Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts

OMEGA 3 BAIK UNTUK IBU DAN BAYI


Saat yang paling menggembirakan setiap wanita yang bergelar isteri adalah apabila mereka disahkan hamil. Kehamilan merupakan saat paling dinanti-nantikan bukan sahaja wanita malah setiap pasangan yang sudah berkahwin.

Di setiap peringkat kehamilan anda, bermula dari proses kelahiran hingga ke penyusuan, ianya adalah masa berharga untuk perkembangan sihat anak anda. Salah satu asid lemak paling penting untuk anda dan kesejahteraan bayi anda adalah asid lemak Omega-3,  asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA).

OMEGA 3 BAIK UNTUK IBU DAN BAYI


Mari kita lihat dengan lebih dekat lagi kebaikan Omega-3 untuk anda dan bayi anda


SEBELUM KEHAMILAN


OMEGA 3 BAIK UNTUK IBU DAN BAYI

Pengambilan Omega-3 yang mencukupi memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang anda untuk mengandung kerana ia:



LELAKI

WANITA

• Meningkatkan kepekatan sperma.

• Memainkan peranan utama dalam penghasilan
sperma yang sihat.


• Menyokong pengeluaran dan keseimbangan
hormon.

Membantu mengatur kitaran haid.

Meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang mengandung



SEMASA HAMIL


OMEGA 3 BAIK UNTUK IBU DAN BAYI

Apa yang anda ambil semasa kehamilan menentukan kesihatan bayi anda. Tambahkan Omega-3 di dalam pemakanan anda kerana ia:



IBU


BAYI DALAM KANDUNGAN

• Menurunkan risiko kelahiran pramatang.

• Menggalakkan tempoh kehamilan optimum.

• Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeclampsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan).

• Menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dengan meningkatkan aliran darah dalam plasenta.

• Memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya ketika didalam janin

• Mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi.

• Mengurangkan risiko bayi mengalami alahan.

• Menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga.

• Menggalakkan perkembangan saraf otak.



SELEPAS BERSALIN DAN PENYUSUAN


OMEGA 3 BAIK UNTUK IBU DAN BAYI

Untuk pemulihan segera dan persediaan untuk penyusuan bayi, Omega-3:


IBU


BAYI

• Mengurangkan risiko kemurungan postpartum

• Menyokong proses kematangan otak semasa tempoh lima tahun pertama kehidupan.

• Menggalakkan perkembangan saraf di dalam otak

• Mengurangkan risiko alahan terhadap makanan dan kulit sensitif-ekzema.

• Menyokong perkembangan penglihatan.

• Menggalakkan pola tidur yang lebih baik.



Jadi, Omega-3 merupakan asid lemak sihat yang perlu diamalkan setiap hari. Asid lemak Omega-3 sememangnya pilihan terbaik untuk ibu dan bayi, samada ketika hamil dan selepas bersalin. Ia merupakan permulaan yang terbaik untuk seorang ibu.


Dan tidak lupa juga buat mereka yang sedang berusaha untuk memiliki cahaya mata, pengambilan asid lemak Omega-3 bagi wanita dan lelaki amatlah diperlukan buat mereka yang merancang untuk mendapatkan anak kerana ia sangat membantu dalam meningkatkan peluang kehamilan. Oleh itu pengambilan yang konsisten dan berterusan sangatlah digalakkan.


Namun, anda perlu berhati-hati ketika mendapatkan asid lemak Omega-3 di pasaran, kerana kini terdapat pelbagai jenis asid lemak Omega-3 dari pelbagai jenama. Pemilihan yang tepat akan membantu anda mendapatkan Omega-3 yang berkualiti tinggi, terbaik dan selamat di amalkan serta boleh mengelakkan anda daripada tersalah beli Omega-3 yang tinggi kandungan lemak ikan berbanding minyak ikan. Klik disini untuk baca tips memilih minyak ikan yang bagus


Kalau anda bertanyakan pada Atul, Atul akan pilih Asid Lemak Omega-3 dari produk Shaklee iaitu Omega Guard. Klik disini untuk ketahui 6 sebab kenapa anda perlu pilih Omega Guard Shaklee serta baca Info tentang Omega Guard Shaklee disini.

OMEGA 3 BAIK UNTUK IBU DAN BAYI


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)


OMEGA 3 BAIK UNTUK IBU DAN BAYI


---------------------------------------------------------------


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading

Pemakanan Untuk Tulang Sihat


Pemakanan Untuk Tulang Sihat

Seorang bayi dilahirkan dengan 300 tulang semasa lahir. Sesetengah tulang anak anda terdiri daripada tulang rawan (tisu elastik, licin dan tekstur seperti getah) manakala sebahagian tulang lain terdiri daripada bahan yang sama. Apabila mereka membesar, tulang-tulang bergabung bersama serta tulang rawan mengeras dan akhirnya tinggal 206 tulang yang terdapat pada kita sebagai orang dewasa.

Memelihara tulang anak anda sejak dari kecil adalah penting kerana apabila mereka mencapai usia 20 tahun, pertumbuhan tulang mereka berhenti (jisim kemuncak tulang). Tambahan pula, tulang kita menjalankan banyak fungsi utama seperti:
  • Melindungi organ sensitif dan penting (contohnya otak dilindungi oleh tengkorak dan jantung dilindungi oleh rusuk).
  • Bersama otot rangka, tendon, ligamen dan sendi, tulang juga membolehkan pergerakan dan fungsi utamanya adalah sebagai tuil.
  • Sumsum merah membantu menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih.
  • Menyimpan mineral seperti kalsium dan fosforus.
  • Sumsum kuning tulang panjang membantu menyimpan lemak.
  • Sesetengah tulang membantu menghasil dan menyimpan faktor ciri-ciri pertumbuhan.
  • Tulang-tulang halus dalam telinga membolehkan kita mendengar.
  • Membebaskan dan menyerap garam alkali untuk mengekalkan imbangan pH.

Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan tulang anak anda termasuk pengambilan kalsium dan vitamin D yang tidak mencukupi, serta kurang senaman untuk menguatkan tulang. Oleh itu, adalah penting untuk mengoptimumkan jisim tulang anak anda sejak dari kecil untuk mencegah osteoporosis dan tulang rapuh. Tulang yang rapuh cenderung patah di kemudian hari, dan anda boleh mencegahnya dengan memberi anak anda pemakanan yang sempurna.

Pemakanan Untuk Tulang Sihat
Pemakanan Untuk Tulang Sihat

AMALKAN DIET YANG SIHAT

Diet yang sihat dan seimbang akan membekalkan kesemua nutrien, termasuk vitamin dan mineral untuk membina tulang kuat. Tetapi dua nutrien yang amat penting ialah kalsium dan vitamin D.

Kalsium

Pemakanan Untuk Tulang Sihat
Pemakanan Untuk Tulang Sihat

Kalsium ialah mineral yang diperlukan untuk membina tulang dan mengekalkannya sihat. Sekitar 99% daripada kalsium tubuh didapati dalam tulang dan ia diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang yang normal. Tambahan pula, kalsium juga membantu dalam pembekuan darah, transmisi neuron dan pengecutan otot. Kita perlu mengambil pelbagai makanan yang kaya dengan kalsium dalam diet harian kita. Makanan sumber kalsium yang baik termasuk:

Pemakanan Untuk Tulang Sihat
Pemakanan Untuk Tulang Sihat

Vitamin D

Pemakanan Untuk Tulang Sihat
Pemakanan Untuk Tulang Sihat

Vitamin D juga memainkan peranan penting dalam pembentukan tulang kuat. Ia penting untuk penyerapan dan penggunaan kalsium bagi perkembangan serta kesihatan tulang dan fungsi-fungsi lain. Terdapat dua bentuk vitamin D. Vitamin D2 kebanyakan adalah buatan manusia dan ditambah ke dalam makanan. Vitamin D3 dihasilkan oleh manusia di dalam kulit apabila terdedah pada cahaya matahari. Vitamin D3 juga boleh didapati daripada beberapa makanan berasaskan haiwan.

Makanan yang membekalkan vitamin D termasuk ikan berlemak (contohnya ikan salmon, sardin, makerel), minyak ikan dan kuning telur. Ia juga boleh didapati dalam makanan yang diperkayakan dengan vitamin D seperti susu dan bijirin. Bagaimanapun, vitamin D hanya terdapat dalam beberapa makanan sahaja dan lazimnya dalam jumlah yang kecil. Maka, pendedahan pada sinaran matahari secara langsung merupakan cara terbaik untuk mencapai paras vitamin D optimum. Galakkan anak anda meluangkan sedikit masa bersenam atau bermain di luar rumah untuk mendapat pendedahan cahaya matahari agar tubuh mereka boleh menghasilkan vitamin D.

Pemakanan Untuk Tulang Sihat
Pemakanan Untuk Tulang Sihat

Walaupun kalsium dan vitamin D diketahui amat penting untuk kesihatan tulang, beberapa nutrien lain seperti vitamin A, B, C, E, folat dan mineral seperti kuprum, zink, selenium, zat besi dan magnesium, juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang kuat. Demi memastikan anak anda mendapat kesemua nutrien yang dia perlukan untuk pertumbuhan dan kesihatan tulang optimum, dia harus mengamalkan diet yang pelbagai dan seimbang seperti yang disarankan dalam Piramid Makanan Malaysia.

Susu – makanan berkhasiat!

Pemakanan Untuk Tulang Sihat
Pemakanan Untuk Tulang Sihat

Susu dan produk tenusu merupakan sumber baik kalsium dan vitamin D untuk tulang. Ia juga mengandungi nutrien lain yang penting seperti protein, yang perlu untuk pertumbuhan. Piramid Makanan Malaysia menyarankan 2-3 sajian susu dan produk tenusu setiap hari. Ia sama dengan 3 gelas susu seharui, ataupun 1 gelas susu dengan 1 cawan yogurt dan 1 keping keju dalam sehari.

Kekal Aktif!

Pemakanan Untuk Tulang Sihat
Kekal Aktif Untuk Tulang Sihat
Selain daripada pemakanan baik, kanak-kanak juga harus digalakkan untuk lebih aktif secara fizikal. Contoh senaman menguatkan tulang termasuk berjoging, berlari, berjalan kaki, mengembara berjalan kaki, menaiki tangga, menari, gimnastik, dan sukan yang melibatkan berlari atau melompat (seperti bola sepak, bola keranjang dan sukan raket). Kurangkan masa menonton (seperti menggunakan telefon pintar, tablet, TV atau komputer) dan menjadi sedentari.

Perkara paling penting yang perlu dilakukan adalah membiasakan anak anda dari awal dengan tabiat gaya hidup sihat. Cara hidup sihat bukan sahaja berfaedah kepada tulang anak anda, ia juga membantu menguatkan dan memelihara kesihatan seluruh tubuh serta memastikan anak anda boleh berhadapan dengan cabaran harian dan mencapai potensi penuhnya.

Artikel oleh: Dr. Tee E Siong, President, Nutrition Society of Malaysia
Dengan kerjasama: Persatuan Pemakanan Malaysia

Continue Reading