Pernah tak kita terfikir “Kenapalah rezeki aku macam
tersekat ni?” Dah buat sehabis baik, tapi rezeki kita macam susah je nak masuk?
Sebenarnya kita tiada hak pun untuk persoalkan tentang
rezeki, sebab rezeki semua Allah yang bagi, tapi kadangkala terdetik juga
dihati kecil kita kan?
Okay, sebelum terus menerus kita persoalkan tentang rezeki, adalah lebih baik kita muhasabah
diri, kenapa rezeki kita susah nak masuk? Mungkin antara sebabnya seperti:
Ø
Kita berada diluar rahmat Allah swt
Ø
Atau hubungan kita dengan Allah swt jauh
Ø
Atau kita ada perkara yang tidak selesai sesama manusia
Ø
Atau kita susah untuk memaafkan orang lain
Ø
Atau kita ada hutang yang tidak selesai
Ø
Atau perasaan dendam di dalam hati
Ø
Atau selalu berprasangka buruk
Ø
Atau mungkin lain-lain faktor lagi
Jadi adalah lebih baik kita selesaikan dahulu faktor-faktor yang mungkin menjurus kita kearah sukar
peroleh rezeki.
Sebagai contoh 'Masalah sesama manusia'
Jika kita ada masalah sesama manusia seperti rasa marah,
dendam, iri hati, geram, atau apa sahaja rasa yang negatif terhadap mereka, apa
yang boleh kita lakukan adalah:
- Cuba untuk minta maaf atau memaafkan mereka, kerana dengan memaafkan, akan membuat kita rasa lebih tenang. Antara tips yang boleh diamalkan adalah ‘memaafkan orang di akhir hari (sebelum kita tidur) dan di awal pagi (waktu Subuh)’
- Kita juga boleh mendoakan yang terbaik untuk mereka seperti diberi kebahagiaan, kesihatan dan dimurahkan rezeki. Walaupun pada mulanya sukar, dan terpaksa, namun lama-kelamaan kita akan rasa mudah dan perlahan-lahan perasaan amarah itu akan hilang, kerana setiap hati manusia ini Allah yang pegang.
- Bersemuka dan bincang
elok-elok tentang masalah yang ada, cari jalan penyelesaian yang baik
- Amalkan zikir baiki
hubungan seperti “Ya Rahman Ya Rahim,
Ya Jami’ Ya Wadud” disamping itu membayangkan wajah mereka
- Cuba padamkan segala hal yang memedihkan dan menyakitkan hati, dengan perbanyakan istighfar dan amalkan solat taubat mohon ketenangan hati
Cuba kita tanam dalam diri, Allah Maha Pengampun, Maha
Penerima Taubat. Allah sedia memaafkan hambanya yang ikhlas memaafkan, jadi siapalah
kita nak simpan perasaan yang amarah dan negatif itu sedangkan kita ada pilihan
yang lebih baik untuk rasa lebih tenang dengan memaafkan dan melupakan.
Tahukah anda, bahawa tidak sempurna Iman seseorang sampai dia
- Memaafkan orang yang buat salah dengan kita
- Tolong mereka yang tidak pernah minta bantuan daripada kita
- Sambung dan erat hubungan silaturrahim
- Berbuat pada pada orang yang buat keburukan dengan kita
Kesimpulannya disini, untuk meringankan rezeki, dekatkanlah
diri kita dengan Allah, sentiasa jaga hubungan sesama manusia, jika ada orang
lakukan keburukan, pujuk hati, posotifkan diri, kita balaslah dengan kebaikan.
InsyaAllah.
Inilah antara ilmu dan amalan yang bermanfaat dari group
#Viktoria yang dapat Atul kongsikan untuk sama-sama kita praktikkan supaya
dapat kita baiki mana yang kurang.
Semoga bermanfaat buat kita bersama.
#atulhamid
#semangatbaru
#s2ufamilies
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)