Showing posts with label FAQ. Show all posts
Showing posts with label FAQ. Show all posts

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee


KOLAGEN sangat penting untuk tubuh. Semakin meningkat usia anda, semakin berkurangan tahap kolagen dalam tubuh anda. Jadi, tidak hairanlah kenapa ramai yang mula mencari supplement berasaskan kolagen setelah meningkat ke usia 25 tahun.

Begitu juga dengan Shaklee Collagen Powder. Ramai yang puas hati dan telah jatuh cinta terhadap keberkesanannya. Jadi, sehingga kini ia tetap menjadi rebutan ramai. 

Namun, ia sering dihujani dengan pelbagai persoalan, terutamanya daripada mereka yang belum dan ingin mencuba collagen Shaklee

Jadi, disini Atul sertakan FAQ Collagen Shaklee atau soalan lazim tentang Collagen Shaklee yang sering ditanya oleh orang ramai.

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee

Soalan: Apakah keistimewaan collagen Shaklee?

Keistimewaan Shaklee Collagen Powder adalah

⇨ Sumber Berkualiti Tinggi: Pemilihan kolagen Shaklee, diekstrak dari Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) kerana keupayaannya untuk bertahan pada tekanan yang tinggi di bawah air, menjadikannya kolagen yang tahan lasak dan sumber kolagen yang berkualiti tinggi.

⇨ Penyerapan yang hebat: Shaklee Collagen Plus Powder mengandungi berat molekul kolagen yang sangat rendah pada kira-kira 1,000 Dalton yang mudah diserap oleh badan untuk meningkatkan penghasilan kolagen pada lapisan dermis dengan cekap dan berkesan.

⇨ Bahan-bahan yang diperkaya: Ditambah dengan Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen serta melawan radikal bebas dan Vitamin B2 serta B6 menyokong metabolisme tenaga, yang penting untuk penghasilan kolagen dalam sel.

⇨ Mudah dalam pek: Bungkusan individu untuk penggunaan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen

 Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal).


Soalan: Apakah ramuan Collagen Shaklee


Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee

Ramuan collagen Shaklee termasuk Kolagen dari sisik Ikan Merah, Vitamin C dan Vitamin B



Soalan: Macam mana bentuk collagen Shaklee? Serbuk atau pil?

Collagen Shaklee berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman kegemaran anda


Soalan: Bagaimanakah packaging collagen Shaklee?

Collagen Shaklee disediakan dalam bentuk sachet. Mudah dibawa kemana sahaja anda berada.

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee


Soalan: Berapakah kandungan collagen Shaklee?
Dalam sekotak Collagen Shaklee mengandungi 15 sachet di mana setiap sachet mengandungi 15mg.


Soalan: Berapa lamakah tempoh penggunaan Kolagen Shaklee untuk sekotak?

Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sacet setiap hari.
Jadi untuk satu kotak penggunaan adalah untuk 15 hari.


Soalan: Adakah pengambilan kolagen menyebabkan berat badan bertambah?

Kolagen tidak menyebabkan berat badan mahupun lemak badan anda bertambah. Sebaliknya, ia membantu mengekalkan metabolisma badan anda untuk membakar lemak. Seiring dengan peningkatan usia, jisim otot kita semakin berkurangan dan biasanya digantikan dengan lemak.
Dengan mengambil suplemen yang kaya protein seperti kolagen, anda membina lebih banyak jisim otot yang membakar kalori dengan lebih cepat.


Soalan: Adakah badan saya mula menghasilkan kolagen yang semakin berkurangan apabila saya mula mengambil kolagen, kerana ia sudah mendapat kolagen dari sumber luar? Jika saya berhenti mengambil kolagen, adakah tahap kolahen saya lebih rendah berbanding sebelumnya?

Secara semulajadi, badan anda akan menghasilkan kolagen yang semakin berkurangan seiring dengan usia anda, tidak kira anda mengambil kolagen atau tidak. Walaubagaimanapun, pengambilan suplemen kolagen boleh membantu menambah jumlah kolagen yang hilang. Jika anda berhenti mengambil kolagen, badan anda mula menunjukkan tanda-tanda penuaan dengan lebih cepat. Oleh itu, cadangan terbaik adalah anda digalakkan untuk mengambil suplemen kolagen secara berpanjangan


Soalan: Berapa lama saya perlu mengambil kolagen untuk melihat kesannya?

Adalah disyorkan untuk mengambil satu paket kolagen setiap hari selama 8 minggu untuk melihat perubahan yang ketara. Ini kerana melalui ujian klinikal, ia terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu. Walaubagaimanapun, anda boleh mula melihat perubahan seawal 7 hari selepas pengambilan  kolagen

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee


Soalan: Adakah kolagen menyebabkan Cyst Ovari atau Fibroid Rahim?

Fibroid rahim disebabkan oleh Faktor Hormon dan bukan disebabkan oleh pengambilan supplemen kolagen atau sebarang suplemen nutrisi.

Mengambil suplemen kolagen tidak akan meningkatkan saiz fibroid rahim, cyst ovari atau menyebabkan sebarang masalah berkaitan rahim


Soalan: Bilakah waktu sesuai untuk mengambil collagen Shaklee dan bagaimanakah caranya?

Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sachet collagen bersama sebarang minuman kegemaran.
Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit atau diwaktu pagi, sebelum sarapan iaitu ketika perut kosong.

Anda boleh ambil begitu sahaja atau dibancuh dengan air.

Jika anda sudah amalkan Vivix, ESP atau Meal Shakes, boleh dibancuh bersama-sama

Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah:
- Jus Twister Tropicana + collagen
- Milo/Serbuk Coklat Cadbury + collagen
- Any fruit juice + collagen
- Minuman kegemaran anda

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee

Pengguna bebas untuk campurkan collagen dengan mana-mana minuman yang anda suka


Soalan: Siapa yang sesuai ambil collagen Shaklee?

Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut:
⇒ Individu yang telah muncul garis-garis halus kesan daripada ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
⇒ Gusi yang tidak sihat
⇒ Rambut kering dan bercabang di hujung.
⇒ Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering.
⇒ Garis halus pada leher.
⇒ Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
⇒ Payudara dan punggung kurang anjal.
⇒ Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
⇒ Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan.
⇒ Otot mengendur, kurang anjal, kurang tegang, sukar untuk bina otot
⇒ Kecederaan lutut, tisu lutut koyak


Soalan: Umur berapakah sesuai ambil collagen Shaklee?

Bermula dari umur 18 tahun dan ke atas.


Soalan: Ibu menyusu boleh tak ambil collagen Shaklee?

Kolagen adalah sumber protein. Protein sememangnya diperlukan untuk menghasilkan susu ibu. Jadi, pengambilan kolagen tidak akan mengganggu penghasilan susu.

Namun begitu, ibu-ibu perlu tahu bahawa produk kolagen tidak diuji terhadap wanita hamil dan ibu menyusu. 

Selain itu, para ibu perlu lihat ramuannya dahulu. Seperti collagen Shaklee sumber utamanya adalah kolagen dari Sisik ikan merah laut dalam, jadi, para ibu perlu tahu, adakah anak yang ibu susukan itu ada alahan ikan atau bebas daripada alahan ikan.

Sekiranya, anak ibu-ibu tiada alahan atau bebas alahan ikan, ibu-ibu boleh teruskan mengambil kolagen. Tetapi, jika disebaliknya, ibu-ibu perlu hentikan daripada pengambilan.

Jadi, para ibu perlu cuba dan perhatikan kesannya terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 4 hari berturut-turut. (Rules of 4 days)

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee
Testimoni Collagen Shaklee: Susu Banyak

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee
Testimoni Collagen Shaklee: Susu Banyak


Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee
Testimoni Collagen Shaklee: Susu Banyak


Soalan: Mengapa kolagen dari Sisik Ikan Merah Laut Dalam ?

Soalan Lazim Collagen Shaklee | FAQ Collagen Shaklee

Ikan merah laut dalam hidup pada paras 5000m di bawah laut. Sisiknya lebih tahan kepada tekanan air yang jauh di dasar laut berbanding ikan biasa. Tambahan pula ia jauh dari pencemaran dan sisa toksik. Jadi kolagen yang dihasilkan dari sisik ikan merah sudah tentulah lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi.


Ada yang trial pack tak ?
Tiada


Soalan: Macam Mana Nak Beli Collagen Powder Shaklee ?
Anda boleh hubungi Atul di 0195733761. ⇐ klik untuk WhatApps Atul 😉


Jadi, inilah antara FAQ Collagen Shaklee Powder yang sering ditanya oleh orang ramai yang ingin mencubanya. Ramai yang berpuas hati selepas mengamalkannya. Bukti disini


------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Continue Reading

55 Soalan Tentang ESP Shaklee

55 Soalan Tentang ESP Shaklee


1. Apakah yang dimaksudkan Soya Non-GMO.
Soya Non GMO ialah soya yang tidak diubah genetiknya. Bermaksud, kacang soya ini organik dan tidak mempunyai hormon tambahan. Jadi, ia dapat diserap oleh badan dengan sempurna. ESP Shaklee mengangdungi Soya Non-GMO


2. Bagaimana isoflavon dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?
Kerana bentuk molekulnya. Akan tetapi, tindak balas yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen.


3. Bagaimana ESP Shaklee berfungsi untuk bantu ramai wanita yang mengandung?
ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan.

Testimoni ESP dan Ibu Hamil


4. Bagaimana Soya ESP untuk bantu wanita yang ingin hamil.
ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi dan sangat diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat (seperti Hormon untuk kesuburan & Sel-sel sistem pembiakan)



5. Soya tidak elok untuk lelaki. Adakah ia fakta atau auta?
Auta. Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak boleh diambil oleh lelaki.

55 Soalan Tentang ESP Shaklee
Baca: Siapa yang perlukan lebih protein?

6. Bagaimana nak kenal pasti pelanggan yang alergik kekacang sebab ada sesetengahnya tidak pernah tahu yang dia alergik soya? Selepas pembelian baru tahu yang dia alergik soya
Sebaiknya buat pemeriksaan darah di klinik/hospital untuk mengesan elergik kepada sesuatu makanan.


7. Dari segi perbidanan Melayu, soya di katakan boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang sebab ia di kategorikan dalam kekacang. Betul ke?
Tiada kajian sahih yang membuktikan soya boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang.


8. Berapa sudu yang sepatutnya di ambil dalam sehari? Ada yang kata 3 sudu, ada kata 6 sudu sehari? Kalau melebihi kuantiti ESP yang di ambil, adakah ia memudaratkan?
Sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar setiap hari. Protein yang ada dalam ESP ialah 14 gram bagi 1 hidangan. Individu biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari.Jadi, individu yang mengamalkan makanan sihat dan ditambah dengan ESP satu hidangan sudah mencukupi untuk keperluan badan.

9. Kenapa ambil ESP boleh jadi naik berat badan dan kenapa ada yang ambil jadi sembelit? Tetapi ada juga yang ambil ESP boleh jadi kurus?
Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan kawal makan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan supplement tanpa kawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurusnya dan menyebabkan berat naik. Jadi, adalah perlu untuk minum air banyak (3Liter sehari) jika mengambil ESP agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik serta melancarkan proses penghadaman



10. Untuk orang nak diet, bagaimanakah pengambilan ESP? Dan waktu bila perlu ambil ESP?
Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi , 3 jam selepas breakfast atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum makan malam (pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal).


11. Adakah ESP tidak boleh diambil bersama supplemen Shaklee yang lain?
Boleh, tiada masalah.


12. Ada mitos kata soya tak bagus untuk kesihatan lelaki dan perempuan, ada juga kata soya menyebabkan kulit bayi sensitif.
Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan, malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan.


13. Soya tidak baik utk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel-sel kanser (makanan sel kanser). Betul kah?
Soya dari sumber Non-GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak merbahaya. Soya ini juga dibasuh dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam


14. Bolehkan ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum atau sedang menjalani dialisis?
Untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doktor dahulu.


15. Adakah ESP penyebab bayi ruam?
Tidak


16. Adakah ESP menyebabkan tulang menjadi lemah . Jika ibu hamil mengambil adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?
Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium. Disarankan untuk ibu hamil mengambil Ostematrix untuk menampung keperluan kalsium.

55 Soalan Tentang ESP Shaklee


17. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada masalah Fibroid dan cyst mengamalkan vitamin berasaskan soya seperti ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?
Untuk wanita yang mempunyai masalah cyst, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen. Walaubagaimanapun, soya bukan penyebab kepada masalah cyst.


18. Bolehkah ibu yang menyusu anak G6PD ambil ESP dalam tempoh menyusu tu? Ada kesan sampingan pada bayi?
Ibu yang menyusu anak g6pd mengambil produk berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Tidak digalakkan, kecuali di bawah kebenaran doktor.


19. Orang gout boleh ambil ESP tak?
Boleh


20. Ibu menyusu yang minum ESP, adakah ia memberi kesan ke atas berat badan bayi? Adakah akan bertambah atau sebaliknya?
Bergantung pada pemakanan ibu dan anak


21. Bagaimana cara pengambilan ESP boleh membantu menaikkan berat badan?
ESP memberi kandungan amino asid yang lengkap kepada tubuh badan, dan ia dapat membantu dalam penghasilan otot. Kenaikan otot akan mempengaruhi berat badan.


22. Bagaimana cara makan ESP yang betul untuk elak berat badan naik?
Rujuk jawapan 10.

23. Betulkah pada awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran.
Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatan hormon.


24. Adakah ESP boleh menyebabkan kegemukkan setelah ditinggalkan atau apabila dah tak ambil?
Tidak. Boleh rujuk jawapan 9.


25. Apa kaitan minum ESP boleh putihkan kulit?
ESP adalah protein, asas pada bina sel. Apabila sel sihat, maka organ sihat, dan sistem tubuh badan akan turut sihat. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan positif pada sel-sel kulit seperti kulit putih dan gebu.

55 Soalan Tentang ESP Shaklee
Klik untuk ketahui bagaimana protein bantu kulit sihat dan cantik berseri

26. Kanak-kanak boleh consume ESP tak? dan kalau boleh berapa sukatan yg sesuai untuk kanak-kanak?
Tidak digalakkan. Sebaiknya ambil Mealshake.


27. Berapa sukatan pengambilan ESP untuk pesakit diabeties?
Pengambilan seperti biasa. 1-2 kali sehari.


28. Apakah bukti yang soya ESP adalah non-gmo?
ESP dihasilkan di bawah Identity Preservative Program (IPP), di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga ke pemprosesan. Ia adalah pihak ke-3 yang akan memastikan produk ESP non-GMO.


29. Pengambilan ESP dikatakan bantu kenyang lebih lama, tapi kenapa ada yang lepas sejam dua dah lapar? Adakah ada kesilapan dlm pengambilan?
Pengambilan ESP adalah 3 sudu besar bersamaan 14gram protein (105kcal). Proses penyerapan protein setiap individu berbeza. Sekitar 5-9gram setiap jam. Jadi dalam masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika individu itu hanya minum ESP semata-mata. Dinasihatkan makan pada kalori rendah dan ditambah dengan ESP.


30. ESP dikatakan bagus untuk pesakit gastrik. kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mempunyai unsur kalsium ?
Ya betul. ESP mengandungi kalsium 500mg bagi setiap hidangan.


31. Bagaimana ESP dikatakan membantu wanita yang menopause.
Wanita menopause adalah disebabkan oleh level hormone estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons dapat membantu dalam mengawal penurunan hormon ini.


32. ESP yang sudah expired sebab jarang ambil still boleh consume ke?
Tidak disarankan minum ESP yang telah luput tarikhnya.


33. Esp salah satu produk dicadangkan bg ibu menyusu untuk kurus. Tapi kesannya, selera makan ibu bertambah dan berat badan naik. Bagaimana pengambilan yang betul
untuk kurus?
Rujuk jawapan no 9


34. Betulkah kesesuaian pengambilan ESP adalah mengikut darah?Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?
Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh tidak membuktikan ia boleh menyebabkan kegemukan untuk orang berdarah B.


35. Bagaimana ESP mengekalkan kesegaran? Sebagai contoh banyak ESP produced on 2014, tapi expired lama sehingga 2016. Ada certain ESP bau pun kadang-kadang lain. Kadang-kadang pelanggan tanya kenapa bau ESP tidak sama untuk semua tin?
Ini kerana pemprosesan yang dibuat adalah dengan menggunakan air untuk dibasuh, jadi ia dapat mengekalkan kesegaran soya tersebut. Rasa yang tidak sama kerana proses penuaian soya adalah berbeza, jadi rasanya berbeza ikut cuaca/iklim penuaian soya pada ketika itu.


36. Betul ke ESP tak boleh di minum oleh pesakit Cyst disebabkan kandungan soya di dalam ESP?
Soya bukan penyebab kepada penyakit Cyst, tetapi pesakit Cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa sulpemen.


37. Ibu yang tiada eczema masih menyusukan bayinya akan menyebabkan bayinya itu eczema sekiranya ibu mengambil ESP. Betul ke?
Tidak. Kecuali jika bayi tersebut mempunyai elergik kepada soya. Tetapi keberangkalian adalah rendah.


38. Adakan ESP mengandungi soy isoflavon yg boleh menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dalam badan wanita?
Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormon original yang terdapat dalam badan. Jadi, ia tidak mengganggu tahap keabnormalan hormon.


39. Betul ke ambil ESP berlebihan boleh rosak buah pinggang?
Kerosakan buah pinggang bukan disebaakan oleh faktor pengambilan soya, tetapi daripada pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan di dalam badan.


40. Siapa yang memang tak boleh ambil ESP?
Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu, bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit yang menghidap kanser, g6pd, thyroid dan sebagainya.


41. Berapakah sukatan pengambilan ESP sehari bagi ibu hamil dan ibu menyusu?
Disarankan pengambilan 3 sudu minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu ikut keperluan badan.


42. Adakah kegatalan badan selepas consume ESP sebagai healing crisis? Atau alahan kepada kacang soya? Berapa lama biasa nya healing crisis utk pengguna ESP?
Kebarangkalian itu ada. Pantau untuk 2-3 minggu. Banyakkan minum air. Sebaiknya buat pemeriksaan untuk lihat tahap elergik pada makanan. Jika tidak, minum air kosong secukupnya setiap hari


43. Betul ke ambil ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama makan boleh dapatkan kulit yang cerah?
ESP bukan ubat tapi supplement. Ia bertindak untuk bina sel dan apabila sel sihat, maka organ dan sistem badan turut sihat. Selain itu, boleh ambil suplemen seperti vitamin C, E dan Kolagen untuk kulit.


44. Kenapa ada ESP berasa pahit?
ESP tidak pahit. Sila report kepada pihak Shaklee jika ada sebarang keraguan.


45. Adakah ESP boleh menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan demam panas?
Bergantung pada individu. Tiada masalah setakat ini sejak ESP diperkenalkan sejak 1961. Jika semakin teruk, disarankan untuk dapatkan rawatan dari doktor.


46 Bolehkah ESP diambil oleh pesakit yang disyaki denggi?
Boleh. Tiada masalah. Pada masa yang sama, pesakit denggi hendaklah minum air secukupnya.
47. Bagaimana esp membantu dalam kesuburan lelaki dan wanita
ESP adalah sumber protein yang sihat. Protein penting dalam penghasilan hormone, secara tidak langsung membantu dalam kesuburan.


48. Pesakit psiorisis perlukah ambil ESP dan apa kebaikannya?
Untuk autoimmune, perlu dapatkan nasihat doktor.


49. Kenapa selepas minum ESP, ada yang membuatkan orang rasa bloated dan naik angin?
Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul, dan cukupkan pengambilan air kosong.


50. Sekiranya ibu hamil memang ambil ESP dari sebelum hamil, tapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum ESP lagi, ada cara minum yang sesuai tak?
Minum ESP dengan mencampurkan dengan minuman lain seperti jus buah-buahan.

55 Soalan Tentang ESP Shaklee
 Klik untuk lihat Respi ESP yang lazat dan sangat menyelerakan

51. Protein dikatakan penggalak kanser. Bolehkah pesakit kanser minum ESP?
Boleh atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen.


52. Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang. Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?
Boleh buat pemerhatian terlebih dahulu, kerana mungkin ada healing crisisnya. Produk Shaklee sentiasa selamat. Namun penerimaan setiap individu kesannya adalah berbeza mengikut tahap kesihatan setiap orang


53. Abang saya ada asthma. Ambik ESP terus trigger asthma.
Kemungkinan abang puan ada masalah alahan pada makanan tertentu juga, sila buat pemerikasaan kepada doktor dahulu


54. Kenapa ESP mesti dibancuh dengan air sejuk atau suam? Tidak dengan air panas?
Protein akan musnah jika dibancuh dengan air yang suhunya melebihi 40 celcius. Jadi, penting ESP dibancuh dengan air sejuk atau suam untuk memelihara protein dan khasiatnya.


55. Bolehkah penghidap diabetes mengambil ESP?
Boleh kerana kandungan Indeks Glisemik (GI) adalah rendah iaitu 39.
Kadar GI yang rendah bertindak memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Tetapi adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.



Cara untuk dapatkan ESP Shaklee

Hubungi Atul di +6019.573.3761 sekarang juga atau klik gambar dibawah ini

55 Soalan Tentang ESP Shaklee

--------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Continue Reading

Soalan Lazim Tentang Vivix




Soalan Lazim Tentang Vivix

Vivix merupakan antara produk Shaklee yang sangat digemari oleh orang ramai. Sebab itu Vivix tersenarai dalam 10 TOP SELLER antara semua produk Shaklee.

Dalam entri kali ini, Atul kongsikan FAQ Vivix Shaklee atau Soalan Lazim Tentang Vivix Shaklee yang sering ditanya oleh orang ramai.


Soalan 1: Apakah itu Vivix?

Soalan Lazim Tentang Vivix

Jawapan: Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani Anggur Muscadine, Estrak Eldeberi Eropah, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Lobak Ungu





Soalan 2: Apa yang membuatkan minuman Vivix ini berbeza dengan produk lain?

Jawapan: Kemajuan sains kami dan campuran proprietari berasaskan anggur muscadine – salah satu daripada buah yang paling jarang didapati dan tahan lasak. Anggur muscadine mengandungi polifenol lengkap yang tidak terdapat dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang lebih baik, apabila digabungkan dengan polifenol lain akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa

Di Shaklee, kami memanfaatkan kelebihan anggur muscadine dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan yang menumpukan dan mengekalkan kandungan bioaktif polifenol


Soalan 3: Siapakah yang boleh minum Vivix ini?

Jawapan: Vivix direka untuk orang dewasa yang mementingkan kesihatan penuaan secara sihat dan kesejahteraan. Vivix tidak disarankan bagi wanita hamil atau menyusui atau sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah


Soalan 4: Berapa banyak Vivix perlu diambil dalam 1 hari?

Jawapan: Satu sudu teh sehari


Soalan 5: Apa yang membuatkan anggur muscadine berbeza dengan anggur yang lain?

Jawapan: Anggur muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, anggur yang tahan lasak, dengan profil polifenol unik yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang tinggi, apabila digabungkan dengan polifenol lain akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa.

Anggur muscadine juga boleh membiak dalam persekitaran yang bahaya; profil fenolik mereka memberikan perlindungan tambahan terhadap bacteria, kulat, yis, kemarau, kelembapan yang berlebihan dan suhu yang melampau sementara anggur lain mudah rosak dalam persekitaran seperti ini




Soalan 6: Apakah itu Polifenol?

Jawapan: Istilah polifenol digunakan untuk menggambarkan sekumpulan sebatian semulajadi yang ditemui sebahagian besarnya dalam buah-buahan, buah beri, dan sayur-sayuran yang mempunyai manfaat antioksidan dan potensi kesan perlindungan terhadap penuaan sel. Malah penyelidikan baru menunjukkan bahawa polifenol boleh memberikan pelbagai kesan biologi terhadap kesihatan manusia.*



Soalan 7: Bilakah saya harus mengambil Vivix?

Jawapan: Ambil Vivix setiap hari, sebaik-baiknya dengan hidangan seperti sarapan pagi atau makan tengahari. Goncangkan sebelum mengambil hidangan yang disyorkan satu sudu teh setiap hari.


Soalan 8: Bolehkah saya ambil lebih 1 sudu Vivix sehari?

Jawapan: Menurut penyelidikan terkini, tidak terdapat manfaat tambahan daripada mengambil lebih daripada hidangan yang disyorkan iaitu satu sudu teh setiap hari


Soalan 9: Bolehkah saya ambil Vivix bersamaa supplement Shaklee yang lain?

Jawapan: Vivix boleh diambil bersama semua makanan tambahan Shaklee. Secara idealnya, Vivix akan diambil bersama Vita-Lea Iron Plus, ESP Soy Protein Isolate Powder, Sustained Release Vita-C, B-Complex dan Omega Guard untuk melengkapkan keperluan makanan harian anda.

Penggunaan semua nutrien penting ini, bersama-sama dengan polifenol dalam Vivix, memberikan spectrum nutrisi yang meluas ke seluruh tubuh anda dan menyediakan asas untuk kehidupan yang lebih lama dan sihat.*


Soalan 10: Adakah terdapat langkah berjaga-jaga?

Jawapan: Tidak ada interaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana ramuannya dan makanan tambahan yang lain.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan agar seseorang yang berada dibawah jagaan doktor dalam keadaan perubatan atau penyakit atau yang mengambil preskripsi ubat, terutama ubat cair darah hendaklah membincangkan penggunaan Vivix dengan penjaga kesihatan professional mereka terlebih dahulu


Soalan 11: Adakah Vivix mengandungi alkohol?

Jawapan: Vivix tidak mengandungi alkohol


Soalan 12: Adakah Vivix disahkan Halal?

Jawapan: Ya. Vivix diiktiraf Halal oleh Islamic Services of America (ISA), badan pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (JAKIM)




Soalan 13: Adakah Vivix didaftarkan dibawah NPRA (Badan Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan)?

Jawapan: Tidak. Produk ini diklasifikasikan sebagai makanan dan berada dibawah seliaan Jabatan Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia (FSQD).


Soalan 14: Kenapa saya perlu simpan Vivix di dalam peti sejuk selepas dibuka?

Jawapan: Penyejukan selepas dibuka akan membantu mengekalkan kesegaran, warna dan bahan aktif yang optimum dalam produk.

Jadi, inilah antara Q&A Vivix Shaklee yang selalu ditanya oleh orang ramai.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit


Baca juga:



Jadi, jika ada sebarang pertanyaan mengenai produk Vivix, boleh hubungi Atul di 0195733761 atau Klik sahaja gambar di bawah ini.

Soalan Lazim Tentang Vivix

---------------------------------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di atulhamid88@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761


Continue Reading