Tips Memelihara Kesihatan Sendi Lutut


Tips Memelihara Kesihatan Sendi Lutut

Ramai yang menghadapi masalah sakit sendi dan lutut. Faktor usia merupakan salah satu penyebab kesihatan sendi lutut terjejas. Oleh itu, anda perlu memelihara kesihatan sendi lutut dan berikut terdapat beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk pastikan kesihatan lutut terpelihara

Lima Tips Memelihara Kesihatan Sendi Lutut

Regangan

Kuatkan otot-otot di sekitar lutut dengan melakukan aktiviti regangan. Lakukan regangan pada paha belakang, betis dan paha depan. Aktiviti terhadap otot-otot ini boleh mengurangi rasa sakit sendi di lutut. Selain itu, lakukan juga gerakan seperti menarik kaki ke belakang punggung dan gerakan lain bagi melatih otot-otot tersebut

Berikut merupakan contoh senaman sendi lutut yang boleh anda amalkan. Senaman ini telah disediakan oleh, Unit Fisioterapi Hospital Sultanah Nora Ismail

Tips Memelihara Kesihatan Sendi Lutut

Tips Memelihara Kesihatan Sendi Lutut


Kalsium

Tips Memelihara Kesihatan Sendi Lutut


Makan makanan yang banyak mengandungi kalsium boleh membantu mengurangi dan mencegah sakit sendi lutut. Makanan yang kaya dengan kalsium adalah seperti badam, kacang pis, oren, bayam, kacang buncis, ikan salmon dan produk tenusu terutamanya yogurt dan susu skim

Baca juga: 30 Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium


Kawal Berat Badan

Tips Memelihara Kesihatan Sendi Lutut


Berat badan berlebihan atau obesiti boleh membebankan sendi-sendi pada lutut yang akhirnya menyebabkan ketegangan dan nyeri. Hindari makanan yang diolah serta makanan yang tinggi lemak.

Baca juga: 6 sebab kenapa perlu kurus


Olahraga

Tips Memelihara Kesihatan Sendi Lutut

Bagi memelihara berat badan dan kesihatan, lakukan olahraga secara rutin, sekurang-kurangnya 20 minit sebanyak tiga kali seminggu. Olahraga banyak memberi manfaat terhadap kesihatan tubuh seperti bantu meningkatkan metabolisme. melancarkan peredaran darah, nyahtoksin, menurunkan berat dan menjadikan jantung lebih sihat. Olahraga juga membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kepercayaan diri. Secara amnya, olahraga mampu menyihatkan tubuh secara menyeluruh.

Mengikut Hordan Metzal MD, dalam buku yang bertajuk "The Exercise Cure" menyatakan "Terdapat berjuta orang menderita dengan pelbagai jenis penyakit, ada yang ringa, ada juga yang kronik, ada yang berisiko, dan ada yang dari ringan menjadi teruk disebabkan kekurangan melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan sehari" 

Oleh itu, pilihlah olahraga yang bersesuaian dengan kemampuan diri agar dapat dilakukan dengan rasa gembira tanpa paksaan yang boleh membahayakan diri.


Suplemen



Zaman sekarang, kita banyak terdedah dengan pelbagai pencemaran dan faktor yang boleh mengganggu kesihatan diri termasuk terhadap kesihatan sendi lutut. Kebanyakan individu masa kini mempunyai masa terhad dan agak sibuk sehingga kadang-kala mengabaikan kesihatan diri

Oleh itu, untuk memastikan kesihatan sendi lutut terpelihara dan secara tidak langsung mencegah daripada berlaku masalah sendi lutut, pengambilan makanan tambahan dalam diet harian amatlah diperlukan. Antara suplemen atau makanan tambahan yang boleh diambil untuk memastikan kesihatan lutut terpelihara adalah suplemen yang kaya dengan nutrisi seperti:
  • Kalsium
  • Vitamin B
  • Asid Lemak Omega 3
  • Kolagen
  • Resveratrol, sebastian polifenol 

Secara tidak langsung, kesihatan tubuh juga turut terjaga.

Jadi, untuk mengetahui suplemen apa yang mengandungi kelima-lima nutrisi diatas dan bagaimana suplemen tersebut membantu memelihara kesihatan sendi lutut anda, boleh klik gambar di bawah ni.

Tips Memelihara Kesihatan Sendi Lutut


Semoga perkongsian ini, dapat memberi manfaat buat kita bersama. Terima kasih ;)


Continue Reading

Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut


LUTUT adalah anggota yang sangat penting buat manusia. Lutut merupakan salah satu sendi terbesar dalam tubuh. Lutut manusia merupakan organ tubuh yang menyokong hampir keseluruh berat badan manusia. Terutamanya ketika anda berjalan, berlari, melompat, atau melakukan pelbagai aktiviti. Maka, tidak hairanlah kenapa lutut mudah mengalami kecederaan.


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut


Oleh sebab itu, memelihara kesihatan sendi lutut adalah amat perlu. Jika lutut tidak di jaga dengan baik, pelbagai risiko akan muncul walaupun masih dalam usia muda.

Berikut merupakan cadangan nutrisi dan jenis vitamin Shaklee yang boleh membantu anda memelihara kesihatan sendi lutut.


Kalsium

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Kekurangan kalsium akan menyebabkan tubuh berisiko mengalami pelbagai penyakit, antaranya seperti gangguan terhadap kesihatan sendi lutut. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


Manakala magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Walaupun ramai orang mengambil sumber kalsium setiap hari, tetapi pengambilan sumber magnesium masih tidak mencukupi dan ada juga yang tidak disertai dengan vitamin D.

Sebenarnya, “pemilihan sumber kalsium terbaik adalah yang mengandungi kalsium, magnesium & vitamin D. Ketiga-tiga nutrien ini bekerjasama dalam menggalakan penyerapan ke dalam tubuh kita" (Sumber: The Real Vitamin & Mineral Book)

Oleh itu, untuk mendapatkan sumber kalsium terbaik, anda boleh mengamalkan Ostematrix. 


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut


Ostematrix mengandungi mengandungi 7 nutrisi lengkap seperti Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Boron, Zink, Mangan dan kuprum yang diperlukan oleh tubuh:

Ostermatrix juga berfungsi untuk
  • Membantu mengekalkan kesihatan tulang
  • Membantu mengekalkan kesihatan sendi lutut
  • Membantu menguatkan tulang dengan meningkatkan ketumpatan tulang
  • Membantu memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot
  • Membantu mengurangkan risiko masalah arthritis.
Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut


Harga OsteMatrix: RM61.25 / 120 biji 



Vitamin B

Vitamin B terlibat dalam banyak proses biologi yang terdiri daripada pengeluaran sel darah merah, penjanaan tenaga dan saraf yang betul dan fungsi otot.

Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan keletihan, kesulitan kognitif, kerosakan saraf dan anemia.

Vitamin B12 membantu dengan pelbagai masalah dan kekurangan, termasuk kesakitan sendi pada penghidap arthritis. Vitamin B12 adalah salah satu daripada lapan vitamin B.

Berikut adalah tiga cara vitamin B12 membantu orang dengan sakit sendi dan arthritis.
  1. Menurut Livestrong, vitamin B12 adalah penting untuk tubuh menghasilkan sel-sel darah merah yang baru dan sihat, yang membantu dalam pertempuran melawan anemia yang banyak mengalami penghidap arthritis rheumatoid
  2. Kekurangan vitamin B adalah lazim bagi mereka yang mempunyai arthritis rheumatoid. Dengan mengambil lebih daripada itu, pesakit boleh melawan radikal bebas yang merosakkan sel dan menyumbang kepada masalah seperti itu, kata WebMD.
  3. Sesetengah penyelidikan menunjukkan suntikan vitamin B12 dapat membantu mengurangkan bursitis, yang mana ia merupakan keradangan yang berlaku pada bahagaian sendi, yang disebut bursa. Kesakitan sedemikian berlaku di pinggul, lutut, siku, bahu, dan juga tumit.

Vitamin B yang bagus adalah yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B. Anda boleh dapatkan sumber vitamin B daripada B-Complex Shaklee. 


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut


B-Complex Shaklee lengkap dengan kesemua vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Malah, ianya mempunyai sistem penghantaran nutrien berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien kritikal iaitu asid folik. Ini yang membezakan B-Complex Shaklee dengan jenama vitamin B lain yang berada di pasaran.

B-Complex dikenali sebagai vitamin saraf yang menenangkan kerana ia berupaya ransang pengeluaran hormon serotonin iaitu hormon gembira. Ini dapat membantu menenangkan dan melegakan tekanan akibat sakit sendi lutut serta membantu dalam melancarkan peredaran darah.

Harga B-Complex Shaklee: RM58.75 / 120 biji 


Asid Lemak Omega 3

Asid lemak Omega-3 adalah lemak yang sihat atau ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong fungsi tubuh.


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut

Minyak ikan adalah satu bentuk asid lemak yang berasal dari tisu ikan yang berminyak. Ia mengandungi asid lemak omega-3, termasuk asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA).


EPA & DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi, terutamanya dibahagian lutut.

Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam:
  • Mengekalkan ketumpatan mineral tulang
  • Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan
  • Mengurangkan keradangan dengan menyekat keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku dalam arthritis
  • Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi berkeriut serta bergerak dengan lancar.
  • Menggalakkan badan mengeluarkan cecair yang membantu mengawal keradangan
  • Mengurangkan kekakuan yang disebabkan oleh keradangan pada bahagian yang berlaku arthritis rheumatoid,

Untuk dapatkan sumber asid lemak omega yang lengkap dengan EPA dan DHA, anda boleh amalkan Omega Guard Shaklee.


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut

Minyak ikan Omega Guard berfungsi
  • Melambatkan degradasi tulang rawan
  • Membantu mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi lalu membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
  • Bertindak sebagai pelincir sekaligus membantu anda bergerak dengan lebih bebas dan lancar tanpa rasa sakit.
Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut
“Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja”
Harga Omega Guard: RM136 / 90 biji

Baca juga:


Kolagen

Kolagen adalah komponen utama tisu penghubung dalam badan yang memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung, seperti tulang rawan, tulang, tendon,  ligamen dan kulit. Walaupun kolagen sangat dikenali untuk kecantikan kulit, namun kolagen juga sangat memainkan peranan penting terhadap kesihatan sendi lutut.

Kekurangan kolagen akan mengakibatkan tulang lutut lebih besar daripada rangka lutut sehingga keradangan lutut terjadi. Sekaligus akan menyebabkan sakit sendi lutut berlaku

Antara fungsi kolagen terhadap sendi adalah:
  • Memberi keselesaan terhadap sendi
  • Menjaga rangka lutut
  • Memelihara tulang rawan daripada terhakis
  • Melancarkan pergerakan sendi lutut agar lebih selesa dan lancar.
  • Menguatkan tulang lutut
  • Kolagen bertindak meningkatkan fleksibiliti tulang dan sendi.


Sumber kolagen yang boleh anda amalkan untuk memelihara kesihatan sendi lutut anda adalah Shaklee Collagen Plus Powder (SCP)


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut

Collagen Powder membekalkan kolagen premium 4,000mg Red Snapper Scales Collagen, yang sangat cepat diserap oleh tubuh.

Shaklee Collagen Powder juga menyediakan molekul yang kecil iaitu sebanyak 1000 dalton. Molekul kecil ini mempunyai penyerapan yang lebih tinggi dan memiliki kadar penyerapan paling optimum.

Kadar penyerapan yang maksima ke dalam tubuh sangat membantu proses baikpulih tulang rawan, otot dan ligamen pada lutut yang tidak sihat, sekaligus beri kelegaan pada sakit lutut tanpa sebarang kesan sampingan.

Harga Kolagen Shaklee: RM298 / 15 sachet

Baca :


Resveratrol (sebatian polifenol)

Resveratrol yang mengandungi sebatian Polifenol merupakan sumber yang kaya dengan antioksidan.

Resveratrol, sebatian polifenol, adalah sumber yang kaya dengan antioksidan dan kuat dengan ciri-ciri anti-radang yang luar biasa. Keradangan dan kesakitan memainkan peranan penting dalam patogenesis osteoartritis lutut (OA) dan boleh menyebabkan kerosakan tisu dan morbiditi.

Kajian dalam Journal Medicinal Food (2018) mendapati Resveratrol mungkin merupakan pilihan "tambahan" yang berkesan dengan meloxicam dalam rawatan pesakit dengan lutut sederhana hingga sederhana OA.


Cara paling mudah untuk dapatkan nutrisi yang mengandungi Resveratrol, sebatian Polifenol adalah dengan mengamalkan Vivix.


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut

Campuran Sempurna Polifenol daripada botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu, telah memberikan spektrum polifenol unik yang dapat meningkatkan kesihatan dan jangka hayat sel.

Baca: Ramuan Vivix

Terdapat banyak kajian klinikal dan sains telah merekodkan bagaimana Resveratrol, sebatian polifenol dapat memberi kesan positif kepada sel-sel di dalam badan kita.

Resveratrol, sebatian Polifenol yang terkandung dalam Vivix dapat membantu:

  1. Membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan bahagian sendi lutut
  2. Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi lutut.

Baca: Info tentang Polifenol

Seterusnya mengekalkan penyelengaraan yang baik pada sendi normal juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah faedah yang positif daripada segi;

  • Membantu mengurangkan rasa sakit pada sendi lutut
  • Melancarkan pergerakkan dibahagian sendi lutut
  • Mengurangkan kekakuan (Stiffness) dan ketegangan dibahagian sendi lutut
  • Mengurangkan rasa ketidakselesaan di bahagian sendi lutut

Kandungan Elderberi Eropah yang terdapat di dalam Vivix juga digunakan secara tradisional untuk mencegah dan membantu masalah arthritis.

Minuman botani lazat ini lebih sesuai dan  mudah diambil terutama mereka yang sudah berumur. 

Harga Vivix: RM475 / 150 ml

Baca juga:
Cara Vivix Bertindak
Kebaikan Vivix


Sayangilah lutut anda, lutut yang sihat membantu melancarkan serta memudahkan pergerakan anda. Namun, jika kesihatan lutut mula terjejas, aktiviti harian anda juga turut terjejas. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Berminat untuk dapatkan cadangan vitamin Shaklee untuk pelihara kesihatan sendi lutut anda? 

Untuk dapatkan ebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli! (Klik Disini) atau anda juga boleh hubungi Atul dengan klik gambar di bawah ini


Bagaimana Vitamin Shaklee Bantu Pelihara Kesihatan Sendi Lutut

----------------------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading

Testimoni Collagen Shaklee: Kulit Cerah Dalam Masa 2 Minggu


Shaklee Effect yang dirasai oleh puan Nadiah Suhaidi selepas pengambilan Shaklee Collagen Powder!  
Testimoni Collagen Shaklee Kulit Cerah Dalam Masa 2 Minggu
Testimoni Collagen Shaklee: Kulit Puan Nadiah Cerah Dalam Masa 2 Minggu

Menurut kata Puan Nadiah:

"Assalamualaikum semua Nad nak share hasil makan collagen selama 2 weeks.

Selain dari description kat gambar ni (dalam perenggan di bawah), Nad lupa nak add. Pori-pori kat hidung Nad dah makin kecil juga. Sebelum ni besar sikit sebab kat hidung selalu ada white heads so Nad selalu buang pakai besi tu. Now dah tak besar lagi Alhamdulillah."

Baca juga: 13 Kebaikan Kolagen Untuk Kulit


(Mengikut FB beliau, ayat dibawah adalah description di bahagian gambar)
"Pic belah kiri tu adik tolong ambilkan gambar Nad 2 minggu lepas sebelum start try Collagen Shaklee." 

"Pic belah kanan ni ambil pagi tadi oleh hubby. Blur skit compared to belah kiri. Rasa cam xpercaya pun ada jugak sebab nampak cerah sikit. Dah pakai tudung yang sama, angle yg sama, dan di bawah lampu kalimantang yang sama. Hehe. "

"Kalau tengok skin texture rasanya tak banyak beza sebab Alhamdulillah kulit takda prob sangat cuma now kalau sentuh mmg rasa halusss sangat."


Baca juga: Info Tentang Collagen


"Nad makan collagen ni 2 sachet every day for the first 1 week. Dan lepastu 1 sachet sehari. Selain tu nad konsisten minum ESP skali ngan Collagen, pakai pencuci muka Nutriwhite Shaklee dan Overnight Renewal Cream Nutriwhite Shaklee jugak. Will continue for another 6 weeks (clinical studies menunjukkan kesan kulit lebih gebu selepas penggunaan 8 minggu)."

"Bila dah jual kena lah cuba sendiri "

Sumber testimoni: Puan Nadiah Suhaidi

Baca juga:
Kebaikan Kolagen Untuk Kulit
Fakta Kolagen Yang Perlu Diketahui


Berminat untuk dapatkan Collagen Shaklee? Boleh hubungi Atul atau klik gambar di bawah ini.


Testimoni Collagen Shaklee Kulit Cerah Dalam Masa 2 Minggu


---------------------------------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di atulhamid88@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761


Continue Reading

Testimoni Youth Skincare: Jeragat

Hasil yang sangat "WOW"  dan sangat berbaloi setelah konsisten menggunakan Youth Skincare

Jom ikuti kisah Puan Salina iaitu Ummi kepada Puan Nadiah Suhaidi selepas menggunakan Skincare Youth di bawah ini.

Testimoni Youth Skincare: Jeragat


"Sejak 2017, kulit Ummi Nad start jadi macam gambar di sebelah kiri tu. Kulit Ummi Nad sebelum ni cerah dan tak bermasalah sangat.
Mungkin asbab makan ubat TB, dan kesan pemakaian skincare yang claim semulajadi tapi tak berapa semulajadi, dia jadi macam tu. Pakai skincare tu pula ada lah dalam 30 tahun. Memang setia dan konsisten sungguh Ummi Nad ni.

Birthday Ummi Nad tahun lepas, Nad hadiahkan Youth Skincare yang masa tu baru je dilancarkan.
Memang ambil masa skit bila pakai skincare yang totally semulajadi, bebas 1500 bahan kimia bahaya, dan ambil masa 8 tahun R&D ni.



Along the way tu, banyak juga cabaran. Nad kena beri motivasi pada Ummi Nad supaya terus konsisten dan believe in Youth Skincare. Almaklumlah skincare baru untuk Ummi selepas 30 years.

Alhamdulillah now berbaloi dah semuanya. March 2018 - now guna Youth. Molek dah kulit Ummi. Sekata dan cerah 🥰
Slowly, but surely" ❤️ 

Testimoni Skincare Youth: Ummi kepada Puan Nadiah Suhaidi


Testimoni Youth Skincare: Jeragat



---------------------------------------------------------------


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading

Resepi Sotong Tumis Petai & Manfaat Petai Yang Perlu Diketahui


Resepi Sotong Tumis Petai & Manfaat Petai Yang Perlu Diketahui
Sotong Tumis Petai

Ada yang suka makan
Sotong Tumis Petai ke? Kalau ada, kita geng. Yeay! Rancangan awal nak buat Udang Tumis Petai, tapi di Perlis sekarang bukan musim udang, kalau ada pun harga sedikit mahal, jadi kenalah tukar menu dari udang ke sotong. Maka terhasillah masakan ini.

Oh ya, bercerita tentang petai, sebenarnya masa cuti sempena pertabalan DYMM baru-baru ni, Atul dan anak-anak ikut keluarga abang Atul pergi ke Padang Besar. Masa di Padang Besar, kakak ipar Atul beli 2 ikat petai. Yang mana setiap ikat ada 6 papan dan harga untuk seikat RM5. Murahkan? Mata petai pun bulat-bulat je. Puas tengoknya. Katanya kalau di Ipoh tak dapat harga murah macam tu. 

Keesokan malamnya pula, kawan suami bagi petai berpapan-papan. Alhamdulillah, syukur kami dapat petai percuma. Suami Atul beritahu, belakang rumah kawannya itu banyak pokok petai, kadang-kadang sampai terbuang je petai sebab terlampau banyak.

Resepi Sotong Tumis Petai & Manfaat Petai Yang Perlu Diketahui
Petai Segar dari Pokok. Yang Hitam tu sebab dah terlampau masak.

Banyakkan kami dapat? Yang makannya Atul dengan suami je. haha Jenuh makan petai hari-hari. Makan petai ni, bukan 'shishi' je berbau, mulut pun berbau jugak, tambah-tambah petai mentah. Awak suka makan petai ke?

Menurut KKM, jika kurang selesa selepas makan petai, untuk mengurangkan bau petai boleh cuba tips ini, InsyaAllah sangat membantu mengurangkan bau petai. Tips mengurangkan bau petai adalah:

  • Minum kopi tanpa gula
  • Minum Teh tanpa gula
  • Kumur Air Garam
  • Mengunyah beras

Kakak Atul pun ada pesan, kalau nak bagi hilang bau petai dalam mulut tu, boleh makan terung selepas makan petai. Tak kiralah terung masak apa pun, janji terung.

Tapi apa-apa pun, lepas makan petai wajib gosok gigi, barulah selesa rasanya, bau petai dalam mulut tu berkurangan. Lepas tu jangan lupa minum air masak banyak. Okay.

Walaupun bau petai membuatkan sesetengah individu kurang selesa, namun tiada siapa dapat menafikan khasiat petai.

Jom tengok apa khasiat petai dibawah ini;

Resepi Sotong Tumis Petai & Manfaat Petai Yang Perlu Diketahui
Petai dan khasiatnya

Banyak juga khasiat petai ni kan? Jadi, tak hairanlah kenapa ramai yang suka makan petai ni.

Disebabkan terlalu banyak, suami Atul kata, daripada biarkan petai ni mengering & kecut, lebih baik buat jeruk dan kopek siap-siap simpan dalam peti ais. Kalau dah mengecut nanti, tak sedap rasanya. Maka terhasillah jeruk petai.

Jeruk petai

Okay, berbalik dengan tajuk entri di atas, sebenarnya ini kali pertama Atul masak Sotong Tumis Petai, sebelum-sebelum ni Atul tumis petai dengan udang atau ikan ikan bilis je, jadi lepas makan tadi, wah, sedap juga. Boleh buat lagi ni. Mudah je nak masaknya dan cepat pula tu penyediaannya, bahan-bahan pun apa yang ada kat dapur je.

Jadi, disini Atul nak kongsikan resepi sotong tumis petai simple yang Atul masak tadi.

Bahan bahan:
Sepiring sotong saiz kecil - hiris kecil

Sepiring di pasar malam RM10. 
Petai yang telah dibuang kulit dan dibelah

Resepi Sotong Tumis Petai & Manfaat Petai Yang Perlu Diketahui
Petai yang telah dibuang kulit & dibelah

5 ulas bawang merah**
1/2 biji bawang besar**
3 ulas bawang putih**
Cili secukupnya - ikut nak pedas level mana***
1 asam keping
1 batang serai yang diketuk
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

** & *** kisar
(Bawang dan cili dikisar asing)

Cara memasaknya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.
  2. Setelah naik bau, masukkan cili kisar, dan tumis sehingga benar benar garing, tapi jangan sampai hangit. Nanti pahit.
  3. Masukkan serai - *option*
  4. Masukkan petai dan gula. Kacau seketika
  5. Masukkan sotong.
  6. Akhir sekali masukkan asam dan garam. 
  7. Sesuaikan rasa dan kepekatan yang anda kehendaki. 
  8. Siap!
Kalau ikutkan resepi asal yang Atul Google tu, tak perlu masuk serai. Tapi Atul letak serai untuk bagi bau lagi wangi dan rasa lebih sedap. Jadi, kalau tak letak pun tak apa. Tak ada masalah.

Satu lagi, mengikut resepi asal, Puan Azie tidak masukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak, tapi disebabkan masa tumis tadi air sotong sedikit je yang keluar, dan suami Atul pula nak kuah lebih, jadi Atul tambahkan air.

Jadi, untuk dapatkan rasa yang sedap dan lazat sampai makan pun tak sedar bertambah nasi, adjustlah masakan tu sampai rasanya sesuai dengan selera anda.

Oh ya, kalau boleh janganlah lama sangat api tu menyala selepas sotong dimasukkan, nanti sotong kecut tak sedap pula kan? hehe

Selamat mencuba resepi ini & selamat menjamu selera :)


Resepi Sotong Tumis Petai & Manfaat Petai Yang Perlu Diketahui
Tengok budak ni cuba makan petai, lepas makan minta lagi hahaha

Eh, baru teringat nak tanya, ada ke yang tak tahan makan petai? Macam Atul, sebelum-sebelum ni tak tahan makan petai, kalau makan mesti kepala berangin. Jadi, pilihan Atul kalau nak makan petai, mesti ada Ginger Pappermint & Alfalfa Complex. Selepas makan petai, mesti ambil untuk pastikan angin dalam badan tu keluar, baru lah tak sakit kepala.

Resepi Sotong Tumis Petai & Manfaat Petai Yang Perlu Diketahui

Jadi, kalau ada sesiapa yang teringin nak makan petai, tapi tak tahan, boleh ikhtiar dengan dua suplemen ini. InsyaAllah sangat membantu.

Boleh hubungi Atul untuk dapatkan suplemen ini di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)

---------------------------------------------------------------



LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul Hamid
atau email di atulhamid88@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761


Continue Reading