Showing posts with label Akademi Vokasional McDonald’s. Show all posts
Showing posts with label Akademi Vokasional McDonald’s. Show all posts

10,000 peluang pekerjaan di McDonald’s Malaysia untuk belia

10,000 peluang pekerjaan di McDonald’s Malaysia untuk belia | McDonald’s Malaysia merupakan sebuah restoran khidmat segera terkemuka yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Sepanjang 39 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara dan McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara.

Jika sebelum ini Atul ada menulis tentang McDonald’s Malaysia belanja 65,000 penghantar makanan di seluruh Malaysia. Tetapi entri kali ini lebih menarik, yang mana ia lebih memfokuskan kepada para belia di negara kita. Untuk makluman anda, McDonald’s Malaysia bakal jana 10,000 peluang pekerjaan baru untuk belia di negara kita. Menarik kan peluang yang disediakan oleh McDonald’s Malaysia? Sebenarnya peluang yang ditawarkan oleh McDonald’s Malaysia ini sangat bertepatan dengan agenda nasional negara.

10,000 peluang pekerjaan di McDonald’s Malaysia untuk belia

Kita sedia maklum, di waktu pendemik ini ramai yang terkesan termasuk para belia. Malah menurut laporan Statistik Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan penganggur meningkat seramai 40,600 orang atau 5.6 peratus iaitu 768,700 orang berbanding 728,100 pada Mei 2021. Atul sendiri pernah merasai kesusahan untuk mendapatkan pekerjaan kerana perlu bersaing dengan ribuan graduan lepasan universiti yang baru serta graduan yang masih menganggur, sedangkan tawaran peluang pekerjaan hanyalah sedikit. Jadi, peluang pekerjaan yang bakal disediakan oleh McDonald’s Malaysia adalah sangat bertepatan dengan cabaran yang dihadapi pada masa ini.

10,000 peluang pekerjaan dan peluang kembangkan potensi diri 

Menjelang tahun 2026, McDonald’s Malaysia menyasarkan pembukaan sebanyak 500 buah restoran. Sasaran pembukaan inilah yang bakal menyediakan 10,000 peluang pekerjaan kepada golongan belia di negara kita. McDonald’s Malaysia sangat komited untuk membantu generasi muda membina kerjaya demi masa hadapan mereka. Oleh sebab itu, program-program kerjaya di McDonald’s Malaysia direka khusus untuk golongan belia sebagai tapak untuk mereka mengembangkan potensi diri, bakat dan memberi peluang kepada mereka untuk membina kerjaya.  

Peluang belajar sambil bekerja di Akademi Vokasional McDonald’s 

McDonald’s Malaysia menawarkan peluang belajar sambil bekerja di Akademi Vokasional McDonald’s. Ini adalah peluang keemasan yang perlu para belia rebut dan jangan lepaskannya jika berpeluang. Ini kerana terdapat banyak kelebihan yang bakal diperoleh disini, terutamanya bagi belia yang berminat untuk memulakan kerjaya di McDonald’s.

10,000 peluang pekerjaan di McDonald’s Malaysia untuk belia

Akademi Vokasional McDonald’s menyediakan peluang latihan, pembelajaran dan pembangunan bertaraf dunia. Akademi ini menawarkan pendekatan pembelajaran yang pelbagai termasuk;

  • Memberi bimbingan sambil bekerja
  • Latihan di dalam kelas
  • Pembelajaran kendiri
  • Alat pembelajaran direka khas untuk kakitangan

10,000 peluang pekerjaan di McDonald’s Malaysia untuk belia


Tujuannya untuk membolehkan golongan belia mendalami peranan mereka dan membiasakan diri dengan amalan terbaik dalam industri perkhidmatan makanan. Golongan belia yang bergraduasi dari akademi ini akan memiliki kemahiran industri perkhidmatan makanan yang lengkap dan mempunyai nilai kerja yang tinggi, yang boleh digunapakai di mana-mana organisasi nanti.

Program Perantis Vokasional McDonald’s 

Hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran Sumber Manusia, melalui Program Perantis Vokasional McDonald’s secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) telah berjaya melahirkan perantis yang berkualiti dan berkemahiran adalah antara contoh terbaik program anjuran McDonald’s.

10,000 peluang pekerjaan di McDonald’s Malaysia untuk belia

Syarat dan kelebihan Program Perantis Vokasional McDonald’s 

Program Perantis Vokasional McDonald’s ini dibuka kepada belia lepasan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program dilaksanakan selama 18 bulan yang mana akan melibatkan 70 peratus latihan praktikal di restoran-restoran McDonald’s dan 30 peratus pembelajaran secara teori di pusat latihan.

Selain itu, sepanjang program ini setiap perantis akan mendapat kemudahan seperti;

  • Elaun sara hidup sebanyak RM1200 setiap bulan
  • Kemudahan tempat tinggal
  • Faedah perubatan
  • Perlindungan Insuran
  • Makanan secara percuma 

10,000 peluang pekerjaan di McDonald’s Malaysia untuk belia


Bagi Atul, para perantis anjuran McDonald’s sangat bertuah kerana sejurus tamat program ini, perantis akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi bidang penyediaan makanan dan minuman oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta perantis mempunyai pilihan untuk terus bekerja di McDonald’s atau bekerja di mana-mana syarikat industri perkhidmatan makanan yang terdapat di negara kita ini.

Menariknya Kerjaya di McDonald’s Malaysia

  • McDonald’s Malaysia komited menyediakan pembangunan jangka panjang dan membantu kakitangannya untuk terus berjaya dalam kerjaya sehingga mampu memimpin pasukan sebagai seorang pengurus.

  • Lebih 1,000 Pengurus McDonald’s menamatkan program kurikulum Pengurusan Restoran McDonald’s setiap tahun, sehingga mampu memimpin, berkomunikasi, dan memiliki kepakaran dalam menguruskan restoran.

  • McDonald’s mengambil 100 peratus rakyat Malaysia untuk bekerja dan memberi keutamaan kepada mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah termasuk golongan asnaf dan komuniti luar bandar.

  • McDonald’s Malaysia menyediakan peluang pekerjaan yang sama rata dengan memastikan pengambilan golongan wanita daripada pelbagai latar belakang dan orang kelainan upaya (OKU).

  • Sehingga kini, 50 peratus Pengurus Restoran adalah wanita dan 228 daripada keseluruhan warga kerja McDonald’s adalah OKU.

Menurut Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia,  McDonald’s, bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan tetapi juga komited dalam menyokong belia Malaysia untuk memenuhi potensi diri dengan membantu mereka membina keyakinan dan membangunkan kemahiran interpersonal. Program-program kerjaya khususnya Program Perantis Vokasional McDonald’s, direka khas untuk memperkasa generasi muda dalam perjalanan kerjaya mereka dan menyediakan batu loncatan ke arah masa hadapan yang cerah dan bermakna.

Maklum balas perantis yang telah mengikuti program anjuran McDonald’s Malaysia

Iman, Khor dan David merupakan antara perantis vokasional McDonald’s. Apakah maklum balas mereka terhadap program perantis anjuran McDonald’s ini?

Nur Fazera Natasya Iman Binti Mohd Azri - Pembangunan dan Keyakinan Diri

10,000 peluang pekerjaan di McDonald’s Malaysia untuk belia

Iman atau nama sebenarnya Nur Fazera Natasya Iman Binti Mohd Azri merupakan salah seorang Pelajar Terbaik dan juga penerima Anugerah Perantis Khas bagi Anugerah Prestasi Cemerlang.

Bagi Iman, McDonald’s telah membantu beliau menjadi seorang yang berani dan berkeyakinan diri. Iman pada awalnya seorang yang pemalu dan sentiasa takut untuk mencuba perkara baharu, tetapi melaluimelalu program perantis ini, Iman berjaya mengatasi rasa takut yang dihadapinya selama ini. Kini, Iman berkhidmat sebagai Ketua Kru di McDonald’s Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Khor Wei Nern - Latihan dan Pembangunan di Usia Muda 

10,000 peluang pekerjaan di McDonald’s Malaysia untuk belia

Khor Wei Nern atau Khor, kini baru berusia berusia 18 tahun menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s atas galakan daripada guru sekolah menengahnya. Menurut Khor, pengetahuan dan latihan yang diterima amat berharga bagi dirinya kerana beliau bukan sahaja mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengurus-pengurus dan rakan sekerja yang mesra dan berpengalaman, tetapi juga dapat sama-sama menyumbang dan mengambil bahagian dalam operasi harian.

Kini, Khor sedang menjalani latihan praktikal di McDonald’s Pandu-Lalu Bandar Seri Putra, Kajang.  

David Janil Raj A/L P.P. Sundaraj - Mendaki Tangga Kejayaan  

10,000 peluang pekerjaan di McDonald’s Malaysia untuk belia

David atau nama sebenarnya David Janil Raj A/L P.P. Sundaraj mendapati program ini telah menyediakan pelbagai peluang termasuklah perkembangan kerjaya. David bermula sebagai perantis, dan kini berjaya memegang jawatan sebagai Penolong Pengurus dan Pengurus Syif di McDonald’s. 

Kini, sudah 3 tahun David bersama McDonald’s dan berkhidmat di McDonald’s Pandu-Lalu Rawang. David mempunyai sasaran yang jelas iaitu pada tahun ke-6, beliau mahu menjadi Pengurus Besar Restoran dan pada tahun ke-10 pula, beliau ingin menjadi sebahagian daripada pasukan Konsultan Operasi. David adalah antara perantis pertama bagi Program Perantis Vokasional McDonald’s.

Daripada maklum balas 3 perantis yang telah menjalani latihan melalui Program Perantis Vokasional McDonald’s membuktikan bahawa program perantis ini benar-benar membantu mereka

  • Membina keyakinan diri
  • Menjadi pekerja yang berkemahiran
  • Pekerja yang berdaya saing
  • Membina kerjaya.  

Petikan dari kata-kata YBhg. Dato’ Ts. Haji Zaihan bin Shukri, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, JPK, Kementerian Sumber Manusia mengatakan,  Program Perantis Vokasional McDonald’s secara SLDN ini telah melahirkan ramai pekerja yang lebih kompeten serta mempunyai daya saing yang tinggi dan ini sejajar dengan hasrat Kerajaan melahirkan modal insan yang berpengetahuan (K-Pekerja). Impak positif yang dilihat melalui SLDN adalah perantis dapat merasakan suasana bekerja yang sebenar dan mereka juga berkebolehan untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih sistematik. Ini kerana SLDN menekankan latihan amali berbanding teori sesuai dengan keperluan alam pekerjaan sebenar.

10,000 peluang pekerjaan di McDonald’s Malaysia untuk belia

Jika anda kini sedang mencari peluang pekerjaan dan ingin membina kerjaya demi masa hadapan anda, rebutlah peluang yang disediakan oleh restoran khidmat segera ini dengan menjadi perantis di Akademi Vokasional McDonald’s. Cungkil segala bakat dan potensi diri anda yang tersembunyi itu.

Rebutlah peluang keemasan ini. Jangan biarkan ia berlalu tanpa tindakan kerana peluang keemasan hanya datang sekali. Tambahan pada zaman ini, graduan terlalu ramai dan bakal graduan juga tinggi bilangannya. Jangan biarkan anda salah seorang yang tersenarai dalam bilangan penganggur. Ayuh, jadilah sebahagian daripada warga kerja McDonald’s Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my. Bagi yang berminat untuk bina kerjaya bersama McDonald’s Malaysia, sila layari https://www.maukerja.my/mcd.

#McDonaldsMalaysia
#AkademiVokasional McDonalds

Continue Reading