RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 secara PERCUMA

RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 secara PERCUMA | Seriuslah RichWorks adakan program khas untuk orang ramai secara PERCUMA? Atau pihak RichWorks sebenarnya hanya nak pancing orang ramai supaya masuk program-program berbayar yang akan diadakan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman? Macam tak masuk akal pula apabila pihak RichWorks anjurkan program khas secara percuma.

Itulah antara komen yang diterima apabila keluarnya berita tentang Datuk Wira hendak melaksanakan program mega bagi membantu rakyat Malaysia terutama usahawan ketika musim pandemik ini. Sedih pun ada dengan reaksi yang diterima itu, mungkin mereka tidak pernah mengikuti program-program berkenaan. Kalau ada yang mengikutinya pun, mungkin mereka tidak melakukan tindakan secara konsisten yang boleh membuahkan hasil seperti peserta lain yang telah berjaya.

Siapakah Datuk Wira Dr Azizan Osman?

Siapa tidak kenal Datuk Wira Dr Azizan Osman? Pasti ramai yang sudah mengenali beliau kan? Datuk Wira Dr Azizan Osman (DWDAO) adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.

RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 secara PERCUMA

Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa. Sebelum tertubuhnya RichWorks, beliau mempunyai pengalaman meluas dalam marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar, seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain.

Kini beliau amat dikenali sebagai Pengasas dan Pengerusi RichWorks InternationalDWDAO dan RichWorks sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008 lagi, iaitu telah berpengalaman selama 13 tahun dalam industri ini. Sejak 2008, DWDAO telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui RichWorks International, syarikat yang diterajui beliau sendiri. Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.

Beliau sentiasa bersemangat untuk melihat anak bangsa usahawan berjaya. Walaupun banyak orang skeptikal dan fikir negatif namun beliau tetap lakukan apa yang boleh dilakukan dan sumbangkan untuk kejayaan . Info lanjut DWDAO

Program PERCUMA RichWorks bantu lebih ramai orang bangkit


Betul ke RichWorks bantu orang ramai bangkit dengan Percuma ni?

Mula-mula free lepas termakan umpan dia sembelih la kau sambil loncat-loncat jerit ambil semangat katanya.  Waktu masuk dengar tu memang la percuma, selepas terkinja-kinja mereka cadangkan masuk program itu ini, bayaran nya bukan kecik² anak. Jerung pun boleh meninggal


Ops! Tolong jangan percaya komen negatif itu. Tolong JANGAN BERHENTI disini JIKA ANDA HENDAK MAJUKAN BISNES ANDA. JIKA ANDA HENDAK UBAH KEHIDUPAN ANDA! INGATLAH! ZON SELESA YANG ANDA NIKMATI SEKARANG, MAMPU MELENYAPKAN IMPIAN ANDA! Jadi, teruskan pembacaan demi mengubah masa depan anda.

RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 secara PERCUMA

Sebenarnya Datuk Wira Dr Azizan Osman telah pun mengadakan program-program secara percuma ini sejak PKP 1.0 lagi. Secara menyeluruhnya RichWorks telah membantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak tahun 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online.

RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari KRISIS 3.0 secara Percuma

Sebelum negara dilanda wabak pandemik Covid-19, RichWorks telah menerima lebih 700,000 orang usahawan yang mengikuti program RichWorks secara fizikal iaitu sejak tahun 2008 sehingga tahun 2019. Iaitu selama 11 tahun berpengalaman melaksanakan Program Live Event.

RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari KRISIS 3.0 secara Percuma

Namun begitu, apabila negara dilanda wabak Covid-19 sehingga menyebabkan ramai yang telah kehilangan punca pendapatan. Malah para usahawan juga turut berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah. Ada usahawan yang perniagaannya terjejas sehingga ada yang terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bertahan dengan situasi ketika ini.

Jadi untuk meningkatkan ekonomi dalam keluarga, mereka perlu mencari peluang untuk menyara kehidupan. Sejak itulah RichWorks telah membantu lebih 800,000 usahawan dengan menganjurkan program virtual online secara percuma. Ramai diantara peserta yang hadir telah mendapat manfaat daripada program-program tersebut.

RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari KRISIS 3.0 secara Percuma


Statistik usahawan yang berdaftar dengan program RichWorks dari tahun 2020 sehingga Julai 2021

Tahun 2020 - 410,134 Usahawan
Sehingga Julai  2021 - 453,595 Usahawan
Jumlah Keseluruhan usahawan berdaftar - 863,729 Usahawan

Antara program-program percuma Datuk Wira Dr Azizan bersama RichWorks anjurkan

RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari KRISIS 3.0 secara Percuma

RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari KRISIS 3.0 secara Percuma

RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari KRISIS 3.0 secara Percuma


Testimoni usahawan yang telah menyertai program RichWorks secara Virtual Online

Ada saja testimoni yang dikongsikan sendiri oleh para peserta yang tunjukkan perubahan dan peningkatan selepas ikuti program-program percuma ini. Ada yang dalam masa beberapa hari sudah ada perubahan, ada yang cuba buat sesuatu yang dipelajari dan saksikan peningkatan masa ini malah Berjaya upgrade diri hingga dapat membina bisnes dengan berjaya.

RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari KRISIS 3.0 secara Percuma

RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari KRISIS 3.0 secara Percuma

RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari KRISIS 3.0 secara Percuma

Program Khas Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi Bisens & Pemasaran Digital oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn Bhd Radz Mohd berkata, pihaknya cukup memahami keadaan ini malah ramai usahawan yang berhubung dengan RichWorks di media sosial bagi mendapatkan panduan, nasihat dan bantuan untuk menyelamatkan perniagaan mreka.

"RichWorks cukup memahami keadaan ini namun apa yang mengkagumkan meskipun banyak perniagaan ditutup ada juga yang bukan sahaja bertahan malah menyaksikan perkembangan luar biasa ketika pandemik ketika ini," katanya.

Malah kata Radz, sejak pandemik melanda, RichWorks menerusi Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah mengadakan pelbagai program bagi membantu usahawan terkesan secara percuma dan ia mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja daripada usahawan sedia ada malah bakal usahawan, suri rumah dan bekas graduan yang ingin memulakan perniagaan.

Disebabkan permintaan dan sambutan luar biasa daripada masyarakat, RichWorks buat pertama kali tampil dengan program khas - Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi Bisnes & Pemasaran Digital pada 27-29 Ogos ini. Program Bangkit kembali bersama RichWorks akan diadakan selama 3 hari menerusi aplikasi Zoom bersama pengasas Richworks International dan mentor usahawan, Datuk Dr Azizan Osman.

RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 secara PERCUMA


Program Khas Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi Bisnes & Pemasaran Digital untuk SIAPA?

Adakah program Khas Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 bersama RichWorks ini sesuai untuk saya?

Untuk makluman anda, Program Bangkit Bersama RichWorks ini sangat sesuai untuk anda jika;

  • Anda seorang usahawan
  • Anda ingin memulakan perniagaan
  • Anda bakal usahawan
  • Anda diantara individu yang merancang untuk berniaga
  • Anda seorang suri rumah
  • Anda yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan
  • Anda yang hendak menambah pendapatan sampingan
  • Anda seorang pelajar

Pendek kata, Program Bangkit Bersama RichWorks ini sangat sesuai untuk semua golongan terutamanya individu yang hendak bangkit dan ubah keadaan hidup ketika ini.

Program khas ini juga untuk anda usahawan dan bakal usahawan yang nak jadi the NEXT DIGITALpreneur dengan bisnes ONLINE waktu pandemik. RichWorks akan terus komited untuk bimbing usahawan keluar dari kemelut keresahan ke arah menjana kewangan berganda dengan solusi bisnes dan pemasaran ONLINE!

Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi Bisnes & Pemasaran Digital sudah semestinya

100% PERCUMA
100% DITAJA
100% KEBAJIKAN
 

Apa yang bakal dipelajari dalam sesi Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi BIsnes & Pemasaran Digital?


1. Memahami kenapa digital adalah lubuk emas peniaga dan usahawan era pandemik

2. Langkah dan persediaan lengkap peniaga sebelum beralih ke arah digital

3. Pelajari strategi digital yang boleh buat duit sekarang

4. Kenal pasti strategi digital paling sesuai untuk jenis dan tahap perniagaan anda

5. Mengenali platform digital yang paling sesuai untuk membantu kelangsungan bisnes sekarang

6. Case Study dari bisnes, peniaga dan usahawan yang berjaya ubah cara berniaga dari norma lama ke arah digital


Saya nak bimbing anda menjadi DIGITAL-PRENEUR untuk BANGKIT dan kuasai bisnes online dan pemasaran digital. - Datuk Wira Dr. Azizan Osman


Pada pendapat Atul, ini masanya untuk kita memulakan satu tindakan luar biasa mengikut arus masa. Terutamanya berubah ke bisnes online dan menggunakan transaksi digital. Mengapa?


1. Pelanggan

Pandemik merubah landskap pemasaran dan urusan jual beli. Pelanggan kini majoriti berada di rumah. Kalau dulu kita berada di kedai dan lakukan Marketing secara offline dan boleh lakukan networking di mana sahaja kita berada, soalnya, adakah kita dah berjaya transformasikan bisnes kita secara online untuk orang mudah capai, mudah memilih dan mula membeli?


2. Platform

Perasan atau tidak banyak kedai-kedai dan perusahaan terpaksa tutup sepanjang pandemik dan kini hampir dua tahun lamanya. Ia tempoh yang amat sukar untuk ramai usahawan terutama perusahaan kecil sederhana yang terkesan yang tidak boleh berniaga dan mata pencarian mereka terjejas teruk.
Tapi tahukah anda harini kita ada BANYAK platform yang boleh digunakan dan perubahan pada cara kita bisnes ketika pandemik sekarang adalah ‘normal’.


3. Pesaing

Usahawan hari ini bersaing dengan masa dan kepantasan selain pesaing. Orang mungkin boleh tiru bisnes kita tapi mereka mungkin tak boleh tiru servis dan cara kita berniaga. Itu pentingnya sentiasa upgrade ILMU dan menawan hati pelanggan dengan servis terbaik.

Jadi, tindakan yang dilakukan oleh richworks nak bantu orang ramai bangkit terutamanya dikalangan usahawan adalah sangat tepat. Atul sangat-sangat menggalakkan anda semua untuk sertai kempen bangkit anjuran Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana pihak RichWorks bersemangat hendak membimbing usahawan yang KOMITED dibimbing dalam melengkapkan usahawan dan bakal usahawan ke arah THE NEXT DIGITALpreneur dalam Era Digital 4.0 di Malaysia.

Kali pertama dalam sejarah RichWorks! Jemputan Himpunan Usahawan pada 27 - 29 Ogos 2021 ini dalam Program 3-Hari Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0: Solusi Bisnes & Pemasaran Digital.

Jom rebut peluang untuk dapatkan slot 100% Percuma ini. Bagaimana untuk mendaftar?

RichWorks anjur Program Bangkit Bisnes Dari KRISIS 3.0 secara Percuma

Untuk mendaftar, sila layari:  www.richworks.com/bangkit 


Maklumat lanjut penganjur adalah seperti di bawah:
 

Richworks International Sdn Bhd
RichQ, No.77 Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13,
Tadisma Business Park,
40100 Shah Alam, Selangor 

Tel: 1-300-88-2424


Email | Website | Telegram | Facebook


Continue Reading

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan

McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan | Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan, orang ramai telah memilih untuk duduk di rumah berbanding berada di luar. Disebabkan ini, orang ramai aktif menggunakan khidmat penghantaran makanan untuk mereka mendapatkan makanan tanpa perlu keluar rumah.

Kita sendiri boleh lihat, betapa sibuknya mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan di musim PKP ini. Tugas mereka sebagai penghantar makanan ini juga boleh dianggap sebagai petugas barisan hadapan kerana tugas mereka sangat penting bagi memastikan keperluan orang ramai dapat dipenuhi.

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan 

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Bagi mengucapkan terima kasih dan menghargai tugas penghantar makanan yang bekerja sepanjang tempoh PKP ini, McDonald’s Malaysia telah meraikan dan belanja 65,000 penghantar makanan di seluruh Malaysia dengan menyediakan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju percuma kepada mereka.

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Usaha murni McDonald’s Malaysia meraikan penghantar makanan adalah sebahagian daripada kempen
#LekLuMcDBelanja #RiderKu ini. Inisiaitif ini telah dilaksanakan diseluruh restoran McDonald’s di Malaysia diantara jam 2 petang hingga 5 petang pada 12 Julai 2021 yang lalu. Antara penghantar makanan yang diraikan oleh McDonald’s Malaysia adalah FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) dengan mendapat set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju setiap seorang.

Kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera ini bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan tanda penghargaan kepada semua penghantar makanan yang sentiasa peka dan bersungguh-sungguh melakukan tugas bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Azmir Jaafar, sejak penularan wabak pandemik, peranan penghantar makanan menjadi semakin penting apabila rakyat Malaysia perlu berada di rumah.

“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.

Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”

“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.” Kata Azmir Jaafar.

Respon penghantar makanan yang bekerja di musim PKP 

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Ibu kepada lima anak, Roslina Talhad perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.

“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.” - Penghantar Makanan McDelivery Roslina Talhad

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Wil
liam Quah merupakan penghantar makanan McDonald’s selama dua tahun.

“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.”

“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.” - Penghantar Makanan McDelivery William Quah

Respon penghantar makanan apabila dihargai oleh McDonald’s

McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan


Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.

“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.” - Penghantar Makanan McDelivery Mohamad Azyhan Musa

Seronok rasanya apabila penat lelah bekerja dihargai. Begitulah juga dengan petugas penghantar makanan ini, betapa gembiranya mereka apabila kita semua menghargai tugas yang mereka lakukan itu.

Jadi, untuk memastikan Kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran McDonald’s ini tercapai, sebagai tanda terima kasih kepada penghantar makanan, ayuh  semua rakyat Malaysia, kita kongsikan gambar atau video anda bersama #RiderKu di media sosial beserta hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.

Dengan sambutan yang menggalakkan dari kita semua, Atul yakin semua barisan penghantar makanan akan sentiasa gembira dan lagi bersemangat untuk teruskan tugas mereka sebagai penghantar makanan.

Akhir kata, jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada restoran khidmat segera, McDonald’s Malaysia atas usaha dan kempen yang dilaksanakan ini untuk menggalakkan orang ramai menghargai semua penghantar makanan di seluruh negara.

Kepada semua penghantar makanan, tugas anda sangat murni. Walaupun cuaca panas atau hujan, jika ada pesanan yang perlu dihantar, kalian tetap melakukannya demi memastikan rakyat Malaysia menerima pesanan makanan itu tepat pada waktunya. Terima kasih diucapkan. Terus melaksanakan tugas sebagai penghantar makanan yang bertanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia. Anda adalah petugas barisan hadapan demi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Untuk info lebih lanjut, anda boleh terus ke laman web: www.mcdonalds.com.my.

Continue Reading

5 restoran dengan perkhidmatan penghantaran makanan di Malaysia

5 restoran dengan perkhidmatan penghantaran makanan di Malaysia | Restoran dengan servis penghantaran makanan di Malaysia memang banyak. Boleh pilih mahukan servis dari restoran yang mana, bergantung pada makanan yang dikehendaki. Ada antara restoran ini halal dan ada yang tidak halal, sebagaimana yang akan dikongsikan di bawah ini, jadi sebelum membuat pesanan sila pastikan statusnya dulu. 


1. Bimala Prasad Caterers


5 Restoran Dengan Perkhidmatan Penghantaran Makanan di Malaysia


Katering vegetarian yang berpusat di Petaling Jaya ini berjaya menarik ramai pelanggan setia dengan set makan vegan mereka. Terdapat pelbagai tekstur dan rasa yang mereka tawarkan hanya dalam satu hidangan, seperti kuah India Selatan yang enak, akan berasa kenyang walaupun dengan hidangan yang kecil. 


Dan kebanyakan makanan mereka bebas daripada mana-mana jenis bawang. Untuk buat pesanan seeloknya ikuti media sosial mereka  kerana menu akan diberitahu dalam bentuk satu makanan pilihan 1 hari lebih awal untuk buat pesanan. Dengan melihat gambar makanan mewah mereka sahaja sudah cukup untuk memberi inspirasi kepada anda. 




2. Ordinary Eats


5 Restoran Dengan Perkhidmatan Penghantaran Makanan di Malaysia


Kepada anda yang memerlukan diet yang dapat menjaga anda, tetapi anda tidak risau dengan membuat pesanan makanan pada setiap hari, cubalah Ordinary Eats. Mereka merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang lain dari yang lain dalam menyelesaikan sebahagian rancangan makan tengah hari anda satu bulan. 


Menghantar 2-3 kali seminggu, set bento seimbang mereka masing-masing mempunyai minimum 8 jenis tumbuhan atau sayuran, dengan menggunakan bahan-bahan sebenar, rempah premium, biji-bijian, gula, sedikit garam dan minyak dan mengelakkan daripada menggunakan daging tiruan sama sekali.  


Hidangan harian yang ditawarkan berbeza setiap hari bergantung kepada bahan segar yang dimiliki oleh mereka pada hari itu. Pelanggan akan dimaklumkan tentang makanan yang akan ditawarkan sehari sebelumnya. Ordinary Eats merupakan pilihan yang baik untuk dipertimbangkan jika anda ingin beralih ke tabiat makan yang lebih sihat secara keseluruhan. Sekiranya anda ingin mencuba hanya satu atau dua makanan, pilihan tersebut turut tersedia. 




3. Kaw Kaw Veg


5 Restoran Dengan Perkhidmatan Penghantaran Makanan di Malaysia


Sama ada Char Kuey Teow, Veggie Kurma atau Nasi Ayam Kunyit, rasa selesa yang biasa penggemar makanan Malaysia alami adalah pesanan yang mudah untuk Kaw Kaw Veg. Perniagaan keluarga kecil ini merupakan salah satu perkhidmatan penghantaran makanan vegan eksklusif pertama yang dimulakan di Lembah Klang lebih dari 2 tahun yang lalu, dan ianya tetap popular dengan harga yang berpatutan dan pelbagai rasa tempatan yang mengagumkan menjadikannya makanan yang sihat. 


Sebaik sahaja mengetahui dalang di sebalik syarikat tersebut iaitu Kugan, dan naik turun yang telah pasukan ini lalui untuk terus menjalankan perniagaan kecil mereka merupakan bukti keghairahan dan kesungguhan mereka untuk menyampaikan pilihan makanan yang lebih sihat kepada rakyat Malaysia yang tinggal di bandar. 


Menu mereka bertukar-tukar setiap minggu dan pada beberapa hari, anda dapat memilih antara daging dan daging bukan tiruan. Kaw Kaw Veg menghantar makan tengah hari pada hari bekerja kecuali hari Rabu. 




4. Brother Bean


5 Restoran Dengan Perkhidmatan Penghantaran Makanan di Malaysia


Jika anda sangat menggemari air soya tetapi selalu risau tentang tetra paks pakai buang dan botol plastik yang digunakan, Brother Bean telah pun menyediakan sistem penghantaran yang benar-benar tepat di kawasan anda. 


Meraikan tradisi lama dan sentuhan tersendiri dalam perniagaan, Brother Bean menjadikan air soya yang segar dengan menggunakan kacang soya Kanada dan menghantarnya ke depan pintu rumah anda. 


Dalam botol kaca yang berisi 1 liter ini, anda boleh memilih antara ingin air soya anda dimaniskan atau tidak. Setiap botol bersih yang dikembalikan kepada mereka akan memberikan anda rebat sebanyak RM2. 


Brother Bean juga turut menawarkan kopi buatan sendiri yang menggunakan kacang panggang yang berasal dari negeri Perak dan terdapat 2 variasi iaitu normal dan dalam bentuk pekat yang dapat memberikan kepada anda sebanyak 12 cawan kopi. 




5. V’Burger KL


5 Restoran Dengan Perkhidmatan Penghantaran Makanan di Malaysia


Syarikat katering yang pakar dalam membuat burger vegetarian, V’Burger sekarang ini tengah sibuk dengan melayani orang-orang yang kehilangan tempat tinggal dan miskin di bandar setiap seminggu sekali. 


Baru-baru ini mereka juga turut menawarkan penghantaran makan tengah hari untuk vegetarian. Walaupun pre-order  untuk makan tengah hari mereka tidak begitu konsisten, dengan mendapatkan sekotak makanan yang berpatutan akan kelihatan seperti makanan yang sebenar untuk anda. 


Kurang Yakin Kerana Sukar Nak Bezakan Restoran Halal Dan Non Halal 


Jika benar, ada baiknya gunakan khidmat Foodpanda. InshaAllah dengan bantuan servis penghantaran secara terus oleh Foodpanda ini dapat bantu berikan makanan yang sesuai dengan citarasa masing-masing. 


5 Restoran Dengan Perkhidmatan Penghantaran Makanan di Malaysia


Berasa kurang sihat atau mungkin malas untuk masak, boleh terus gunakan khidmat Foodpanda untuk order food kegemaran dari restoran yang ada di kawasan sekitar. 


Dengan menggunakan servis pesanan secara atas online di website atau aplikasi Foodpanda ini, semuanya sangat mudah hanya dengan menggunakan hujung jari dan dapat juga elakkan diri dari berada di tempat awam.


Continue Reading

Cara buat bloglist di blogspot

Cara buat bloglist di blogspot | Bloglist adalah senarai link-link blog yang dikumpul dan dipamerkan dalam blog. Ada yang membuat bloglist atas persetujuaan pertukaran link antara blogger, ada yang meletakkan senarai link blog dalam bloglist mereka kerana suka ikuti dan membaca entri blog tersebut. Jadi, dengan adanya bloglist ini, mereka akan mengetahui entri terkini daripada blog kegemarannya.

Cara buat bloglist di blogspot

Kelebihan bloglist yang perlu anda tahu 

πŸ‘‰ Sentiasa dapat tahu jika ada entri terbaru daripada blogger dalam bloglist yang dibuat
πŸ‘‰ Inspirasi untuk menulis entri baharu
πŸ‘‰ Penanda aras untuk mengaktifkan blog
πŸ‘‰ Bantu tingkat trafik blog
πŸ‘‰ Bantu tingkatkan follower
πŸ‘‰ Salah satu cara untuk blogwalking dengan cepat
πŸ‘‰ Bantu tingkatkan pengaruh domain (kekuatan domain)
πŸ‘‰ Peluang menguatkan ‘networking’ antara blogger
πŸ‘‰ Menjimatkan masa pembaca dengan hanya klik link yang terdapat dalam bloglist

Menarikkan kelebihan yang akan kita dapat jika buat senarai bloglist ni. Kita akan dapat manfaat, senarai blog yang terdapat dalam bloglist juga akan dapat manfaatnya. Baiklah, jom kita lihat langkah-langkah cara buat bloglist di blog.

Cara buat bloglist di blogspot

1. Sign in blogger dan anda akan terus ke dashboard. Kemudian pergi ke Layout

Cara buat bloglist di blogspot

Kemudian pergi ke bahagian Add a Gadget

Cara buat bloglist di blogspot


Pilih bloglist seperti gambar di bawah

Cara buat bloglist di blogspot


Seterusnya, sila ikut langkah dibawah

Cara buat bloglist di blogspot

Title : Tajuk bloglist anda ang akan terpamer di blog nanti. Jadi anda boleh ubah ikut tajuk yang anda hendak buat. Contoh "Blog Feveret"

Sort : Susunan senarai blog dalam bloglist anda. Disini ada 2 plihan, A hingga Z dan “most recently updated”. Untuk bahagian ini, Atul lebih cadangkan anda pilih yang “most recently updated” supaya senarai blog yang sentiasa update entri terbaru akan berada di bahagian atas. Jadi, akan bertukar-tukarlah nama blog yang akan berada di atas dalam bloglist anda.

Show : Anda boleh pilih untuk pamerkan “all blog” atau 5, 10 atau 25 blog sahaja. Anda juga tick pada ruangan kotak untuk ia muncul dalam senarai bloglist anda nanti. Anda boleh cuba satu per satu.

Add a blog to your list : Ini bahagian paling penting, kerana ia untuk anda masukkanlink-link yang anda hendak bloglistkan. Terdapat 2 pilihan disini;

Cara buat bloglist di blogspot

πŸ‘‰ Add by URL : iaitu blog-blog pilihan yang anda hendak masukkan dalam bloglist sahaja yang akan ada dalam senarai. Untuk yang ini anda perlu masukkan link blog satu per satu.

πŸ‘‰ Blog I'm Following : semua blog yang anda follow akan tersenarai dalam bloglist.


Setelah masukkan link-link blog kedalam bloglist anda, jangan lupa tekan SAVE ya.

Maka, siaplah bloglist anda. Bolehlah lihat hasilnya 😊

Boleh ke buat bloglist banyak?

Mestilah boleh. Anda hanya perlu ulang dan ikuti langkah-langkah cara buat bloglist di blogspot di atas sampai habis. Pastikan setiap tajuk bloglist adalah berbeza mengikut citarasa anda.

Ini contoh bloglist yang terdapat dalam blog Atul. Buat masa ni ada 3 bloglist berbeza

Cara buat bloglist di blogspot

Eh, bloglist panjanglah. Macam mana nak buat kotak pendek yang boleh scroll macam bloglist Atul tu.

Jawapannya sila klik link cara untuk buat scroll box di bloglist ini, anda pasti akan jumpa jawapannya nanti.

Selamat mencuba. Terima kasih kerana sudi baca cara buat bloglist di blogspot yang mudah ini.

Continue Reading

Cara membuat kategori atau label di blogspot

Cara membuat kategori atau label di blogspot | Baru-baru ni Atul dapat pertanyaan dari seseorang, kategori atau label ni perlu ke? Apa fungsinya?

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Bagi Atul kategori atau label yang terpapar di blog kita ini PERLU. Fungsinya untuk memudahkan pembaca mencari dan mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam blog kita dengan cepat sekaligus dapat menjimatkan masa mereka

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Untuk entri kali ini, Atul ingin kongsikan tutorial cara membuat kategori atau label di blogspot dengan mudah. Hanya beberapa minit sahaja untuk membuatnya. 

Okay, sebelum Atul kongsikan cara membuat kategori atau label ini, Atul hendak anda tahu dari mana datangnya kategori atau label ini. 

Sebenarnya kategori atau label ini boleh ada di blog anda apabila anda meletakkan label ketika anda menulis entri baharu. Macam mana ya? Jom tengok gambar di bawah ini.

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Dah faham kan dari mana datangnya label untuk kita buat kategori atau label yang terpapar di blog kita? Tahniah! So, jangan lupa buat label yang bersesuaian dengan entri anda.

Sekarang, jom kita lihat langkah-langkah cara membuat katergori atau label di blogspot. Semoga apa yang Atul kongsikan ini dapat membantu anda mencantikkan blog anda.

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Untuk pengetahuan anda, senarai kategori atau label ini akan terletak di bahagian sidebar atau sidebarwidgetarea. (Bergantung pada theme blog yang anda guna ya)

Macam blog Atul ni, Atul guna theme Olsen dan theme ini mempunyai ada 2 bahagian sahaja. Jika anda pengguna blogspot tapi bukan theme Olsen pun boleh ikuti tutorial ini.

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Bahagian 1 untuk tulis entri
dan bahagian 2 untuk widget

Untuk makluman anda, di bahagian 2 ini, ada sesetengah bahagian kena edit coding di HTML, dan ada juga yang kena edit di layout. Selalunya edit di layout ini berkaitan dengan widget. Tapi kadang-kadang tengok situasi juga. hehe (Jangan pening ya) 

Untuk buat kategori atau label ni, anda perlu buka Dashboard blog > Layout > Sidewidgetarea

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Kemudian anda perlu add widget 

Cara membuat katergori atau label di blogspot

➌ Pilih Label

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti dalam gambar dibawah

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Tajuk
Tajuk anda boleh tukar, dari label buatlah nama apa yang anda rasa sesuai.

Label sorting 
Senarai label yang hendak di susun ikut A hingga Z atau Kekerapan
  • Alphabetically - Senarai label yang akan terpapar di blog akan ikut A hingga Z
  • Frequency - Senarai label yang akan terpapaer di blog akan ikut bilangan mana yang paling banyak dalam entri 
Display
Label akan terpapar secara senarai atau karangan πŸ˜‚
  • List - Label akan terpapar dalam senarai atas ke bawah
  • Cloud - Label akan terpapar seperti karangan
Show number of post per label
Anda boleh pilih, samada nak ada bilangan nombor di tepi label atau tidak. Jika nak, hijaukan, jika tidak, biarkan kelabu

Display
Anda hendak paparkan label semua sekali atau yang terpilih sahaja
  • All - Semua label yang anda masukkan dalam setiap entry akan disenaraikan 
  • Selected - Hanya label yang anda pilih sahaja yang akan terpapar di senarai kategori atau label nanti. Jadi tak ada la panjang berjela senarai label anda tu nanti. Dah boleh jimat ruang 
Akhir sekali, jangan lupa save ya.

So sekarang, bolehla refresh blog anda dan lihat ada tak label yang telah anda buat tadi di bahagian sidebar anda.

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Yeay! Tahniah! Anda dah berjaya buat kategori atau label. Mudahkan cara membuat kategori atau label ni. Sekejap je dah siap πŸ˜€

Oh ya, andai kata bila anda buat kategori atau label ini dan hasil paparannya sangat panjang, sehingga menyebabkan anda bosan nak cari label yang anda kehendaki. Sekejap, Atul ada cara untuk pendekkan senarai itu. Caranya apa kata anda buat scroll box di widget label anda.

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Macam mana nak buat? Mudah sahaja caranya. Jom tengok cara membuat scroll box di blog di sini. 

Semoga entri ini memberi manfaat buat anda. Terima kasih kerana sudi membaca tutorial cara membuat katergori atau label di blogspot ini.

Continue Reading

Cara pendekkan link guna bitly

Cara pendekkan link guna bitly | Serabutlah link panjang-panjang ni, macam mana nak ingat kalau dah panjang sangatkan? Jadi, hari ini Atul nak share cara pendekkan link guna bitly.com . Macam link Atul kat bawah ni

https://bit.ly/kurus_atulhamid

Pendekkan? Siap boleh guna nama sendiri lagi. hehe Kan mudah nak ingat, link pun pendek, senang nak copy dan kongsikan pada sesiapa yang anda nak copy. Setuju tak? Okay, jom tengok langkah-langkah cara pendekkan link di bawah ini

Cara pendekkan link guna bitly

Langkah-langkah dibawah ni, Atul nak pendekkan link wasap

  http://wasap.my/60195733761/InakOrdersetkurusShaklee kepada https://bit.ly/kurus_atulhamid

1. Anda kena masuk ke website bitly.com

Cara pendekkan link guna bitly

2. SIGN UP sekiranya belum ada account. Sekiranya sudah ada, terus LOG IN seperti biasa

Cara pendekkan link guna bitly

3.  Sebelum itu, anda perlu pilih dahulu, nak yang PERCUMA atau BERBAYAR. Jika nak yang PERCUMA, klik di bahagian Free, Get started.

Cara pendekkan link guna bitly

4. Isikan maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran (sign up) 

Cara pendekkan link guna bitly

Ada 2 pilihan untuk mendaftar,

a) Daftar terus mengguna account Google yang sedang anda gunakan

b) Daftar menggunakan Email

Nak mudah pilih Sign Up with Google, jadi tak adalah berlakunya masalah terlupa kata laluan nanti. hehe

5. Setelah berjaya mendaftar, akan terpapar seperti di bawah ini

Cara pendekkan link guna bitly

Kemudian teruskan dengan Create new Bitly account, akan muncul seperti di bawah ini

Cara pendekkan link guna bitly

Anda boleh pilih Personal.

Dan langkah seterusnya anda boleh pilih untuk isi atau skip.

Nak mudah, skip sahaja sebab ia tetap akan dibawa masuk ke dashboard bitly seperti dibawah ini

Cara pendekkan link guna bitly

6. Bolehla mula create link yang anda kehendaki dengan memilih butang CREATE, kemudian LINK

Cara pendekkan link guna bitly

Selepas klik butang link, akan terpapar seperti di bawah ini. 

Cara pendekkan link guna bitly 

Kemudian masukkan link yang anda hendak pendekkan di ruangan link yang disediakan dan klik CREATE. 

Cara pendekkan link guna bitly

 Cara pendekkan link guna bitly

Inilah hasilnya selepas link panjang di pendekkan.

Cara pendekkan link guna bitly 

Untuk menukar link kelabu kepada brandname atau perkataan yang anda kehendaki, anda cuma perlu edit di link kelabu sahaja. Kemudian pastikan tekan save.

Cara pendekkan link guna bitly

Oh ya, jangan lupa edit TITLE, tujuannya untuk membezakan link. Nanti anda lupa pula link itu untuk yang mana satu hehe

Contoh TITLE yang telah ditukarkan seperti dibawah ini.

Cara pendekkan link guna bitly

Selesai. Bolehla copy link dan kongsikan kepada mereka yang dikehendaki. Okay, jom kita cuba, keluar tak ke nombor whatsApp Atul seperti gambar di bawah ini.


Cara pendekkan link guna bitly

Dapatkan? Mudah je nak buat. 

Selamat mencuba. Terima kasih sudi membaca tutorial cara pendekkan link guna bitly


Continue Reading