Showing posts with label Review Makanan. Show all posts
Showing posts with label Review Makanan. Show all posts

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger | Hai korang, selepas beberapa hari negeri Perlis masuk ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), Atul sekeluarga bercadang untuk bersantai-santai di Sungai Bukit Jernih. Dalam banyak-banyak tempat menarik di Perlis ini, Sungai Bukit Jernih jadi pilihan kami sekeluarga kerana kawasan ini redup, bersih dan mendamaikan.

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Sungai Bukit Jernih merupakan salah satu taman rekreasi yang terdapat di Perlis. Sungai Bukit Jernih terletak di Kampung Bukit Jernih, Perlis. Kini kawasan ini telah dikenali sebagai Geo Tapak Taman Rekreasi Bukit Jernih.

Sebenarnya kawasan ini dekat je dengan rumah Atul dan sememangnya Atul sekeluarga selalu datang ke sini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Jadi bila kerajaan umumkan negeri Perlis masuk Fasa 3 PPN, kami terus bercadang untuk buat bakar-bakar dan makan tengahari di Sungai Bukit Jernih. Anak-anak lah paling seronok bila dapat tahu kami nak pergi makan-makan dekat sungai. Almaklumlah lama sangat tidak bersantai-santai sejak negara perlu laksanakan PKP.

Siapa tidak seronok bila dapat tahu hendak berkelah ditepi sungai kan? Atul pun suka inikan pula anak-anak. Setibanya waktu yang dirancang, kami pun pergilah ke Sungai Bukit Jernih. Pada waktu ini kami memilih untuk beli nasi putih di kedai dan membawa sedikit makanan seperti nugget ayam dan ayam yang telah diperap dengan rempah viral. Nugget akan digoreng ditepi sungai nanti, manakala ayam yang telah diperap tu akan dibakar di sana juga.

Kami membahagikan tugas supaya semuanya berjalan lancar dan boleh makan dengan cepat. Suami tugasnya hidupkan api untuk bakar ayam, dan Atul pula goreng nugget. Manakala anak-anak pula hanya perlu bermain sahaja. Syok depa kan? haha

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger
Atul sedang menggoreng nugget sambil diperhatikan anak-anak

Yang bestnya kali ini Atul perap ayam menggunakan rempah istimewa. Atul guna rempah perapan yang sedang viral di Tiktok dan Shopee sekarang ni. Suami Atul suka sangat ayam bakar hasil perapan rempah viral ni. Sehinggakan dia pergi camping dengan rakan sekerja dia pun dibawanya rempah viral ni. Katanya perap ikan pun best. Sedap rasa ikan bakar tu. Agak-agak rempah perapan apa yang viral tu ya?

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger
Ayam telah siap di perap

Rempah viral ni baunya wangi. Masa mula-mula buka penutup rempah ni, terus aroma rosemary menusuk hidung. Serius enak betul baunya, Atul suka. Bagi Atul rempah ini sangat istimewa kerana rempah ini juga sesuai untuk anda yang sedang diet nak kurus. Sebab itu rempah ini juga dikenali sebagai rempah diet. 
Memang boleh dipanggil rempah diet kerana tidak mengandungi gula tambahan dan 100% dari rempah ratus terpilih seperti Rosemary, Paprika dan serbuk cili.

Untuk makluman anda lagi, founder rempah diet ni telah kehilangan 20kg berat semasa melakukan diet, dan beliau menggunakan rempah diet ini dalam menu masakan sihatnya sepajang proses turunkan berat.

Bestkan, berat turun, badan sihat, menu pun sedap.  

Rempah viral yang Atul maksudkan adalah Paparoger Seasoning namanya. Turut juga dikenali dengan nama Rempah Diet Paparogerbyrink.

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Rempah diet ini sangat sesuai untuk perapan

  • Kambing
  • Ayam
  • Kentang
  • Seafood atau bahan-bahan basah yang sesuai

Jenis masakan yang korang boleh buat seperti

  • Bakar
  • Smoke
  • Grill
  • Goreng
  • Airfryer
  • Oven

Macam Atul haritu buat bakar dan smoke sekaligus. Kalau tak silap Atul lah, sebab yang buat tu suami Atul. Atul tolong perap dan goreng nugget je. Hehe.

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Okay, ini Atul kongsikan resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet paparoger. Serius sangat mudah resipi yang Atul kongsikan ni. Kalau korang selalu pergi camping pun boleh guna rempah diet Paparoger ni. Sebab ia mudah untuk dibawa dan senang juga untuk disimpan.

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Bahan-bahan untuk perapan

  • Ayam yang telah di potong dan dibasuh bersih. (Terpulang nak potong berapa. Kalau nak buat ayam golek pun boleh)
  • Rempah diet Paparoger (Ikut citarasa korang nak banyak atau sedikit)
  • Hirisan Lemon atau sedikit air perahan lemon
  • Minyak zaitun (pilihan)
  • Garam (pilihan)

Cara perapan ayam

Masukkan rempah diet Paparoger, sedikit air perahan lemon, sedikit minyak zaitun dan garam secukup rasa (Kalau anda tengah diet, xpayah letak garam). Kemudian gaulkan hingga sebati. Akhir sekali masukkan ke dalam bekas atau plastik bersih untuk diperap dan akhirnya simpan di dalam peti sejuk.

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger
Ayam yang telah diperap.Kalau nak warnanya lagi terang, telak rempah lebih sikit

Tempoh perapan terpulang pada anda. Macam Atul perap ayam tu dari malam, sebab esok pagi terus pergi ke Sungai Bukit Jernih dan sedia untuk dibakar je.

Selalunya jenis masakan yang perlukan proses perapan ni, lagi lama ia diperap, lagi sedap rasanya. Tapi kalau nak perap sekejap, dalam 1 jam pun dah okay.

Jadi, inilah hasilnya, ayam bakar dengan rempah diet Paparogerbyrink

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger


Cantikkan warna ayam bakar selepas diperap dengan rempah diet Paparoger ni. 

Atul kongsikan juga video dari proses perapan, membakar ayam sampai review suami Atul makan ayam bakar ni. Jangan lupa subscribe tau!

Bagi Atul, rasa ayam bakar dengan perapan rempah diet Paparoger by Rink ni sangat sedap dan menyelerakan. Andaikata kalau nak ratah ayam macam tu saja pun best. Sedar-sedar banyak ketul dah makan. Tapi kalau dapat cicah dengan blackpaper sauce lagi menyelerakan. 

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger


Feedback Atul untuk Rempah Paparoger

Rempah diet Paparogerbyrink juga sesuai untuk seisi keluarga. Walaupun ada serbuk cili, tapi rasanya tak pedas. Anak-anak pun boleh makan. Tidak berminyak. Dapat rasa rempahnya sampai ke isi ayam. Makan ayam pun tak rasa muak. Kalau anda jenis makan pedas, boleh tambah lagi serbuk cili waktu proses perapan atau buat sos pencicah yang pedas.

Kami sekeluarga yang ada 4 orang ni je pun, tiga round kami bakar ayam sebab tak cukup. Mula-mula bakar dapat 5 ketul. Padahal saiz ayam potong tu besar juga. Punyalah sedap sampai masing-masing berebut nak makan ayam bakar ni.

Tengok ni juga, ramai yang bagi maklumbalas kata rempah ni sedap. Siap ada yang ulang beli lagi

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger
Mereka beli dengan agent yang sah

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Amacam? Bestkan, masing-masig kata sedap. Takkan tengok je? Jomlah try Rempah diet Paparoger ni. Boleh klik link dibawah ni untuk dapatkan rempah viral kesukaan ramai, Rempah Paparoger.

Tiktok | Shopee | Instagram | Whatsapp

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger smoke
Continue Reading

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid

Assalamualaikum,

Hai, ada yang suka laksa tak? atau hantu laksa? Kalau YA, kita geng. Yeay!

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid

Memandangkan hari ini suami Atul bawa Atul dan anak-anak pergi makan Laksa Kuala Perlis, jadi, hari ini Atul nak berkongsi lokasi kedai laksa sedap di Kuala Perlis  yang selalu Atul pergi dan menjadi pilihan Atul kalau nak makan laksa.

Manalah tahu, kot-kot nanti awak datang ke Perlis, bolehlah cuba laksa di kedai yang Atul selalu pergi ni. Atul bagi 5 bintang tau untuk laksa di kedai ni.

Okay, kedai laksa yang Atul maksudkan adalah D'Adna Laksa House namanya. Lokasinya terletak di Jalan Sarawak, Kuala Perlis, Perlis.

Di kedai ni, awak boleh pilih samada nak makan laksa disitu atau nak bungkus bawa balik. Selalu Atul pergi sana, pasti akan makan di situ. Sedap makan laksa panas-panas ni. Masa Atul pergi baru-baru ni, Atul pilih makan disitu dan bungkus kuah laksa bawa balik. Atul beli kuah laksa je, sebanyak 1/2kg. hehe. 1/2kg ni Atul boleh makan 2x je untuk seorang. Jadi, kalau awak rasa nak makan laksa banyak, bolehlah beli banyak kilo kuah laksa tu.

Eh, bukan kuah laksa je boleh beli bungkus, laksa pun boleh beli bungkus tau. Harga kena tanya orang kedai.

Kalau awak nak tahu, setiap kali Atul ke kedai ni, Atul pasti akan order laksa special hehe. Okay, ini perbezaan antara Laksa Biasa & Laksa Special. Mangkuk pun berbeza saiz tau

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Perbezaan Laksa Special (Telur sebiji, laksa lebih), Laksa biasa telur separuh.

Laksanya sedap, tak pedas. Tapi kalau awak sejenis makan pedas, jangan risau. Ada hirisan cili padi yang akan diberi pada awak. So, awak boleh makan ikut tahap pedas yang awak nak.

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Cili Padi

Kalau rasa nak lagi umpphh... boleh letak otak udang juga. Kalau Atul, okay dah. Tapi kalau suami Atul memang dia akan letak. Tak tahulah berapa sudu letaknya, tapi setiap kali makan, memang dia akan letak. Lagi sedap katanya kalau letak.

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Pes Otak Udang

Kalau ada bawak anak, tapi anak awak tak nak kuah, atau tak makan pedas, awak boleh je minta laksa kosong untuk budak. Nak letak sayur boleh, taknak sayur nak telur saja pun boleh. Awak boleh minta pada orang kedai tu.

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Laksa kosong, Telur sebiji, letak kicap. hehe

1 lagi yang specialnya di kedai ni, mereka disini ada yang makan laksa dengan pulut panggang. Pulut udang panggang ni, 0.50sen 1 kalau tak silap Atul. Nak beli bawa balik makan dalam kereta pun boleh. Suami Atul selalulah makan 'cucoq' ni kalau datang sini. Pernah sekali datang sini dulu, habis pulut panggangnya. Memang laku betul.

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Pulut Udang Panggang
Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Cara mereka makan, tapi kami makan asing. (Gambar Google)

Inilah kuah laksa yang Atul bagitahu Atul bungkus tadi tu.

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Kuah Laksa Bungkus 1/2 kg

Hasil selepas makan laksa. Licin baq ang!

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Dah habis hehe Licin kan?
Tengok tu, kusyuk tak? hehe Sebenarnya ini gambar curi, taktahu bila masa suami Atul snap gambar-gambar ni. haha nampak sangat fokus makan laksa kan? Itu pun selepas selesai suap anak Atul yang nombor 2 makan.

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid
Adik dah kenyang, ibu makanlah laksa tu puas-puas. 

Jadi, kalau awak semua nak rasa makan laksa di Kedai Laksa D'Adna ini, awak boleh datang ke kedai ini, ikut alamat di bawah ini.

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid

Laksa Kuala Perlis Sedap Pilihan Atul Hamid

Okay, ini Lokasi D' Adna Laksa House yang awak boleh ikut, kalau awak tak dapat nak cari dengan cara manual.



So, dengan adanya Maps ini, bolehlah awak semua pergi cuba makan laksa D'Adna jika ada yang belum pernah merasainya. Pasti korang tak menyesal & akan repeat datang makan lagi di kedai ini.

Okaylah, Selamat menjamu selera buat semua penggemar laksa.


Continue Reading

Nasi Kerabu Sedap Di Perlis


Assalamualaikum & selamat petang

Atul nak tanya, siapa suka makan nasi kerabu? Ada tak yang suka sangat-sangat, pegi mana-mana kalau boleh mesti nak cari nasi kerabu. Memang tak jemu lah kalau kerap makan pun

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS


Kalau korang nak tahu, Atul ni baru je belajar makan nasi kerabu ni. hehe

Pertama kali Atul makan nasi kerabu masa di Merbok, Kedah. Kawan UiTM Atul buatkan, kebetulan masa tu pergi rumah dia, dia tengah buat nasi kerabu, jadi merasalah Atul makan.

Tapikan sepatutnya makan nasi kerabu ni letak lauk, gaul ulam & kelapa parut tu kan, tapi waktu tu atul rasa nasi & kelapa parut tu sikit je. Memang buat rasa je Hehe almaklumlah, tak reti nak makan.

Tapi, semalam suami bawa pergi 1 kedai ni, kedai ni memang popular dengan nasi kerabu. Dulu orang panggil kedai tu dengan nama nasi kerabu KTM Arau. Kalau tak silap Atul, nama tu masih digunakan lagi walapun kedai tu ada nama sendiri. Sebabnya lokasi kedai tu dekat sangat dengan stesen keretapi Arau.

Sebelum ni kalau Atul pergi situ, Atul akan ambil nasi lemak & Milo Ais. Memang sedap nasi lemaknya, lauk boleh pilih pulak tu. Milo ais pun kaw punya! Pekat & manis hehe.

Tapi semalam Atul nak cuba rasa nasi kerabu, & memang terbaik lah. Rasanya juga kena dengan selera Atul. Semalam Atul ambil nasi kerabu lauk daging tumis kunyit kot hehe (atul pun xtahu nama menu, cuma rasanya ada rasa kunyit) dan keropok.

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS
Nasi Kerabu yang Atul makan Semalam
NASI KERABU SEDAP DI PERLIS
Keropok untuk dimakan dengan nasi kerabu (tinggal sikit sebab kena makan ngan Aaqif)

Manakala suami Atul pulak makan nasi dagang ikan Tongkol

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS
Nasi Dagang Ikan Tongkol

Patutla ramai orang yang datang ke kedai ni, walaupun kedainya ke ceruk sikit, dan tak kisahlah kenapa ramai yang kata kedai tu tempat nasi kerabu sedap di Perlis. 

Kalau nak tahu, nama kedai tu MEK SITI KANTIN KTMB ARAU. Disitu ada jual nasi kerabu, nasi lemak, nasi dagang & nasi putih. Pilihan lauk juga pelbagai.

Kedai MEK SITI KANTIN KTMB ARAU ni buka dari pagi, tapi tutup Atul tak pasti jam berapa. hehe Jadi kalau nak makan pagi, nak makan tengahari bolehla datang ke kedai MEK SITI KANTIN KTMB ARAU ni.

Ini serba sedikit butiran tentang kedai MEK SITI KANTIN KTMB ARAU:

Alamat: Arau, 02600 Arau, Perlis, Malaysia
Kordinat: 6.4281221, 100.2700026
Nomber Telefon: +60 13-430 3968

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS
Inilah Kedai Mek Siti Kantik KTMB Arau

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS

NASI KERABU SEDAP DI PERLIS

Maaf ye, gambar nasi lemak tiada, nanti kalau Atul pergi lagi, Atul ambil gambar ye.

Terima kasih.

atulhamid
Klik Gambar Untuk Order Shaklee
Continue Reading