Nutrisi penting untuk atasi masalah kejang kaki

Atul Hamid
0

Kejang kaki atau juga dikenali sebagai 'simpul mengkarung' berlaku secara tiba-tiba tidak mengira masa dan jantina. Kejang kaki bukanlah penyakit yang serius dan merbahaya, malah ia akan hilang dengan sendiri. Walaupun begitu kesakitan yang dialaminya amatlah perit Tetapi, jika anda mengalaminya dengan kerap atau berterusan, dapatkan rawatan pakar dengan segera.

NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI


Banyak sebab boleh dijadikan punca berlakunya kejang kaki, salah satunya adalah berkait rapat dengan kekurangan nutrisi. Tanpa nutrisi yang mencukupi, sistem tubuh akan terganggu sekaligus mengundang pelbagai penyakit termasuklah kejang kaki.


Nutrisi untuk atasi masalah kejang kaki


Berikut merupakan nutrisi yang diperlukan untuk mengelakkan diri daripada terkena kejang kaki.


Kalsium


NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Kekurangan kalsium dalam tubuh menyebabkan kejang kaki terjadi. Kalsium merupakan mineral penting yang diperlukan untuk kesihatan berkaitan fungsi saraf, penguncupan otot dan kelonggaran. Kekurangan kalsium menyebabkan otot dan hujung saraf menjadi lebih sensitif. Disebabkan itu, mereka menjadi yang kekurangan kalsium sering megalami masalah kejang kaki.

Tetapi, masalah kejang kaki ini boleh diatasi dengan menambahkan nutrien kalsium dalam diet harian. Setiap individu perlu memastikan pengambilan sumber kalsium seharian adalah mencukupi dengan mengikut cadangan keperluan kalsium yang disyorkan, sebagai contoh orang dewasa memerlukan 1000mg kalsium sehari atau bersamaan dengan empat gelas susu sehari. 

NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Selain susu, anda boleh peroleh sumber kalsium dari yogurt, keju, brokoli, bayam, dan bak choi



Magnesium


NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI


Magnesium adalah mineral penting kerana ia terlibat dalam pergerakan kalsium dan kalium ke dalam dan luar sel-sel tubuh. Magnesium sering hilang dari tubuh melalui peluh dan air kecil. Sedangkan Magnesium sangat diperlukan oleh tubuh untuk mengekalkan cas elektrik dalam sel-sel, terutamanya dalam sel-sel otot. Apabila magnesium dalam tubuh berkurangan, kejang kaki dan masalah berkait dengan pengecutan otot boleh berlaku. 

Anda disarankan agar memastikan sumber magnesium diambil dengan cukup iaitu sebanyak 400mg sehari. Untuk mendapatkan sumber magnesium yang mencukupi, anda boleh perolehnya daripada kacang almond dan kacang-kacang lain, bayam, brokoli, serta coklat hitam (dark chocolate).


Vitamin D


NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Vitamin D memainkan peranan yang sangat penting dalam penyerapan kalsium serta magnesium. Vitamin D bekerjasama dengan kalsium dan magnesium untuk mengawal pengecutan otot. Ketidakseimbangan antara ketiga-tiga nutrien boleh menyebabkan kejang kaki berlaku. Jadi pengambilan vitamin D adalah perlu untuk kesihatan otot.
Untuk mendapatkan bekalan vitamin D kita boleh berjemur beberapa minit setiap hari di bawah sinaran matahari, minum susu atau produk soya, makan beberapa jenis ikan, bubur gandum, nasi putih, bijan dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kangkung

Vitamin B

NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Vitamin B terlibat dalam banyak proses biologi yang terdiri daripada pengeluaran sel darah merah, penjanaan tenaga dan saraf yang betul dan fungsi otot.

Penyebab utama kejang kaki adalah kekurangan Vitamin B terutamanya Biotin (B7) dan Tiamin (B1). Ini kerana kedua-dua vitamin B ini menggalakkan peredaran darah. Jika kekurangan vitamin B, darah tidak dapat mengalir dengan lancar. Darah yang tidak dapat mengalir dengan lancar akan menyebabkan berlakunya kejang kaki.

Kekurangan atau ketidakseimbangan kandungan vitamin B dalam tubuh memang boleh menyebabkan kerosakan fungsi otot dan saraf. Jadi pastikan Anda mengambil vitamin B mengikut jumlah yang diperlukan

Kajian terbaru menunjukkan bahawa kekurangan vitamin B boleh membawa kepada beberapa masalah, termasuk kejang kaki. Malah, ulasan yang diterbitkan dalam jurnal "American Academy of Neurology" menyatakan suplemen vitamin B kompleks mengurangkan masalah kejang kaki.

Vitamin B boleh ditemui dalam daging lembu, daging kambing, telur, produk tenusu, bijirin penuh, kacang panjang, kacang, sayuran berdaun hijau, cendawan, gandum, atau makanan laut seperti ikan dan udang.


Vitamin E


NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Kejang kaki berlaku disebabkan oleh peredaran darah yang tidak lancar. Oleh itu anda memerlukan vitamin E kerana vitamin E membantu melancarkan peredaran darah serta membantu pengeluaran sel darah merah. Vitamin E juga bertindak sebagai antioksidan yang menghilangkan radikal bebas daripada badan. Apabila radikal bebas terkumpul di dalam aliran darah, ia boleh mengganggu salur darah dan menyebabkan kejang kaki berlaku.

Sumber vitamin E boleh diperoleh daripada kacang tanah, kacang almond, kuaci dan susu soya.


Elektrolit 


NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Elektrolit juga nutrisi penting yang memberi kesan yang berkaitan dengan kaki kejang. Ketidakseimbangan elektrolit berlaku dalam kes kekurangan nutrisi atau apabila kita berpeluh dengan banyak dan kehilangan elektrolit melalui kelenjar peluh. Kehilangan elektrolit secara tak langsung menyebabkan berlakunya dehidrasi. Dehidrasi boleh menyebabkan ketidakseimbangan mineral natrium, kalium, dan klorida yang boleh menyebabkan kejang kaki berlaku.

Untuk elakkan dehidrasi dari terus berlaku, Sentiasa pastikan cecair dan elektrolit dalam badan mencukupi dengan minum banyak air atau minum minuman isotonik. Minuman isotonik tanpa gula adalah yang terbaik. Pengambilan air putih yang cukup setiap hari amatlah perlu. Untuk setiap 25kg minum 1 liter air. Jadi jika berat 50kg anda hendaklah minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.


Vitamin C


NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI


Vitamin C membantu dalam penyerapan elektrolit dan mineral penting seperti kalsium, magnesium dan kalium. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kekurangan elektrolit, yang seterusnya boleh menyebabkan kejang kaki.

Sumber vitamin C boleh diperoleh daripada buah-buah sitrus, brokoli, betik, tomato, strawberi, cili merah, kiwi, dan jambu.

Sekiranya sukar untuk dapatkan nutrisi lengkap untuk atasi masalah kejang kaki seperti yang dinyatakan diatas, berikut merupakan cadangan suplemen yang memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan untuk atasi masalah kejang kaki. Set Cadangan Kejang Kaki Shaklee. Klik gambar untuk info lengkap tentang set cadangan kejang kaki Shaklee.


NUTRISI PENTING UNTUK ATASI MASALAH KEJANG KAKI

Paling penting untuk mengatasi masalah kejang kaki adalah pastikan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan, sentiasa aktif dan anda perlu konsisten mengambil suplemen supaya tubuh mendapat kecukupan nutrisi yang diperlukan setiap hari. Secara tidak langsung bukan sahaja masalah kejang kaki dapat diatasi malah kualiti kesihatan tubuh anda juga akan meningkat dan lebih baik.


Baca juga: Ubat Buasir


Untuk keterangan lanjut tentang set kejang kaki, boleh hubungi Atul di http://atulhamid.wasap.my

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !