Resipi ayam bakar mudah dan sedap

Resipi ayam bakar mudah dan sedap | Tadi ternampak anak saudara kongsi di facebook, dia masak menu ayam bakar atas permintaan suaminya. Suaminya nak jemput kawan-kawan datang ke rumah. Jadi, untuk meraikan kawan-kawan, di hidangkan menu istimewa iaitu ayam bakar.

Resipi ayam bakar mudah dan sedap

Ayam bakar tu nampak sedap, ramai yang minta resipi dari dia. Alang-alang dia ada share, Atul pun minta izin dia untuk kongsikan resipi ayam bakar di blog Atul ni. 

Bahan-bahan untuk perap ayam

1 ekor ayam (boleh buat untuk 2 ekor)**

2 biji bawang besar**

4 biji bawang putih**

1 inci halia**

2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (letak lebih lagi sedap)**

2 sudu besar madu**

1 kiub ayam Knorr (untuk 2 ekor letak 2 kiub)**

2 sudu besar gula pasir**

2 sudu besar halba campuran**

2-3 sudu teh garam halus **

Sedikit mentega**

Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.

**Kisar

Madu + sos tiram (sapu atas ayam)

Cara memasak ayam bakar

Perap ayam dengan semua bahan yang telah dikisar selama satu hingga ke 2 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.

Resipi ayam bakar mudah & sedap
Resipi ayam bakar mudah & sedap

Sebelum bakar ayam, panaskan oven selama 10 minit.

Kemudian letak tray di tempat kedua dari atas. Mula-mula masak selama 40 minit, api atas 150, api bawah 170. 

Bakar kali kedua, api atas 190, api bawah 210 dan bakar selama 30 minit.

Tapi perlu diingatkan, ia tetap bergantung pada jenis oven juga. Jadi, nak selamat, sentiasa pantau ayam ketika dibakar, takut nanti terlebih bakar, hangit pula jadinya hehe

Oh ya sebelum terlupa, bila ayam dah separuh masak, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis dan sapukan madu dan sos tiram ke atas ayam.

Resipi ayam bakar mudah & sedap
Resipi ayam bakar mudah & sedap

Itulah saja resipi ayam bakar dan cara memasaknya. Mudah kan? Sangat sedap dimakan ketika masih hangat-hangat.

Selamat mencuba 😍

Kredit: Kayywawa Kerol

Continue Reading

Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Bagi Tahun 2021 | Tahun 2020 semakin ke penghujunugnya Ini bermakna, tahu 2021 akan menghadirkan diri. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang tahun 2020 banyak mengajar kita semua erti bersyukur. Jadi, untuk harungi tahun 2021 yang akan datang, perancangan yang sangat teliti amatlah diperlukan

Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021


Adakah anda semua sudah bersedia untuk berhadapan dengan tahun 2021?

Memandangkan Surat Pekeliling Akauntan Negara berkaitan dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji bulan tahun 2021 telah dikeluarkan, jadi untuk memudahkan segala urusan anda pada tahun 2021, hari ini Atul ingin kongsikan tentang Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Bagi Tahun 2021

Berdasarkan kepada Jadual Gaji 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara, terdapat 6 kali kakitangan awam akan menerima gaji awal iaitu bulan Februari, bulan Mac, bulan Mei, bulan Jun, bulan Julai, dan bulan Ogos

Oleh itu, dengan adanya jadual ini, bolehlah anda membuat ringkasan pengurusan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik agar semuanya berjalan dengan lebih lancar pada tahun 2021 nanti.

Berikut merupakan jadual tarikh pembayaran gaji tahun 2021:

Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021
Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021

Disertakan juga bilangan hari antara tarikh gaji untuk bulan yang seterusnya:

Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021
Bilangan hari antara tarikh gaji untuk bulan yang seterusnya

Menerima gaji awal seperti di bulan Februari (Tahun Baru Cina), & bulan Mei (Hari Raya Puasa dan Hari Keamatan), bulan Jun (Hari Gawai), bulan Julai (Hari Raya Haji)  dan bulan Ogos menyebabkan anda akan mengalami tempoh yang sangat kritikal kerana perlu menunggu waktu yang agak lama untuk bulan berikutnya. Oleh itu, plan & strategi kewangan hendaklah dirancang sebaik mungkin agar anda tidak mengalami masalah kewangan pada bulan tersebut.

Disini Atul sertakan juga, link E-penyata gaji untuk memudahkan anda membuat semakan penyata gaji secara dalam talian.

Semoga jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan untuk kakitangan awam 2021 ini dapat membantu anda membuat perancangan dengan lebih tersusun padan tahun 2021 nanti.

Selamat menghabiskan sisa-sisa cuti tahun 2020 dan selamat menempuh tahun 2021 dengan jayanya!

Continue Reading

Resipi Cendawan Tumis Lada Hitam

Resipi Cendawan Tumis Lada Hitam | Siapa suka makan cendawan? Kalau di utara, mereka panggil kulat. Atul pun xtau kenapa mereka panggil kulat hehe

Atul suka cendawan, kalau pergi makan kedai, ada menu yang ada cendawan, memang atul akan pilih menu tu n kutip cendawan bebanyak πŸ˜‚

Jadi, kali ini Atul nak kongsikan resipi cendawan tumis lada hitam. Sebenarnya Atul hentam je masak resipi ni. Ikut tekak sendiri. Kalau korang nak cuba masak ikut resipi Atul, boleh je, apa salahnya. Atul lagi suka.

Resipi Cendawan Tumis Lada Hitam


Tapi kalau tak sedap, korang ejasla bagi sedap. Sekarangkan dah mudah. Secukup rasa ada. Macam² jenama lagi 🀭 Tapi resipi Atul ni, memang tanpa perasa instant tu. Totally original resipi

Teringat masa makan cendawan tumis lada hitam dengan nasi hangat ni semalam, sudahlah tumbuk lada hitam kasar-kasar, kunyah lada hitam je kerjanya.🀣

Mak ai, pedas betul rasanya. Sampai berdengap kepala dibuatnya πŸ’† Tapi habis juga. Licin juga pinggan πŸ˜…

Okaylah, dibawah ni Atul kongsikan bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak cendawan tulis lada hitam. Selamat mencuba 😊


Bahan² Cendawan Tumis Lada Hitam

πŸ‘‰πŸ» Cendawan (Atul guna cendawan yang putih tu)

πŸ‘‰πŸ» 1 sudu Lada hitam** (Kalau nak pedas, boleh tambah)

πŸ‘‰πŸ» Lobak merah ( Potong macam fries)

πŸ‘‰πŸ» Putik Jagung (Potong macam fries)

πŸ‘‰πŸ» Sedikit ayam (Potong dadu)

πŸ‘‰πŸ» 3 ulas bawang putih (Potong dadu)

πŸ‘‰πŸ» Sebiji bawang merah kecil (Potong dadu)

** Tumbuk kasar jangan lumat. Siap tumbuk, masukkan sedikit air ke dalam lesung, untuk menumis.


Cara memasak Cendawan Tumis Lada Hitam

1. Tumis bawang putih bawang merah sampai naik bau atau kekuningan. jangan sampai hangit, nanti pahit 

2. Kemudian masukkan ayam. tumis sampai ayam separuh masak

3. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali 

4. Kemudian biarkan seketika sampai ayam masak

5. Masukkan lobak merah. kacau seketika

6. Masukkan putik jagung

Akhir sekali baru masukkan cendawan

Tutup dengan tudung periuk seketika. Jangan lama, nanti lembik

Jangan lupa masukan garam secukup rasa. Jangan lebih nanti masin pulak hehe

Kalau rasa cendawan tu dah masak, dah siap la tu. 

.

Cendawan tumis lada hitam ni masaknya tak lama, sekejap je. Kalau boleh, bila kita kunyah lobak merah & jagung tu, ada rasa kerangupan sayur² tu. Tak lembik.

Kalau ayam tu tukar dengan daging, udang atau sotong boleh tak? Boleh je, apa salahnya. Untuk daging kena potong nipis, nanti liat. Cara memasak sama macam gunakan ayam.

Tapi kalau guna sotong atau udang, letak kemudian selepas letak cendawan, sebab taknak udang atau sotong terlebih masak, nanti tak sedap pulak.

Okaylah, itu je cara memasak cendawan tumis lada hitam ni. Mudah dan sekejap je penyediaannya. 

Selamat menjamu selera 😊

Continue Reading

Promosi Shaklee Disember 2020: Youth skincare

Promosi Shaklee Disember 2020: Youth skincare | Sekejap je dah masuk tahun 2021. Ini bermakna tahun 2020 bakal meninggalkan kita semua. Jadi, untuk menyambut tahun baru dengan lebih keceriaan, pada bulan Disember ini Shaklee menawarkan promosi menarik buat kita semua.

Wah, pandai betulkan Shaklee ni. Promosi Shaklee bulan Disember ditawarkan sebagai persediaan untuk menyambut tahun 2021 agar kelihatan lebih cantik dan menawan.

Promosi Shaklee Disember 2020 berkonsepkan DUO. Apa yang duo tu? Sebenarnya promosi Shaklee bulan ni fokus kepada Youth Skincare. Promosi Youth Powerfull Duos nama diberi.

Promosi Shaklee Disember 2020: Youth skincare


Dengan setiap pembelian Youth Luminous Gel Cleanser bersama satu lagi produk Youth Skincare yang lain, anda layak menerima

πŸ‘‰ Hadiah eksklusif dari Shaklee iaitu Shaklee Inspira Pouch

πŸ‘‰ Percuma Penghantaran

Sebelum Atul kongsikan butiran promosi bulan ni, ketahui info ringkas tentang Youth Luminous Gel Cleanser dahulu

Promosi Shaklee Disember 2020: Youth skincare
Promosi Shaklee Disember 2020: Youth Luminous Gel Oil Cleanser 

Baca info Youth Luminous Gel Oil Cleanser disini

7 Pilihan Promosi Youth Powerfull Duos yang boleh anda miliki

1. Promosi Shaklee: Youth Protect Duo

Promosi Shaklee Disember 2020: Youth skincare
Promosi Shaklee: Youth Protect Duo

Dalam set ini mengandungi Youth Luminous Gel Oil Cleanser dan Age Defense Moisturizer - SPF 50


2. Promosi Shaklee: Youth Hydrate Duo

Promosi Shaklee Disember 2020: Youth skincare
Promosi Shaklee: Youth Hydrate Duo

Dalam set ini mengandungi Youth Luminous Gel Oil Cleanser dan Perfecting Skin Toner

Baca info Perfecting Skin Toner di sini

3. Promosi Shaklee: Youth Moisturizing Duo (Day)

Promosi Shaklee Disember 2020: Youth skincare
Promosi Shaklee: Youth Moisturizing Duo (Day)

Dalam set ini mengandungi Youth Luminous Gel Oil Cleanser dan Moisture Lock Day Cream

Baca info Moisture Lock Day Cream di sini

4. Promosi Shaklee: Youth Moisturizing Duo (Night)

Promosi Shaklee Disember 2020: Youth skincare
Promosi Shaklee: Youth Moisturizing Duo (Night)

Dalam set ini mengandungi Youth Luminous Gel Oil Cleanser dan Advanced Renewal Night Cream. Dalam set penjagaan kulit Youth Shaklee, terdapat dua pilihan krim malam iaitu Advanced Renewal Night Cream Light dan Advanced Renewal Night Cream Rich.

Berikut adalah perbezaan antara kedua-dua jenis krim malam Youth Shaklee

Promosi Shaklee Disember 2020: Youth skincare
Advanced Renewal Night Cream

Anda boleh membuat pilihan mengikut jenis kulit anda

Baca info Advanced Renewal Night Cream disini

5. Promosi Shaklee: Youth Revive Duo

Promosi Shaklee Disember 2020: Youth skincare
Promosi Shaklee: Youth Revive Duo

Dalam set ini mengandungi Youth Luminous Gel Oil Cleanser dan Activating Serum. Untuk pembelian set Youth Revive Duo ini, anda layak dapat Free Membership juga. Wah, jimat RM35 untuk kos pendaftran keahlian, dan secara tak langsung anda dapat menikmati pembelian dengan harga ahli.

Baca info Activating Serum disini

6. Promosi Shaklee: Youth Radiant Duo

Promosi Shaklee Disember 2020: Youth skincare
Promosi Shaklee: Youth Radiant Duo

Dalam set ini mengandungi Youth Luminous Gel Oil Cleanser dan Radiance C + E. Untuk pembelian set Youth Radiant Duo ini, anda layak dapat Free Membership juga. Wah, jimat RM35 untuk kos pendaftran keahlian, dan secara tak langsung anda dapat menikmati pembelian dengan harga ahli.

Baca info Radiance C + E disini

7. Promosi Shaklee: Youth Eye Firming Duo

Promosi Shaklee Disember 2020: Youth skincare
Promosi Shaklee: Youth Eye Firming Duo

Dalam set ini mengandungi Youth Luminous Gel Oil Cleanser dan Restoring Eye Treatment.

Baca info Restoring Eye Treatment disini

Bestkan promosi Shaklee bulan Disember 2020 ni. Sesuai sangat bagi anda yang baru nak mencuba set penjagaan kulit Youth Shaklee. Tapi kalau anda rasa, 2 item ni sikit sangat, boleh je kalau nak beli satu set terus. Lagi best hasilnya nanti.

Baca juga:

Info lengkap Rangkaian Youth Shaklee

Ramuan yang terdapat dalam Youth skincare

Testimoni pengguna Youth Skincare

Sekiranya berminat untuk mendapatkan Promosi Shaklee Disember 2020 iaitu Promosi Youth Powerfull Duos atau sebarang produk Shaklee, anda boleh whatsapp Atul di 0195733761. Atau anda boleh order sendiri dengan sertai keluarga Shaklee kami disini dengan klik 'join now' untuk dapatkan lebih penjimatan.

Continue Reading

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis | Pada hari Sabtu waktu cuti hari Depavali yang lalu, tiba-tiba suami Atul ajak pergi makan santai-santai diluar. Bukan makan di kedai tau, tapi makan dan lepak-lepak samada tepi air terjun atau tasik katanya. Atul pun apa lagi, on jer la. hehe

Lagipun nasi dan lauk untuk makan tengahari dah siap masak, bolehla bawa makanan tu je untuk berkelah. Alang-alang tak makan tengahari lagi walaupun dah hampir jam 2 petang. hehe

Walaupun pada mulanya langit kelihatan mendung dan kelabu, Atul pergi je. Kata Atul pada suami "Kita pergi je dulu, kadang-kadang sini mendung, tapi sana cerah. Kalau hujan nanti, kita pergi tempat lain pulak, kalau hujan juga, kita baliklah, bukan jauh pun" Suami Atul pun setuju. 

Jadi, teruslah kami menuju ke Empangan Timah Tasoh.

Untuk makluman semua, Empangan Timah Tasoh terletak 17 km dari bandar Kangar. Untuk ke Empangan Timah Tasoh, perlu melalui Jalan Kangar ke Padang Besar. 

Sesampai je di jalan masuk ke empangan, MasyaAllah panjangnya kereta beratur. Mereka nak pergi ke Tasoh Lake Resort by Tasoh Tasikku.

Tapi Atul pula nak pergi ke bahagian hujung, iaitu kawasan untuk lepak-lepak, ada yang bermandi manda, menenangkan fikiran, memancing, dan bergambar.

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Memandangkan ketika sampai cuaca cerah dan masih tidak ramai orang, jadi kami pun ambillah satu port. Parking kereta, bentang alas untuk duduk, dan pasang khemah hehe

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Anak-anak macam biasalah, nampak air "Ibu boleh mandi tak?"
"Ayah, boleh mandi tak?"

Plan dari rumah, nak lepak makan-makan je. Jadi, kami pun makanlah dulu. Almaklumlah, perut dah berlagu dangdut haha

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis
Ish gambar ni menggemukkanku. Pelik betullah

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis
Budak ni dari makan dalam khemah, pergi keluar khemah kacau ibu

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis
Inilah chairman nya. Lauk ni pun, bigboss yang masak

Alhamdulillah kenyang hehe

Selesai je makan, jalan-jalan ke air tengok pemandangan Empangan Timah Tasoh. Subhanallah, cantik sangat pemandangan disini

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Anak-anak duk main air, sampai basahlah seluar. Jadi, bagi la can pada mereka untuk mandi.

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Seronok anak-anak dapat main air hehe

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Disebabkan pemandangan di sini sangat cantik, so Atul pun amik kesempatan untuk ootd walaupun basah seluarku hehe

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis
dapat juga snap gambar sensorang hehe
Thanks to bigboss tolong tangkapkan gambar yang cantik :)

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis

Cantikkan pemandangan di Empangan Timah Tasoh ni. Tak rugi datang sini espcially korang yang suka selfie, snap gambar, dan seangkatan dengannya. 

Sebenarnya, air Empangan Timah Tasoh ni bersih, sebab tu berani lepaskan anak-anak bermain air dan mandi. Cuma, tona warna dan pencahayaan dalam gambar-gambar atul share ni menyebabkan nampak air tu bermacam-macam warna haha

Kesian anak-anak, tengah seronok-seronok mandi, tetiba rintik. hehe Jadi, setakat tu jelah mandinya, naik darat, terus bersiap untuk balik. 

Tapi kami tak terus balik, kami ke tempat lain pula, kebetulan kawasan tu tak hujan. Dimana? Tunggu di next entry okay. hee

Okayla, next time atul cerita tentang Tasik Cermin di Empangan Timah Tasoh pula. Dengar khabar pemandangan tasik cermin ni MasyaAllah, cantik sangat-sangat. 

Berkelah di Empangan Timah Tasoh, Perlis
Teaser Tasik Cermin Timah Tasoh; kredit Perlis Permai

Jom pi Perghlih :)

Atul Hamid
Suka tengok keindahan alam ciptaan Allah swt

Continue Reading