12 tanda awal kehamilan yang perlu anda tahu

12 tanda awal kehamilan yang perlu anda tahu | Setiap pasangan yang berkahwin, perkara yang paling dinanti-nantikan adalah kehadiran cahaya mata. Sudah semestinya si isteri berdebar-debar untuk detik itu. Mesti tertanya-tanya, adakah aku hamil? Macam mana nak tahu hamil ke tidak?

12 tanda awal kehamilan yang perlu anda tahu

Jadi, untuk menjawab persoalan yang sentiasa bermain diminda, disini Atul kongsikan beberapa tanda-tanda kehamilan yang perlu diketahui. Cuba perhatikan perubahan-perubahan yang berlaku pada diri anda. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dibawah ini, bolehlah membuat ujian kehamilan untuk mendapatkan kebenarannya.

Tanda-tanda awal kehamilan yang perlu diketahui

1. Tidak datang haid (menstruasi)

12 tanda awal kehamilan yang perlu anda tahu

Jika anda sedang hamil, anda tidak akan dating haid lagi. Ini kerana dinding rahim anda sedang bersiap sedia untuk proses kehamilan. Amat penting untuk anda mengetahui hari pertama haid anda yang terakhir. Ia untuk menentukan usia kandungan anda dan perkiraan tarikh bersalin. Perlu diingatkan bahawa tidak dating haid mungkin disebabkan oleh perkara lain juga. 

2. Pendarahan ringan dan kekejangan perut

Jika anda mengalami pendarahan ringan (tompok-tompok), berkemungkinan anda hamil diperingkat awal. Apabila persenyawaan telah berjaya, janin akan dibenamkan ke dalam dinding rahim bagi mendapatkan nutrien sepanjang tempoh kehamilan. Proses tersebut menyebabkan pendarahan ringan berlaku. Keadaan ni selalunya disertai dengan rasa kejang di perut.

3. Mengidam

12 tanda awal kehamilan yang perlu anda tahu

Salah satu tanda kehamilan yang sering berlaku adalah keinginan terhadap sesuatu, atau mengidam. Mengidam merupakan perkara biasa yang berlaku kepada ibu yang sedang mengandung. Ia disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh ibu dan menyebabkan anda mengidam. Gejala ini selalunya terjadi pada aawal kehamilan, tetapi ada juga yang mengidam sampai waktu kelahiran

4. Mabuk hamil dan kurang selera makan

12 tanda awal kehamilan yang perlu anda tahu

Sesetegah wanita akan berasa mual, loya, alahan atau muntah. Ini merupakan tanda-tanda awal kehamilan. Keadaan ini selalunya dikenali sebagai mabuk hamil. Ini kerana berlaku perubahan hormon di dalam badan. Ia juga turut dikenali sebagai ‘morning sickness’ kerana selalu terjadi pada waktu pagi. Tetapi, adakalanya ia berlaku sepanjang hari dan dalam tempoh yang lama. Pastikan anda minum air secukupnya. Tetapi sekiranya anda masih lagi muntah setelah minum atau makan, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan yang sesuai

5. Kerap membuang air kecil

Sekiranya anda hamil, salah satu tanda-tanda yang akan anda alami adalah kerap membuang air kecil. Ia terjadi kerana pundi kencing anda telah ditekan oleh rahim yang semakin membesar. Keadaan ini juga disebabkan kerja ginjal yang berlebihan sehingga menyebabkan pundi kencing cepat penuh. Keadaan ini biasanya akan berterusan sepanjang kehamilan. Satu nasihat buat anda adalah jangan tahan kencing.

6. Kelesuan dan mudah rasa mengantuk

Kerap merasa lesu dan mudah rasa mengantuk merupakan tanda-tanda anda sedang hamil. Keadaan ini berlaku kerana penghasilan hormon hCG akan mengawal atur rembesan hormon progesteron. Ia bukan sahaja memainkan peranan penting ketika hamil malah berperanan dalam mengawal atur kitaran tidur jaga individu. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap hari.

7. Pening kepala

12 tanda awal kehamilan yang perlu anda tahu

Terdapat pelbagai jenis perubahan fisiologi yang dialami oleh wanita semasa hamil. Salah satu daripadanya adalah tekanan darah rendah. Hormon yang dirembeskan boleh menyebabkan salur darah mengembang. Perkara ini menyumbang kepada penurunan tekanan darah yang membuatkan anda pening. Kadang kala ada yang pengsan.

8. Payudara membesar dan warna areola menjadi gelap

Perubahan hormon boleh menyebabkan payudara anda mengalami perubahan. Segelintir waita payudara akan bengkak namun ia akan beransur-ansur hilang apabila badan anda sudah biasa dengan persekitaran hormon yang tinggi. Selain itu, puting (areola) anda akan menjadi gelap dan ukur lilitnya akan bertambah. Pastikan anda memakai baju dalam (bra) yang bersesuaian untuk mengurangkan kesakitan.

9. Pedih ulu hati

Perubahan hormon sewaktu hamil boleh menyebabkan otot sfinkter (bukaan pada hujung esofagus) mengendur. Perkara ini akan memudahkan pengaliran asid di dalam perut untuk memasuki esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati. Anda dinasihatkan untuk makan dengan lebih kerap tetapi kuantiti yang kecil. Elakkan baring selepas makan. Jika teruk, dapatkan nasihat doktor segera.

10. Sembelit dan kembung perut

12 tanda awal kehamilan yang perlu anda tahu

Sama seperti simptom yang anda alami sebelum fasa pendarahan dalam kitaran haid, sembelit dan kembung perut merupakan salah satu tanda diawal kehamilan. Semasa anda hamil, perubahan hormon akan menyebabkan sistem penghadaman anda menjadi perlahan. Ia boleh menyebabkan anda mengalami kembung perut dan sembelit. Banyakkan mengambil makanan berserat bagi membantu melegakan simptom tersebut.

11. Suhu badan naik

Sekiranya anda berasa panas badan, dan suhu badan naik secara tiba-tiba, berkemungkinan anda sedang hamil. Kenaikan suhu badan boleh berlaku ketika anda mengalami ovulasi atau setelah persenyawaan berjaya. Namun begitu kenaikan suhu badan ini sukar untuk mengenalpasti samada anda hamil atau tidak sehinggalah anda membuat ujian kehamilan untuk mengesahkannya

12. Rasa berdebar-debar

Selain daripada mempunyai kaitan dengan penyakit kardiovaskular, rasa berdebar-debar juga merupakan salah satu tanda kehamilan di peringkat awal. Jumlah isipadu darah anda akan bertambah bagi menampung keperluan janin. Ini akan menyebabkan jantung anda berdegup 25% lebih laju berbanding dengan keadaan biasa. Jika anda mempunyai sejarah penyakit jantung, amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan fizikal.

Perlu diingatkan bahawa tanda-tanda awal kehamilan pada setiap wanita adalah berbeza. 12 tanda kehamilan yang Atul kongsikan diatas adalah antara tanda-tanda yang seringkali berlaku pada ibu-ibu hamil. Ada yang mengalami hanya 1 tanda, ada yang banyak, dan juga yang tidak sedar mereka sedang hamil. Apa-apapun, semoga perkongsian tanda-tanda awal kehamilan ini dapat membantu anda mengenalpasti dan lebih bersedia untuk menghadapi proses kehamilan. Akhir nasihat Atul, sekiranya anda mengalami tanda-tanda diatas, buatlah pemeriksaan samada sendiri dengan menggunakan "urine pregnancy test (UPT)" atau di klinik kesihatan yang berdekatan.

Baca juga:

Vitamin untuk ibu hamil

Mitos dan fakta tentang vitamin ibu hamil

Diet ketika hamil

Atul Hamid,
Ibu anak 2

1 comment:

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)