Pengambilan menu ikan dalam diet harian adalah perlu bagi
memastikan pengambilan sumber EPA / DHA mencukupi. Oleh itu, anda disarankan
untuk mengambil 2-3 hidangan ikan dalam seminggu.
Tetapi hanya segelintir sahaja sedar akan kepentingan
pengambilan ikan dalam menu harian. Ini kerana, selain tidak gemar makan ikan,
salah satu faktor menyebabkan mereka kurang makan ikan kerana mereka bimbang tentang
risiko pencemaran dan toksin yang terdapat dalam ikan yang boleh membahayakan jika
diambil dengan kerap.
Tetapi, ada juga diantara mereka telah bersedia dengan
mengamalkan pengambilan suplemen yang kaya dengan minyak ikan sebagai jalan
penyelesaian untuk mendapatkan sumber EPA/DHA yang mencukupi. Ini kerana minyak
ikan yang telah diproses dengan betul, bebas daripada toksin dan bahan pencemar
yang berbahaya. Selain itu, minyak ikan yang diperoleh juga adalah sangat tulen
kualitinya.
Jadi, bagaimanakah cara untuk mengetahui tentang minyak ikan
yang terdapat di pasaran adalah yang berkualiti tinggi, terbaik dan selamat
diamalkan?
TIPS MEMILIH MINYAK IKAN YANG
BAGUS
Pada masa kini, terdapat pelbagai
jenama minyak ikan yang boleh didapati dipasaran. Namun, tidak semua minyak
ikan yang ada merupakan pilihan terbaik kerana banyak faktor yang boleh dilihat
dalam memilih minyak ikan
Memilih minyak ikan adalah sangat
perlu agar kita dapat minyak ikan yang berkualiti, terbaik dan bebas daripada toksin
dan bahan pencemar yang berbahaya. Serta untuk memastikan minyak ikan yang
diperoleh adalah tulen.
Berikut merupakan 4 tips memilih supplement minyak ikan
yang bagus.
1.
Pilih syarikat supplement yang berkualiti
Tidak semua minyak ikan adalah sama. Cari
syarikat yang boleh anda percayai, dan mempunyai sejarah pengeluaran produk
yang berkualiti.
2. Pilih minyak ikan yang
benar-benar tulen
Proses Penyulingan Molekul ialah proses
yang meletakkan ikan di dalam keadaan vakum. Ini bagi membolehkan ia mendidih
pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya dari rosak.
Ini membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada
logam berat, yang membolehkan toksin disingkirkan. Proses ini juga mengurangkan
bau dan rasa hanyir ikan
3. Pilih minyak ikan yang diperbuat
dari ikan kecil
Semakin atas kedudukan makanan iaitu semakin besar ikan , maka semakin tinggi biokumulasi toksin. Jadi penggunaan ikan kecil adalah kurang risiko dan bebas toksin.
Kehadiran sejumlah kecil toksin tidak
menjadi masalah untuk ikan kecil. Namun, apabila ikan yang lebih besar memakan
beribu-ribu ikan kecil, ia mengumpul lebih banyak toksin.
Apabila kita perhatikan rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang rendah.
Apabila kita perhatikan rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang rendah.
4. Pilih syarikat yang mempunyai
bekalan jangka masa panjang
Ikan adalah penting dalam pemakanan kita. Kita harus memastikan sumber minyak ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan.
Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan
memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan
penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa
panjang sentiasa mencukupi.
Jadi inilah beberapa tips untuk
memilih minyak ikan yang terbaik. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada memilih
minyak ikan yang terdedah dengan bahan tercemar dan membahayakan
Sekiranya anda buntu untuk memilih
minyak ikan yang terdapat dipasaran, disini Atul ingin cadangkan agar anda dapatkan
minyak ikan Omega Guard daripada Shaklee kerana minyak ikan ini memenuhi
kehendak dalam tips memilih minyak ikan terbaik.
Anda boleh baca 6 sebab kenapa perlupilih minyak ikan Omega Guard Shaklee
Selain itu, baca juga
---------------------------------------------------------------
LOVE
LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your
Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID
NO. - 1077444
untuk
order dan pertanyaan,
sila
add saya di fb saya, Atul Hamid
atau
follow IG saya Atul Hamid
atau
email di zatulzarida@gmail.com
atau
sms (wa) +6019-5733761
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)