Showing posts with label Kenapa Perlu Kurus. Show all posts
Showing posts with label Kenapa Perlu Kurus. Show all posts

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia | Obesiti merupakan sejenis keadaan yang agak rumit di mana terdapatnya pengumpulan lemak yang berlebihan pada tubuh dan menyebabkan seseorang itu mengalami berat badan yang berlebihan.

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia


Masalah kegemukan
 atau obesiti adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenali sebagai masalah kesihatan yang berisiko terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung.

Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, masalah obesiti adalah satu penyakit yang memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbiditi. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit pada individu yang mengalami obesiti terutamanya penyakit jantung, penyakit hepatobiliary, diabetes dan lain-lain lagi penyakit merbahaya.

Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatandan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara obes, dan berada pada tahap yang membimbangkan. Tinjauan NHMS yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa satu daripada dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat dan obesiti.

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia


Manakala sebanyak 17.5% rakyat Malaysia dikesan menghidap Diabetes, 30.3% menghidap Hipertensi dan 47.7% mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi pada tahun yang sama.

Pada tahun 2019, menurut tinjauan NHMS mendapati 50.1% daripada orang dewasa mempunyai, sama ada berlebihan berat badan atau obes di mana 30.4% adalah berlebihan berat badan manakala 19.7% adalah obes.

Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 34% dan obesiti sebanyak 19.7%. Keadaan ini bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, malah dikalangan kanak-kanak juga peratusannya sangat membimbangkan.

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia


Jadi, apakah punca obesiti berlaku dikalangan rakyat Malaysia yang semakin menggerunkan?

Punca Obesiti berlaku dikalangan rakyat Malaysia

Makan Banyak, Kurang Bersenam, Kalori Menjadi Lemak

Punca utama obesiti adalah disebabkan ketidakseimbangan pengambilan dan penggunaan tenaga harian. Ini terjadi apabila seseorang individu mengambil makanan yang berlebihan tetapi tidak melakukan aktiviti fizikal dan senaman yang mencukupi. Sekiranya keadaan ini berterusan, berat badan akan meningkat. Keadaan ini berlaku kerana jumlah tenaga yang diperolehi daripada makanan yang dimakan tidak digunakan sepenuhnya oleh badan dan bertukar menjadi lemak.

Gaya Pemakanan yang tidak sihat

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

Pada zaman sekarang, faktor pemakanan adalah punca utama berlakunya obesiti. Gaya pemakanan yang tidak sihat yang sering diamalkan oleh rakyat Malaysia merupakan penyebab berlakunya peningkatan kadar obesiti di Malaysia. Ini kerana jumlah pengambilan kalori yang terlalu banyak daripada pemakanan seharian seperti makanan segera, minuman bikarbonat, makanan manis, makanan bergoreng dan banyak lagi adalah penyumbang utama kepada obesiti. Kemunculan pelbagai restoran makanan segera yang menjual makanan berkalori tinggi pada harga yang rendah merupakan penyebabkan peningkatan kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Gaya Hidup Tidak Sihat

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

Amalan gaya hidup yang tidak sihat juga merangsang peningkatan kadar obesiti di kalangan rakyat Malaysia. Kesibukan bekerja, menyebabkan mereka sering keletihan. Beban pekerjaan yang makin meningkat menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan riadah atau bersenam selepas waktu bekerja. Selain itu, kebanyakan orang pada masa kini lebih suka menghabiskan masa mereka bermain game online di telefon atau computer, melayan social media atau berehat di rumah daripada melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Genetik keluarga

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

Benarkah
anak-anak di mana ibu bapanya menghidap obesiti mempunyai risiko setinggi 80% untuk menghidap obesiti juga? Obesiti disebabkan faktor genetik selalunya dikaitkan dengan gaya pemakanan yang diambil oleh keluarga itu. Sebenarnya punca disebabkan genetik keluarga ini sama sekali tidak kukuh kerana obesiti disebabkan keturunan ini boleh di ubah atas kesedaran diri sendiri.

Tetapi ada kes-kes tertentu yang mendorong seseorang mengalami obesiti disebabkan genetik seperti sindrom Prader-Willi.

Oleh itu, adalah tidak wajar untuk menyalahkan genetik keluarga punca obesiti berlaku

Faktor Kesihatan

Dalam kes-kes tertentu, berat badan seseorang boleh naik mendadak disebabkan faktor kesihatan. Individu yang mempunyai masalah kesihatan juga boleh menyebabkan obesiti berlaku. Antara contoh penyakit adalah:

Hypothyroidism iaitu keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang secukupnya.

Sindrom Cushing merupakan sindrom yang menyebabkan penghasilan hormon steroid yang melampau.

Walaubagaimanapun, kedua-dua penyakit di atas dapat dirawat dengan baik dan pesakit dapat menurunkan berat badan setelah menjalani rawatan dengan pakar.

Pengambilan ubat-ubatan juga boleh mempengaruhi obesiti. Ubat-ubatan seperti ubat anti kemurungan dan pil perancang boleh menyebabkan kegemukan. Ini mungkin berpunca daripada kesan tindak balas daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut.

Stress

Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia

Stress atau tekanan perasaan juga menjadi punca berlakunya obesiti. Bagi sesetengah individu, untuk mengurangkan tekanan perasaan yang dialamai mereka akan kerap mengambil makanan. Pengambilan makanan manis selalunya menjadi pilihan untuk mengurangkan rasa tertekan. Keadaan ini akan dilakukan sehingga mereka merasa lega.

Kesimpulannya, masalah obesiti yang di alami oleh rakyat Malaysia, adalah berpunca dari individu itu sendiri. Kesedaran diri untuk memastikan berat berada pada paras normal adalah penting. Mereka sepatutnya mengamalkan pengambilan pemakanan yang betul, membudayakan amalan hidup yang sihat dan aktif untuk memastikan kesihatan diri berkualiti demi kehidupan yang lebih baik. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diambil untuk mencegah obesiti daripada melarat dan individu itu berhak mendapatkan apa yang terbaik untuk kesihatan dirinya.

Baca juga: 5 Tips kurangkan lemak dalam badan dengan cepat dan berkesan

Atul Hamid
Pengedar Shakle Anda
Berpengalaman sejak 2013

Continue Reading

6 SEBAB KENAPA PERLU KURUS



Kenapa Perlu Kurus

Kalau diberi pilihan, anda nak gemuk atau kurus? kalau jawapan Atul, Atul pilih untuk jadi kurus dan memiliki badan yang langsing. Ini kerana banyak sebab yang boleh menyokong kepada jawapan pilihan Atul.

Walapun Atul tahu, ada sesetengah orang tidak kisah memiliki badan besar, asalkan sihat dan cantik dihadapan penciptanya. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh mereka, namun begitu, yakinkah anda apabila berbadan besar dan gemuk, anda tidak mempunyai masalah? Sebagai contoh untuk mereka yang berbadan besar dan gemuk, andaikan jika suatu hari nanti anda jatuh sakit sehingga tidak mampu untuk bangun sendiri walaupun hanya untuk pergi ke tandas, apakah bantuan yang dapat diberikan oleh orang sekeliling anda? Sedangkan, mereka sendiri tidak berupaya untuk memimpin atau mengangkat anda ke tandas disebabkan tubuh anda yang besar itu? Bolehkah anda bayangkan?

Oleh itu, pada pendapat peribadi Atul, memilik badan yang kurus lebih banyak kebaikannya berbanding berbadan besar. Di sini Atul sertakan sebab kenapa perlu kurus dan miliki badan yang langsing?

  • Kesihatan yang baik. Gemuk memang kelihatan comel tetapi ia berisiko tinggi untuk mengundang dan menghidapi penyakit kronik antaranya seperti  Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung), strok (angin ahmar), paras kolestrol darah yang tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes (kenicng manis), sakit di bahagian bawah belakang badan, sukar bernafas, masalah berkaitan usus, penyakit hati, kegagalan fungsi buah pinggang, osteoartritis spina  (tulang belakang),  pinggang, lutut atau berkaitan dengan sendi serta cepat letih.

    Apabila badan dipenuhi dengan lemak, bermacam-macam jenis penyakit berminat untuk hadir dalam diri anda. Apabila anda telah disahkan memiliki penyakit kronik, bermulah episod yang mana anda perlu jalani rawatan, ambil ubat mengikut arahan yang diarahkan. Sedangkan anda mempunyai pilihan untuk amalkan hidup gaya sihat. Jadi, inginkah anda menjadi salah seorang individu yang mempunyai penyakit kronik? Tidakkah anda kasihani pada diri anda itu? Walaupun begitu, bukan Atul nak kata orang kurus tidak mengalami penyakit. Tetapi risiko untuk orang kurus adalah rendah berbanding mereka yang memiliki badan yang besar dan gemuk

  • Aktiviti harian lebih teratur dan lancar. Apabila badan anda kurus dan lansing, secara automatik aktiviti harian anda lebih teratur dan lancar. Pergerakan anda akan menjadi lebih cepat kerana badan anda ringan. Apabila badan ringan, anda lebih mudah untuk melangkah. Stamina pun kuat, serta anda boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa lelah dan tidak cepat ‘pancit’.

  • Mudah untuk melakukan ibadah. Inilah salah satu sebab kenapa anda perlu berbadan kurus. Apabila badan anda kurus, secara tidak langsung badan menjadi ringan, dan ini akan memudahkan anda untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna tanpa sebarang gangguan. Sebagai contoh, anda mudah melakukan solat yang diwajibkan tanpa perlu risau masalah seperti sakit lutut menyerang ketika sedang solat.

  • Badan lebih cergas dan aktif. Memiliki badan yang kurus menjadikan tubuh anda lebih ringan. Dengan itu menjadikan badan anda lebih mudah untuk bergerak aktif dan melakukan aktiviti kecergasan seperti yang dimahukan.

"Seperti Abdul Jalil Abdullah, Warga emas yang telah berusia 73 tahun yang dikenali sebagai pok (Pakcik) yang mana beliau masih lagi cekap  memanjat pokok duku seperti orang muda. Rahsia yang beliau amalkan adalah memastikan memiliki tubuh badan kekal langsing dan tidak boleh terlalu besar, agar badan lebih seimbang setiap kali memijak dahan pokok duku" Sumber: AstroAwani



  • Meningkatkan keyakinan diri. Selalunya mereka yang berbadan besar seringkali diejek hingga hilang keyakinan diri. Mereka selalu diejek berdasarkan bentuk tubuh mereka yang besar seperti panggilan “gemuk”, “boyot” dan banyak lagi panggilan yang tidak sedap didengari. Sebabkan inilah mengapa anda perlu kurus. Apabila anda kurus, mereka tidak lagi akan mengejek anda dan secara tidak langsung, anda boleh meningkatkan keyakinan diri anda apabila berdepan dikhalayak ramai.

  • Penampilan lebih bergaya. Apabila memiliki badan yang kurus dan tubuh yang langsing, anda lebih mudah untuk mengenakan gaya yang lebih sesuai kerana dipasaran lebih mudah untuk mencari pakaian untuk mereka yang berbadan kurus berbanding untuk mereka berbadan besar. Pelbagai saiz dan fesyen boleh didapati tanpa perlu membuat tempahan mengikut saiz yang dikehendaki. Secara tidak langsung, anda boleh berjimat kerana untuk ekstra saiz memerlukan ekstra bayaran dan ekstra kain.
Banyakkan kebaikan yang boleh anda peroleh jika memiliki tubuh badan yang kurus dan langsing. Jadi, adakah anda ingin membiarkan tubuh anda terus membesar dan berada dikalangan mereka yang obesiti yang mana terdedah dengan pelbagai risiko penyakit?

Jawapan di tangan anda. Sekiranya anda buntu untuk menurunkan berat badan, anda boleh cuba dapatkan konsultansi daripada mereka yang pakar seperti gengdetox.com atau anda boleh hubungi Atul untuk dapatkan pandangan dan cadangan berkaitan makanan kesihatan yang sesuai untuk kurus seperti Set Kurus Shaklee.



Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my) atau sila klik gambar dibawah ini




---------------------------------------------------------------


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761


Continue Reading