Diet dan Pemakanan ibu hamil | Tahniah kerana anda telah hamil. Tahukah anda, setiap ibu hamil memerlukan pemakanan seimbang bagi memastikan
kandungannya mendapat cukup zat. Beberapa jenis zat terpenting yang diperlukan
oleh ibu hamil iaitu:
1. Asid Folik
Asid folik merupakan makanan penting untuk otak. Asid folik sangat diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia dapat menguatkan imuniti dengan membantu fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai ko-enzim dalam sintesis DNA dan RNA, ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Zat ini boleh membantu dalam tekanan dan kegelisahan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrio dan janin yang sangat penting untuk tumbesaran yang normal.
Asid folik amat berkesan apabila
digabungkan dengan B12 dan Vitamin C. Pengambilan sebanyak 600mg sehari oleh
ibu hamil adalah amat digalakkan.
Sumber makanan: Barli, daging
lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran hijau,
daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum
dan bijirin.
2. Asid Lemak Omega 3
Omega 3 adalah sejenis asid lemak
tidak tepu. Ia terdapat dalam pelbagai jenis ikan, bijirin dan tumbuh-tumbuhan.
Omega 3 dipanggil ‘asid lemak perlu’ kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh
badan dan perlu diperoleh daripada makanan harian
Omega 3 penting bagi perkembangan
saraf otak bayi. Omega 3 dan DHA amat diperlukan dalam pembentukan sistem saraf
pusat janin. Kajian menunjukkan bahawa gangliosida mempengaruhi struktur otak
terutama sekali bagi fungsi belajar dan mengingat
Sumber makanan: Ikan, minyak ikan,
bijirin dan telur Omega 3 serta susu yang diperkaya dengan Omega 3
3. Protein
Ketika hamil, badan bekerja keras
untuk membantu sel-sel otak bayi. Maka tubuh memerlukan protein tambahan.
Bakal-bakal ibu memerlukan lebih banyak protein sewaktu hamil berbanding waktu
lain. Hal ini penting untuk pertumbuhan jaringan pada janin
Ibu hamil memerlukan sekitar 75g
protein iaitu lebih 25g berbanding biasa.
Sumber makanan: Sumber protein dari haiwan seperti daging,
ayam, ikan, telur dan produk tenusu. Sumber protein selain haiwan adalah
kekacang, kacang soya, biji-bijian dan sayuran hijau.
4. Zat Besi
Zat besi memainkan peranan penting
dalam pengangkutan oksigen dari paru-paru ke tisu. Zat besi bergabung dengan
oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang
memerlukan. Ia digunakan dalam pembentukan hemoglobin dan berperanan dalam
fungsi normal imuniti.
Sepanjang kehamilan, penggunaan zat
besi akan bertambah dua kali ganda bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi. Jika
keperluannya tidak dapat dipenuhi, ibu akan cepat penat dan mudah mendapat
jangkitan penyakit. Risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan dan kekurangan
berat juga boleh berlaku. Keperluan zat besi bagi ibu hamil ialah sekitar 27mg
sehari.
Sumber makanan: Hati, tiram,
kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak, ayam, itik dan ikan. Kekacang dan
sayur yang dikeringkan adalah sumber zat besi yang baik daripada tumbuhan. Pil
vitamin yang mengandungi zat besi atau sarapan yang diperkaya dengan zat besi
turut membantu.
5. Kalsium
Kalsium ialah mineral terbanyak
yang terdapat di dalam badan kita iaitu lebih daripda 90% bahan keras dalam
tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan pengekalan tulang yang
kuat serta gigi yang sihat. Kalsium juga digunakan untuk pembekuan darah,
penghantaran gerak balas saraf dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium
ialah mencegah penyakit osteoporosis.
Sewaktu hamil, janin akan mengambil
sekitar 25 mg – 30mg sehari daripada ibunya. Pengambilan tertinggi kalsium
ialah pada trimester ketiga kehamilan. Jika bekalan kalsium tidak mencukupi,
janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibu. Sebab itu, ibu perlu
memastikan pengambilan sumber kalsiumnya mencukupi bagi menampung keperluannya
sekitar 1000mg.
Sumber makanan: Produk tenusu
seperti yogurt, keju, sayuran hijau dan bijirin seperti soya.
6. Iodin
Iodin perlu untuk perkembangan otak
dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan.
Keperluan ini berlanjutan sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia dua hingga
tiga tahun.
Wanita hamil dan bayi memerlukan
iodin untuk menghasilkan hormon. Hormon inilah yang menghasilkan hormon tiroid. Hormon inilah yang menyokong pertumbuhan kanak-kanak pada tahap yang
normal. Selain itu, hormon tiroid membantu mengekalkan tahap metabolisma badan
Kekurangan iodin boleh menyebabkan
paras tiroksin rendah yang akan merencatkan pertumbuhan mental dan fizikal
kanak-kanak. Jadi, adalah penting untuk memastikan bayi dalam kandungan
mendapat iodin secukupnya. Lazimnya, iodin tidak disimpan dalam tubuh dan perlu
diambil setiap hari.
Bagi wanita hamil yang vegetarian,
pengambilan susu yang secukupnya adalah penting bagi memastikan kuantiti iodin
yang mereka perolehi dapat menampung keperluan harian.
Sumber makanan: Makanan laut, susu
dan produk tenusu.
Nota:
Iodin merupakan nutrien penting untuk merangsang proses tumbesaran,
perkembangan saraf dan pembentukan sel otak bayi dalam kandungan dan
kanak-kanak. Bagaimanapun kuantiti yang diperlukan sangat sedikit iaitu
sebanyak 150 mikrogram (µg) setiap hari bagi orang dewasa. Majlis
Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Negara dan Kementerian Kesihatan New
Zealand menyarankan wanita hamil mengambil sebanyak 220 µg iodin setiap hari.
Kekurangan iodin dalam kalangan wanita hamil boleh mengakibatkan:
|
7. Vitamin C
Vitamin C diperlukan ketika hamil
kerana ia dapat meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mempercepatkan
penyembuhan luka dan kerosakan tisu, menjadikan kulit bertambah sihat dan
cantik, melawan penyakit berjangkit, serta menguatkan dan mempercepatkan pertumbuhan
tulang.
Vitamin C juga membantu dalam
penyerapan zat besi dengan lebih optimum. Jadi, bagi wanita hamil yang
mempunyai tahap hemoglobin yang rendah, pengambilan zat besi bersama vitamin C
dapat meningkatkan tahap hemoglobin dengan lebih cepat. Dengan itu, masalah
kekurangan sel-sel darah merah (anemia) dikalangan ibu hamil dapat diatasi
Selain itu, vitamin C juga
diperlukan oleh bayi dalam kandungan, kerana ia dapat membantu menguatkan
pembentukan tulang, tulang rawan (cartilage), tendon, melindungi dan menjaga
kesihatan sel, membentuk kolagen di dalam tulang, otot dan kulit bayi.
Vitamin C bertindak sebagai
antioksida yang terbaik. Ia bertindak melindungi sel-sel tubuh dari serangan
radikal bebas yang berbahaya dan menghalang proses pengoksidaan bahaya dalam
tubuh.
Ramai saintis mencadangkan
pengambilan vitamin C ketika hamil dapat mengelakkan komplikasi ketika hamil, walaupun
belum banyak kajian yang dilakukan terhadap teori ini.
Pengambilan vitamin C yang
dicadangkan oleh American Pregnancy Association adalah 200-500mg sehari. Pengambilan
vitamin C lebih dari dos ini tidak mendatangkan kemudaratan kerana ia larut
dalam air. Tetapi pengambilan vitamin C yang melebihi 2000mg mungkin akan
menjejaskan kehamilan dan mendatangkan kemudaratan.
Sumber makanan: Vitamin C banyak
terdapat dalam buah-buahan dan sayuran seperti jambu batu, buah longan, buah
kiwi, buah strawberi, buah epal, tomato dan lobak merah
Buat ibu hamil sekalian, sepanjang
proses kehamilan, tubuh memang memerlukan nutrisi yang seimbang untuk menyokong
perkembangan bayi dalam kandungan dan menjaga kesihatan tubuh ibu hamil. Namun begitu,
sebaik-baiknya dapatkan nasihat dan cadangan dengan doctor yang faham tentang
kepentingan pemakanan dan vitamin untuk ibu hamil terlebih dahulu. Ini membantu
kita mendapatkan manfaat dan mengelakan kemudaratan dari ubat atau vitamin yang kita ambil.
Baca juga: Nutrisi Lengkap untuk Ibu hamil
Semoga bermanfaat.
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)
---------------------------------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)