PUNCA & LANGKAH MENCEGAH KEJANG KAKI

Atul Hamid
0

Kejang kaki


Kejang kaki yang sangat menyakitkan rasa seperti mahu potong kaki. Saya pernah melihat ibu meraung kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat kejang kaki. Kejang kaki terjadi apabila berlaku pengerasan otot secara tiba-tiba oleh satu atau lebih tanpa dikawal. Kejang kaki akan menyebabkan rasa sakit sehingga sukar untuk menggunakan otot kaki seketika. Kejang kaki selalunya berlaku pada otot bahagian betis, belakang dan hadapan peha. Antara punca berlakunya kejang kaki: 1. Umur 50 tahun ke atas 2. Obesiti 3. Kurang bergerak atau melakukan aktiviti fizikal jangka masa lama 4. Teknik regangan otot yang salah 5. Kecederaan otot 6. Ubat-ubatan yang menyebabkan kekejangan 7. Dehidrasi 8. Kehamilan 9. Mineral seperti kalium, kalsium dan magnesium yang tidak seimbang 10. Peredaran darah dibahagian kaki tidak lancar
11. Pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan akan menyebabkan kandungan oksigen dan nutrien di dalam otot semakin kurang
Kejang kaki tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendiri. Tetapi, anda digalakan berjumpa doktor jika kejang kaki: 1. berlaku dengan kerap dan teruk 2. Menyebabkan bengkak, kemerahan atau perubahan warna. 3. Melibatkan kelemahan otot 4. Tidak lega setelah dirawat. Terdapat beberapa cara untuk meredakan kejang kaki: 1. Melawan kekejangan 2. Gunakan ais 3. Urut tapak dan jari kaki 4. Ambil ubat tahan sakit Langkah mencegah kejang kaki: 1. Elakkan senaman yang memberi tekanan kepada kaki 2. Amalkan diet harian yang seimbang dan kaya dengan kalsium, kalium dan magnesium 3. Minum banyak air setiap hari untuk elak dehidrasi 5. Kurangkan berat jika berlebihan 6. Pilih kasut yang tidak ketat dibahagian hujungnya bagi melancarkan peredaran darah 7. Gerakkan jari kaki ketika berdiri dan duduk 8. Kerapkan merendam kaki dalam air suam sambil mengurutnya 9. Lakukan aktiviti regangan sebelum dan selepas menjalani aktiviti yang terlalu lama 10. Gerakkan otot dan lakukan urutan ringan pada jari kaki dan betis sebelum tidur Pengambilan supplement berkesan yang saya syorkan adalah B Complex dan OsteMatrix B complex dikenali sebagai vitamin saraf yang menenangkan kerana ia berupaya ransang pengeluaran hormon serotonin iaitu hormon gembira. Ini dapat membantu menenangkan dan melegakan tekanan akibat kejang kaki. OsteMatrix pula mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, mengecutkan otot dan membantu mengurangkan masalah kejang kaki Semoga perkongsian ini dapat membantu pembaca dan semua orang yang ada masalah kejang kaki.


Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !