Bisnes Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Shaklee. Show all posts

Akhirnya Atul berjaya dapat bonus 4 angka

Atul berjaya dapat bonus 4 angka


"Ya Allah, sama nilai dengan gaji aku kerja dulu" Detik hati kecil bila pertama kali tengok jumlah ni 

Bila share ngan someone "almost 2k Atul" katanya

Atul sendiri pun terkejut!

"Aku seorang suri rumah boleh capai 4 angka?"

Bermula dengan 2 angka, kemudian 3 angka, dan "Akhirnya Atul berjaya dapat bonus 4 angka"

Atul berjaya dapat bonus 4 angka

 Ya Allah, hebatnya perancanganmu.

Mentorku kata, U deserve it Atul! Ye la, lama dah Atul dalam Shaklee, hampir 7 tahun!

"Banyak ilmu yang Atul ada. Memang dah wajib rank up dah Atul". Kata mentorku yang lagi 1. Allahu 

Menitik ayaq mataku dibuatnya...

Dan alhamdulillah semalam adalah pencapaian pertama Atul dalam Shaklee. Baru permulaan, bukan pengakhiran ya Atul!

Semalam closing yang amat bermakna sepanjang perjalanan Shakleeku

Kejayaan ini bukan milikku seorang, malah milik semua yang ada bersamaku, yang tak pernah tinggalkanku sendiri, sentiasa supportku, sentiasa beri tunjuk ajar, yang sentiasa brainwash, sentiasa ada susah senangku 

Especially suamiku Mohd Zarid & Mak Abahku, Mentor²ku, upline²ku dan juga sideline² ku serta downline² Atul juga. Tak lupa juga family & semua yang support secara langsung & tidak langsung. Terima kasih semua.

Haza min Fadhli Rabbi , dengan izinNya semua pasti jadi kenyataan

Dikesempatan ini Atul ingin ucapkan Tahniah Atul pada Team #Mumtaz .

Kejayaan ini milik anda semua

Sale team Mumtaz meningkat sebanyak 90.6% daripada bulan lepas. Alhamdulillah!

2 orang darinya berjaya dapat bonus dalam pencapaian bulan September 2020 lalu. Alhamdulillah!

Ayuh, Mara dan terus Mara di bulan Oktober. Atul sentiasa mendokan supaya ramai lagi ahli team Mumtaz akan dapat bonus pada bulan Oktober ini

Percayalah, Oktober pasti jadi milik anda! Wajib fight dari awal bulan.

Mohon rakan fb semua doakan kejayaan kami. Bermula dengan hanya RM35 semua boleh miliki 3,4,5 angka bonus. insyaAllah

Atul Hamid
Pengedar Shaklee Aktif
www.instagram.com/atul_hamid

Continue Reading

Perniagaan Online Paling Laris Yang Perlu di Ceburi

𝐏𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐎𝐧𝐥𝐢𝐧𝐞 𝐏𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐋𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐝𝐢 𝐂𝐞𝐛𝐮𝐫𝐢 | Ramai yang terkesan selepas negara dilanda wabak Covid-19 terutamanya sejak PKP diperkenalkan. Suku pertama tahun 2020 menunjukkan peningkatan sebanyak 42 peratus individu kehilangan pekerjaan. Ada di antara mereka mempunyai tanggungan dan kos perbelanjaan yang tinggi setiap bulan. Pasti pelbagai perkara bermain difikiran mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, Atul terpanggil untuk berkongsikan satu perniagaan online yang peling laris yang boleh anda ceburi.


Kenapa perniagaan online ini paling laris? Sebab utama 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢, 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭. Setiap produk dihasilkan dari bahan semulajadi yang asli, bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya. Produknya yang tulen dan keselamatan yang terjamin telah menjadikan produk ini sentiasa dapat permintaan yang tinggi sehingga menjadi trending. Ini kerana, ramai yang telah percaya dan yakin terhadap keberkesanan produk ini.

Keberkesanan produk terjamin 
Sebab kedua perniagaan online ini paling laris kerana 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡, 𝐟𝐥𝐞𝐤𝐬𝐢𝐛𝐞𝐥, 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥. Perniagaan online ini sangat mudah di lakukan. Dengan adanya gajet dan rangkaian internet, anda boleh melakukan aktiviti perniagaan walau dimana anda berada kerana masa berniaganya sangat fleksibel. Perniagaan online ini juga sinonim dengan kehidupan manusia, terutamanya dari segi kesihatan dan komunikasi antara manusia.
Akhir sekali kerana 𝐦𝐨𝐝𝐚𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫. Dengan hanya bermodalkan RM35, anda boleh memulakan perniagaan online ini. Tawaran hebat yang diberikan dalam perniagaan ini seperti kenaikan pangkat sehingga level yang tertinggi, 9 jenis bonus, 3 Star Awards, 2 destinasi lawatan insentif yang boleh diperoleh tanpa sebarang had. Yang paling menarik, perniagaan ini boleh diwarisi oleh anak-anak anda.

Purata pendapatan setahun
Oleh itu, bagi anda yang masih mencari jalan untuk mengurangkan beban kewangan, atau sedang mencari pendapatan sampingan, perniagaan online ini amatlah sesuai untuk anda ceburi. Perniagaan online yang Atul maksudkan ini adalah 𝐁𝐢𝐬𝐧𝐞𝐬 𝐒𝐡𝐚𝐤𝐥𝐞𝐞. Ramai yang telah berjaya dan bebas masalah kewangan setelah menceburi bisnes Shaklee ini. Anda boleh hubungi Atul sekiranya berminat untuk memulakan perniagaan online yang paling laris ini.

Atul Hamid
Pengedar Shaklee Anda
Continue Reading

APAKAH AKTIVITI BULANAN ATUL BERSAMA SHAKLEE?



Tahukah anda hampir setiap bulan Shaklee akan adakan “talk” atau nama penuh program ini adalah “Health & Wellness Talk (H&W Talk)” untuk para pengedarnya di seluruh Malaysia. Selalunya ia akan mengikut kawasan seperti Kawasan Utara, Kawasan Selatan, Kawasan Timur, Kawasan Barat Malaysia, dan Kawasan Lembah Klang. Terdapat 2 pilihan bahasa seperti Bahasa Melayu dan Mandarin. “Talk” ini disampaikan oleh mereka yang pakar dalam bidang nutrisi iaitu Pakar Nutrisi Shaklee.

Disebabkan Atul tinggal di Perlis, jadi Atul sertai “H&W Talk” yang diadakan di Kawasan Utara, iaitu di Perlis. Dan “H&W Talk” ini hanya mengambil masa hampir 2 jam sahaja. Walaupun hanya 2 jam, tetapi ianya padat dengan ilmu & aktiviti

Health & Wellness Talk Kawasan Utara

Hari ini adalah hari untuk “H&W Talk” di Perlis, dan selalunya Atul akan bawa anak-anak dan suami sekali, tetapi untuk kali ini, ayah mereka tawarkan diri untuk jaga mereka dirumah. Jadi, atul pergi bersendirian sahajalah untuk kali ini. :)



Apa yang Atul peroleh dari “H&W Talk” hari ini?

Kalau anda semua nak tahu, untuk “H&W Talk” pada hari ini, topik yang disampaikan oleh Pakar Nutrisi Kiek adalah berkaitan dengan
- Item promosi yang berlangsung bulan September ini
- Item yang bakal dikeluarkan oleh Shaklee nanti
- Item yang bakal dijual kembali pada bulan Oktober nanti.

H&W Talk Sept 2018

Okay, jom tengok serba sedikit info dan gambar-gambar sepanjang "talk" berlangsung hari ini.

Mula-mula kami diberi info berkaitan dengan ibu hamil, iaitu nutrien apa yg diperlukan, & kenapa perlu ambil.

Apakah Nutrisi Terbaik Untuk Ibu Hamil

Kami juga diberitahu tentang cabaran yang selalu hadapi oleh ibu hamil

Cabaran Ketika Hamil

Bonus buat kami, yang mana kami ditunjukkan apakah senaman yang sesuai buat ibu hamil dan kami sendiri melakukan senaman itu selama 5 minit. Hehe memang tabik lah pada ibu hamil yang berjaya membuat senaman ini.

Kemudian kami diberitahu tentang promosi bulan ni berserta manfaat yang diperoleh jika mengamalkan produk ini.



Sebelum Pakar Nutrisi Kiek meneruskan penyampaiannya tentang promosi bulan ini, kami diberi tugasan yang perlu dibuat dalam bentuk kumpulan selama 10minit. Tugasan ini tidak boleh rujuk internet. Kemudian perlu dibentangkan. Hadiah turut disediakan kepada kumpulan yang membentangkan info yang padat dan menarik.

Aktiviti Berkumpulan Kumpulan 1

Aktiviti Berkumpulan Kumpulan 2

Aktiviti Berkumpulan Kumpulan 3



Miss Kiek Beri Hadiah kepada Kumpulan Yang Menang

Kumpulan 3 yang Menang untuk Aktiviti Berkumpulan
Inilah aktiviti Yang perlu kami buat tanpa merujuk internet, banyakkan yang dapat kami senaraikan? itupun kalah? kenapa kami kalah? sebab kami senaraikan manfaat kalsium sahaja, tak campur magnesium & vitamin D, hehe rupa-rupanya boleh campur manfaat magnesium & vitamin D sekali hehe kalau tahu boleh tukar, psti kami menang hihihi

Kemudian kami diberitahu tentang produk terbaru yang akan dilancarkan di Malaysia tak lama lagi bersama manfaatnya. Dan produk ini memang ramai yang menanti kehadirannya. Bila ia akan berada di Malaysia, kita tunggu sahaja pengumuman dari Shaklee ya.

Youth: Restoring Eye Treatment

Kami juga turut diberitahu tentang produk yang bakal jual pada bulan depan, yang mana produk ini telah lama tiada di pasaran Malaysia. Tahu tak, betapa terujanya Atul bila dapat tahu produk ni nak masuk Malaysia kembali, sebabnya produk ini sangat-sangat membantu untuk mereka yang selalu keguguran rambut, bagus untuk lelaki,  serta untuk memulihkan luka terutamanya mereka yang baru lepas menjalani pembedahan. Menarikkan? Agak-agak anda apakah nama produk ini?



Ada lagi tau.....

Setiap yang dating akan dapat hadiah osteMatrix untuk 1 serving. Bestkan?

Hadiah untuk SID yang hadir H&W Talk

Bagi SID yang datang bawa prospek pula akan dapat hadiah! Wow bestnya!!! Hadiah eksklusif dari Shaklee pulak tu

Antara SID yang datang bawa prospek.

Enjoy je sertai “talk” yang Shaklee buat ini. “Talk” Shaklee yang mesra keluarga yang mana SID dibenarkan membawa anak-anak, suami atau isteri. Asalkan tidak mengganggu SID lain dalam “talk” ini. Bestkan?

Tengok anak-anak pun enjoy je dalam H&W Talk ini.

Dan Ini pula gambar kami beramai-ramai dalam program H&W Talk hari ini.

Apa pendapat anda? Santaikan majlis ilmu yang Atul pergi ni. Ilmu dapat, hadiah pun dapat. Kawan-kawan baru pun dapat juga.

Berminat nak dapatkan produk Shaklee? Berminat nak jadi Pengedar Shaklee? Berminat nak buat Bisnes Shaklee? Boleh hubungi Atul di 019.573.3761 atau klik gambar di bawah ini



Continue Reading