EPIDURAL ATAU CUCUK TULANG BELAKANG: SAKIT KE?

Atul Hamid
9

SIAPA PERNAH KENA SUNTIKAN EPIDURAL?



Bulan Ogos kembali, mengingatkan Atul terhadap sesuatu yang tak pernah Atul terfikir akan melaluinya.  Tepat 10hb Ogos 2017, iaitu setahun yang lalu, lebih kurang jam 4 pagi, Atul dikejarkan ke hospital. Setelah segala "check-up" dilakukan oleh jururawat dan doktor yang bertugas, serta setelah disahkan oleh pakar ginekologi, Atul perlu bersalin secara "emergency caeserean"

Setelah menunggu giliran, tepat jam 1.30 petang, Atul dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. Ketika inilah Atul diberi suntikan Epidural. Ingat lagi di hari kejadian, doktor pakar bius pesan supaya Atul jangan bergerak, sebab kalau salah cucuk boleh membahayakan pesakit. Setelah dibantu oleh Jururawat bertugas, yang mana waktu hendak cucuk, Atul perlu bongkokkan badan. Dan waktu itu, Atul diberi bantal untuk peluk sambil membongkok.

Satu perkara yang tak dapat Atul lupakan ketika proses suntikan Epidural berlaku adalah ketika jarum suntikan tu terkena kulit pinggang Atul, Atul mesti terkejut. hehe sebab jarum suntikan Epidural ni lebih tajam berbanding jarum suntikan ketika ambil darah untuk cek hemoglobin (HB) ketika hamil. Sampai doktor tu cakap lagi, jangan bergerak ya. Sebenarnya, Atul tak bergerak pun, tapi apabila jarum itu kena je pada kulit, secara automatik atul jadi terkejut. hehe

Dan Alhamdulillah, segala proses kelahiran berjalan lancar. Ketika proses bersalin berlaku, Atul dalam keadaan sedar tapi bahagian pinggang ke kaki, kaku. Walaupun Atul sedar, Atul tetap tak rasa sakit. Tetapi setiap pergerakan yang dilakukan oleh doktor seperti bedah perut, selak otot, cantumkan kulit, Atul dapat merasainya.

Tepat jam 1.53 petang, lahirlah seorang khalifah Allah swt ke dunia yang fana ini. Muhammad Izz Aaqif nama diberi. Dan kini Aaqif dah nak masuk 1 tahun. Alhamdulillah


Izz Aaqif di Hari Raya Aidil Fitri 2018

Itulah serba sedikit cerita tentang kisah Atul berkait dengan Epidural. Bagi bakal ibu yang akan bersalin secara pembedahan buat kali pertama, jangan risau ya. Doakan yang baik-baik, bersangka baik dengan Sang Pencipta, InsyaAllah segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar. Jangan "down" kan minda dan perasaan ibu-ibu dengan cerita-cerita negatif. Setiap proses kelahiran samada normal ataupun pembedahan, masing-masing ada kelebihan & kekurangan tersendiri. Alhamdulillah, Atul dah merasa kedua-dua proses kelahiran & semuanya berjalan dengan lancar.

Okay, atul tak mahu membebel lagi hehe.. disini Atul ada kongsikan beberapa info tentang Epidural. Yang mana info ini Atul dapat dari naskah bertajuk "Pengasuhan Positif" & dikongsikan oleh Dr H Krishna Kumar iaitu merupakan seorang Perunding Obstetrik & Ginekologi dimuka surat 22 & 23.

Jom teruskan membaca, semoga bermanfaat!


APA ITU EPIDURAL?



Anestesia epidural merupakan satu cara untuk memberi anestesia dengan menyuntiknya ke dalam ruang epidural tulang belakang. Ia menghalang isyarat sakit daripada sampai ke otak. Ia adalah satu kaedah mengawal atau melegakan kesakitan yang biasa digunakan oleh wanita ketika melahirkan bayi, Epidural dilakukan oleh seorang pakar bius


PEMBERIAN ANESTESIA SETEMPAT
  1. Anestesia disuntik pada bahagian bawah tulang belakang
  2. Setelah kebas, kateter (tiub plastik) dimasukkan ke dalam ruang epidural menggunakan jarum lain
  3. Anestetik atau ubat pelali dipam ke dalam melalui kateter apabila diperlukan
  4. Epidural mengandungi campuran ubat pelali, biasanya sejenis anestetik, bupivacaine atau levobupivacaine, dan sejenis opioid (fentanyl)
  5. Kesannya dirasai selepas 10-20 minit dan boleh bertahan sehingga 2-3 jam kemudian

BILA PERLU AMBIL EPDURAL?
Epidural boleh diberikan pada bila-bila masa semasa proses bersalin tetapi biasanya ianya diberi apabila serviks mula terbuka 5-6 sm - pada masa ini sakit beralin (pengecutan) sudah bermula.


MITOS TENTANG EPIDURAL
  • Epidural meningkatkan kemungkinan pembedahan Caesarean
  • Kajian oleh Sekolah Perubatan Feinberg terhadap 750 orang ibu-ibu yang pertama kali melahirkan bayi mendapati bahawa tiada hubung kait di antara pemberian epidural dan kekerapan pembedahan Caesarean
  • Anda tidak tahu bila untuk meneran
  • Jangan bimbang, doktor dan jururawat akan memberitahu anda bila waktu untuk meneran. Memberhentikan epidural pada penhujung proses kelahiran tidak akan membantu kerana ia lebih menyakitkan. Ia juga tidak memudahkan proses kelahiran.
  • Epidural sentiasa berkesan
  • Tidak, tetapi ia berkesan bagi kebanyakan wanita. Ini kerana, adakalanya, anestetik tersebut tidak dimasukkan dengan betul. Ia jarang berlaku dan boleh diperbetul tanpa mengulangi prosedur

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN EPIDURAL

KEBAIKAN EPIDURAL

KEBURUKAN EPIDURAL

PILIHAN LAIN

Anestesia Setempat
Mengebaskan kawasan yang sakit berhampiran dengan vagina jika anda perlu meluaskan pembukaan tetapi ia tidak memberi kelegaan semasa bersalin

Opiod
Opiod dititis ke dalam aliran darah atau disuntik ke dalam otot. Keberkesanan tidak seperti epidural namun ia memberi sedikit kelegaan

Ubat Penenang
Boleh mengurangkan kebimbangan namun jarang digunakan. Ia tidak melegakan kesakitan semasa bersalin

Nitrus Oksida (Gas Ketawa)
Disedut menggunakan topeng muka dan berkesan dalam beberapa minit. Persepsi anda terhadap kesakitan mungkin berubah tetapi bukan semua kesakitan dihilangkan

Stimulasi Elektrik Saraf Transkutaneus
Ia merupakan terapi tanpa menggunakan ubat dan menggunakan arus elektrik voltan rendah untuk melegakan kesakitan


PILIHAN KAEDAH BUKAN PERUBATAN UNTUK MELEGAKAN KESAKITAN
  • Bersenam perlahan-lahan secara tetap. Lebih banyak anda bergerak semasa hamil, tubuh anda akan lebih bersedia untuk melahirkan bayi
  • Pelajari bagaiman untuk bernafas ketika bersalin
  • Bernafas dengan betul dapat mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh pengecutan dan ia membantu anda rileks
  • Sokongan pasangan anda (atau orang tersayang) semasa proses bersalin dapat mengurangkan keresahan
  • Mengalih perhatian dengan mendengar lagu kegemaran anda boleh membantu mengalih perhatian anda daripada kesakitan
  • Pek panas atau sejuk, urutan, mandi pancuran air suam. Pilihan-pilihan tersebut sering diguna jika anda bersalin dirumah dan dibantu oleh doula terlatih

Habis dah info tentang Epidural. Bagaimana? Adakah info di atas membantu perasaan ingin tahu apa itu Epidural sudah terjawab?

Sebelum Atul mengakhiri entry atul kali ini, Atul nak ucapkan selamat bersalin buat ibu-ibu yang bakal bersalin, Atul doakan agar semua proses kelahiran berjalan lancar dan ibu dan anak selamat dan sihat hendaknya.

Buat ibu-ibu yang masih tercari-cari Set Berpantang Terbaik, ibu-ibu boleh cuba mengamalkan Set Berpantang Shaklee. Untuk makluman semua, "Feedback" yang diterima daripada mereka yang pernah mengamalkan Set Berpantang Moden ini adalah sangat positif. Ada diantara mereka siap berkata "Mesti repeat lagi jika mengandung lagi pada masa akan datang" hehe Alhamdulillah


Untuk dapatkan lebih penjimatan, ibu-ibu boleh whatsapp atul di http://bit.ly/pmAtul
ATAU +60195733761 ☺

---------------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya atul_hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761


Post a Comment

9Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Ruby pun penah rasa epidural. Ceaser sebab songsang anak no 3. Hehe. Dpt lah merasa 2 2. Normal dan ceaser.

    Dia x bagi bantal. Duduk membongkok gitulah.

    Masa ceaser tu. Doc dgn misi pasang lagu jiwang karat. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Macam tu rupanya. Selalu dengar je orang sebut😂

    ReplyDelete
  3. 2x merasa haaa ..ngilu weiii dia cucuk masuk..seremmm tapi tu lah x serik nak beranakkk

    ReplyDelete
  4. Dapat rasa epidural masa masuk besi kaki patah .. pastu org ckp kesan dia mesti gemuk eee

    ReplyDelete
  5. Waktu bersalin first baby, doktor offer nak epidural ke tak.
    Bila doktor explain , terus Tak nak. Mcm2 dibayangkan, haha.
    Tapi doktor tak paksa pun.
    Kak pip bersalin normal, tapi sakit sgt time contraction smpaikan doktor rasa kesian sampai Tanya nak epidural ke, boleh tahan tak, ok tak ...doktor oh doktor.

    ReplyDelete
  6. masa bersalin 20 tahun lalu memang dapatlah merasa epidural nih… sebab bersalin czer sakit bahagian injection tu masih terasa hingga kini…

    ReplyDelete
  7. Om pun cucuk epidural sbb masa tu uri terlekat kt dlm rahim.

    ReplyDelete
  8. Kak net tiga-tiga anak kena cucuk epidural. Semua keluar ikut tingkap. Kesan bius tu agak kuat kat badan kak net. Kak net memang banyak minum air masak dengan makan buah oren lepas bersalin tu.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, 4 anak tak merasa epidural ni... Dan tak pernah pula doktor offer ... Tak pasti kenapa pula kan.. saya tahu pasal epidural ni lepas anak dah besar2 sikit dan dari pembacaan macam ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !