Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Jom Mulakan Perniagaan Dengan PG Mall. Laku Habis!

Jom Mulakan Perniagaan dengan PG Mall. Laku Habis! | Bulan Syawal akan menjelma tidak lama lagi, banyak keperluan yang perlu dicari. Namun kini rakyat Malaysia perlu mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk menyekat penularan wabak COVID-19 yang melanda di negara ini.

Penguatkuasaan PKP ini telah menyebabkan pembelian dalam talian kini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk membeli belah. Jadi, inilah masanya anda sebagai peniaga mengambil peluang untuk memulakan bisnes dan menjual produk perniagaan anda di platform e-dagang seperti PG Mall

Jom Mulakan Perniagaan Dengan PG Mall. Laku Habis!

Pernah dengar tentang platform perniagaan PG Mall tak? Sebenarnya PG Mall merupakan platform membeli-belah tempatan secara dalam talian nombor satu di Malaysia (online shopping). Kalau nak tahu, Platform PG Mall ini telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi. 

Untuk makluman semua, pelanggan PG Mall kini telah mencecah lebih 1,000,000 orang dan sudah pasti jumlah ini akan terus meningkat bukan sahaja di Malaysia bahkan hingga ke seluruh Asia Tenggara (SEA). Hebatkan? 

Kelebihan PG Mall Yang Perlu Anda Tahu

Menariknya PG Mall ini adalah PG Mall merupakan satu-satunya platform e-dagang (e-commerce) yang mempunyai semua rakan e-dompet seperti Maybank QRPay, TouchnGo e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay dan lain-lain lagi. Bestkan? Jadi, dengan kelebihan yang terdapat di PG Mall ini telah memberi dorongan kepada para peniaga untuk menarik lebih banyak pelanggan membuat pembelian di PG Mall kerana telah memudahkan pelanggan melakukan proses pembayaran.

Selain tu, PG Mall juga mempunyai kumpulan pelanggan yang menyokong kuat dan mempromosikan para peniaga PG Mall ke semua rangkaian dan media sosial berdasarkan pengalaman mereka melakukan shopping online di PG Mall

Untuk pengetahuan semua, PG Mall memiliki Kumpulan Pengurusan Sistem Maklumat (MIS Team) dalaman yang kuat. MIS Team ini bertugas untuk membolehkan para peniaga melalukan pelbagai kempen dan integrasi kedai yang kreatif 

Jom Mulakan Perniagaan Dengan PG Mall. Laku Habis!

Pada tahun ini, PG Mall menyasarkan sekurang-kurangnya 10 ribu peniaga menyertai dan mengiklankan produk perniagaan mereka di platform perniagaan PG Mall. 

Ha, jadi inilah peluang keemasan buat para peniaga yang ingin memulakan bisnes dan mengembangkan bisnes sekaligus mempromosikan produk perniagaan anda. Lagipun, TIADA KOS PENDAFTARAN dikenakan untuk menjadi peniaga di PG Mall.

Selain itu, para peniaga turut disokong dengan kempen kreatif oleh rakan e-dompet dan pihak bank yang berlainan pada setiap bulan bagi meningkatkan trafik penjualan setiap kedai. 

Jom Mulakan Perniagaan Dengan PG Mall. Laku Habis!

PG Mall juga bersepadu dibawah SelluSeller, EasyStore, iStoreiSend, URStore, TresGo, Etailer Gateway, dan Red Dino. Sekiranya para peniaga hendak menggunakan perkhidmatan yang disediakan, PG Mall sangat mengalu-alukannya. Ini kerana PG Mall sudah bekerjasama dengan mereka.

PG Mall juga bekerjasama dengan semua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada. Jadi ini akan memudahkan proses penghantaran para peniaga di PG Mall

Kepada semua peniaga, anda di alu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan platform perniagaan PG Mall. Lagi cepat anda sertai, lagi cepatlah anda memulakn bisnes dan lagi cepatlah produk anda terjual. Bestkan. Pasti produk anda laku habis!

PG Mall juga berbesar hati menyambut masyarakat terutamanya kepada peniaga baru yang hendak memulakan perniagaan dan peniaga yang ingin berniaga secara "online". Penyertaan ini adalah salah satu usaha untuk mengubah dunia e-dagangan, dan juga bagi menggalakkan para pelanggan untuk membeli-belah secara atas talian di Malaysia. Semoga tersedianya platform yang hebat seperti PG Mall ini, akan merancakkan lagi perniagaan anda. 

Buat anda yang belum sertai dan ingin menjadi salah seorang peniaga atau penjual di PG Mall, klik link ini 👉 seller.pgmall.my sekarang juga. Oh ya, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Bertindak segera untuk meningkatkan hasil jualan anda dan mulakan perniagaan anda dengan PG Mall. Pasti laku habis! 

Dapatkan pelbagai info berkaitan PG Mall di sini 👇
Website: www.pgmall.my
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: PGMALL.my

Continue Reading

Markah Penuh Untuk Filem Animasi Ejen Ali The Movie 2019

Hai, Atul sebenarnya baru balik dari kenduri. 3 buah rumah sekali tau. Alhamdulillah gantung kuali lagi hari ini. Okaylah, kali ini cadangnya Atul nak pokpek pokpek kejap. hehe 😄 

Kenapa Atul bagi markah penuh untuk Filem Animasi Ejen Ali The Movie ni ya? Ha, kalau nak tahu, kena la baca sampai habis hehe

Markah Penuh Untuk Filem Animasi Ejen Ali The Movie 2019

Ceritanya pada hari Sabtu semalam, Atul, suami dan anak-anak pergi ke majlis kenduri berkhatan dan majlis kenduri kahwin. Almaklumlah, sekarangkan cuti sekolah. Hujung tahun pula tu, memang dah jadi musim kenduri kalau waktu begini.

Rumah 1st - Majlis Berkhatan
Majlis kedua - Kenduri Kahwin
Uniknya sebab tuan rumah ni tak buat kat rumah atau dewan.
Jadi, kenduri yang kami pergi ni menghala ke Alor Setar. Selesai hadiri kenduri pun awal. Jadi, suami Atul pun ajakla pergi jalan-jalan sebelum balik. On the way dalam kereta tu, suami tanya "selain cinema di Aman Central kat mana ada lagi?" Ha tau dah. Mesti nak bawa anak-anak tengok Ejen Ali ni. Atul pun carilah dalam Google dan dalam masa yang sama, dengan yakinnya Atul menjawab "yang dekat UTC Kedah tu, dulukan kita selalu pergi sana". 

Jadi, kami pun pergilah ke sana. Dulu sebelum ada UTC, tempat tu femes la juga. Ada shopping mall. Tapi atul lupa namanya. Tapi sekarang tempat tu dah berubah sikit dan yang paling Atul tak sangka, rupa-rupanya dah banyak tahun cinema dekat situ tutup. Hahaha adoi! Tepuk dahi dibuatnya. Nampak sangat dah lama tak ke situ.

Cuma rezeki anak-anaklah, dapat buku. Itupun sebab Atul masuk kedai buku Pustaka Union tu dan terjumpa buku-buku yang menarik, so mintalah ayah dorang belikan buku. Sebab dulu pun kalau pergi situ, Atul memang suka cuci mata kat kedai buku, habit sampai sekarang. hehe

Oren & Pink untuk Kakak, Biru untuk Adik
Lepas tu, kami pun keluarlah dari situ dan cari cinema lain. Ada 1 cinema ni tarik perhatian Atul. Namanya Paragon Cinemas di Alor Setar Mall. Review pun bagus. So, kesitulah kami dengan menggunakan Google Maps hehehe. Rupa-rupanya dekat je dan kami pernah pergi dulu. Selain Alor Setar Mall, ia femes dengan nama Pacific.

Walaupun kami sampai memang sebelum filem Ejen Ali The Movie tu start tapi tiket dah nak habis. Jam 3.50 petang tinggal seat depan je. Jam 4.35pm penuh. Yang ada 6.40 pm dan malam. Hadoi, berjanggut nak tunggu ni.

Tiket wayang, harga pun okay
Tapi tak apala, tengok anak-anak pun seronok sebab dorang dah tahu ayahnya nak bawa dorang tengok Ejen Ali The Movie. Tapi sepanjang waktu menunggu asyik bertanya je "Bila nak tengok ni bu?" "Bila nak tengok ni bu?" Haha.

Waktu menunggu. Bosan duk luar, duk dalam kereta layan Youtube
Sebelum sampai waktunya, kami makan Loaded Potato Bowl dengan Original Go Bowl. Itupun tapau makan kat atas sementara nak tunggu waktu masuk. Tak sempat nak amik gambar waktu makan, so gambar dari google je la hehe


Bila tiba waktu tayangan, wow! Full seat wey! Penuh! Sepanjang movie tu ditayang budak-budak pun behave je termasuklah anak-anak Atul. Cuma si Adik la, kejap ke ibu, kejap ke ayah, itu pun waktu nak habis cerita but dia tak menangis, tak menjerit. Alhamdulillah.

Tapi movie Ejen Ali The Movie ni, bagi Atul sangat best! Kalau ada markah, Atul bagi markah penuh 10/10! Kalau ada bintang Atul bagi bintang penuh 5/5. Tinggikan rating Atul bagi. Ini apa yang Atul rasalah. Dari pandangan mata Atul yang menonton. Dari mata korang taktahu la kan.


Bagi Atul, filem ni ada part yang berkait dengan kehidupan kita. Ada orang ternama, ada orang biasa-biasa. Ada orang susah, ada orang hebat. Ada sahabat ketika susah dan senang. Ada semangat positif. Ada semangat kerjasama, ada juga pentingkan diri dan Ada yang ambil kesempatan.

Dalam dunia realiti sebenar pun, memang ada je orang ambil kesempatan atas kebaikan seseorang tapi tak ramai. Ada yang betul-betul baik. Tapi itulah, kadang-kadang sebab terpaksa. Hurmm.

Dalam filem ni juga elemen kehidupan yang memainkan emosi seperti sedih. lawak, aksi, teruja dan tertanya-tanya.

Sedih ~ Macam waktu Ejen Ali rindukan mama dia. Waktu dia nak berpisah dengan mamanya. Sangat menyentuh perasaan. Yelah, Atul pun seorang anak dan seorang ibu juga.

Lawak ~ Waktu di kedai Mamak Maju. Hahaha

Teruja & tertanya-tanya ~ Perasaan ingin tahu apa akan jadi pada Ali, adakah dia terus bersama MATA atau tidak. Siapa Niki? Apa terjadi pada mama Ali yang sebenarnya? Apa jadi kalau Overide? dan part paling last tu betul ke IRIS dan Ali dipisahkan?

Aksi ~ Aksi-aksi dalam watak ni yang wow sangat!!

Ada watak baru juga. Ha, kalau nak tahu kena tengoklah. Atul taknak cerita lebih-lebih okay. Nanti tak best pula. hehe

Tapi watak Ejen Ali ni memang bagus. Memainkan watak seorang yang bertanggungjawab walaupun ada sedikit degil. Nama pun budak-budakkan. 

So, apa yang Atul boleh katakan, memang tak rugi tengok Ejen Ali The Movie ni. Ini merupakan Filem Animasi Terbaik 2019 yang diterbitkan oleh Primeworks Studios bersama WAU Animation. Korang yang belum tengok, cepat-cepatlah tengok ya!

Oh ya, habis je tengok wayang, kami pun pulang. And sepanjang jalan balik, anak-anak Atul tidur mungkin sebab keletihan. Sampai rumah pun dorang tetap lena. Hehe

www.youtube.com/ejenali
www.facebook.com/ejenali
www.instagram.com/ejen_ali
www.twitter.com/ejen_ali

Okay bye!


Continue Reading

ULASAN BUKU BERTAJUK LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION: MAGNET KEBAHAGIAAN


Anda gemar membaca buku? Apakah jenis bacaan yang anda baca? Di pasaran kini bermacam-macam jenis bahan bacaan yang boleh kita baca antaranya seperti motivasi, perniagaan, novel, fiksyen, seram, dan keagamaan.

Hari ini Atul ingin kongsikan sedikit ulasan buku yang Atul rasa anda WAJIB baca. Terutama sekali bagi anda yang ingin Berjaya, ingin mencapai impian dan cita-cita, ingin mengecapi kebahagian, anda yang buntu mencari jawapan kenapa anda tidak Berjaya, kenapa anda sukar nak bahagia, serta untuk anda yang sentiasa inginkan motivasi dan semangat dalam kehidupan. Malah buku ini sangat sesuai buat sesiapa sahaja.

ULASAN BUKU BERTAJUK LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION: MAGNET KEBAHAGIAAN


Buku Motivasi ini ditulis oleh Zuhairi Nopiah dan Amin Idris. Diterbitkan pada tahun 2012 oleh PTS Profesional Sdn. Bhd.. Buku ini mengisahkan tentang hukum tarikan universal yang berkuasa menarik kebahagiaan dan kejayaan datang kepada kita.

Setiap insan mempunyai impian mahu berjaya dan bahagia. Namun, bukan semua yang mencapai kejayaan dan kebahagian.

Kejayaan dan kebahagiaan seseorang bergantung pada cara kita berfikir, berperasaan, dan bertindak. Tindakan yang positif membawa kesan positif. Sebaliknya pemikiran, perasaan, dan tindakan yang negatif membawa kegagalan bagi mengejar impian dalam kehidupan.

Minda manusia sentiasa membebaskan gelombang. Gelombang positif akan menarik perkara positif dating kepada kita. Semakin tinggi focus yang minda berikan, semakin kuat tarikan yang berlaku. Law of Universal Attraction merangsang minda supaya membebaskan gelombang positif dan menarik lebih banyak kejayaan dalam hidup kita.

Betulkan cara kita berfikir, nescaya perasaan kita juga turut menjadi positif. Apabila kita sentiasa memilih mahu berfikiran dan berperasaan positif. InsyaAllah tindakan kita turut menjadi positif. Semua ini membawa kita kepada kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Pernahkah harapan kita tidak menjadi kenyataan?
Lain yang dimohon, lain yang diterima?
Lain yang diharap, lain yang berlaku?
Apa yang cuba dielakkan, itu yang bertandang?
Apa yang dibenci, itu pula yang sering datang?
Dimana silapnya? Bagaimana mahu memperbaikinya?

Jawapannya akan diperoleh dalam buku ini, InsyaAllah.

Untuk makluman anda, dalam buku ini ada 4 bahagian yang disertai dengan 23 bab. Buku Law of Universal Attraction akan membongkar rahsia:

Bahagian 1: Mengenali Law of Universal Attraction (LUA)
Bahagian 2: LUA Mengukuhkan Konsep Ketuhanan
Bahagian 3: Keajaiban Zikir dan Doa
Bahagian 4: Menguasai Minda Segar

dan ada tambahan 1 bahagian bonus iaitu Magnet Kebahagian.

Oleh itu, kepada anda yang ingin tahu rahsia untuk berjaya dan berbahagia dalam kehidupan, buku ini memang sangat sesuai buat anda.

TERIMA KASIH



Continue Reading