Ahli dermatologi Debra Jaliman, M.D., menerangkan, kolagen adalah "protein yang paling banyak di kulit, yang membentuk 75% hingga 80% kulit anda."
Beliau
juga menyatakan dengan mengambil kolagen telah terbukti mempunyai sifat
antioksidan yang berfungsi melindungi kulit dengan menghadkan pengeluaran
radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit.
Berikut
adalah 13 Kebaikan Kolagen Pada Kulit
Membaiki
Penampilan Kulit
![]() |
13 Kebaikan Kolagen Untuk Kulit |
Kolagen mampu memperbaiki penampilan kulit dengan meminimumkan garisan dan
kedutan, keanjalan dan tekstur kulit.
Antipenuaan
Dengan
adanya kolagen yang cukup, dapat membantu mengurangkan saiz liang pori, kedutan
dan garis-garis halus yang kelihatan
![]() |
Kebaikan Kolagen Untuk Kulit: Antipenuaan |
“Beberapa kajian menunjukkan bahawa suplemen kolagen boleh membantu memperlahankan penuaan kulit anda dengan mengurangkan kedutan dan kekeringan”
Menghidratkan
Pengambilan
kolagen yang cukup memberi kulit yang lembap lalu mengurangkan rasa kekeringan
dan masalah kulit mengelupas.
“Dalam satu kajian (2016), wanita yang mengambil suplemen yang mengandungi 2.5-5 gram kolagen selama lapan minggu menunjukkan penghidratan kulit yang meningkatkan, mengalami pengurangan kekeringan kulit yang ketara dan peningkatan keanjalan kulit berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen”
Mengembalikan
Keanjalan Kulit
Kerana
kolagen terdapat di dalam lapisan dermis kulit, ianya membantu meningkatkan
ketegangan kulit, keanjalan dan membuat kulit lebih lembut.
![]() |
Kebaikan Kolagen Untuk Kulit: Kembalikan Keanjalan Kulit |
“Wanita yang mengambil suplemen menunjukkan peningkatan keanjalan kulit dalam kajian 2014.”
Melicinkan
Membantu meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit sekiranya mempunyai paras kolagen yang secukupnya.
Baca juga: Bahaya Suntikan Kolagen
Membantu meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit sekiranya mempunyai paras kolagen yang secukupnya.
Baca juga: Bahaya Suntikan Kolagen
Mencerahkan
Untuk yang bermasalah jeragat dan pigmentasi, elok sangat amalkan kolagen kerana kolagen membantu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki tona kulit dengan lebih cepat sekaligus menangani masalah jeragat.
![]() |
Kebaikan Kolagen Untuk Kulit: Mencerahkan |
Untuk yang bermasalah jeragat dan pigmentasi, elok sangat amalkan kolagen kerana kolagen membantu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki tona kulit dengan lebih cepat sekaligus menangani masalah jeragat.
Tips
untuk elakkan kehadiran jeragat dikemudian hari adalah dengan megoleskan krim
SPF pada kulit untuk melindungi daripada sinaran UV secara terus
Menghalang Pertumbuhan Jerawat
Kolagen juga membantu membantutkan kehadiran jerawat pada kulit
Kolagen juga membantu membantutkan kehadiran jerawat pada kulit
Kulit
lebih elastik
Mengambil suplemen kolagen boleh menggalakkan pengeluaran protein lain yang membantu membentuk kulit lebih elastik dan elastin
Mengambil suplemen kolagen boleh menggalakkan pengeluaran protein lain yang membantu membentuk kulit lebih elastik dan elastin
Kulit
lebih tebal
Dr.
Jaliman berkata. "Pengambilan kolagen akan membuatkan ketumpatan kolagen
dalam dermis meningkat dengan ketara, jadi kulit menjadi lebih tebal dan garisan
penuaan akan berkurangan." Ini akan membantu anda kelihatan lebih muda, sekaligus
membuatkan kulit lebih tebal, licin, anjal dan tegang.
![]() |
Kebaikan Kolagen Untuk Kulit: Kulit Lebih Tebal |
Kulit
berseri
Salah satu faedah kolagen yang paling terkenal ialah keupayaannya untuk menjadikan kulit berseri yang bercahaya. Protein penting ini memberikan keanjalan kepada kulit, membantu ia kelihatan lebih muda dan sihat.

Mengurangkan
selulit
Kolagen juga boleh membantu mengurangkan penampilan selulit yang degil.
Kolagen juga boleh membantu mengurangkan penampilan selulit yang degil.
“Kajian secara rawak pada tahun 2015 terhadap wanita seramai 105 orang, berumur antara 24 hingga 50 tahun yang mengambil kolagen peptida selama enam bulan menunjukkan peningkatan yang jelas dalam tekstur kulit dengan mengurangkan masalah selulit”
Menyuburkan
Selain kulit, dengan kolagen yang cukup, rambut pun akan lebih bersinar dan lebat. Kuku juga akan jadi kuat dan sihat.
Selain kulit, dengan kolagen yang cukup, rambut pun akan lebih bersinar dan lebat. Kuku juga akan jadi kuat dan sihat.
Menegangkan
Di samping kulit, kolagen juga berfungsi menegangkan dan menganjalkan payudara dan punggung
Di samping kulit, kolagen juga berfungsi menegangkan dan menganjalkan payudara dan punggung
Selain untuk kecantikan kulit, kebaikan kolagen juga menyokong kesihatan sendi dan
menguatkan tulang. Ia juga membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya
lembut.
Baca: Kenapa Perlu Ambil Kolagen Hari Ini!
Baca: Kenapa Perlu Ambil Kolagen Hari Ini!
Itulah kebaikan kolagen terhadap kulit yang perlu anda tahu. Menurut Dr.
Jaliman juga, "Pengambilan
kolagen dapat meningkatkan keanjalan kulit dan membantu proses pembaikan kulit
tubuh anda, sehingga mendorong tubuh anda membentuk kolagen baru.” Oleh itu, dengan adanya
kandungan kolagen yang cukup dalam badan, selain membantu kulit kelihatan lebih
sihat, ia juga menjadikan anda kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.
Sumber: National Center fo Biotechnology Information
Baca juga:
Ciri-ciri Memilih Kolagen Terbaik
Tanda-Tanda Kekurangan Kolagen
Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh