KEJANG KAKI menyerang sesiapa sahaja tidak kira masa. Termasuklah ketika kita sedang lena diulit mimpi. Pasti kita akan terjaga akibat rasa sakit yang teramat sangat sehingga boleh menyebabkan kita terjerit-jerit menahan kesakitan dan adakalanya sehingga mengeluarkan air mata akibat menahan kesakitan yang amat perit.
Biar pun ia bukan masalah kronik, namun
ia tetap mengakibatkan tidur kita terganggu. Sekiranya masalah ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan kita mengalami masalah lain seperti insomnia akibat daripada tidur yang asyik terganggu. Oleh itu, untuk memastikan diri kita daripada mengalami masalah akibat tidak cukup tidur, baik kita atasi kejang kaki semasa tidur daripada terus berlaku.
Sebelum ini Atul telah kongsikan punca kejang kaki semasa tidur, dan kini Atul ingin kongsikan beberapa cara mengatasi kejang kaki semasa tidur. semoga ia dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah kejang kaki yang sering anda alami ketika tidur.
Pengambilan Pemakanan kaya dengan
kalium, kalsium dan magnesium
Anda yang
kerap mengalami kejang kaki ketika tidur perlu mengambil lebih banyak makanan
mengandungi kalium, kalsium dan magnesium. Kacang, bijirin dan sayuran berdaun
hijau merupakan sumber makan terbaik untuk mendapatkan sumber nutrisi seperti
kalium, kalsium dan magnesium. Pengambilan yang cukup adalah sebanyak
1200 mg. kalsium sebelum tidur setiap hari.
Pengambilan Vitamin B
Pengambilan Vitamin B
Pengambilan
vitamin B yang cukup turut membantu mengurangkan kekejangan otot. Ini kerana
vitamin B membantu otot dan saraf berada dalam keadaan tenang serta membantu
dalam melancarkan peredaran darah.
Pengambilan Vitamin E
Pengambilan Vitamin E
Satu lagi bantuan
untuk kejang kaki ketika tidur adalah vitamin E. Dalam
satu kajian Samuel Ayres, Jr. menyatakan 24 pesakit yang kejang kaki terutamanya diwaktu
malam, digalakkan untuk mengambil vitamin E tambahan. Dos Vitamin E yang digalakkan adalah 100 I.U. tiga
kali sehari sebelum makan. Hasil daripada
kajian menunjukkan pengambilan yang konsisten membantu meredakan masalah kejang
kaki dimalam hari.
Buat regangan di kaki
Buat regangan di kaki
Buat
mereka yang kerap mengalami kejang kaki ketika tidur, dinasihatkan supaya
melakukan regangan ringan dibahagian kaki selama beberapa minit sebelum tidur. Langkah itu bagi
memastikan otot kaki seperti betis, dan paha berada dalam keadaan stabil.
Melakukan urutan dengan minyak panas di kaki
Sentiasa memastikan pengambilan air kosong mencukupi setiap
hari termasuk minum segelas sebelum tidur dan segelas air setiap kali kita terbangun di malam
hari.
Posisi tidur yang betul
Posisi tidur yang betul
Tidurlah dengan posisi yang dapat mencegah kaki dari tertekan
tanpa disedari. Gunakan bantal untuk menopang telapak kaki ketika kita tidur
telentang.
Rendam kaki dengan air garam hangat
Rendam kaki dengan air garam hangat
Selalu amalkan merendam kaki dengan
air garam jika merasakan kaki terlalu letih kerana ia dapat membantu menenangkan otot kaki.
Aliran udara bilik tidur yang sesuai
Aliran udara bilik tidur yang sesuai
Pastikan aliran udara bilik tidur
yang sesuai iaitu tidak terlalu sejuk, terutamanya pada musim sejuk. Serta elakkan daripada mengguna penghawa dingin semasa tidur diwaktu malam ketika musim sejuk.
Pemakaian yang sesuai diwaktu sejuk
Sekiranya berada berada dalam keadaan cuaca sejuk, pastikan sentiasa berstokin, memakai baju dan seluar yang tebal. seelok-eloknya tidur dengan menggunakan selimut. Cara begini membantu mengurangkan risiko anda dari terkena kejang kaki ketika tidur.
Pemakaian yang sesuai diwaktu sejuk
Sekiranya berada berada dalam keadaan cuaca sejuk, pastikan sentiasa berstokin, memakai baju dan seluar yang tebal. seelok-eloknya tidur dengan menggunakan selimut. Cara begini membantu mengurangkan risiko anda dari terkena kejang kaki ketika tidur.
Pengambilan supplement berkesan
yang saya syorkan adalah B Complex, OsteMatrix dan Vita E Complex untuk
membantu mengurangkan masalah kejang kaki semasa tidur.
B Complex dikenali sebagai
vitamin saraf yang menenangkan kerana ia berupaya ransang pengeluaran hormon
serotonin iaitu hormon gembira. Ini dapat membantu menenangkan dan melegakan
tekanan akibat kejang kaki.
OsteMatrix pula mengandungi
Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang membantu mengekalkan tekanan darah yang
normal, mengecutkan otot dan membantu mengurangkan masalah kejang kaki
Vitamin E merupakan vitamin yang
kaya antioksidan. Didapati bahawa sifat-sifat antioksidan vitamin membantu
melegakan kesakitan otot-otot sakit dengan memerangi radikal bebas yang
disebabkan oleh metabolisme oksigen semasa bergerak aktif terhadap otot kaki. Sumber: Nutra ingredients
Walaupun kejang kaki ketika tidur bukanlah penyakit yang serius, anda tidak perlu berasa bimbang. Bagaimanapun, jika gejala itu berlaku hampir setiap hari, anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk rawatan lebih lanjut. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang selalu kena kejang kaki ketika tidur.
Terima kasih.
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)