Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK): Memperkasa pelajar melalui DIA Fest 2023

Atul Hamid
10

Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK): Memperkasa pelajar melalui DIA Fest 2023 | Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara telah melalui transformasi yang pelbagai. Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), UiTM terpanggil untuk memperkasakan pelajar mereka dengan cara tersendiri. Lahirlah Digital & Imaging Arts Festival 2023 (DIA Fest 2023) yang merupakan acara yang julung kalinya dianjurkan oleh Pengajian Seni Digital dan Imejan dengan kerjasama Bidang Pengurusan Industri Kreatif dibawah Pengajian Seni Liberal. Festival ini menyatukan bidang-bidang pengajian dan program di bawah pengajian iaitu Bidang Seni Reka Grafik, Teknologi Percetakan, Fotomedia Kreatif, Filem, dan Teknologi Kandungan Kreatif.

Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK): Memperkasa pelajar melalui DIA Fest 2023


Untuk rekod, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) merupakan gabungan 3 fakulti iaitu Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Fakulti Muzik dan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Setelah digabungkan, lahirlah Kolej Pengajian Seni Kreatif dan beberapa faktor seperti ciri, kualiti, dan pengkhususan seni visual digital dilihat mempunyai keupayaan untuk memangkin usaha sinergi antara bidang pengajian di UiTM. Sinergi ini bakal menghasilkan impak yang maksima kepada UiTM, bakal graduan, industri dan komuniti.

Namun, menurut Ketua Pengajian Seni Digital dan Imejan, Ts. Dr. Mohd Erman Maharamsinergi ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa kolaborasi dan semangat yang tinggi para pensyarah dan pelajar serta sokongan alumni yang kukuh. Strategi yang signifikan dan membabitkan jalinan kolaborasi ini pastinya akan diperhalusi menjadi satu model yang bersifat jangka panjang yang menguntungkan semua pemegang taruh. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015- 2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu menambah baik sistem pendidikan tinggi, dan berhasrat untuk membangunkan bakat terpelajar dipacu nilai, yang akan memberikan sumbangan kepada pembangunan negara, Ts. Dr. Mohd Erman Maharam menegaskan bahawa DIA Fest 2023 tekad memasarkan dan mempromosikan hasil karya pelajar kepada umum untuk mewujudkan jaringan intelektual antara pensyarah, pelajar, alumni, industri dan komuniti.

 

Pengarah Projek DIA Fest 2023, Encik Azri Abu Hassan juga menyatakan

program ini dianjurkan selaras dengan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) dalam menjadikan industri kreatif negara lebih berdaya saing dan dinamik untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan memartabatkan budaya negara bangsa. Antara karya alumni yang boleh diangkat dan dibanggakan ialah “Prebet Sapu” karya Muzzamer Rahman yang merupakan Alumni Kolej Pengajian Seni Kreatif yang telah tercalon mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik pada Anugerah Akademi Ke-94 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

 

Timbalan Pengarah Projek, Cik Andrialis Abdul Rahman berkata

DIA Fest 2023 ini bukan sahaja untuk diperkenalkan kepada pihak industri, malah mampu dijadikan pemangkin para pelajar di peringkat rendah dan menengah untuk mula mengenali bidang yang ada di bawah pusat Pengajian Seni Digital dan Imejan.


Manakala bagi Ketua Pengajian Seni Liberal, Dr Ahmad Kamal Basyah Sallehuddin pula menjelaskan bahawa

kolaborasi ini merupakan satu manifestasi sinergi dalam usaha untuk mempromosikan dan memperkenalkan program-program akademik setiap pengajian di bawah KPSK. Perancangan yang sistematik diperlukan bagi mencapai objektif yang diingini dan sekaligus satu acara terhasil dari kolaborasi ini. Setiap bidang mempunyai kekuatan tersendiri dan festival ini membuktikan bahawa kesemua bidang saling memerlukan di antara satu sama lain.


Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang DIA Fest 2023 adalah pameran karya pelajar tahun akhir, diskusi, tayangan filem pendek dan perkongsian ilmu bersama pihak industri yang sekaligus akan menilai kesemua hasil akhir pelajar. Antara Penilai industri yang akan turut serta ialah mantan Ketua Pengarah Finas, Dato’ Kamil Othman. Penyunting filem, Isazaly Isa. Pengarah filem dan alumni KPSK, Putri Purnama. Karya bidang Fotomedia Kreatif pula akan dinilai oleh Encik Bazuki Muhammad yang merupakan bekas wartawan Reuters dan Penyunting Foto NSTP, manakala Bidang Teknologi Percetakan menjemput Puan Nurul Husna Azmi yang merupakan Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pembungkusan Ultimate Print Sdn Bhd. Bidang Seni Reka Grafik menjemput Puan Samsiah Jendol, Pengasas Little Syam dan Encik Mohamad Zaky Khairuddin, Pensyarah Seni Visual, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menilai karya pelajar bidang Animasi.


Untuk maklumat lanjut berkenaan program Digital & Imaging Arts Festival 2023 (DIA Fest 2023), boleh hubungi Puan Darlina Baharuddin, di talian 019 – 204 9520 atau rujuk laman sosial rasmi Instagram @DiaFest23.

Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK): Memperkasa pelajar melalui DIA Fest 2023

Post a Comment

10Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Selalunya orang yang dalam bidang digital dan art ni adalah orang kreatif

    ReplyDelete
  2. Ohh wow...thanks for sharing this amazing upcoming Digital & Imaging Arts Festival 2023 (DIA Fest 2023), sure it's gonna exciting all the digital & art passion people. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Keep.up the good.work > achieve more.s n continue to be creative n congratulation . . . >>>

    ReplyDelete
  4. Tq atul share pasal digital art ni. Jarang amik tau pasal gini hihi

    ReplyDelete
  5. Bagus ada acara macam ini kan untuk awareness..

    ReplyDelete
  6. Wow bestnya program ni. Menarik sangat. Boleh war warkan kepada orang orang kreatif

    ReplyDelete
  7. Bagus juga ada festival sebegini. Mereka yg ada minat seni kreatif dan sewakti dgnnya boleh diberi pendedahan awal. And congrats Prebet Sapu wakili Malaysia ke LA .

    ReplyDelete
  8. tq share info.Menarik juga ni..bukan kaleng2 penilai industri tu pun!

    ReplyDelete
  9. macam best je program ni, boleh tambah ilmu terutama untuk yang sukakan dunia kreatif

    ReplyDelete
  10. Bagus ada info begini terutama bagi yang minat seni kreatif, tq for sharing sis

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !