Resepi Donut Mudah, Gebu Dan Sedap

Donut atau Donat? Mana satu yang betul? Hehe sama je maksudnya, iaitu sejenis kuih yang enak dimakan bersama keluarga, yang membezakannya adalah ejaan samada betul atau salah.

Sebelum Atul tulis lagi panjang tentang donut ni, Atul nak tanya, siapa suka makan donut?

Kalau nak tahu, dekat kampung Atul, Donut ini popular dengan nama kuih gelang tau. Nak tahu kenapa? Cuba tengok bentuk kuih donut tu, bentuk gelang kan? Hehe kreatif orang kampung teman. Tempat korang panggil Donut apa? Ada nama lain tak atau kuih gelang juga ðŸ˜Š

Kalau kita cakap je pasal donut, mesti terbayang bentuk gelang, warna keemasan dan bergula. Betul tak? Tapi jangan pelik tau, zaman sekarang ni, donut ada macam-macam jenis. Siap ada donut celup coklat, donut cheese, donut hipster pun ada. Zaman sekarang ni juga, donut ada pelbagai bentuk, tak terikat dengan bentuk gelang je. Setuju kan?

Jom kita tengok gambar donut yang boleh buat kita terliur dan rasa nak makan donut la pulak hehe


Resepi Donut Mudah, Gebu Dan Sedap

Resepi Donut Mudah, Gebu Dan Sedap

Resepi Donut Mudah, Gebu Dan Sedap
Resepi Donut Mudah, Gebu Dan Sedap

Resepi Donut Mudah, Gebu Dan Sedap

Resepi Donut Mudah, Gebu Dan Sedap

Sumber Gambar: Google

Terliur tak? Hehe tetiba rasa nak makan donut kan? Sorry ya. Kalau rasa tak tahan sangat nak makan donut, nanti cari tau. Atau nak lagi best, buat je sendiri. Meh Atul kongsikan resepi donut mudah, gebu dan sedap. Kalau sejuk pun tak keras dan tak liat.


Resepi Donut Mudah, Gebu dan Sedap:

Bahan-bahan:

Resepi Donut Mudah, Gebu Dan Sedap
Sumber: Facebook Shazwani Aika

3 cawan tepung
1 cawan air suam
2 sudu marjerin (keknie guna pelangi) (atul guna planta)
4 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat
1 bungkus yis
Telur 1 biji

Cara penyediaan:

Air suam + gula + susu pekat kacau sampai larut + masukkan yis biar 10 minit

Marjerin tadi cairkan

Pukul telur & masukkan dalam marjerin tadi

Lepastu tu masukkan telur & marjerin dlm bancuhan yis tadi 

Lepastu masukkan semua tadi dalam tepung

Kacau dengan senduk kayu 

Biarkan doh rehat 45 minit

Tutup bekas tadi masa tunggu tu (seperti gambar dibawah)

Resepi Donut Mudah, Gebu Dan Sedap
Sumber: Facebook Shazwani Aika
Resepi Donut Mudah, Gebu Dan Sedap
Selepas 45minit
Sumber: Facebook Shazwani Aika

Taburkan tempat uli dengn tepung dan bentukkan doh

Goreng sampai keemasan

Golekkan dengan gula kastor (Atul kisar gula biasa je)

Siap!

Nak tahu kenapa Atul nak kongsikan resepi donut ni? Sebab ianya mudah, lepas tu, sedap & gebu pulak tu. Lagipun Atul memang tengah cari resepi donut yang simple bahan-bahannya. Jadi, bila baru-baru ni atul tengok facebook, tetiba ternampak kawan shaklee Atul post tentang dia buat donut. Katanya dalam seminggu tu, berulang-ulang anak-anak dan suaminya suruh buat donut. Nampak kesedapan disitukan? Jadi, KekNie pun ada kongsikan resepi donut tu. Nak dijadikan cerita, bahan-bahan pun ada kat rumah, jadinya, mendonut la atul. Hehe

Ni la donut yang Atul buat. Bentuk belakang cerita ya, janji boleh makan. Hehehe. Tapi serius, resepi donut kat atas tu, boleh dapat banyak donut. Disebabkan family atul ada 3 orang je kat rumah ni, jadi donut yang banyak tu, boleh dimakan sampai malam. Dan yang paling best, bila sejuk, tak liat dan keras pun donut tu. Masih lembut lagi. Bestkan?

Resepi Donut Mudah, Gebu Dan Sedap
Donut Lembut dan Gebu

Kalau nak dapatkan resepi original, boleh dapatkan di Facebook KekNie yang cantik ni.

Tapikan, kalau malas sangat nak buat, atau barang memang takda dirumah, tapi nak sangat makan donut, beli je. Lagi mudah. Di pasar malam ada jual, waktu pagi lagi banyak gerai jual kuih muih, tak pun pergi je Big Apple Donuts atau Dunkin Donuts.hehe

Okayla, selamat buat kuih donut.

Oh ya, kalau ada yang nak suplemen Shaklee, jangan malu jangan segan wasap Atul k. Macam mana nak wasap? Klik je gambar kat bawah ni 👇 😊

Resepi Donut Mudah, Gebu Dan Sedap

Terima kasih kerana sudi baca 😘
Babai. #atulhamid


14 Comments

  1. kak bru buat tadi..memg jadi..mohon halal resepinyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah 😊 Sila guna kak. Semoga bermanfaat. Terima kasih view blog saya 🌷

      Delete
  2. Yang dua sudu marjerin tu sudu besar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat balas, ya Saya guna sudu besar. 😊

      Delete
  3. Kena tgu brpa lama nk doh tu kembang?

    ReplyDelete
  4. Saya pun jual donat guna resepi Atul. mohon halal ye. memang lembut, gebu gebas sangat! ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terima kasih awak. semoga perniagaan awak bertambah maju.

      Delete
  5. Alhamdulillah. Terima kasih atas resepinya, saya save gambar sekali. Moga dihalalkan ya

    ReplyDelete
  6. Sye bru nk cube..bhn lain semua da siap get ready atas meja..then bla da tba mse tgok yis xnaik buih lgsg..sdh sgt ase,nk kuo da mlm..insyaallah xdok ape sye nk jgok try sbb terngiang2 da keenakan mkn donay yg gebu...bla da cbe sye komen smla...

    ReplyDelete
  7. As salam..terimakasih kongsi resepi donat..halalkan sy guna resepi ni..sedappp..gebu..

    ReplyDelete
  8. Nk guna cawan yg mcm mna ek... keliru ada bnyk jenis cawan... first time nk buat nie😅

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum..tq share resepi donat.halalkan sy guna resepi..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih resepi. Menjadi gebu gebas sangat sangat. Just rasa kalau tambah garam sikit kat tepung okay lagi cukup rasa. Tq sis

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)