Showing posts with label Review Chalet. Show all posts
Showing posts with label Review Chalet. Show all posts

Penginapan Di Cameron Highland Mesra OKU dan Warga Emas

Penginapan Di Cameron Highland Mesra OKU dan Warga Emas | Seronok rasanya kalau pergi bercuti dapat bawa keluarga sekali, terutamanya adik beradik, Ibu dan Ayah. Luangkan masa berkumpul bersama-sama, mencipta memori manis bersama-sama. Tambahan pula bila dapat bercuti di Cameron Higland. Suasana yang sejuk, pemandangan menghijau lagi mendamaikan jiwa.

Tetapi, kadang-kadang ibu dan ayah tidak mahu ikut anak-anak bercuti, terutama sekali apabila mereka telah berusia dan kategori warga emas. Kalau boleh mereka tidak mahu menyusahkan anak-anak disebabkan beberapa faktor seperti taraf kesihatan yang tidak menentu, sukar bergerak akibat sakit sendi lutut, menggunakan kerusi roda dan lain-lain lagi.

Namun, itu bukan alasan untuk tidak bawa mereka pergi bercuti ke Cameron Highland. Di Cameron Highland juga terdapat penginapan mesra OKU dan warga emas. Atul yakin, ibu dan ayah anda pasti akan gembira dan selesa ketika bercuti di Cameron Highland. Jika nak tahu dimana, teruskan pembacaan ya.

Cameron Highland: Penginapan Mesra OKU dan Warga Emas 

Nak cari penginapan mesra OKU dan warga emas? Korang patut stay di Darul Makmur Chalet yang dimiliki oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ini.

Penginapan Di Cameron Highland Mesra OKU dan Warga Emas
Darul Makmur Chalet
Terdapat 14 buah penginapan jenis bilik (bilik standard / bilik keluarga / bilik bersambung) dan 2 buah penginapan jenis homestays (Homestay Lily / Homestay Lavender) yang mudah di akses tanpa perlu naik tangga dan lengkap dengan kemudahan asas termasuk mesin basuh baju. Bagi penginapan jenis homestay tu boleh muat sampai 8 orang dewasa dengan selesa. Kemudahan wifi percuma turut disediakan. Kalau nak buat BBQ pun boleh sebab ada tempat memanggang disediakan.

Reviu Tetamu :
“Sarapan yang disediakan bersesuaian dengan keperluan pelbagai penginap. Saya suka mencadangkan penginapan ini kepada ahli keluarga dan teman-teman saya. Kawasan chalet yang mesra warga emas dan warga OKU amat saya sukai. Tidak perlu mendaki tangga bagai. Ia sangat menyenangkan.”


Alamat :
45, Kampung Taman Sedia,
Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang.

Harga :
Dari RM120 semalam

Continue Reading