KEJANG KAKI SEMASA HAMIL: PUNCA DAN CARA MENGATASI

Atul Hamid
0

Kejang kaki semasa hamil


Kejang kaki semasa hamil adalah perkara biasa. Kejang kaki akan menyebabkan ibu hamil berasa sakit yang teramat sangat. Kejang kaki sering berlaku ketika tidur pada waktu malam atau semasa bangun pagi. Keadaan jadi bertambah buruk jika ibu hamil tidur dalam keadaan terlampau sejuk. Atul sendiri pernah kena kejang kaki ketika hamil, terutamanya ketika melakukan terlampau banyak pergerakan hingga nak beralih tempat pun menjerit kesakitan.

Punca kejang kaki semasa hamil

Secara umumnya, kejang kaki boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tetapi risiko ibu hamil kena kejang kaki adalah tinggi. Berikut merupakan punca berlakunya kejang kaki semasa hamil.

  1. Kekurangan nutrisi seperti magnesium, kalsium dan garam mineral.
  2. Dehidrasi atau kekurangan cecair dalam tubuh
  3. Rahim (uterus) yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah dibahagian kaki
  4. Berdiri atau duduk terlalu lama
  5. Pengaruh hormon kehamilan iaitu progesterone yang mana ia boleh memberi kesan kepada otot kaki
  6. Otot-otot kaki yang keletihan akan menegang dan kejang sebagai langkah memprotes, terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga
  7. Terlalu banyak fosforus, ia terdapat di dalam daging proses, makanan ringan dan minuman bergas
  8. Berat badan bertambah menyebabkan otot kaki diberi tekanan yang lebih untuk menyokong badan anda
  9. Peredaran darah yang tidak lancar

Cara mengatasi kejang kaki semasa hamil

Berikut beberapa langkah untuk mengatasi kejang kaki ketika hamil:

1. Minum air yang mencukupi untuk elakkan diri daripada terhidrat



KEJANG KAKI SEMASA HAMIL: PUNCA DAN CARA MENGATASI


2. Mandi air suam untuk merehatkan otot

KEJANG KAKI SEMASA HAMIL: PUNCA DAN CARA MENGATASI


3. Rendam kaki dengan air suam sebelum tidur untuk merehatkan otot kaki

KEJANG KAKI SEMASA HAMIL: PUNCA DAN CARA MENGATASI


4. Sapu minyak panas dan urut bahagian kaki sebelum tidur dan selepas melakukan banyak pergerakkan atau kerja

KEJANG KAKI SEMASA HAMIL: PUNCA DAN CARA MENGATASI


5. Elak otot dari letih seperti berdiri atau duduk terlalu lama

KEJANG KAKI SEMASA HAMIL: PUNCA DAN CARA MENGATASI


6. Pusing dan gerakkan buku lali dan jari kaki ketika sedang berehat

KEJANG KAKI SEMASA HAMIL: PUNCA DAN CARA MENGATASI


7. Lakukan senaman ibu hamil

KEJANG KAKI SEMASA HAMIL: PUNCA DAN CARA MENGATASI

Aktifkan diri dengan melakukan senaman yang sesuai untuk ibu hamil seperti:
  1. Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  2. Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat.
  3. Berenang

8. Tuaman membantu otot kaki lebih tenang

KEJANG KAKI SEMASA HAMIL: PUNCA DAN CARA MENGATASI


9. Pastikan postur sentiasa dalam keadaan betul

KEJANG KAKI SEMASA HAMIL: PUNCA DAN CARA MENGATASI


  1. Semasa duduk, elakkan tabiat melipat kaki supaya darah dapat mengalir ke bahagian kaki secara lebih menyeluruh
  2. Ketika tidur, elakkan tidur dengan jari kaki menghala ke bawah, gunakan bantal tambahan agar tubuh berasa lebih selesa.
10. Utamakan diet yang sihat dan seimbang, gantikan snek kurang berkhasiat dengan kekacang, pistachio, kurma, kismis, salad atau buah-buahan

KEJANG KAKI SEMASA HAMIL: PUNCA DAN CARA MENGATASI



11. Minum susu yang kaya dengan kalsium dan nutrisi 3 hari sekali setiap hari

KEJANG KAKI SEMASA HAMIL: PUNCA DAN CARA MENGATASI


12. Amalkan makan pisang untuk meningkatkan potasium dalam darah



13. Ambil supplemen untuk ibu hamil. 

KEJANG KAKI SEMASA HAMIL: PUNCA DAN CARA MENGATASI

Ibu hamil perlu memastikan dirinya mendapat nutrisi yang cukup. Ibu hamil perlu mengamalkan vitamin seperti zat besi (iron tablet), asid folik, vitamin b kompleks, dan vitamin c seperti yang diperoleh daripada klinik kesihatan. Keempat-empat vitamin ini penting untuk kecukupan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil. Selain itu, ibu hamil wajib memastikan pengambilan nutrisi seperti kalsium, magnesium, vitamin d dan potassium mencukupi sepanjang proses mengandung.

Baca: Info tentang Set Hamil Shaklee di sini
Pengambilan supplement berkesan yang Atul syorkan untuk membantu mengurangkan masalah kejang kaki semasa hamil adalah B Complex dan OsteMatrix 


KEJANG KAKI SEMASA HAMIL PUNCA DAN CARA MENGATASI

B complex dikenali sebagai vitamin saraf yang menenangkan kerana ia berupaya ransang pengeluaran hormon serotonin iaitu hormon gembira. Ini dapat membantu menenangkan dan melegakan tekanan akibat kejang kaki.

OsteMatrix pula mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, mengecutkan otot dan membantu mengurangkan masalah kejang kaki

Manakala makanan tambahan lengkap yang kaya dengan nutrisi bagi ibu hamil pula adalah Set Hamil Shaklee. Sila klik untuk dapatkan info lanjut tentang Makanan tambahan untuk ibu hamil.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu hamil yang selalu kena kejang kaki dan elakkan diri daripada terkena kejang kaki sepanjang proses kehamilan.



Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !