Showing posts with label Dates. Show all posts
Showing posts with label Dates. Show all posts

KHASIAT BUAH KURMA


KHASIAT BUAH KURMA

KURMA adalah sejenis tumbuhan (Palma). Kurma juga adalah buah yang diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW. Kurma kaya dengan khasiat yang sangat memberi manfaat kepada kesihatan. Buah kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, niasin dan pelbagai sumber nutrien lagi.
Apabila berbicara mengenai buah kurma pasti ramai mengaitkannya dengan bulan Ramadan kerana kurma selalu dimakan semasa berbuka puasa. Tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa buah kurma ini mempunyai banyak kebaikan dan ia sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Apa yang pasti bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, kurma merupakan makanan yang sangat sesuai diamalkan. Selain itu, kurma juga sesuai diamalkan oleh ibu hamil, wanita bersalin dan ibu menyusu.

Kandungan nutrien yang tinggi dalam kurma menjadikan ia makanan yang wajib dimakan untuk kesihatan yang optimum

Berikut merupakan khasiat buah kurma yang perlu anda tahu

1. KESIHATAN

Risiko dapat penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis rendah
  • Kurma mengandungi zat-zat galian seperti potassium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Jika sesorang itu mengamalkannya dengan memakan kurma setiap hari risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan kencing manis dapat dikurangkan. Ia berdasarkan kajian oleh Profesor Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Membantu Masalah Usus


KHASIAT BUAH KURMA
  • Kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah usus. Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.
Kurma mengelak cirit-birit ( diarrhea)
  • Kurma juga kaya dengan potasium yang penting untuk menghalang cirit birit dengan melegakan dinding perut dan usus, serta merangsang bakteria baik (dalam perut) secara lebih efektif.
Kurma melegakan sembelit
  • Mampu melegakan sembelit kerana ia mempunyai kesan laksatif ringan. Sebab itu disarankan untuk anda merendam beberapa biji kurma dalam air semalaman, dan minum air tersebut pada waktu pagi untuk meningkatkan pencernaan yang baik.
Mengawal berat badan


KHASIAT BUAH KURMA
  • Pengambilan kurma semasa perut kosong pada waktu pagi berkesan menghalang pertambahan berat badan dan kerana ianya bebas kolesterol, kurma membantu anda mengawal berat badan. Namun, ambil perhatian, kandungan gula kurma juga tinggi jadi jangan makan dalam jumlah yang berlebihan
 Mengimbangkan kolesterol


KHASIAT BUAH KURMA
  • Sangat berguna dalam mengimbang dan mengawal kolesterol yang tidak sihat (LDL) kerana kurma membersih salur darah dan menghalang pembentukan darah beku.

    Baca juga: Info tentang kolesterol pembunuh senyap
Menguatkan jantung

KHASIAT BUAH KURMA
  • Kurma yang anda rendam semalaman untuk minum airnya itu, jangan dibuang bijinya. Makan begitu sahaja atau dikisar terlebih dahulu atau tambahkan ke dalam smoothie atau snek oatmeal, ikut kesukaan anda.

    Baca juga: Cara kekalkan kesihatan jantung
Mengawal selia tekanan darah


KHASIAT BUAH KURMA
  • Ramai di antara kita yang menderita hipertensi (tekanan darah tinggi) dan orang yang begini perlu makan banyak kurma kerana ia kaya dengan potasium dan tiada langsung sodium.
Merendahkan risiko serangan strok


KHASIAT BUAH KURMA
  • Potasium dalam kurma adalah mineral yang penting dalam membaik pulih sistem saraf dan boleh mengurangkan risiko serangan strok. Jadi ambil lebih kurang 400 mg potasium sehari, anda sudah tidak perlu terlalu risau lagi.
Baik untuk kesihatan tulang


KHASIAT BUAH KURMA
  • Kandungan mineral yang tinggi di dalam kurma menjadikannya sumber yang baik untuk kekuatan tulang. Masalah penyakit seperti osteoporosis juga dapat dibendung dengan mengamalkan pengambilan buah ini. Selain kaya dengan mineral, kurma juga mempunyai jumlah magnesium yang tinggi dan membantu pertumbuhan tulang.


2. KEHAMILAN, BERSALIN DAN PENYUSUAN

Merangsang kehamilan


KHASIAT BUAH KURMA
  • Buah kurma juga dapat membantu merangsang dan memudahkan proses kehamilan seseorang. Ia mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan memberikan khasiat yang baik untuk bayi di dalam kandungan.

    Baca juga: Diet & Pemakanan ibu hamil
    Baca juga: Nutrisi untuk ibu hamil
Memudahkan proses bersalin


KHASIAT BUAH KURMA
  • Pernahkah anda dengar kisah tentang Maryam yang hanya makan buah kurma sewaktu melahirkan Nabi Isa? Jadi khasiat kurma ini memang tiada tandingannya. Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

    Baca juga: Nutrisi untuk ibu lepas bersalin
    Baca juga: Gejala lepas bersalin yang tidak boleh diabaikan

Memperbanyakan susu ibu


KHASIAT BUAH KURMA
  • Kalau anda hendak tahu mengapa kurma sebagai penambah susu badan, ia kerana kurma mengandungi satu nutrien yang dikenali sebagai tryptophan. Ia merupakan salah satu daripada 10 asid amino penting yang badan kita perlukan untuk membina protein. Malah, ia menggalakkan pengeluaran hormon serotonin. Serotonin ini pula membantu proses laktasi, iaitu proses penghasilan susu badan! Tidak cukup dengan itu, serotonin yang terhasil ini juga akan menyekat penghasilan Dopamine yang membantut penghasilan susu

    Ia juga mengandungi sumber kalsium yang tinggi serta Sumber zat besi dan potasium yang hebat. Pilihlah kurma sebagai penambah susu badan anda! Kerana kurma juga membantu untuk menaikkan tahap gula dalam badan, maka kita juga secara tidak langsung membantu meningkatkan proses penghasilan susu ibu!

    Baca juga: Tips banyakkan susu ibu


3. TENAGA SEGERA

Memberi tenaga tambahan segera
  • Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26:


    Maksudnya: Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.

    Berdasarkan firman Allah di dalam surah Maryam ini, Allah SWT memerintahkan Sayidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan  tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., disebabkan beliau kehilangan tenaga dan darah yang banyak. Ini kerana kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya.

    Oleh sebab itu, dengan memakan kurma ia membantu memudahkan wanita bersalin untuk melahirkan dan memberi tenaga tambahan kepada mereka.
Bertenaga ketika berbuka
  • Sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kurma telah menjadi amalan ketika berbuka puasa. Bahkan berbuka puasa dengan kurma juga kamu beroleh pahala sunah.Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. kandungan gula yang ada pada kurma adalah 50 hingga 57 peratus glukosa. kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk. Penghidap kencing manis juga boleh mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa.


4. KECERDASAN DAN MENGUATKAN MEMORI

Kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran


KHASIAT BUAH KURMA
  • Menurut pakar, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses tumbesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat
Menguatkan daya ingatan


KHASIAT BUAH KURMA
  • Kebiasaannya makanan yang sering dijadikan amalan untuk meningkatkan daya ingatan adalah kismis. Tetapi, tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi khasiat yang cukup untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah, kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan memori.

    Baca juga: Suplemen untuk si Manja


5. KEPERIBADIAN

Membentuk sifat penyabar, bersopan santun dan cerdas pemikiran
  • Maksud hadis Rasulullah SAW:

    “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”


6. KEBERKATAN

Mengambil keberkatan sewaktu kelahiran
  • Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:


    Maksudnya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW lalu Baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnnya dengan buah kurma.”

 Makanan yang paling sempurna
  • Maksud Sabda Rasulullah SAW:

    “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.” 

Jadi, jom lengkapkan dapur kita dengan buah kurma. Ia bukan sahaja sedap dimakan tetapi ia juga makanan yang sesuai untuk seisi keluarga dan dapat mengekalkan kesihatan secara menyeluruh!

Semoga bermanfaat, terima kasih.



Klik Gambar Untuk Order Shaklee


Continue Reading