Bayi Setahun Suspek di Jangkiti HFMD

Atul Hamid
0
Bayi Setahun Suspek Di Jangkiti HFMDSebanyak 3852 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan pada minggu epid 29/2018 (15/07/2018 hingga 21/07/2018) berbanding minggu epid 28/2018 (08/07/2018 hingga 14/07/2018) sebanyak 2346 kes, dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1506 kes (64.2%)begitulah laporan yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan wabak HFMD yang melanda Malaysia sejak suku tahu pertama lagi.


Dengar sahaja kes tentang HFMD, ibu bapa mana yang tak risau. Tambahan pula wabak HFMD ini menular dengan cepatnya. Sana-sini kita dengar berita tentang kanak-kanak kena jangkitan HFMD. Sampai ada sekolah yang digesa tutup serta mengakibatkan kematian dikalangan kanak-kanak. Tak senang hati dibuatnya. Tapi kalau benda dah nak jadi, kita berjaga-jaga sekalipun, siapa kita nak menghalang, kita hanya mampu ikhtiar untuk mencegahnya sahaja.


Macam Atul lah, sejak tersebarnya berita tentang HFMD, Atul dan suami memang elak untuk bawa anak-anak pergi pusat membeli-belah, elak dari pergi taman permainan, anak sulung balik dari sekolah mesti cuci tangan dan kaki sebelum pegang adik, dan memang banyak lebihkan masa dirumah sejak musim HFMD ini. Tetapi pada hari Isnin 6hb Ogos yang lalu, tiba-tiba anak Atul yang nombor 2 tu, Izz Aaqif kena demam pada sebelah petangnya. Walaupun demam tetapi Aaqif masih kelihatan aktif. Lega lah juga rasanya sebab tidak memerap dan merengek, Cuma kurang bersuara je. Tapi walaupun macam tu, tetap membuatkan Atul risau dan kerana budak-budak kalau demam memang perlukan perhatian lebih, untuk langkah berjaga-jaga.


Pada keesokan harinya, demam masih tak kurang, walaupun sudah letak "cool fever", sudah kerap jerlum, kerap mandi, dengan hanya pakaikan dypers sahaja. Adakala suhunya mencecah 38.9c. Tinggi kan? jadi, ikhtiar Atul, pada pagi selasa 07/08/2018 tu atul mandikan dengan Basic H Shaklee kemudian sapukan krim Herbal Blend pada badan Aaqif, sebab kedua-dua produk Shaklee ini membantu meredakan demam. Pada petang hari Selasa tersebut, tiba-tiba belakang bahu kanan Aaqif naik ruam (dalam hati Atul, ruam keluar sebab panas ni). Kemudian, ruam tu naik lagi ke bahagian belakang badan pulak. Ish, ruam apa pulak ni, tertanya-tanya Atul sendirian. Nak kata demam campak bukan, sebab kalau demam campak ruam naik di muka dulu, tapi Aaqif ni, dimuka langsung tak naik ruam. Mungkin demam ruam je ni. Suami pun kata begitu.


Keesokkan harinya, hari Rabu 08/08/2018, suhu badan aaqif dah normal, dan demam Aaqif sudah kebah. Tetapi ruam semakin banyak keluar di kaki & lengan (bahagian siku),  dan ruam dibahagian badan berkurangan, disebakan ruam semakin banyak keluar, atul teruskan juga sapu krim Herbal Blend dan mandikan Aaqif dengan Basic H. Asbab itu, Kulit yang ada ruam pun jadi lembut dan tidak kasar, tidak berair dan tak kering. Elok je nampaknya. Cuma ruam tu nampak pelik, macam lepuh-lepuh. Walaupun begitu, Aaqif tidak menggaru-garu di bahagian badan yang naik ruam itu.



Bayi Setahun Suspek di Jangkiti HFMD
Bayi Setahun Suspek Di Jangkiti HFMD


Disebabkan sudah masuk 4 hari ruam dibadan Aaqif tidak berkurangan malah semakin banyak, hari Jumaat 10/08/2018.  Atul bawa Aaqif pergi jumpa doktor di Klinik Kesihatan Beseri. Doktor kata bukan demam campak, tetapi suspek HFMD walaupun di mulut dan lidah tiada ulser tetapi ruam yang naik seperti lepuh ditangan, badan dan kaki juga merupakan tanda HFMD. Doktor kata lagi, sekarang wabak HFMD menular dengan cepat, jadi kita perlu lebih berjaga-jaga. Kanak-kanak yang tidak lalu makan dan minum itu, menunjukkan sistem antibodinya kurang dan telah dijangkiti HFMD. Atul bersyukur anak Atul masih lalu makan dan minum. Jadi, doktor suruh berjaga-jaga. Doktor kata pastikan anak banyakkan minum air putih. Disebabkan itu, Aaqif perlu dikuarantin sehingga Khamis 16/08/2018 iaitu sebanyak 10 hari. Dan Aaqif juga dapat ubat demam untuk persediaan jika demam dan ubat sapu. Tapi sampai sekarang ubat-ubat ini Atul tak buka lagi, sebab Aaqif pun tak demam, & Atul hanya guna Basic H dan Krim Herbal Blend sahaja. (Maaf ya doktor) tapi ubat-ubat ini masih Atul simpan untuk persediaan jika memerlukan.



Bayi Setahun Suspek di Jangkiti HFMD
Ubat Demam & Ubat Sapu dari Klinik Kesihatan


Selain dari ubat, Atul juga dapat Surat Cuti Tanpa Rekod untuk suami Atul selama 10hari.

Bayi Setahun Suspek di Jangkiti HFMD
Surat Pengesahan Penyakit


Sepanjang Aaqif kena ruam HFMD tu, Atul hanya mandikan aaqif dengan Basic H Shaklee dan Krim Herbal Blend. Selain itu, Atul juga ambil vita-C Plus 2biji sehari dan kerapkan bagi Aaqif menyusu sebab Aaqif masih menyusu badan. InsyaAllah ia juga membantu meningkatkan sistem imunisasi badan Aaqif.


Bayi Setahun Suspek di Jangkiti HFMD
Testimoni HFMD, kaki anak Atul sendiri


Kalau nak tahu, pada 10/08/2018 adalah hari dimana ruam paling banyak dikaki dan tangan aaqif, dan Alhamdulillah, pada hari Sabtu ruam di kaki Aaqif mengering dan berkurangan. Pada hari Ahad 12/08/2018 pula ruam dikaki semakin berkurangan.


Bayi Setahun Suspek di Jangkiti HFMD
Testimoni HFMD, hari ke 11, 17/08/2018


Ini gambar terbaru kaki Aaqif. Syukur sangat-sangat sebab ruam dah tiada, parut akibat HFMD pun semakin berkurangan.


Untuk makluman semua, 10/08/2018 hari tu Ulangtahun kelahiran Aaqif yang pertama. Ini bermakna Aaqif adalah bayi setahun yang disuspek terkena jangkitan HFMD


Dan Aaqif kini telah bebas kuarantin. Alhamdulillah. Walaupunbegitu, diharapkan semua ibu bapa masih perlu berjaga-jaga kerana wabak HFMD masih menular di Malaysia.





Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761




Sumber statistik: KKM

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !