Showing posts with label Petua Memasak. Show all posts
Showing posts with label Petua Memasak. Show all posts

Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng

Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng | Siapa sini kalau menggoreng ayam @ ikan, minyak meletop-letop? 

Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng

Okay ini petua yang selalu Atul amalkan untuk elakkan/kurangkan minyak meletop ketika menggoreng, sebab atul pun tak suka minyak meletop-letop ni, kalau meletop nanti mulalah menari-nari haha

Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng

  1. Pastikan kuali dipanaskan dahulu sebelum masuk minyak (kalau kuali basah/berair, pastikan air kering dahulu)
  2. Masukkan minyak masak (ikutlah banyak mana yang awak nak) & biarkan minyak panas dahulu (tapi janganlah awak lupa sampai berasap pulak kuali tu, karang tak pasal-pasal berasap rumah)
  3. Letak sekeping asam keping yang telah di bilas
  4. Letak sedikit garam halus (jangan banyak karang masin pulak. Kalau atul, atul letak hujung sudu je)
  5. Sedia untuk menggoreng 
Notakaki:

"ketika awak gaulkan ayam/ikan dengan kunyit & garam, kuantiti garam letak SEDIKIT je tau, jangan letak banyak"

Karang tak pasal-pasal tekanan darah awak naik sebab masin. Ye la, dah la waktu menggaul letak garam, dalam minyak letak garam, tak ke masin jadinya,

Jadi nasihat Atul letak sikit je, sedang-sedang je okay, insyaallah okay je semuanya, sedap je jadinya. kalau buat masak kicap pun, boleh bertambah nasi tau.

Ekstra notakaki:

Tapi kalau meletop jugak, tutup je dengan tudung periuk (ni selalunya kalau goreng hati)

Doubel ekstra notakaki haha:

Tips ini boleh elakkan ikan/ayam yang awak goreng tu dari melekat di kuali. (tak best kalau melekat di kuali, habis isi ikan/ayam tu)

Macam mana kalau nak goreng ikan keli ya?

Untuk ikan keli, atau ikan-ikan yang banyak lendir, pastikan anda cuci ikan-ikan tu sampai hilang semua lendir-lendirnya. barulah tak meletop ketika menggoreng. Itu je caranya.

Semoga bermanfaat buat anda yang selalu minyak meletop-letop ketika menggoreng ☺

#atulhamid

 

 


Continue Reading