Salam Israk & Mikraj 1442h

 27 Rejab 1442h

Salam Israk & Mikraj

Peristiwa Agung dalam Sirah Rasulullah Nabi Muhammad SAW


Salam Israk & Mikraj, 1442h

Salam Israk & Mikraj, 1442h


“Maha suci Allah SWT yang menjalankan hamba-Nya (Nabi Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang diberkati sekelilingnya, bagi menunjukkan bukti kebesaran Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Al-Isra’: 1)

Peristiwa Israk Mikraj menyaksikan Masjidil Aqsa menjadi destinasi perantara antara perjalanan dunia (atas muka bumi) dengan perjalanan seterusnya (ke langit) menuju Sidratul Muntaha sebagai jemputan kepada Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT.

Keberkatan itu diperjelaskan dalam ayat pertama surah al-Isra’ yang juga dapat difahami barakahnya Masjidil Aqsa bukan semata-mata untuk masjid terbabit sahaja, sebaliknya melebar ke sekelilingnya dengan perkataan ‘hawlahu.’

Sama-samalah kita mengingati peristiwa besar dalam Sirah Nabi Muhammad SAW


Salam Israk & Mikraj 1442h

26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021

26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021 | Hai mommy sekalian, best tak kalau mommy punya blog masuk dalam senarai mommy blooger paling best untuk tahun 2021. Mestilah bestkan? Top 26 mommy blogger tu. Bukan calang-calang mommy yang boleh tersenarai dalam list tu. 


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021

Tapi sebelum Atul kupas siapakah 26 mommy blogger Malaysia paling best untuk tahun 2021 ini, Atul nak perkenalkan kepada anda semua, bahawa Atul juga merupakan salah seorang mommy blogger juga. Hehe nak join juga Atul ni haha

Secara ringkasnya, Atul merupakan seorang isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata. Blog Atul mengandungi perkongsian berkaitan business Shaklee, tips kecantikan, info kesihatan, lifestyle, personal entry Atul sendiri dan macam-macam lagi. Kalau nak tahu apa lagi Atul tulis dalam blog Atul, jemputlah explore blog Atul ini. Moga-moga segala entry yang ada dalam blog Atul dapat memberi manfaat kepada semua.

Okay, sebelum Atul berceloteh panjang lebar lagi, baik Atul perkenalkan kepada anda semua 26 Mommy Blogger Malaysia paling best untuk tahun 2021 ini.


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Siti Awadah
Link Blog:  www.sishawa.com
Usia blog: 4 tahun, bermula 2017

Merupakan ibu kepada 6 anak. Surirumah sepenuh masa. JUga merupakan blogger sepenuh masa. Blog merupakan medium Sis Hawa menjana pendapatan dengan Adsense.


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Ardini Humaira
Link blog: www.ilhamdini.com
Usia blog: 13tahun, bermula 2008

Merupakan ibu kepada 2 orang cahaya mata, pernah keguguran sebanyak 5x, berhenti kerja untuk keluarga ketika mengandung anak kedua (selepas 5x keguguran), minat menulis sejak zaman sekolah. Pada mulanya buat blog sekadar suka-suka macam diari pada awal tahun 2008, dan telah serius berkecimpung dalam bidang blogger sejak 2010


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Nabiha Mohd Mashut
Link blog: www.biemohd.com 
Usia blog: 14 tahun, bermula 2006

Blog ini bermula dengan perkongsian sebagai BRIDE-TO-BE, hingga MAMA-TO-BE kepada 3 orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. Sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dan lain-lain) untuk anak-anak mereka.


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Mrs Pip
Link blog: www.mrspip.com
Usia blog: 6 tahun, Bermula 2015

Merupakan ibu kepada 3 anak dan seorang surirumah sepenuh masa. Suka layan KDrama, berhenti kerja untuk jaga anak sejak tahun 2013.

26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Lea Razali
Link blog: www.eksplorasilea.com
Usia blog: 7 tahun, bermula 2013

Merupakan ibu kepada 2 orang anak, seorang suri rumah dan mula ingin jana pendapatan melalui blog. Penulisan di blog banyak berkongsi tentang resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Azlinda
Link blog: www.azlindaalin.com 
Usia blog: 8 tahun, bermula 2012

Merupakan mummy kepada 3 orang anak. Bekerjaya sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Seorang yang pentingkan keluarga, gemar habis kan masa lapang dengan aktiviti bersama keluarga

26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Fuzy Rahamah Hamid
Link blog: www.iamfuzy.com
Usia blog: 15 tahun, bermula 2006

Fuzy Rahamah Hamid merupakan umi kepada 6 anak, surirumah sepenuh masa. Mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resepi masakan dan mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS)


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Mamy Syu
Link blog: www.annursyuhadah.com
Usia blog: 8 tahun bermula 2012

Mamy Syu merupakan Mommy Blogger Malaysia. Ibu kepada 3 orang anak. Naufal, Nufael dan Hawraa. Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami. Tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan, review, resepi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. (PJJ selama 9 tahun)


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Alia Farhan Said
Link blog: www.aliafarhan.com 
Usia blog: 13 tahun, bermula 2008

Mom of 2 princesses. Love cooking. Travelling. Mula berblog untuk suka-suka. Meluahkan perasaan dan stress masa belajar dulu-dulu


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Wan Rokiah (Wawa)
Link blog: www.mommywawa.com
Usia Blog: 8 Bulan, bermula Mei 2020

Merupakan ibu kepada seorang anak. Surirumah sepenuh masa, dalam masa yang sama jana income bersama shaklee dan adsense. Juga seorang youtuber @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa.


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Chaza Xiaojie
Link blog: www.cxopportunities.com
Usia blog: 10 Tahun, June 2011

Mak kepada tiga orang anak. Mommy blogger sepenuh masa. Suka sangat menulis sejak kecil. Azam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Nurul Aleya (apakatamommy)
Link blog: www.apakatamommy.com
Usia blog: 10 bulan, bermula March 2020

Merupakan mommy kepada seorang anak. Sebenarnya sudah lama jadi blogger, 10 Tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian, mula bekerja blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. Bila mula berpindah ke Jb, terus join jdt blogger dan buat blog baru. start baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi.


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Nora (Izarra)
Link blog: www.ummizarra.com
Usia blog: 13 tahun, bermula 2008

Merupakan mak kepada 3 orang cahaya mata. Bekerja di sektor kerajaan (sekolah), asal ada blog suka-suka update kisah peribadi, madah, dan macam dairy, dan sekarang banyak entri pelbagai perkongsian. Dulu aktif join event tapi bila dah berpindah blog pun kurang update. sebab masih sayang pada blog maka masih ada www.ummizarra.com


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Ciktom
Link blog: www.ciktom.com
Usia blog: 11 tahun, bermula 2010

Merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata. Kini, fulltime mommy blogger. awal berblog banyak share tips, tutorial blogging & cara buat duit online. Sekarang lebih banyak create awareness pasal parenting, homeschooling & emas sebagai hobi 😂


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Yaya Azura
Link blog: www.yayaazura.com
Usia blog: 11 tahun, bermula Jan 2010

Merupakan ibu kepada 2 orang anak lelaki. Mula membuat blog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudian mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Rozita
Link blog: www.ceritaita.com
Usia blog: 13 tahun, bermula 2008

Merupakan ibu kepada 5 orang anak, 4 lelaki 1 perempuan, kerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan. Suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah. Mula menulis blog bermula sebagai hobi, menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak, suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti, tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi.


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Bonde Zaidalifah
Link blog: www.bondezaidalifah.com
Usia blog: 11 tahun, bermula 2010

Merupakan bonde kepada seorang puteri. Menulis Blog adalah separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen.


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Meksah
Link blog: www.meksah.com
Usia blog: 8 bulan, bermula 2020

Ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Kerjaya di Sektor Swasta bidang Essential Services. Mula membina Blog Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman.


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Fadzi Razak
Link blog: www.fadzirazak.com
Usia blog: 6 tahun, bermula 2014

Fadzi merupakan mak kepada 2 orang anak lelaki, Aneeq dan Anas. Mommy blogger Malaysia yang kini menetap di Sydney, Australia tapi dalam hatinya Malaysia tetap tanah tumpah darahku. Selalu menulis berkaitan dengan family lifestyle. Suka berkongsi tentang tempat makan menarik, tempat menarik, resepi, info dan tips untuk suri rumah. Selain menulis di blog, Fadzi juga suka berkongsi tentang pengalaman dan perkara menarik di Australia di fb.com/fadzirazak. Seorang yang pendiam tapi bila menulis, tak boleh berhenti. Bekerja sebagai freelance writer sambil jaga anak-anak di rumah.


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommg blogger: Maesarah
Link blog: www.mysarahstories.com
Usia blog: 13 tahun, bermula 2007

Mama anak 3. Asal menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak, then jadi blog bisnes kejap. Pastu sharing tentang aktiviti seharian dan sekolah.


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Zaza Azman
Link blog: www.zazaazman8.com 
Usia blog: 1 tahun, bermula Jan 2020

Kembali berblog setelah 12 tahun berhenti. Mengguna samaran sebagai Mama monsta, mama utk sepasang anak2 monsta comel. Full Time housewife, part time blogger. Blog berbahasa Inggeris. Blog lifestyle yang mengisarkan perkembangan anak-anak

26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Marina Bashah
Link blog: www.marinabashah.com
Usia blog: 2 tahun, bermula Feb 2019

Merupakan seorang ibu yang bekerjaya. Ibu kepada 3 anak dara. Selalu kongsi mengenai persekolahan anak, tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak.

26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Aida Hanafiah
Link blog: https://www.adianiez.com/
Usia blog: 11 tahun 9 bulan

Merupakan Ibu kepada 3 orang anak yang sempurna. Bekerja sepenuh masa. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Siti Rohaida
Link blog: https://kisahsidairy.com
Usia blog: 11 tahun bermula 2010

Merupakan ibu kepada 2 orang anak perempuan. Di blog selalu berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi. Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.

26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Norhana Rosmida
Link blog: www.hannamaruku.com
Usia blog: 14 tahun, bermula 2017

Merupakan ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.


26 Mommy Blogger Malaysia paling best tahun 2021


Mommy blogger: Sharina (opzzpinky)
Link blog: www.opzzpinky.com
Usia blog: 11 tahun, bermula September 2010

Merupakan ibu kepada sepasang anak, edan eshal, dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki hihi, alhamdulilah, lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.

Jadi, inilah dia senarai 26 mommy blogger paling best pada tahun 2021 ini yang telah menjadi pilihan Atul. Ada tak dalam senarai mommy blogger di atas yang anda kenali atau pun tidak? Samada kenal atau tidak, inilah peluang untuk anda jalan-jalan di blog mereka. Pasti anda akan seronok dapat kenalan blogger yang baru. 

Happy blogwalking ya!

Resipi ayam bakar mudah dan sedap

Resipi ayam bakar mudah dan sedap | Tadi ternampak anak saudara kongsi di facebook, dia masak menu ayam bakar atas permintaan suaminya. Suaminya nak jemput kawan-kawan datang ke rumah. Jadi, untuk meraikan kawan-kawan, di hidangkan menu istimewa iaitu ayam bakar.

Resipi ayam bakar mudah dan sedap

Ayam bakar tu nampak sedap, ramai yang minta resipi dari dia. Alang-alang dia ada share, Atul pun minta izin dia untuk kongsikan resipi ayam bakar di blog Atul ni. 

Bahan-bahan untuk perap ayam

1 ekor ayam (boleh buat untuk 2 ekor)**

2 biji bawang besar**

4 biji bawang putih**

1 inci halia**

2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (letak lebih lagi sedap)**

2 sudu besar madu**

1 kiub ayam Knorr (untuk 2 ekor letak 2 kiub)**

2 sudu besar gula pasir**

2 sudu besar halba campuran**

2-3 sudu teh garam halus **

Sedikit mentega**

Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.

**Kisar

Madu + sos tiram (sapu atas ayam)

Cara memasak ayam bakar

Perap ayam dengan semua bahan yang telah dikisar selama satu hingga ke 2 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.

Resipi ayam bakar mudah & sedap
Resipi ayam bakar mudah & sedap

Sebelum bakar ayam, panaskan oven selama 10 minit.

Kemudian letak tray di tempat kedua dari atas. Mula-mula masak selama 40 minit, api atas 150, api bawah 170. 

Bakar kali kedua, api atas 190, api bawah 210 dan bakar selama 30 minit.

Tapi perlu diingatkan, ia tetap bergantung pada jenis oven juga. Jadi, nak selamat, sentiasa pantau ayam ketika dibakar, takut nanti terlebih bakar, hangit pula jadinya hehe

Oh ya sebelum terlupa, bila ayam dah separuh masak, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis dan sapukan madu dan sos tiram ke atas ayam.

Resipi ayam bakar mudah & sedap
Resipi ayam bakar mudah & sedap

Itulah saja resipi ayam bakar dan cara memasaknya. Mudah kan? Sangat sedap dimakan ketika masih hangat-hangat.

Selamat mencuba 😍

Kredit: Kayywawa Kerol

Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Bagi Tahun 2021 | Tahun 2020 semakin ke penghujunugnya Ini bermakna, tahu 2021 akan menghadirkan diri. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang tahun 2020 banyak mengajar kita semua erti bersyukur. Jadi, untuk harungi tahun 2021 yang akan datang, perancangan yang sangat teliti amatlah diperlukan

Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021


Adakah anda semua sudah bersedia untuk berhadapan dengan tahun 2021?

Memandangkan Surat Pekeliling Akauntan Negara berkaitan dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji bulan tahun 2021 telah dikeluarkan, jadi untuk memudahkan segala urusan anda pada tahun 2021, hari ini Atul ingin kongsikan tentang Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Bagi Tahun 2021

Berdasarkan kepada Jadual Gaji 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara, terdapat 6 kali kakitangan awam akan menerima gaji awal iaitu bulan Februari, bulan Mac, bulan Mei, bulan Jun, bulan Julai, dan bulan Ogos

Oleh itu, dengan adanya jadual ini, bolehlah anda membuat ringkasan pengurusan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik agar semuanya berjalan dengan lebih lancar pada tahun 2021 nanti.

Berikut merupakan jadual tarikh pembayaran gaji tahun 2021:

Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021
Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021

Disertakan juga bilangan hari antara tarikh gaji untuk bulan yang seterusnya:

Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2021
Bilangan hari antara tarikh gaji untuk bulan yang seterusnya

Menerima gaji awal seperti di bulan Februari (Tahun Baru Cina), & bulan Mei (Hari Raya Puasa dan Hari Keamatan), bulan Jun (Hari Gawai), bulan Julai (Hari Raya Haji)  dan bulan Ogos menyebabkan anda akan mengalami tempoh yang sangat kritikal kerana perlu menunggu waktu yang agak lama untuk bulan berikutnya. Oleh itu, plan & strategi kewangan hendaklah dirancang sebaik mungkin agar anda tidak mengalami masalah kewangan pada bulan tersebut.

Disini Atul sertakan juga, link E-penyata gaji untuk memudahkan anda membuat semakan penyata gaji secara dalam talian.

Semoga jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan untuk kakitangan awam 2021 ini dapat membantu anda membuat perancangan dengan lebih tersusun padan tahun 2021 nanti.

Selamat menghabiskan sisa-sisa cuti tahun 2020 dan selamat menempuh tahun 2021 dengan jayanya!

Resipi Cendawan Tumis Lada Hitam

Resipi Cendawan Tumis Lada Hitam | Siapa suka makan cendawan? Kalau di utara, mereka panggil kulat. Atul pun xtau kenapa mereka panggil kulat hehe

Atul suka cendawan, kalau pergi makan kedai, ada menu yang ada cendawan, memang atul akan pilih menu tu n kutip cendawan bebanyak 😂

Jadi, kali ini Atul nak kongsikan resipi cendawan tumis lada hitam. Sebenarnya Atul hentam je masak resipi ni. Ikut tekak sendiri. Kalau korang nak cuba masak ikut resipi Atul, boleh je, apa salahnya. Atul lagi suka.

Resipi Cendawan Tumis Lada Hitam


Tapi kalau tak sedap, korang ejasla bagi sedap. Sekarangkan dah mudah. Secukup rasa ada. Macam² jenama lagi 🤭 Tapi resipi Atul ni, memang tanpa perasa instant tu. Totally original resipi

Teringat masa makan cendawan tumis lada hitam dengan nasi hangat ni semalam, sudahlah tumbuk lada hitam kasar-kasar, kunyah lada hitam je kerjanya.🤣

Mak ai, pedas betul rasanya. Sampai berdengap kepala dibuatnya 💆 Tapi habis juga. Licin juga pinggan 😅

Okaylah, dibawah ni Atul kongsikan bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak cendawan tulis lada hitam. Selamat mencuba 😊


Bahan² Cendawan Tumis Lada Hitam

👉🏻 Cendawan (Atul guna cendawan yang putih tu)

👉🏻 1 sudu Lada hitam** (Kalau nak pedas, boleh tambah)

👉🏻 Lobak merah ( Potong macam fries)

👉🏻 Putik Jagung (Potong macam fries)

👉🏻 Sedikit ayam (Potong dadu)

👉🏻 3 ulas bawang putih (Potong dadu)

👉🏻 Sebiji bawang merah kecil (Potong dadu)

** Tumbuk kasar jangan lumat. Siap tumbuk, masukkan sedikit air ke dalam lesung, untuk menumis.


Cara memasak Cendawan Tumis Lada Hitam

1. Tumis bawang putih bawang merah sampai naik bau atau kekuningan. jangan sampai hangit, nanti pahit 

2. Kemudian masukkan ayam. tumis sampai ayam separuh masak

3. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali 

4. Kemudian biarkan seketika sampai ayam masak

5. Masukkan lobak merah. kacau seketika

6. Masukkan putik jagung

Akhir sekali baru masukkan cendawan

Tutup dengan tudung periuk seketika. Jangan lama, nanti lembik

Jangan lupa masukan garam secukup rasa. Jangan lebih nanti masin pulak hehe

Kalau rasa cendawan tu dah masak, dah siap la tu. 

.

Cendawan tumis lada hitam ni masaknya tak lama, sekejap je. Kalau boleh, bila kita kunyah lobak merah & jagung tu, ada rasa kerangupan sayur² tu. Tak lembik.

Kalau ayam tu tukar dengan daging, udang atau sotong boleh tak? Boleh je, apa salahnya. Untuk daging kena potong nipis, nanti liat. Cara memasak sama macam gunakan ayam.

Tapi kalau guna sotong atau udang, letak kemudian selepas letak cendawan, sebab taknak udang atau sotong terlebih masak, nanti tak sedap pulak.

Okaylah, itu je cara memasak cendawan tumis lada hitam ni. Mudah dan sekejap je penyediaannya. 

Selamat menjamu selera 😊