KEJANG KAKI boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja
termasuklah ketika kita sedang tidur. Biar pun ia bukan masalah kronik, namun
ia tetap akan menganggu waktu tidur kita sehingga boleh menyebabkan berlakunya insomnia
Bayangkan
waktu kita sedang enak diulit mimpi indah tiba-tiba kaki kejang dan mengeras.
Pasti kita akan terjaga dan merasa sakit yang teramat sangat sehingga buatkan
kita terjerit-jerit menahan kesakitan dan adakalanya sehingga melelehkan air mata
akibat menahan kesakitan yang amat perit.
KEJANG KAKI
SEMASA TIDUR.
Kejang kaki
sewaktu tidur dikatakan lebih perit berbanding sewaktu kita berjaga kerana ia
berlaku ketika badan berada dalam keadaan tidak bersedia. Ramai yang tidak
sedar jika kejang kaki menyerang ketika sedang tidur atau sebelum terjaga
diwaktu pagi. Tahu-tahu saja kita terjaga sebab kesakitan yang amat sangat
secara tiba-tiba. Ini kerana pada waktu malam merupakan tempoh dimana kaki kita
dalam keadaan tidak aktif.
Kejang kaki ketika tidur boleh berlaku pada hampir semua peringkat umur. Menurut Kajian Pakar Keluarga Amerika Syarikat menunjukkan lebih 60 peratus
orang dewasa yang berusia pernah mengalami kejang kaki ketika tidur di waktu malam. Hampir setiap orang dewasa yang berusia di atas 50 tahun akan mengalaminya sekurang-kurangnya sekali. Kira-kira 7% kanak-kanak dan remaja diserang kejang kaki walaupun tidak terlalu kerap. Kejang kaki dikalangan kanak-kanak sepatutnya berlaku selepas mereka berusia 8 tahun ke atas. Manakala lebih kurang 40% wanita hamil turut diserang masalah kejang kaki. Kejang kaki menyerang tidak mengenal jantina.
Kejang
kaki biasanya menyerang di bahagian betis, belakang paha dan tapak kaki. Kejang kaki akan menyebabkan otot kaki berasa ketat dan tertarik
seperti diikat kuat-kuat. Ketika berlakunya kejang kaki, ia sangat sensitif
dengan sentuhan dan gerakan. Kejang kaki selalunya berlaku dalam beberapa minit
sahaja kadangkala hampir satu jam lamanya.
PUNCA KEJANG KAKI SEMASA TIDUR
Beberapa
penyelidik menyatakan gaya hidup moden menjadi penyebab utama kepada masalah kejang
kaki ketika tidur. Hal ini kerana masyarakat kini dikatakan kurang melakukan
pergerakan sebaliknya banyak menghabiskan masa menghadap telefon pintar dan
komputer.
Posisi tidur
Posisi tidur
Tidur
dalam posisi kaki membengkok, kaki ditindih atau hujung kaki ke depan sekali
gus memendekkan otot kaki bahagian betis. Apabila kaki berada dalam keadaan tersebut dalam
tempoh panjang, sedikit sahaja pergerakan akan menyebabkan berlakunya kejang
kaki.
Perubahan Cuaca
Perubahan Cuaca
Dr. Garrison turut melakukan kajian mengenai kejang
kaki ketika tidur, dia mendapati, masalah itu lebih kerap berlaku pada hari
panas. Ini kerana kejang kaki berlaku disebabkan gangguan pada bahagian saraf
dan bukannya otot. Ini kerana pertumbuhan dan pembaikan saraf berlaku pada hari panas
disebabkan oleh badan menerima lebih banyak vitamin D. Ini meningkatkan risiko
kekejangan otot.
Namun,
kejang kaki juga turut menyerang diwaktu sejuk. Di
waktu ini, pergerakan otot menjadi tidak sekata. Tetapi serangan kejang
kaki ketika cuaca sejuk tidak mempunyai kaitan dengan suhu dan lebih banyak
kaitan dengan tabiat yang kita ambil ketika cuaca sejuk seperti membiarkan kita tidur di dalam bilik dengan penghawa dingin atau terkena air sejuk dengan lebih lama. Keadaan ini akan mengakibatkan berlakunya kejang kaki ketika tidur
“Semalam saya hanya berselimut ketika tidur dan tidak pakai stoking serta berasa sejuk sehingga kebas. Ketika tidur secara tiba-tiba kaki saya kejang menyebabkan saya terjaga akibat sakit. (Sumber: Sinar Harian)
Kekurangan nutrisi
Kekurangan
mineral seperti kalium,kalsium dan magnesium merupakan salah satu penyebab berlakunya kejang
kaki ketika tidur. Individu yang mengeluarkan banyak peluh lebih cenderung
mengalami kekurangan kalium dan magnesium dalam badan. Tanpa mineral yang mencukupi
sukar untuk perjalanan darah dapat berfungsi dengan lancar. Dan disebabkan itu
kita sering mengalami kejang kaki pada
malam hari.
Masalah Peredaran Darah
Masalah Peredaran Darah
Jika kerap
mengalami masalah kejang kaki ketika tidur, besar kemungkinan ada sesuatu
yang tidak kena dengan peredaran darah. Jika sistem peredaran darah kita tidak
berfungsi dengan baik, darah tidak boleh mengalir dengan lancar ke kaki.
Situasi inilah yang membuatkan otot dikaki menjadi kejang secara tiba-tiba.
Dehidrasi
Dehidrasi
Ketika tubuh kehilangan
cecair, kita akan berada dalam keadaan dehidrasi. Jika cecair tidak mencukupi
dalam tubuh, ia akan mempengaruhi perjalanan darah dan juga sistem saraf pusat.
Kekurangan cecair dalam tubuh mengakibatkan berlakunya kejang kaki dengan kerap terutamanya
apabila kita kurang minum air putih.
Faktor usia
Menurut Dr. Garrisson dalam kajiannya, didapati mereka yang selalu kena serangan kejang kaki ketika tidur adalah berusia 50 tahun dan ke atas. Sebanyak 61% yang sering mengalaminya adalah wanita. Namun, lelaki juga tidak terlepas dari terkena serangan kejang kaki semasa tidur.
Menghidapi penyakit
Faktor usia
Menurut Dr. Garrisson dalam kajiannya, didapati mereka yang selalu kena serangan kejang kaki ketika tidur adalah berusia 50 tahun dan ke atas. Sebanyak 61% yang sering mengalaminya adalah wanita. Namun, lelaki juga tidak terlepas dari terkena serangan kejang kaki semasa tidur.
Menghidapi penyakit
Berlakunya
kejang kaki ketika tidur boleh dikaitkan dengan tanda-tanda penyakit diabetes
dan masalah buah pinggang. Penghidap penyakit ini biasanya akan mengalami kejang
kaki dengan lebih kerap. Apabila berlaku kejang kaki, pesakit perlu meminta
bantuan secepat mungkin daripada orang sekeliling agar dapat meregangkan semula
kaki yang kejang itu. Sekiranya mengalami kejang kaki dalam tempoh yang lama dan kerap berlaku, rawatan segera amatlah diperlukan
Kehamilan
Kehamilan
Ketika proses
kehamilan, kejang kaki kerap menyerang ibu hamil ketika waktu tidur. Ini
kerana, tubuh ibu hamil banyak mengalami proses perubahan ketika hamil. Baca
disini untuk info lanjut berkaitan Kejang Kaki ketika hamil.
Namun begitu, walaupun banyak faktor penyebab berlakunya kejang kaki semasa tidur tetapi menurut Dr. Garrison dalam kajiannya, tiada sebab yang jelas mengapa kejang kaki kerap berlaku.
Semoga dengan perkongsian tentang punca kejang kaki ketika tidur ini dapat membantu anda untuk mengenalpasti apakah tanda-tanda yang menyebabkan anda sering kali diserang kejang ketika ketika tidur.
Ketahui cara mengatasi kejang kaki semasa tidur dari terus berlaku, anda boleh baca disini.
Terima kasih
Namun begitu, walaupun banyak faktor penyebab berlakunya kejang kaki semasa tidur tetapi menurut Dr. Garrison dalam kajiannya, tiada sebab yang jelas mengapa kejang kaki kerap berlaku.
Semoga dengan perkongsian tentang punca kejang kaki ketika tidur ini dapat membantu anda untuk mengenalpasti apakah tanda-tanda yang menyebabkan anda sering kali diserang kejang ketika ketika tidur.
Ketahui cara mengatasi kejang kaki semasa tidur dari terus berlaku, anda boleh baca disini.
Terima kasih
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)