KETUAT

Atul Hamid
0

Ketuat


APAKAH KETUAT?

Ketuat ialah ketumbuhan kecil pada kulit yang disebabkan oleh virus jenis Human Papilomavirus (HPV). Ia boleh melibatkan bahagian kulit dan mukosa seperti di bahagian alat kelamin lelaki dan perempuan.

Ketuat boleh melibatkan semua peringkat umur. Ketuat biasanya hilang tanpa perlukan rawatan terutama di kalangan kanak-kanak. Bagi orang dewasa, tempoh yang lebih lama diperlukan untuk ketuat hilang sepenuhnya.

Ketuat berjangkit dari individu ke individu lain melalui sentuhan. Ia juga boleh merebak dari satu bahagian ke bahagian lain individu yang sama melalui autoinokulasi. Risiko jangkitan lebih tinggi jika lapisan kulit luaran tidak normal.


BAGAIMANA NAK HAPUSKAN KETUAT?

Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.

Pesakit harus berjumpa dengan doktor sekiranya mempunyai masalah seperti berikut:
  • Mengesyaki ketumbuhan tersebut adalah bukan ketuat
  • Mempunyai ketuat pada kulit muka atau bahagian kemaluan
  • Mempunyai ketuat yang banyak pada bahagian tertentu
  • Mengalami kesakitan, gatal, kesan terbakar atau berdarah pada bahagian ketuat
  • Sistem imun tubuh berada pada tahap yang rendah
  • Menghidap penyakit diabetes / kencing manis


Setiap individu berisiko dijangkiti oleh virus Human Papilloma dan akan membentuk ketuat. Bagi membantu menghalang pertumbuhan ketuat, pelbagai langkah boleh diambil seperti:
  • Tidak menyentuh tempat yang dijangkiti ketuat
  • Membasuh tangan selepas merawat ketuat
  • Tidak berkongsi tuala, kasut atau stoking dengan individu yang mempunyai ketuat
  • Memakai selipar / alas kaki semasa menggunakan bilik air atau kolam mandi awam
  • Memastikan tapak kaki sentiasa kering bagi mengelakkan dijangkiti ketuat


ketuat


Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menghilangkan ketuat dengan lebih cepat. Namun setiap kaedah yang digunakan memberikan kesan yang berbeza bergantung kepada usia pesakit, tahap kesihatan dan juga jenis ketuat.

Antara kaedah yang sering digunakan untuk menghilangkan ketuat biasa (common wart) ialah:

1. Salicylic Acid
  • Boleh didapati dalam bentuk krim, gel, cecair atau pelekat berubat.
  • Bertindak dengan cara melembutkan lapisan kulit yang membentuk ketuat secara berterusan agar ketuat tersebut mudah untuk ditanggalkan.
  • Rawatan perlu dilakukan setiap hari selama 12 minggu atau lebih.
  • Tidak boleh digunakan untuk ketuat pada kawasan kulit muka.
  • Sebelum menggunakan Salicylic Acid, pesakit perlu memberitahu doktor atau ahli farmasi sekiranya mereka mengandung, menyusukan anak, mengambil ubat-ubatan lain, alahan kepada ubat atau mempunyai masalah kesihatan yang lain.

2. Cryotherapy (pembekuan)
  • Merupakan rawatan oleh doktor dengan menggunakan cecair nitrogen yang diletakkan pada ketuat selama beberapa saat untuk membekukan dan memusnahkan sel kulit yang dijangkiti. Selepas rawatan, kesan melepuh akan terbentuk dan diikuti dengan kuping yang akan tertanggal dalam tempoh 7-10 hari selepas rawatan.


Sumber: Portal Kementerian Kesihatan Malaysia

Selain itu, bagi inidividu yang terkena jangkitan ketuat, anda juga boleh mengamalkan pengambilan suplemen yang kaya dengan antioksida seperti Vivix.

Baca:




Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !