Showing posts with label Nutrisi Semasa Hamil. Show all posts
Showing posts with label Nutrisi Semasa Hamil. Show all posts

KHASIAT BUAH KURMA


KHASIAT BUAH KURMA

KURMA adalah sejenis tumbuhan (Palma). Kurma juga adalah buah yang diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW. Kurma kaya dengan khasiat yang sangat memberi manfaat kepada kesihatan. Buah kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, niasin dan pelbagai sumber nutrien lagi.
Apabila berbicara mengenai buah kurma pasti ramai mengaitkannya dengan bulan Ramadan kerana kurma selalu dimakan semasa berbuka puasa. Tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa buah kurma ini mempunyai banyak kebaikan dan ia sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Apa yang pasti bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, kurma merupakan makanan yang sangat sesuai diamalkan. Selain itu, kurma juga sesuai diamalkan oleh ibu hamil, wanita bersalin dan ibu menyusu.

Kandungan nutrien yang tinggi dalam kurma menjadikan ia makanan yang wajib dimakan untuk kesihatan yang optimum

Berikut merupakan khasiat buah kurma yang perlu anda tahu

1. KESIHATAN

Risiko dapat penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis rendah
  • Kurma mengandungi zat-zat galian seperti potassium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Jika sesorang itu mengamalkannya dengan memakan kurma setiap hari risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan kencing manis dapat dikurangkan. Ia berdasarkan kajian oleh Profesor Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Membantu Masalah Usus


KHASIAT BUAH KURMA
  • Kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah usus. Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.
Kurma mengelak cirit-birit ( diarrhea)
  • Kurma juga kaya dengan potasium yang penting untuk menghalang cirit birit dengan melegakan dinding perut dan usus, serta merangsang bakteria baik (dalam perut) secara lebih efektif.
Kurma melegakan sembelit
  • Mampu melegakan sembelit kerana ia mempunyai kesan laksatif ringan. Sebab itu disarankan untuk anda merendam beberapa biji kurma dalam air semalaman, dan minum air tersebut pada waktu pagi untuk meningkatkan pencernaan yang baik.
Mengawal berat badan


KHASIAT BUAH KURMA
  • Pengambilan kurma semasa perut kosong pada waktu pagi berkesan menghalang pertambahan berat badan dan kerana ianya bebas kolesterol, kurma membantu anda mengawal berat badan. Namun, ambil perhatian, kandungan gula kurma juga tinggi jadi jangan makan dalam jumlah yang berlebihan
 Mengimbangkan kolesterol


KHASIAT BUAH KURMA
  • Sangat berguna dalam mengimbang dan mengawal kolesterol yang tidak sihat (LDL) kerana kurma membersih salur darah dan menghalang pembentukan darah beku.

    Baca juga: Info tentang kolesterol pembunuh senyap
Menguatkan jantung

KHASIAT BUAH KURMA
  • Kurma yang anda rendam semalaman untuk minum airnya itu, jangan dibuang bijinya. Makan begitu sahaja atau dikisar terlebih dahulu atau tambahkan ke dalam smoothie atau snek oatmeal, ikut kesukaan anda.

    Baca juga: Cara kekalkan kesihatan jantung
Mengawal selia tekanan darah


KHASIAT BUAH KURMA
  • Ramai di antara kita yang menderita hipertensi (tekanan darah tinggi) dan orang yang begini perlu makan banyak kurma kerana ia kaya dengan potasium dan tiada langsung sodium.
Merendahkan risiko serangan strok


KHASIAT BUAH KURMA
  • Potasium dalam kurma adalah mineral yang penting dalam membaik pulih sistem saraf dan boleh mengurangkan risiko serangan strok. Jadi ambil lebih kurang 400 mg potasium sehari, anda sudah tidak perlu terlalu risau lagi.
Baik untuk kesihatan tulang


KHASIAT BUAH KURMA
  • Kandungan mineral yang tinggi di dalam kurma menjadikannya sumber yang baik untuk kekuatan tulang. Masalah penyakit seperti osteoporosis juga dapat dibendung dengan mengamalkan pengambilan buah ini. Selain kaya dengan mineral, kurma juga mempunyai jumlah magnesium yang tinggi dan membantu pertumbuhan tulang.


2. KEHAMILAN, BERSALIN DAN PENYUSUAN

Merangsang kehamilan


KHASIAT BUAH KURMA
  • Buah kurma juga dapat membantu merangsang dan memudahkan proses kehamilan seseorang. Ia mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan memberikan khasiat yang baik untuk bayi di dalam kandungan.

    Baca juga: Diet & Pemakanan ibu hamil
    Baca juga: Nutrisi untuk ibu hamil
Memudahkan proses bersalin


KHASIAT BUAH KURMA
  • Pernahkah anda dengar kisah tentang Maryam yang hanya makan buah kurma sewaktu melahirkan Nabi Isa? Jadi khasiat kurma ini memang tiada tandingannya. Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

    Baca juga: Nutrisi untuk ibu lepas bersalin
    Baca juga: Gejala lepas bersalin yang tidak boleh diabaikan

Memperbanyakan susu ibu


KHASIAT BUAH KURMA
  • Kalau anda hendak tahu mengapa kurma sebagai penambah susu badan, ia kerana kurma mengandungi satu nutrien yang dikenali sebagai tryptophan. Ia merupakan salah satu daripada 10 asid amino penting yang badan kita perlukan untuk membina protein. Malah, ia menggalakkan pengeluaran hormon serotonin. Serotonin ini pula membantu proses laktasi, iaitu proses penghasilan susu badan! Tidak cukup dengan itu, serotonin yang terhasil ini juga akan menyekat penghasilan Dopamine yang membantut penghasilan susu

    Ia juga mengandungi sumber kalsium yang tinggi serta Sumber zat besi dan potasium yang hebat. Pilihlah kurma sebagai penambah susu badan anda! Kerana kurma juga membantu untuk menaikkan tahap gula dalam badan, maka kita juga secara tidak langsung membantu meningkatkan proses penghasilan susu ibu!

    Baca juga: Tips banyakkan susu ibu


3. TENAGA SEGERA

Memberi tenaga tambahan segera
  • Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26:


    Maksudnya: Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.

    Berdasarkan firman Allah di dalam surah Maryam ini, Allah SWT memerintahkan Sayidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan  tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., disebabkan beliau kehilangan tenaga dan darah yang banyak. Ini kerana kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya.

    Oleh sebab itu, dengan memakan kurma ia membantu memudahkan wanita bersalin untuk melahirkan dan memberi tenaga tambahan kepada mereka.
Bertenaga ketika berbuka
  • Sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kurma telah menjadi amalan ketika berbuka puasa. Bahkan berbuka puasa dengan kurma juga kamu beroleh pahala sunah.Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. kandungan gula yang ada pada kurma adalah 50 hingga 57 peratus glukosa. kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk. Penghidap kencing manis juga boleh mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa.


4. KECERDASAN DAN MENGUATKAN MEMORI

Kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran


KHASIAT BUAH KURMA
  • Menurut pakar, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses tumbesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat
Menguatkan daya ingatan


KHASIAT BUAH KURMA
  • Kebiasaannya makanan yang sering dijadikan amalan untuk meningkatkan daya ingatan adalah kismis. Tetapi, tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi khasiat yang cukup untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah, kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan memori.

    Baca juga: Suplemen untuk si Manja


5. KEPERIBADIAN

Membentuk sifat penyabar, bersopan santun dan cerdas pemikiran
  • Maksud hadis Rasulullah SAW:

    “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”


6. KEBERKATAN

Mengambil keberkatan sewaktu kelahiran
  • Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:


    Maksudnya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW lalu Baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnnya dengan buah kurma.”

 Makanan yang paling sempurna
  • Maksud Sabda Rasulullah SAW:

    “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.” 

Jadi, jom lengkapkan dapur kita dengan buah kurma. Ia bukan sahaja sedap dimakan tetapi ia juga makanan yang sesuai untuk seisi keluarga dan dapat mengekalkan kesihatan secara menyeluruh!

Semoga bermanfaat, terima kasih.



Klik Gambar Untuk Order Shaklee


Continue Reading

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL



DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Tahniah kerana anda telah hamil. Tahukah anda, setiap ibu hamil memerlukan pemakanan seimbang bagi memastikan kandungannya mendapat cukup zat. Beberapa jenis zat terpenting yang diperlukan oleh ibu hamil iaitu:

1. Asid Folik

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Asid folik merupakan makanan penting untuk otak. Asid folik sangat diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia dapat menguatkan imuniti dengan membantu fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai ko-enzim dalam sintesis DNA dan RNA, ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Zat ini boleh membantu dalam tekanan dan kegelisahan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrio dan janin yang sangat penting untuk tumbesaran yang normal.

Asid folik amat berkesan apabila digabungkan dengan B12 dan Vitamin C. Pengambilan sebanyak 600mg sehari oleh ibu hamil adalah amat digalakkan.

Sumber makanan: Barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.

2. Asid Lemak Omega 3

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Omega 3 adalah sejenis asid lemak tidak tepu. Ia terdapat dalam pelbagai jenis ikan, bijirin dan tumbuh-tumbuhan. Omega 3 dipanggil ‘asid lemak perlu’ kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diperoleh daripada makanan harian

Omega 3 penting bagi perkembangan saraf otak bayi. Omega 3 dan DHA amat diperlukan dalam pembentukan sistem saraf pusat janin. Kajian menunjukkan bahawa gangliosida mempengaruhi struktur otak terutama sekali bagi fungsi belajar dan mengingat

Sumber makanan: Ikan, minyak ikan, bijirin dan telur Omega 3 serta susu yang diperkaya dengan Omega 3

3. Protein

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Ketika hamil, badan bekerja keras untuk membantu sel-sel otak bayi. Maka tubuh memerlukan protein tambahan. Bakal-bakal ibu memerlukan lebih banyak protein sewaktu hamil berbanding waktu lain. Hal ini penting untuk pertumbuhan jaringan pada janin

Ibu hamil memerlukan sekitar 75g protein iaitu lebih 25g berbanding biasa.

Sumber makanan:  Sumber protein dari haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur dan produk tenusu. Sumber protein selain haiwan adalah kekacang, kacang soya, biji-bijian dan sayuran hijau.

4. Zat Besi

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Zat besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen dari paru-paru ke tisu. Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Ia digunakan dalam pembentukan hemoglobin dan berperanan dalam fungsi normal imuniti.

Sepanjang kehamilan, penggunaan zat besi akan bertambah dua kali ganda bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi. Jika keperluannya tidak dapat dipenuhi, ibu akan cepat penat dan mudah mendapat jangkitan penyakit. Risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan dan kekurangan berat juga boleh berlaku. Keperluan zat besi bagi ibu hamil ialah sekitar 27mg sehari.

Sumber makanan: Hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak, ayam, itik dan ikan. Kekacang dan sayur yang dikeringkan adalah sumber zat besi yang baik daripada tumbuhan. Pil vitamin yang mengandungi zat besi atau sarapan yang diperkaya dengan zat besi turut membantu.


5. Kalsium

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Kalsium ialah mineral terbanyak yang terdapat di dalam badan kita iaitu lebih daripda 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan pengekalan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Kalsium juga digunakan untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis.

Sewaktu hamil, janin akan mengambil sekitar 25 mg – 30mg sehari daripada ibunya. Pengambilan tertinggi kalsium ialah pada trimester ketiga kehamilan. Jika bekalan kalsium tidak mencukupi, janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibu. Sebab itu, ibu perlu memastikan pengambilan sumber kalsiumnya mencukupi bagi menampung keperluannya sekitar 1000mg.

Sumber makanan: Produk tenusu seperti yogurt, keju, sayuran hijau dan bijirin seperti soya.


6. Iodin

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Keperluan ini berlanjutan sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia dua hingga tiga tahun.

Wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon. Hormon inilah yang menghasilkan hormon tiroid. Hormon inilah yang menyokong pertumbuhan kanak-kanak pada tahap yang normal. Selain itu, hormon tiroid membantu mengekalkan tahap metabolisma badan

Kekurangan iodin boleh menyebabkan paras tiroksin rendah yang akan merencatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak. Jadi, adalah penting untuk memastikan bayi dalam kandungan mendapat iodin secukupnya. Lazimnya, iodin tidak disimpan dalam tubuh dan perlu diambil setiap hari.

Bagi wanita hamil yang vegetarian, pengambilan susu yang secukupnya adalah penting bagi memastikan kuantiti iodin yang mereka perolehi dapat menampung keperluan harian.

Sumber makanan: Makanan laut, susu dan produk tenusu.


Nota:

Iodin merupakan nutrien penting untuk merangsang proses tumbesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Bagaimanapun kuantiti yang diperlukan sangat sedikit iaitu sebanyak 150 mikrogram (ยตg) setiap hari bagi orang dewasa. Majlis Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Negara dan Kementerian Kesihatan New Zealand menyarankan wanita hamil mengambil sebanyak 220 ยตg iodin setiap hari.

Kekurangan iodin dalam kalangan wanita hamil boleh mengakibatkan:
  • Gangguan pada perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Keguguran
  • Kematian bayi dalam kandungan
  • Mati sewaktu dilahirkan
  • Kelahiran anak yang kekurangan iodin

7. Vitamin C

DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Vitamin C diperlukan ketika hamil kerana ia dapat meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan kerosakan tisu, menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik, melawan penyakit berjangkit, serta menguatkan dan mempercepatkan pertumbuhan tulang.

Vitamin C juga membantu dalam penyerapan zat besi dengan lebih optimum. Jadi, bagi wanita hamil yang mempunyai tahap hemoglobin yang rendah, pengambilan zat besi bersama vitamin C dapat meningkatkan tahap hemoglobin dengan lebih cepat. Dengan itu, masalah kekurangan sel-sel darah merah (anemia) dikalangan ibu hamil dapat diatasi

Selain itu, vitamin C juga diperlukan oleh bayi dalam kandungan, kerana ia dapat membantu menguatkan pembentukan tulang, tulang rawan (cartilage), tendon, melindungi dan menjaga kesihatan sel, membentuk kolagen di dalam tulang, otot dan kulit bayi.

Vitamin C bertindak sebagai antioksida yang terbaik. Ia bertindak melindungi sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas yang berbahaya dan menghalang proses pengoksidaan bahaya dalam tubuh.

Ramai saintis mencadangkan pengambilan vitamin C ketika hamil dapat mengelakkan komplikasi ketika hamil, walaupun belum banyak kajian yang dilakukan terhadap teori ini.

Pengambilan vitamin C yang dicadangkan oleh American Pregnancy Association adalah 200-500mg sehari. Pengambilan vitamin C lebih dari dos ini tidak mendatangkan kemudaratan kerana ia larut dalam air. Tetapi pengambilan vitamin C yang melebihi 2000mg mungkin akan menjejaskan kehamilan dan mendatangkan kemudaratan. 

Sumber makanan: Vitamin C banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayuran seperti jambu batu, buah longan, buah kiwi, buah strawberi, buah epal, tomato dan lobak merah

Buat ibu hamil sekalian, sepanjang proses kehamilan, tubuh memang memerlukan nutrisi yang seimbang untuk menyokong perkembangan bayi dalam kandungan dan menjaga kesihatan tubuh ibu hamil. Namun begitu, sebaik-baiknya dapatkan nasihat dan cadangan dengan doctor yang faham tentang kepentingan pemakanan dan vitamin untuk ibu hamil terlebih dahulu. Ini membantu kita mendapatkan manfaat dan mengelakan kemudaratan  dari ubat atau vitamin yang kita ambil.


Baca juga: Nutrisi Lengkap untuk Ibu hamil


Semoga bermanfaat.


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)


---------------------------------------------------------------


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761


Continue Reading

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN




Matlamat setiap pasangan yang berkahwin adalah memiliki cahaya mata. Setelah si isteri di sahkan hamil, maka hampir tercapailah impian dan matlamat setiap pasangan itu. Bermula detik  ingin ambil tahu tentang perkembangan bayi dalam kandungan yang bakal di lahirkan nanti.

Apabila si isteri telah disahkan hamil, secara automatik dia akan bergelar sebagai seorang ibu. Setiap ibu hamil akan menjalani tiga fasa kehamilan. Setiap fasa adalah berbeza. Nutrisi yang cukup dan seimbang sangat diperlukan oleh ibu hamil untuk dirinya dan bayi dalam kandungannya. Jadi apakah nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil sepanjang proses kehamilan ini?


Trimester Pertama



Setiap ibu hamil pasti akan menghadapi trimester pertama. Namun perjalanan kehamilan yang dilaluinya adalah berbeza. Ada yang mengalami alahan dan tidak mengalaminya. Trimester pertama adalah dari kehamilan sebulan hingga bulan ke-3. Berikut merupakan perkembangan bayi dalam kandungan dari bulan pertama hingga bulan ketiga


 Bulan Pertama (1)

  • Jantung bayi sudah mula terbentuk.
  • Bayi juga mula untuk membentuk tiub neural. Tiub neural inilah yang akan membentuk tulang belakang dan otak bayi. 

Jadi, nutrisi utama yang diperlukan untuk bulan pertama kehamilan adalah ASID FOLIK. Asid Folik berfungsi untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural. Jika kekurangan Asid Folik, risiko bayi untuk mengalami kecacatan tiub neural adalah tinggi kerana tiub neural tidak ditutup sepenuhnya. Selalunya kecacatan ini boleh terjadi pada hari ke 15 hingga hari ke 28 selepas proses persenyawaan berlaku. Oleh itu, sekiranya anda merancang untuk berkahwin atau hamil, anda perlu amalkan pengambilan Asid Folik dan B Complex walaupun anda masih belum disahkan hamil.


 Bulan Kedua (2)

  • Beratus-ratus sel otak bayi mula dibentuk. Sel-sel otak ini dibentuk setiap minit oleh bayi.
  • Tulang rangka bayi juga mula terbentuk. Tetapi tulang bayi pada waktu ini adalah sangat lembut.


Jadi, nutrisi yang diperlukan adalah PROTEIN untuk menyokong perkembangan bayi yang pesat membesar.

Selain itu, LEMAK SIHAT juga diperlukan. Lemak sihat adalah untuk asas kepada tisu baru. Pada bulan ini banyak sel otak telah terbentuk jadi untuk membina sel yang baru ia memerlukan lemak yang sihat. Lemak sihat ini berfungsi sebagai sel memori iaitu lapisan yang luar .

KALSIUM juga diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang rangka bayi. Kalsium membantu bayi membina tulang yang lebih sihat. Serta membantu ibu hamil daripada masalah kekurangan kalsium ketika hamil.


 Bulan Ketiga (3)

  • Sebahagian besar organ dan sistem bayi sudah terbentuk, termasuk mata.

Jadi, nutrisi yang diperlukan adalah ASID LEMAK OMEGA 3. Asid lemak omega 3 ini diperlukan untuk membantu perkembangan mata dan otak bayi.

Dalam bulan ketiga ini, sesetengah ibu hamil akan mula mengalami masalah seperti alahan, “mornig sickness” dan mabuk hamil. Dan untuk mengatasi masalah ini, VITAMIN B6 sangat diperlukan untuk melegakan mabuk hamil.

Selain itu, waktu ini ada ibu hamil yang akan mengalami masalah sembelit. Jadi untuk membantu melegakan masalah sembelit, KALSIUM dan MAGNESIUM sangat diperlukan oleh ibu hamil.


Trimester kedua



Setiap ibu hamil pasti ingin melalui trimester kedua kerana impian mereka untuk bergelar ibu semakin hampir. Ada yang gembira kerana telah berjaya melalui trimester pertama kerana selalunya dalam trimester pertama ramai ibu hamil mengalami masalah “morning sickness” dah berakhir setelah memasuki trimester kedua. Tetapi ada juga yang berlanjutan hingga ke trimester kedua. Trimester kedua adalah dari bulan keempat hingga bulan keenam hamil.


 Bulan keempat (4)

Ini adalah peringkat dimana pertumbuhan bayi berlaku dengan cepat.
  • Sistem otot dan tulang rangka akan terus berkembang. Pada bulan ini juga, ibu hamil memerlukan kalori yang sangat banyak iaitu tambahan sebanyak 200 ke 280 kalori berbanding ketika di trimester pertama iaitu hanya 80 kalori sahaja.
Jadi, PROTEIN adalah nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil untuk memastikan bekalan kalori tambahan yang diperlukan mencukupi. Sekiranya ibu hamil memilih kalori tambahan daripada sumber kaborhidrat, risiko yang bakal ibu hamil hadapi selepas bersalin adalah susah untuk kurus kerana sukar untuk menurunkan berat dan menghilangkan lemak dibadan. Ini kerana pengambilan kaborhidrat yang berlebihan akan menyebabkan pengumpulan lemak berlaku. Oleh itu pilihan terbaik untuk penambahan kalori adalah dengan mengambil sumber protein kerana protein juga turut diperlukan oleh bayi.

Nutrisi lain yang diperlukan oleh ibu hamil adalah ZAT BESI (IRON). Zat Besi sangat penting untuk ibu hamil kerana ia membantu untuk membina hemoglobin (hgb). Hemoglobin yang cukup akan mengelakkan ibu hamil dari terkena masalah anemia. Selain tu, hemoglobin juga berfungsi untuk membekalkan oksigen kepada bayi dalam kandungan anda. Sekiranya hemoglobin ibu hamil tidak mencukupi maka ia akan menyebabkan bayi tidak dapat oksigen dengan cukup. Selalunya, bermula pada bulan empat kehamilan, isipadu darah ibu hamil akan bertambah 2 kali ganda dari biasa. Dan disebabkan itu juga pengambilan zat besi adalah sangat-sangat penting.

 Cuba anda bayangkan apakah yang bakal terjadi sekiranya bayi dalam kandungan anda tidak   mendapat bekalan oksigen yang mencukupi? 

 Bulan Kelima (5)

  • Tulang rawan bayi secara perlahan-lahan akan membentuk kepada tulang. Yang mana pada masa ini tulang bayi juga akan menjadi semakin keras dan kuat. 
Oleh itu, KALSIUM merupakan nutrisi yang sangat diperlukan ketika ini. Kalsium membantu dalam perkembangan tulang yang sihat dan kuat.

Selain itu, pengambilan VITAMIN C juga sangat diperlukan kerana ia membantu penyerapan zat besi, membantu menguatkan sistem imun dan tisu-tisu penghubung terutamanya dibahagian sendi.


 Bulan Keenam (6)

  • Otak dan paru-paru bayi anda mula berkembang dengan pesat pada bulan ini. Berat badan bayi juga akan terus bertambah sehingga waktu lahir.

Pada bulan ini, OMEGA 3 sangat diperlukan oleh ibu hamil untuk menyokong perkembangan otak bayi. 

Selain itu, PROTEIN jugadiperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.



Trimester 3



Merupakan trimester terakhir bagi setiap ibu hamil. Dipanggil sebagai trimester 3 apabila kandungan telah mencecah 7 bulan hingga 10bulan. Disaat inilah setiap pasangan perlu bersedia untuk menyambut kelahiran cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ini. Dan si ibu juga perlu bersedia untuk proses kelahiran. Ada yang bersalin setelah cukup tempoh 9 bulan 10 hari, tetapi ada juga yang bersalin tidak cukup bulan dan ada juga yang bersalin selepas 40 minggu. Pada trimester ini, keperluan kalori tambahan yang diperlukan oleh ibu hamil adalah sangat banyak. Nutrisi paling penting pada trimester ini adalah KALSIUM dan OMEGA 3.


 Bulan ketujuh (7)

Pada bulan ini hingga waktu kelahiran, otak bayi berkembang dengan pesat setiap hari.
  • Berat otak bayi berkembang sebanyak 400 – 500% sehingga waktu kelahiran.
  • Selain itu, bayi juga akan menyerap lemak sebanyak yang boleh. Pada waktu ini, kedutan di kulit bayi semakin berkurangan dan kulit bayi menjadi semakin lembut kerana penyerapan lemak yang sihat.

Oleh itu, LEMAK SIHAT sangat diperlukan untuk menyokong perkembangan otak dan kesihatan kulit bayi.

VITAMIN C juga diperlukan untuk menyokong kesihatan kulit iaitu untuk menyokongkan pertumbuhan kolagen.


 Bulan Kelapan (8)

  • Pada bulan ini otak bayi semakin berkedut kerana banyak proses sambungan sistem saraf dalam otak berlaku. Sekiranya DHA dan EPA mencukupi, sambungan sistem otak akan berlaku dengan bagus dan baik. Kesannya akan kelihatan ketika kanak-kanak lagi, iaitu jika kanak-kanak peroleh omega 3, DHA dan EPA yang cukup, mereka akan kelihatan bijak dan pandai.
  • Pada bulan ini juga, bayi juga memerlukan bekalan kalisum yang cukup untuk menguatkan dan mengeraskan tulang. Oleh itu, bayi akan menyerap kalsium dari ibu sebanyak mungkin pada trimester ini sehingga waktu kelahiran. Disebabkan itu, pada trimester ketiga ini, ibu hamil kerap mengalami masalah kekejangan kaki kerana kekurangan kalsium.
Nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil adalah ASID LEMAK OMEGA 3 untuk membantu perkembangan otak bayi.

Selain itu, nutrisi seperti sumber KALSIUM dan PROTEIN diperlukan untuk membantu perkembangan tulang bayi kuat dan sihat serta untuk elakkan masalah kekurangan kalsium dikalangan ibu hamil.


 Bulan Kesembilan (9) 
  • Pengerasan tulang rangka bayi berterusan, dan bayi anda akan melalui banyak perkembangan otak.

PROTEIN diperlukan untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan serta kesihatan imun.

Selain itu, nutrisi seperti OMEGA 3 dan VITAMIN B diperlukan untuk menyokong perkembangan otak serta sistem saraf otak.

 Bulan Kesepuluh (10) 

Ada sesetengah bayi sudah lahir sebelum masuk bulan kesepuluh. Namun ada juga yang masih teruskan perkembangan didalam Rahim ibunya. 
  • Pada bulan ini juga, otak bayi membina beribu-ribu sambungan saraf.

Oleh itu, PROTEIN amat diperlukan untuk meyokong pertumbuhan dan perkembangan agar bayi akan  dilahirkan dengan berat yang cukup.

Selain itu, nutrisi seperti OMEGA 3 dan VITAMIN B diperlukan untuk menyokong perkembangan otak serta sistem saraf otak.

Sepanjang kehamilan, ibu hamil perlu pastikan pengambilan kalori adalah mencukupi dan tidak berlebihan. Jika pengambilan kalori bagi ibu hamil berlebihan, risiko untuk terkena masalah diabetes dikalangan ibu hamil adalah tinggi. Serta ibu hamil juga terdedah kepada pelbagai risiko yang membahayakan. Oleh itu, amat penting untuk menjaga pengambilan kalori semasa hamil. 


Jadi, apakah nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil sepanjang kehamilan?

Protein – untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi agar bayi dilahirkan dengan berat yang cukup
Kalsium – Untuk menyokong kesihatan tulang bayi agar bayi akan lahir dengan tulang yang sihat dan kuat. Serta membantu bayi memilik kognitif tisu yang kuat. 
Lemak sihat – untuk menyokong perkembangan mata, otak dan kulit. Contoh lemak sihat adalah Omega-3, Omega 6 dan Lecithin. Tetapi, untuk sepanjang kehamilan, ibu hamil hanya boleh ambil lemak sihat omega 3, untuk lecithin boleh diamalkan sebelum hamil kerana lecithin juga menyediakan lemak sihat yang sangat bagus untuk pembinaan sel baru.
Zat Besi – Untuk mengingkatkan penghasilan hemoglobin supaya bacaan hemoglobin cukup dan dapat menghasilkan oksigen yang cukup kepada bayi
Vitamin C – Untuk menyokong penyerapan zat besi, meningkatkan penghasilan kolagen supaya kulit dan gusi bayi sihat serta supaya bayi akan mendapat kognitif tisu-tisu penghubung sihat
Vitamin B – untuk menjaga kesihatan sistem saraf dan perkembangan sistem otak. Selain itu, Vitamin B7 iaitu biotin juga diperlukan untuk membantu pertumbuhan rambut bayi.

Persoalannya? Adakah Shaklee ada menyediakan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil?

Jawapannya adalah YA. Shaklee ada menyediakan makanan tambahan yang lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil. Sila klik gambar untuk dapatkan info setiap makanan tambahan.



Nutrisi untuk ibu hamil

Semoga setiap info yang diberikan memberi manfaat buat anda, dan bayi dalam kandungan anda. Terima kasih.

* Sila rujuk kepada doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen semasa hamil 
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen
.


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)

---------------------------------------------------------------


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading