Fadhilat Membaca Ayat Al-Kursi Selepas Solat Fardhu

Atul Hamid
2

Assalamualaikum, Salam Jumaat, Salam penghulu segala hari

Hari ini Atul nak kongsikan sedikit ilmu tentang Ayat Al-Kursi yang Atul baca dari group telegram dan boleh dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita.

Atul harapkan semoga perkongsian Atul ini, menjadi tambah nilai baik dalam kehidupan seharian kita semua.

Fadhilat Membaca Ayat Al-Kursi Selepas Solat Fardhu



Ayat Al-kursi merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas.

Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah 

Fadhilat Membaca Ayat Al-Kursi Selepas Solat Fardhu
Ayat Al-Kursi (255) dalam Surah Al-Baqarah 

Terdapat banyak fadhilat dan kelebihan yang boleh diperoleh jika ayat ini dijadikan amalan setiap hari serta hafalan oleh ummat Islam. 

Menurut Dr. Zaharuddin Abd Rahman, seorang penceramah bebas di Malaysia;

"Amalkanlah bacaan ayat Al-Kursi setiap selepas solat Fardhu, kerana kelebihannya di sebut oleh Baginda Nabi;
"Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya daripada memasuki syurga (telah cukup syarat untuk ke syurga) melainkan (mestilah) dia mati (terlebih dahulu).”.
Namun jangan tersilap memahami literal hadis ini sehingga mengganggap hanya dengan membaca ayat kursi sahaja sudah mampu masuk syurga walaupun tanpa melaksanakan tanggungjawab kewajiban dan menjauhi larangan Allah swt.

Amalan ini mengukuhkan tawaran syurga bagi ahli ilmu, ibadah dan taqwa".

Sumber: Telegram #DrZaharuddinAbdRahman

Post a Comment

2Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !